Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Oppss.... lama sudah Cik TK tak update kan...? bukan apa, busy sikit kebelakangan ni... ni pun curi-curi sikit masa untuk update blog Cik TK ni... hehe~ sebelum Cik TK mulakan, jom kita semua layan dulu encik-encik dan cik-cik ular ni ek...
comel? maaf... Cik TK tahu ada di antara korang yang mungkin tak suka, geli, ataupun takut tengok ular... jika ada yang mempunyai perasaan-perasaan yang dinyatakan, sila baca entry ini sambil menutup mata. Eh, apa pulak! Kalau tutup mata macam mana nak baca??? Aiseyyy...!
korang tahu apa motif Cik TK letak gambar ular ni? hehe~ ini kerana... semalam kan.... err..... semalam kan.... Cik TK.... mimpi... ular... Cik TK mimpi kena kejar ngan ular... tak cukup dengan proses kejar mengejar, Cik TK kena patuk dengan ular tu pulak... KENA PATUK DENGAN ULAR, tahu?
tapi bukanlah warna hijau macam kat atas ni... huhu~ apapun, tak mahulah ceritakan mimpi tu secara detail sangat..
dulu, pernah juga la ada seorang kawan Cik TK ni pernah cerita... kalau mimpi kena patuk ular ni, maksudnya orang nak datang meminang... Cik TK pun buat tak kisah je apa yang kawan Cik TK cakap tu... setakat ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’ je... lagipun, pada Cik TK, mimpi itu cuma mainan tidur je...
tapi, tetiba tadi hati Cik TK ni tergerak nak search kat internet... kalau2-kalau mimpi ni ada maksudnya walaupun Cik TK tak berapa percaya... dan hasilnya...
OH TIDAK!!!
Ini aku dapat dari beberapa sumber... semuanya menyatakan bahawa...
“Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami”
“Jika bermimpi digigit ular, maka petanda akan mendapatkan pasangan hidup”
“Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai anda”
“Jika bermimpi melihat ular berlari mendekati ertinya anda sedang dicintai atau dirindukan orang lain secara diam-diam”
“Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka petanda akan datang tamu yang membawa kebahagiaan”
Alamak... Cik TK rasa awal lagi la kalau nak kahwin... Cik TK pun tak sedia lagi nak melangkah ke alam perkahwinan ni... ada banyak sangat tanggungjawab yang perlu dipikul... tapi, kalau memang sudah jodoh nanti tu, Cik TK terima sajalah... hehe~
Okay, setakat itu sahajalah entri Cik TK untuk kali ni... Cik TK cuma berharap yang mimpi itu hanyalah mimpi semata-mata... seperti mana Cik T katakan pada awal entri ini tadi, “mimpi itu hanyalah mainan tidur semata-mata...”
Sumber2:
Baca Selanjutnya ...