Selasa, 26 Julai 2011

TUESDAY OF TRUTH: WWE






Cik TK suka tengok WWE. 
Lagi-lagi kalau dalam perlawanan tu ada Rey Mysterio.
Jadi setiap hari Khamis, 11 malam kalau Cik TK ada kat rumah memang selalu tengok kat TV3...



Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 23 Julai 2011

NOSTALGIA: DIARI


Dulu, Cik TK selalu tulis diari. Apa saja perkara baru yang Cik TK buat, segala suka, duka, pahit, manis sejak dari Cik TK tingkatan tiga hinggalah sebelum Cik TK melanjutkan pelajaran ke universiti. Semuanya Cik TK abadikan di dalam diari.

Dulu, pada mulanya Cik TK saja-saja tulis je… Sebab kadang-kadang Cik TK lupa perkara yang dah lama terjadi. Jadi lepas beberapa tahun, bila Cik TK baca balik diari tu Cik TK boleh ingat balik cerita dulu-dulu.  

Bila baca balik kisah gembira, hati jadi senang dan gembira.

Bila baca balik kisah sedih, hati pun jadi sedih.

Bila baca balik kisah yang kelakar, tak kering gusi jadinya.

Bila baca balik kisah yang memalukan, rasa macam “OMG, malunya! Kalaulah Doraemon (uik? Doraemon?) ada kat sini, aku nak pinjam alat-alat dia. Balik ke masa lampau dan ubah segala apa yang dah berlaku…”

Bila baca balik, teringat balik kisah-kisah yang dilalui bersama seseorang yang pernah Cik TK minat secara diam-diam… *tersenyum sendiri*

Haha, macam-macam yang Cik TK rasa time baca balik diari Cik TK ni… Rasa seronok pula bila ingat balik kenangan yang dah lama dilupakan… Ada juga part di mana “eh, dulu pernah jadi ke perkara macam ni??”

Tapi, sebaik sahaja Cik TK melangkah masuk ke universiti, Cik TK sengaja tak bawa sekali diari Cik TK tu. Bahaya!! Bila dah namanya pun tinggal kat asrama, maknanya tidak tinggal dalam bilik seorang diri macam dekat rumah. Jadi takut kawan terbaca, habis pecah rahsia. Satu lagi, Cik TK fikir kehidupan di universiti ni mesti sibuk. Maka Cik TK rasa mesti tak ada masa nak tulis diari lagi.

Lepas baca diari Cik TK tu rasa macam nak tulis diari balik la… Mesti rasa seronok bila baca baca balik diari tu lepas beberapa tahun, kan?

p/s: Macam tak mungkin je… Lepas raya ni balik asrama dah. Mula semester baru. Takkan nak dibawa ke sana punya la… Urm, kalau lepas ni Cik TK guna blog ni sebagai diari macam mana? Hehe~




Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 22 Julai 2011

VIRUS DAN HANTU…

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Kebelakangan ni banyak tersebar di laman muka-buku (Facebook la tu…) bahawa konon-kononnya tersebar sejenis virus yang menyerang melalui chat…

Ini diprintscreen dari FB kawan... Klik untuk tumbesaran...

Oleh kerana risau pada adik Cik TK yang tidak berapa nak ambil peduli dengan keselamatan komputer (maklumlah, budak kecil lagi…), Cik TK bimbang sekiranya lappy Cik TK terkena virus berkenaan (sebab adik Cik TK ni guna lappy Cik TK), maka sebagai seorang kakak (dan pemilik lappy berkenaan) Cik TK bertanggungjawab untuk memberitahunya supaya berhati-hati dengan perkara sebegini…

Malam semalam, sewaktu Cik TK sedang mengajar adik Cik TK (dipanggil Z, bukan nama sebenar) itu Matematik kebetulan parent Cik TK sedang keluar. Tinggallah Cik TK berdua dengan adik Cik TK tu. Kebetulan pula lagi cuma lampu ruang tamu saja yang menyala. Kelihatan dapur dan bilik yang pintunya terbuka dalam keadaan gelap…

Maka, ‘operasi’ pun bermula…

TK : Z, tau tak sekarang ni kan kat FB ade virus jenis baru tau…
Z : (gaya buat-buat tak peduli…) Jadi?
TK : Takda apa… Saja nak suruh Z hati2 je… Takut terkena pulak… Nanti, kalau tetiba ada orang, tak kira la siapa pun kan, kalau dia tulis “Hi.How are you?” jangan balas tau… (sambil tulis ayat tu kat sehelai kertas)
Z : Hmm… Ye la… Orang tengah buat kerja ni… Tak siap nanti cikgu marah la…
TK : Iye, kakak tak kacau pun… Faham tak kakak cakap tadi ni?

(Cik TK rasa macam tak berjaya je ni… Hmm, nak takutkan dia la… hihi~ *senyum jahat*)

TK : Walaupun kat chat tu nama kawan Z yang keluar, jangan balas tau… Tu sebenarnya bukan kawan Z tu… dia menyamar je jadi kawan Z tu…
Z : (mula bagi perhatiaan) Bukan kawan? Macam mana pula boleh jadi bukan kawan?
TK : Dia menyamar la jadi kawan … Dia tu boleh tukar rupa tau… (Ok, part ni dah mula merepek)
Z : (muka macam dah mula takut) Kalau balas apa jadi…?
TK : Kalau balas kan, lagi-lagi time malam jumaat macam ni, nanti kat chat tu dia suruh Z tekan link yang dia hantar tu... Pastu, time tu la dia hantar benda tu…
Z : Benda ape dia hantar tu? Virus tu ke?
TK : Yup, virus tu la… Kalau tekan kan, tau tak apa jadi? nanti kan, keluar… (buat gaya menakutkan…)
Z : Keluar apa?
TK : Keluar satu benda… (sambil tunjuk ke arah dapur yang gelap, dan Z pun pandang ke dapur) muka dia menakutkan, time dia muncul tu kan dia buat bunyi yang betul-betul akan buat Z takut~ macam ni! HIARGGHHH…!!!!
Z : (Terkejut, mungkin) MAMA..!!! TAKUT!!! ADA HANTU!!!

Lepas tu, ibu bapa Cik TK balik, adik ngadu dan terus Cik TK pula kena marah. Huhu~

Hahaha! Pulak dah~ Boleh pulak jadi macam ni ek… Daripada cerita pasal virus, tiba-tiba jadi cerita hantu pula. Korang jangan tiru apa yang Cik TK buat ni ek… Nanti tak pasal-pasal kena marah pulak dengan mak ayah korang…




Baca Selanjutnya ...

Khamis, 14 Julai 2011

RESUME? ARGH!!! TENSIONNYA!!!

Seperti mana yang pernah Cik TK nyatakan pada entri-entri yang lalu, Cik TK ada nyatakan bahawa Cik TK sibuk mencari tempat untuk menjalankan Latihan Industri, bukan…? Dan Cik TK baru saja dapat tahu bahawa rupanya kena emailkan bukan sahaja maklumat syarikat yang dikehendaki kepada penyelaras jurusan Cik TK, malah RESUME sekali!!! Dan mesti hantar segera…!!! ASAP!!! Aduh~ bagaikan sebiji penumbuk hinggap dimuka!

Untuk pengetahuan korang semua, Cik TK belum pernah lagi buat resume… Jadi Cik TK sekarang ni sedang cuba taip resume Cik TK berpandukan contoh-contoh resume yang ada di internet. Dan pastinya, Cik TK rasa sungguh tertekan sekarang! Sebab Cik TK sendiri pun tak pasti apa yang patut atau tak patut Cik TK letak dalam resume tu! Tu la! Dulu time sekolah tak aktif! Dah tak tahu apa yang nak disumbat dalam resume tu sekarang! Dan contoh-contoh resume kat internet ni sungguh mengelirukan! Ada yang guna format macam ni, ada yang guna format macam tu, tak tahu format mana nak ikut ni… huhu~  

p/s:
Dan satu lagi yang Cik TK geramkan sangat ni, talian internet Cik TK ni dah jadi sangat, sangat ‘laju’ kebelakangan ni… se‘laju’ siput… Jadi harap maaf ya jika Cik TK tak sempat nak lawat blog kawan-kawan semua, balas komen, update, dan sebagainya, ya…  




Baca Selanjutnya ...

Selasa, 12 Julai 2011

LAWAK: AYAM BAKAR KE BAKAR AYAM?

Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca sekalian... Lama sudah aku tak update... huhu~ Agak sibuk sikit... Jadi agak jarang buka lappy aku ni... 

Oh ya, mulai entry ini aku akan mula menggunakan nama panggilan Cik TK (cara sebutan 'ti-kay') ya!

Tak dapat dinafikan, mesti ramai di antara korang ni suka makan ayam bakar kan?

Hari ni Cik TK nak kongsi satu resepi mudah untuk masak ayam bakar... 

Bahan-bahannya mudah saja... Korang cuma perlukan dua bahan, iaitu ayam dan api... (Uik?? Biar betul? hehe~)

Kemudian lakukan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah!



Okay... maaf ya! Cik TK cuma melawak je... tengah bosan ni... hihi~

sumber: lawak.net

Baca Selanjutnya ...