(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Sunday, 10 June 2012

ROTI JANTAN??? APA TU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…


Pagi tadi semasa TK makan roti canai bersama kawan TK di warung, kelihatan seorang mamat berbaju merah yang hensem mengalahkan Brad Pitt datang menuju ke meja di belakang TK. Okay, TK bukan nak cerita pasal mamat tu. TK nak cerita pasal apa yang dia order.

Akak kedai tu berjalan perlahan ke arah mamat tu membawa sehelai kertas kecil bersama sebatang pen, lalu bertanya ‘Minum apa?’. ‘Kasi teh ais satu’, kata mamat tu. ‘Makan?’, akak tu tanya. ‘Roti jantan satu ye kak’, mamat tu kata.

TK dan kawan TK yang duduk dekat dengan mamat tu terus berpandangan sesama sendiri. ROTI JANTAN? APA TU?  Siriyes TK memang tak pernah dengar.

Ingatkan kami je yang tak tahu. Rupanya akak kedai tu pun sama! ‘Apa itu?’, akak tu tanya kat mamat tu. Mamat tu terdiam sekejap. Lepas tu dia kata, ‘itu roti telur kasi 2 telur…’.  ‘Oh, cakap la roti telur dua!’, akak tu kata. Mamat tu sambung, ‘Bukan dua roti telur. Satu je roti telur, tapi time buat tu letak la dua telur!’

Oh, baru lah TK dan kawan TK faham. Itu rupanya Roti Jantan! Tapi kan, pelik la… Kenapa bagi nama roti jantan? TK pun search la kat gugel, ada yang kata, namanya roti jantan sebab orang lelaki ada dua telur. Alamak! Cam lucah pula TK rasa!

Roti jantan dah ada. Lepas ni mungkin ada roti betina pula ek~ Haha!


8 comments:

kotak bulat said...

hahahahaaa.. lucahhh

Adry@Daun said...

Hehe...kali pertama dgr org buh nama roti jantan.

KorN said...

1st time dgr nie.. hehe

FITRAH JAMIL said...

haha teeetttt... apa itu

cikpinky said...

tah.,..mcm lucah je!! haipppp!!

TK said...

@Kotak bulat
haha! agak lucah kan! ntah cam ne org kasi nama ni...?

@Adry@Daun
Tu la, TK pun kali pertama gak dengar ni.

@KorN
TK pun kali pertama gak dengar ni

@FITRAH JAMIL
teetttt.....! hehe~

@cikpinky
tu la. TK pun rasa cam tu gak~

Dakara said...

waaa, baru tau, ada roti jantan. kalau letak tiga telur pulak apa ya nama dia?? heheee :D

TK said...

@Dakara
Hurm..... Super Jantan!? haha!