Isnin, 30 Julai 2012

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+

Tagged by: Anzulna

Jom ramai-ramai join segmen ni...
Segmen ini untuk mereka yang mempunyai bilangan follower kurang dari 1000...
Dianjurkan oleh Izzah Ismail


Klik banner kalau nak join... Tarikh tutup 31 Ogos 2012


Follower Cik TK sekarang: 302

Cik TK nak tag: Ked, Hazirah, Zie

Baca Selanjutnya ...

Isnin, 9 Julai 2012

INDEED.



Baca Selanjutnya ...

SEGMEN: KEMBAR TK

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Emm... Dalam entri kali ni Cik TK nak join satu segmen ni. Err... Kalaulah korang perasan kan, dah lama kan Cik TK tak join apa-apa segmen. Kali ni tiba-tiba Cik TK rasa nak join segmen dari blog CX ni.

Rasa macam menarik kan segmen ni, ia mengumpulkan blogger-blogger mengikut bulan kelahiran. Mana tau nanti dapat berkenalan dengan blogger bukan setakat sama bulan kelahiran, malah sama tarikh lahir lagi! Woah, jumpa kembar! Sungguh menarik!

Apa lagi? Klik je banner di atas kalau nak join sekali!


Tarikh lahir: 15 Disember 1989
Bintang kelahiran: Sagittarius
Jantina: Perempuan


Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 7 Julai 2012

APABILA MAYONNAISE DITAMBAH SERBUK KARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Pada suatu pagi yang indah ketika ibubapa Cik TK keluar bermain badminton, ketika adik lelaki pertama Cik TK masih lena dibuai mimpi, ketika adik lelaki bongsu Cik TK baru berangkat ke sekolah, Cik TK berada di dapur menjalankan suatu eksperimentasi makanan...

Pagi itu, adalah menjadi tugas Cik TK untuk menyiapkan sarapan... Maka Cik TK pun berada di dapur memerhatikan sekeliling... Memerhatikan bahan-bahan yang menarik perhatian Cik TK untuk mula memasak. Akhirnya tangan Cik TK menggapai tepung gandum yang berada di dalam almari, dan Cik TK membuat keputusan untuk membuat cucur.

Cik TK mula mengambil segala bahan yang Cik TK perlukan; bawang, cili, sedikit daun kunyit, kentang, telur, ikan bilis dan bahan yang paling adik Cik TK tak suka, iaitu sayur! Lalu Cik TK blenderkan saja semuanya. Kemudian digaul dengan air dan tepung, dan digoreng.



Sesudah itu, Cik TK pun mengambil sos cili dan mayonnaise. Ketika itu entah mengapa Cik TK terasa hendak mengambil serbuk kari. Maka Cik TK rasa ingin melakukan satu eksperimentasi di mana Cik TK ingin mencampurkan serbuk kari itu dengan mayonnaise, dan akan dijadikan seperti sos cicah untuk cucur itu.



Hasilnya... Emmm..... SEDAP!!! Dah pernah orang buat ke ek? Cik TK pun tak tahu entah mana datang idea ni, Cik TK ikut gerak hati je ni... Korang pun boleh cuba buat. Sedap juga rasanya tau!

Baca Selanjutnya ...

Khamis, 5 Julai 2012

PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG… PART 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Pada entri kali ini, Cik TK ingin sambung bercerita mengenai pengalaman Cik TK sewaktu menyertai aktiviti mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat.


Memandangkan kami kehabisan sumber air, sebahagian dari kami mengambil keputusan untuk menuruni satu cerun yang agak curam untuk mengambil air. Biasanya tak ramai yang akan turun curam tu, melainkan mereka kehabisan air.


On the way naik ke 'Istana Pacat'...

Di 'Istana Pacat'...

Semua keletihan... Rehat dulu sebelum meneruskan perjalanan...

Memandangkan jam sudah menunjukkan angka 2, kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak kerana risau akan pulang lewat ke kemsite. Maka kami pun turun balik ke Kem Lolo. Setibanya di Kem Lolo, kami mula mengemaskan barang-barang dan terus turun pulang. Kami mesti pulang malam ini juga. Esoknya kerja kan? Dan budak perempuan tu nak pergi sekolah keesokannya. Dan satu lagi, Cik TK tak mahulah cerita pengalaman jatuh waktu turun tu (seperti yang Cik TK pernah nyatakan sebelum ini di SINI). Segan seyh!


Mengemaskan barang2 sebelum berangkat pulang...

Sempat snap picture dulu sebelum berangkat pulang...

Sebahagian dari trek yang dilalui... Waktu siang ni baru nampak jelas macam mana treknya...

Pengalaman ini sungguh menarik, macam-macam jenis orang yang Cik TK jumpa sepanjang berada di sini. Hujung minggu memang ramai orang di sini. Paling ramai adalah orang cina. Ada yang siap bawa rombongan, keluarga dan kawan-kawan. Dan macam-macam pengalaman yang Cik TK dapat.


Ramainya orang cina kat sebelah kem kami... mereka bawa satu rombongan terus ni... Maybe dalam 20 orang? Oh, belum masuk kemsite lain... Orang cina juga... Rajin kan mereka ni?

p/s:
Oh ya! Ada Cik TK nyatakan tak tadi yang Cik TK tak tidur dalam khemah? Habis tu kat mana Cik TK tidur ek? Hehe~ Cik TK tidur dalam hammock. Oh yeah, terbaiklah!

Baca Selanjutnya ...

PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG… PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Pada entri kali ini, Cik TK ingin sambung bercerita mengenai pengalaman Cik TK sewaktu menyertai aktiviti mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat.




Rasanya hampir pukul 5 pagi (Sabtu) baru kami tiba di Kem Lolo. Walaupun keletihan, kami terus menyalakan lampu, memasang khemah, dan menyusun semua barang-barang yang kami bawa. Setelah selesai solat Subuh, kami pun bantai tidur.

Pagi itu, kira-kira pukul 10 kami mula masak sarapan. Masak bihun goreng, oke! Jangan ingat tak boleh nak masak di atas sana. Kami bawa dapur, gas, peralatan masak, bahan masak, semua ada. Hehe~

Menyusun segala bahan makanan yang dibawa

Di bawah itulah salah satu sumber air kami

Apa yang penting? KERJASAMA!! Kami sama2 masak bihun goreng untuk sarapan pagi

Kami merancang untuk terus ke ‘Istana Pacat’ dan naik ke puncak selepas sarapan. Dengarnya trek sangat mencabar. Entah macam mana jadinya nanti ek? 

Setelah berbincang, kami buat keputusan tak jadi naik selepas sarapan. Kerana kami mahu menunggu kawan-kawan kami (seorang perempuan dan dua lelaki) yang akan tiba malam nanti. Kemudian kami akan naik sama-sama. Sementara menunggu itu macam-macam yang kami lakukan untuk mengisi masa terluang. Petang itu kami masak sizzling dan nasi berlaukkan ikan pekasam pula untuk dijadikan makan malam.


Masak sizzling ngan ikan pekasam pula... Untuk makan malam...

Keesokan paginya (Ahad), lepas bersarapan kami meneruskan perjalanan untuk ke ‘Istana Pacat’. Agak mencabar juga bagi Cik TK. Laluan agak curam juga, kalau hujan laluan ni akan jadi licin.

Dalam perjalanan, kami terserempak dengan seorang lelaki tua warganegara Australia yang menetap di Malaysia berumur 75 tahun. Walaupun sudah tua, dia masih bersemangat dan bertenaga mendaki gunung. Naik lebih laju dari kami yang masih muda ni. Memang hebatlah!

Sarapan kami... dimakan bersama roti... Nikmatnya!

Sebahagian dari trek mendaki... Agak mencabar...

Bertemu dengan Mr. Don yang berusia 75 tahun. Hebatlah!!!

Kami ambil masa kira-kira 2 jam jugalah untuk sampai ke ‘Istana Pacat’ tu. Cik TK ingatkan akan ada banyak pacat, rupanya susah nak jumpa pacat. Pelik, kenapa namanya ‘Istana Pacat’ ek? Hmm…


Baca Selanjutnya ...

PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG… PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera…



Pada entri kali ini, Cik TK ingin bercerita mengenai pengalaman Cik TK sewaktu menyertai aktiviti mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat.

Cik TK pergi secara berkumpulan. Waktu berada di sana, ada je Cik TK jumpa orang yang pergi bersendirian. Berani kan dia, mungkin dia dah biasa pergi sana sorang-sorang.

Kumpulan ini pada mulanya terdiri daripada 3 orang gadis termasuk Cik TK, 2 orang lelaki (staf tempat Cik TK menjalani Latihan Industri) dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun (anak seorang staf tu). Keesokan malamnya ada lagi seorang kawan perempuan dan 2 orang lelaki lagi turut serta.

Oh ya! Jangan ingat budak-budak tak boleh buat ek. Budak kecil tu lebih bersemangat daripada kami semua tau. Naik laju, turun pulak lagi laju. Sentiasa di hadapan. Sewaktu Cik TK letih, rasa macam tak larat dah, Cik TK jadikan budak tu sebagai inspirasi dan motivasi. ‘Budak kecik boleh buat, kenapa aku tak boleh?’.


Cik TK bersama 2 rakan... Agak2 Cik TK yang mana satu ek? Hehe~

Sebelum mulakan perjalanan sempat tidur dulu...

Masih lagi mengemas barang2 untuk dibawa naik...

Kumpulan kami memulakan perjalanan menaiki gunung itu menuju ke Kem Lolo pada jam 12.30 tengah malam. Oke, korang tak salah baca. TENGAH MALAM, oke! Perjalanan malam rasanya sejuk dan lebih seronok daripada waktu siang. Ini sebab waktu siang kita akan nampak trek dengan jelas dan ia boleh menyeksa minda kita apabila melihat laluan trek yang semakin mencanak. Ke mungkin Cik TK sorang yang rasa macam tu ek? Hmm…

Kira-kira 5 jam juga masa yang diambil untuk sampai ke Kem Lolo. Kem Lolo biasanya dijadikan tempat para pendaki bermalam, sebelum meneruskan perjalanan ke puncak. Nak sampai ke Kem Lolo ni macam-macam yang kami lalui. Trek yang berbatu kerikil, bertanah merah, ada juga sebahagiannya berjalan tar. Lepas tu lalu palong air sebelum melalui satu empangan ni. Kemudian, kami melintasi 2 sungai untuk sampai ke Kem Lolo.


Ini salah satu sungai yang kami lintasi sewaktu ke Kem Lolo... Di sini juga kami mengambil sumber air, mandi, basuh pinggan, dan sebagainya.

Jangan risau kalau letih dalam perjalanan. Sepanjang trek ke Kem Lolo ini ada disediakan entah 5 ke 6 gazebo. Cik TK pun tak kira pula berapa banyak. Yang TK tahu, kami singgah di semua gazebo tu rehat-rehat, minum air kosong la, minum air 100 la, siap ada yang sempat tidur pula lagi. Paling tak boleh blah la kan, ada sorang tu sempat pula update status facebook.
Baca Selanjutnya ...