Advertisement

MAKANAN EKSOTIK: LIDAH LEMBU DAN OTAK LEMBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Diharap pada hari yang indah ini semuanya baik-baik sahaja.

Baiklah, terus ke topik entri kali ni. Makanan eksotik. Maksudnya makanan di luar kebiasaan kita. Yang agak jarang orang makan. Yang unik. Lagi-lagi pada suatu kawasan atau suatu kaum. Contohnya rendang rusa, rendang landak, belalang goreng dan sebagainya. Pernah makan?


LIDAH LEMBU
Cik TK nak kongsi sikit makanan eksotik apa yang Cik TK paling suka makan. Lidah. Eh, LIDAH? Seriously, lidah. LIDAH LEMBU. Hari tu Cik TK tercakap pasal Cik TK suka makan lidah dan secara tiba-tiba terjadilah suatu keadaan yang agak janggal di situ. Situasinya lebih kurang macam ni:

Cik TK dengan seorang kawan Cik TK ni pergi makan sate. Apa kata kita namakan kawan tu Mr. HT. Okay, sambung cerita. Ada sate ayam dan daging, macam biasa. Dan kami cuba sate arnab, kambing dan pelbagai lagi yang Cik TK dan Mr. HT ni belum pernah cuba. Kemudian Cik TK pun mulakan perbualan:

Cik TK    : Wah kali pertama cuba sate arnab ngan kambing ni. Sedap.
Mr. HT    : A’ah. Samalah ni.
Cik TK   : Tapi kite (Cik TK suka bahasakan diri ‘kite’) suka sate lidah lagi.
Mr. HT    : Lidah? (Dia pandang Cik TK semacam)
Cik TK    : A’ah! Lidah kan sedap!

Mr. HT ni pandang semacam, tertunduk-tunduk dan muka dia tu serius sangat macam tengah pikir apa entah, Cik TK pun tak tahu.

Cik TK    : HT ni fikir apa? Tak pernah dengar orang makan lidah lembu ek!?
Mr. HT    : Lidah lembu?
Cik TK    : Ye lah lidah lembu…! HT ingat kite cakap pasal lidah apa!?

Haha! Cik TK pun tak tahu dia fikir lidah apa. Mungkin lidah kambing atau lidah arnab. Sebab tengah makan sate kambing dan arnab kan? Atau mungkin ini memang kali pertama dia dengar ada orang makan lidah haiwan. Well, who knows?

Untuk makan lidah lembu ni, Cik TK bukan sahaja beli yang siap masak jadi sate kat luar. Masak sendiri pun ada. SATE LIDAH ada, GULAI LIDAH pun ada, dan Cik TK pun dah pernah buat LIDAH LEMBU BAKAR. Sedap! Kalau Cik TK rajin nanti Cik TK kongsi resepinya. Sekurang-kurangnya setahun sekali wajib masak hidangan ni, masa dapat lidah lembu korban. Setiap kali Hari Raya AlidilAdha, lidah lembu tu biasanya tak ramai orang berani nak ambil. Ramai yang berpendapat geli la, ada yang terbayang-bayang lidah kat mulut lembu la. Jadinya, keluarga kami ada dapat lidah lembu tu. Alhamdulillah.

steak lidah lembu
Ini lidah lembu bakar, yang Cik TK buat kononnya macam makan stik. 
lauk lidah lembu
Ini pun yang dibakar, resepi lain dari yang atas. Sedap jadi lauk, atau dimakan macam tu je.


OTAK LEMBU
Makan otak? Bunyinya geli kan? Tapi Cik TK pernah makan sekali. SEKALI je. Dan mungkin lepas ni tak mahu dah. Pernah sekali tu dapat otak lembu korban. Masa tu waktu masih Tingkatan 6 kalau tak silap. Masa tu Cik TK tak pernah tahu otak lembu boleh dimakan.

Mak kepada Cik TK kata kat kampung masa dia zaman muda-muda dulu pernah makan. Nenek yang masak. Dan disebabkan itu, Cik TK teringin nak cuba. Maka bermulalah sesi eksperimentasi memasak OTAK GORENG BERLADA kat dapur. Memang agak geli tengok bentuk otak tu. Terbayang otak manusia. Ei~~ Seram!

Rasanya? Erm.. Bagi Cik TK, rasanya macam tauhu. Yup! Seakan-akan tauhu. Cuma tak boleh nak makan banyak. Cepat muak. Makan sebagai lauk ek.

goreng otak lembu sambal
Gambar atas tu Cik TK goreng otak tu lepas rebus.
Gambar bawah ni yang dah siap jadi 'Otak Goreng Berlada'.



p/s: Apa pula makanan eksotik yang pernah korang makan? Mungkin boleh share sikit pengalaman makan makanan eksotik di sini.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. dulu masa raya korban, dapat seplastik daging kporban. mak saya tunjuk kat saya lepas tu suruh saya teka tu bahagian apa... saya tak tahu. rupanya tu bahagian "telor" lembu... hahahah

    BalasPadam
  2. @Pha Is "telor" lembu?? eeee~ lei makan ke tu?

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!