Advertisement

JALAN-JALAN: PINTASAN SALOMA DIWAKTU MALAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Biasa habis kerja malam kita terus balik. Sekali sekala kita buat sedikit kelainan. Malam ini Cik TK balik tak ikut LRT KLCC atau jalan ke MRT Bukit Bintang seperti biasa.

Malam ini Cik TK bersama dengan Cik A berjalan dari area KLCC menuju ke LRT Kampung Baru, melalui Pintasan Saloma atau Saloma Link Bridge. Saja nak tengok Pintasan Saloma yang binaannya berkonsepkan sirih junjung ni waktu malam.

Kira lokasi ini siang atau malam, kedua-duanya cantik berlatarbelakangkan bangunan Menara Berkembar Petronas yang tersergam indah. Kepada mereka yang jenis suka ambil gambar, ini adalah salah satu spot instagrammable untuk kalian.

Pintasan Saloma di Kampung Baru
Pemandangan dari tangga turun dari Pintasan Saloma berkenaan

Untuk ke Pintasan Saloma ini cukup mudah. Kalau dari KLCC, pergi ke arah Public Bank dan pergi ke Restoran NZ di kiri bank berkenaan. Kemudian jalan terus dan akan terus jumpa jalan masuk ke jambatan ini. 

Kalau dari LRT Kampung Baru pula, keluar stesen dan berdekatan sana kalian akan terus jumpa tangga atau lif untuk naik atas. 

Pintasan Saloma di Kampung Baru
Menuju ke Jambatan Pintasan Saloma
Pintasan Saloma di Kampung Baru
Pemandangan dalam jambatan tersebut
Pintasan Saloma di Kampung Baru
Pemandangan dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas
Pintasan Saloma di Kampung Baru
Bila turun bawah, terus sampai ke LRT Kampung Baru.



Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita



Catat Ulasan

32 Ulasan

  1. bila la nak sampai pintasan saloma ni..:)

    BalasPadam
  2. cantiknya.. ammi ni nama je duduk KL..tapi kalau dah namanya malam memang lebih suka duduk rumah je sekarnag ni. penat balik kerja, nak melayan kerja sekolah anak, kerja rumah yg ntah bila nak siap. Weekend ni isnyaallah...teringin gak nak pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pun macam tu juga. biasa malam tak keluar. ni kebetulan waktu balik kerja ikut jalan jauh sikit lalu sini

      Padam
  3. kalau dekat nak juga sy terjah sini...

    BalasPadam
  4. Alaaa... belom ada kesempatan nak pegi!

    BalasPadam
  5. kita tak pernah sampai lagi, bila lah agaknya nk sampai sini huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila-bila lalu area kampung baru ni bolehlah singgah

      Padam
  6. dulu semasa tinggal di AU3 Keramat, di Jln TAR la tempat membeli-belah abe kie...

    BalasPadam
  7. Wah, cantiknya. Nanti jalan-jalan di KL nak singgah situ la

    BalasPadam
  8. Mudah-mudahan ada waktu yang sesuai untuk ronda-ronda di sini.

    BalasPadam
  9. Haloo Assalamu'alaykum Cik TK. Saya dari Sumatra Indonesia. Salam.. 😀🙏

    pemandangan di jembatan dengan latar belakang Menaea Berkembar Petronas cantik sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm mas.. salam kenal..

      Iya mas.. di Malaysia ada banyak lokasi wisata yang menarik.. kapan-kapan bila keadaan udah reda mampir la liburan ke Malaysia...

      Padam
  10. Cantik waktu malam ada lampu. Tapi tu lah tak sampai sampai lagi kat sini

    BalasPadam
  11. Terima Kasih memberi panduan arah kesana. Dah lama nak pergi kerana PKP ni tunggu dulu. Ceria selalu.

    BalasPadam
  12. wow menariknya cik TK..harap shida juga dapat singgah tempat ni ade masa nnt..

    BalasPadam
  13. hari tu pergi KL tapi tak sempat nak pergi sini...huhuhu

    BalasPadam
  14. akak br plan nak pegi mlm esok ni..
    nasib gugel jumpa sini..
    cuma mcm x dapat byangan nak naik tu...
    If akak plan nak drive ke menara public bank tu, ada parking x eh kat situ?
    or NZ parking? sbb slalu nmpk org pegi NZ park tepi jalan trafic light tu je.. mengganggu sungguh hehehe..

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!