Advertisement

ASMR UNTUK BANTU PARA INSOMNIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam entri kali ini Cik TK akan membahas serba sedikit mengenai ASMR. Istilah ASMR merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dikalangan kita semua yang mana banyak video-video jenis ASMR ini boleh dijumpai di Youtube. Sebagai contoh, video Mukbang (atau lebih diketahui sebagai ASMR makan/eating) yang mana dalam video ini kita boleh menonton youtuber berkenaan makan dan kita mendengar segala bunyi kunyah-kunyah krup krap krup krap yang menyelerakan. Cik TK sendiri jika menonton video mukbang ini akan terasa lapar dan selepas itu ada kecenderungan untuk singgah ke dapur dan makan. Eh?


APA ITU ASMR?

Menurut dictionary.com, AMSR atau istilah penuhnya Autonomous Sensory Meridian Response adalah suatu perasaan positif yang nyaman, rileks dan menenangkan berpunca dari sensasi menggelitik (tingling sensation) pada otak hasil daripada rangsangan suara atau visual yang didengar atau dilihat. Secara kebiasaannya, video ASMR ini menggunakan bunyi yang bernada rendah dan berulang-ulang seperti bunyi ketukan, bisikan, bunyi ketikan menaip dan sebagainya yang mana ianya lebih disarankan untuk memakai earphone/headphone dan kalau boleh tutup mata untuk efek dan bunyi yang lebih jelas.


ASMR UNTUK BANTU TIDUR - PENGALAMAN SENDIRI

Seperti yang telah dinyatakan tadi, ASMR membantu pendengarnya untuk berasa lebih tenang dan rileks. Perasaan inilah yang membantu untuk mengurangkan  stress dan membantu pendengar untuk tidur.

Cik TK sendiri selalu sukar untuk tidur malam. Selalu cuba macam-macam cara untuk tidur. Kadangkala Cik TK dengar lagu yang mendayu-dayu atau instrumental yang sama (dengan volume rendah) berulang-ulang, kadangkala membaca sampai tertidur (kadangkala tidak menjadi juga kerana adakalanya buku yang dibaca mempunyai topik yang menarik membuatkan Cik TK meneruskan pembacaan) dan pelbagai cara lagi. Adakalanya menjadi, adakalanya tidak. Selalunya, mungkin akan tertidur jam 3 atau 4 pagi, atau ada juga kadangkala tidak tidur semalaman. Cik TK cuba elakkan penggunaan handphone atau laptop sebelum tidur kerana penggunaan device akan membantu untuk menyukarkan lagi masalah tidur ini.

Sampai satu masa Cik TK terbaca mengenai ASMR dan Cik TK rasa ianya tidak salah untuk dicuba. Terdapat video ASMR yang boleh dijumpai di Youtube. Kebiasaannya berdurasi antara 20 minit hingga beberapa jam. Efeknya juga berbeza kepada setiap orang. Macam yang Cik TK biasa dengar ialah bunyi hujan dan bunyi ketukan (tapping). Boleh dikatakan setakat ini berkesan. Berikut adalah contoh video ASMR yang kalian boleh cuba.





Jika kalian ingin mencuba ASMR untuk tidur, maka cuba cari jenis bunyi mana yang sesuai dan memberi efek kepada kalian. Kalau boleh jangan bunyi makan-makan kerana takut nanti kalian lapar ditengah malam. Selamat mencuba!



Rujukan: 1, 2, 3

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. wahh menarik...baru tau ada istilah ASMR ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebelakangan ni banyak video2 ASMR ni dekat youtube... boleh la explore nanti =)

      Padam
  2. Oooo...gitu... kat hp Mama Yan ada install apps 'Antistress'. Dalam tu boleh dengar bunyi2 hujan, bunyi qngin, bunyi laut, boleh petik2 suis, dll...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu pun boleh bantu tidur juga! Dulu Cik TK pun ada guna

      Padam
  3. ohh ingatkan ASMR ni focus pada makanan je.rupanya ada function lain juga ye. Terima kasih share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab banyak content yang tertumpu kat makanan...

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!