Advertisement

AKTIVITI HUJUNG MINGGU KALI INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Dengan kes yang sedang naik ini, marilah sama-sama kita semua beringat untuk jaga diri kita semua. Pakai mask, gunakan hand sanitizer, jaga jarak dan elakkan 3S (tempat Sesak, tempat Sempit dan bertutup serta Sembang dekat).

Hujung minggu ini apa aktiviti kalian semua? Pagi sabtu Cik TK kami mulakan hari dengan bersarapan. Sarapan simple dan mudah sahaja. Roti dengan sosej dan telur. Seperti dalam gambar dibawah. Ini terus buat untuk kami berlima.

Breakfast pagi ini: Roti sosej keju telur
Agak cincai tapi semua makan sajalah! Ini adalah roti dengan telur, keju dan sosej.
Letak mayones dan sos ikut suka hati.

Kemudian setelah yang lain-lain berangkat kerja, Cik TK yang hari ini offday bersama dengan mama dan adik lelaki (Kita gelarkan dia Z ya) Cik TK pergi ke rumah adik perempuan Cik TK yang jaraknya kira-kira 30 minit juga dari rumah. Nak tengok anak buah, umur dia baru saja 2 bulan setengah. Comel budaknya. Dah pandai gelak-gelak, muka excited nampak kami datang!

Selesai dari sana, Cik TK menuju ke Ninso di Cheras. Si Z kata nak beli barang sikit. Maka apabila teman orang shopping, kita pun terjebaklah shopping sama sekali. Mama pun sama! Mama beli barang dapur dan Cik TK ni macam biasalah. Beli makanan! Jajan pula tu. Haihhh~

Hasil tangkapan di Ninso
Cik TK ni macam biasa, semua makanan. Yang barang dapur ni pilihan mama.
Z punya tak termasuk dalam ni.

Dah habis membeli-belah itu perut pun berkeroncong dan kami menuju ke Marry Brown berdekatan sini untuk makan tengah hari. Tapi ini taklah tengah hari sangat. Dah jam 3 petang tu! Kemudian terus balik rumah membuat aktiviti yang patut seperti biasa. 

Hidangan di Marry Brown

Jadi bila nak makan jajannya? Esok. Ahad. Sambil tengok movie atau drama. Kita marathoning esok! Rancangannya begitulah. Jadinya apa nanti tak tahu lah. Kita hanya merancang. Tapi salah satu yang Cik TK nak sangat tengok tapi tak sempat nak tengok lagi ialah 'Tenki no Ko' atau tajuk Inggerisnya 'Weathering with You'.




Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Selamat menonton sambil makan jajan.

    BalasPadam
  2. Suka makan kudapan waktu menonton ya?
    Ok selamat menonton dan berbahagia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kalau kat rumah, ye. Kalau kat wayang tak. Sebab fokus tgk citer.. hehe.. kalau kat boleh main pause dan rewind balik..

      Padam
  3. Sarapan pagi tu nampak menyelerakan dan mesti kenyang makan berlima.
    Lama rasanya tak singgah di Marry Brown. Rindu pulak nak makan fish & chips!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak.. sarapan macam ni pun dah kenyang.. hehe boleh la singgah MB lepas ni..

      Padam
  4. Balasan
    1. Popo tu sedap kan.. lagi dah biasa makan dari dulu. Sama macam jajan durian ngan toki tu

      Padam
  5. seronok tgk baby..baby pun happy..
    akk pun suka maruku ikan brand popo..sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe seronok main ngan baby!

      Hehe best popo kannn

      Padam
  6. Selamat hujung minggu , betul tu my place ramai still tak pakai mask kat kedailah but town pakai pula haish .

    Boleh jadi geng ni , saya pun suka makan jajan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh pula macam tu ye? Mask tu patut pakai sepanjang masa..

      Yeay kita geng!

      Padam
  7. Wah, sarapan western gitu.. hihihi akak ingat akak sorang jea yang suka makan jajan sambil tengok movie kesukaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sekali sekala makan western kak..

      Hehe best kak sambil makan sambil tengok movie!

      Padam
  8. Aduhh nampak gambar makanan terus ngences mama

    BalasPadam
  9. Selamat berhujung minggu cik TK..tp harini dah selasa..maaf baru bksempatan BW rumah CIk TK..roti tu sedap wehh..shida pn suka buat gini jah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kannn.. bila buat sendiri tu kan shida lagi puas sebab ikut selera sendiri

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!