Advertisement

KECIL ATAU BESAR. APA MASALAHNYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Aish… Masalah kecil dan besar? Apa ni? Masalah saiz badan ke? Eh, bukanlah… Bukan itu tujuan Cik TK tulis entri kali ini. Kali ini, Cik TK nak membebel luahan perasaan sebenarnya sikit pasal masalah memandu kereta kecil dan kereta besar yang Cik TK alami selama ini.

Kisahnya:

Dulu waktu belajar memandu, Cik TK cuma pernah bawa kereta Kancil dan Viva (waktu ujian JPJ sahaja). Selepas dapat lesen P pula, Cik TK memandu hanya apabila terpaksa. Contohnya bila keluar dengan kawan-kawan, tetiba je tiada sesiapa nak memandu. Maka waktu itu la baru Cik TK tunjukkan skill yang tidak seberapa dan sungguh kelam kabut sebab nervous sangat. Mungkin cuma empat atau lima kali je dalam masa setahun. Dan itupun pakai kereta Kancil sahaja.
Korang boleh tengok kan, Cik TK cuma pernah bawa kereta bersaiz kecil je kan? Oke, pernah beberapa kali Cik TK bawa kereta yang bersaiz agak besar dan panjang (kereta ayah Cik TK). Tapi macam-macam jadi. Termati enjin time nak masuk simpang la, termati enjin time U-turn la, dan macam-macam lagi. Akibatnya, mak ayah Cik TK tidak benarkan Cik TK bawa kereta yang bersaiz besar dan panjang.
Alkisahnya sewaktu menjalani Latihan Industri (LI/praktikal), kami harus memandu setiap kali nak ke tempat LI kami. Nasib baik tuan rumah ada kereta lebih. Dan manusia terpilih untuk menjadi drivernya adalah Cik TK dan seorang lagi gadis comel. Nasib baik juga la kereta bersaiz kecil. So, tiada masalah la. Selalu je Cik TK bawa. Boleh practice sekali, mahirkan diri dalam skill pemanduan.
Then, suatu hari Cik TK disuruh pandu satu lagi kereta milik tuan rumah yang bersaiz besar… dan panjang. Exora. Dan Cik TK tolak. Mengatakan Cik TK tak biasa dan mak ayah pun tak benarkan. Agak takut juga. Lagi-lagi bila pernah tengok kawan Cik TK bawa kereta tu terlanggar divider masa nak masuk simpang. Buat Cik TK lagi tak yakin. Nanti jahanam pula kereta orang. Dan mereka tak faham. Ada yang fikir Cik TK tak mahu tolong. Malah ada yang ejek Cik TK depan kawan lain, “Huh, Cik TK tu bawak kete kecik je… tak maen yang besar2 ni…”

Bukannya Cik TK tak mahu. Cik TK nak juga belajar bawa kereta yang bersaiz agak besar dan panjang. Apa perasaan korang kalau berlaku situasi macam kat atas ni pada korang?



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ckp la ngn dia.. err ada aku kisah? kau ta kisah psl aq pon hek3.. tak la.. cecite la kan... cakap la.. naty xcident naya jek keta org.. huhu.. kite niyh haa bile na dapat lesen bz jek manjang hahha :p

    p/s:: y penting yakin diri ea!! :D

    BalasPadam
  2. ala xkesah la bwk kete kecik ke besa..yg pntg blh smpai destinasi kan TK kan?at least TK brani jgk.xmcm fiza ni penakut..harap je ade lesen tp takut.haha..biarkn je org nk ckp ape TK :D

    BalasPadam
  3. sama lah ngan hana.. hana pun cm tu gak dulu ;) well hana da follow blog awk ;) dr segmen folo tu.. hana 396 taw ;)

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!