(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Wednesday, 21 December 2011

SAMBUTAN HARI JADI YANG PERTAMA…!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Merujuk kepada tajuk di atas, TK ingin menyatakan di sini bahawa TK baru sahaja menyambut hari jadi TK yang pertama… Eik??



Haha…! Seperti yang pernah TK nyatakan di SINI, selama ni birthday TK jatuh pada musim cuti. Tak kira lah cuti sekolah atau cuti semester. Jadi selama ni sambut pun ngan keluarga je… Tak pernah lagi sambut dengan kawan-kawan…. Setakat orang pernah wish kat FB dan friendster je la.

Akan tetapi, mula tahun ni kan sistem U ni bertukar. Mula bulan 9 la pula kan… jadi, sebaik sahaja semester ini bermula, TK terus hide-kan tarikh birthday TK dalam semua laman sosial… Mana tak nya, dulu time birthday orang lain, TK join serang diorang… Simbah dengan air la, baling tepung la… Jadi TK tak nak semua tu berlaku pada TK… haha! Dan TK pun dah pesan kat adik-adik TK supaya jangan post birthday wish ke apa kat TK punya wall FB...

Sampai tarikh 15 Disember hari tu, tengah-tengah malam tu tiba ada seorang budak lelaki tu sms “Happy Birthday!”… Wah, terharu giler TK… Mana dia tahu birthday TK ni? Then dia kata, Nampak adik TK post kat FB… Cett!!! Adik TK yang seorang ni kan… Arghh… Geram!

Lepas kelas hari tu, ada kawan sekalas yang tiba-tiba nyanyikan lagu birthday kat TK… Terharunya… Kali pertama ada kawan nyanyikan lagu birthday… Dan lepas tu ada lagi 2 orang la yang wish lagi. Budak lelaki yang sms semalam tu pulak kata “Nak kena simbah tak ni? Botol tengah penuh dengan air ni…”. Haha! Nasib baik dia bergurau je…

Malam tu, lepas makan dengan kawan-kawan rapat TK, tiba-tiba diorang wat surprise birthday party untuk TK. Memang TK terharu sangat. Tengah-tengah malam tu pula, TK kena baling dengan tepung. PULAK?! Huhu~

Memang satu pengalaman yang baru bagi TK. Kali pertama sambut birthday dengan kawan-kawan…!

p/s: Ramainya yang sambut hari jadi bulan ni… Dalam rumah TK ni je, 5 dari 10 orang birthday bulan Disember… 

5 comments:

Ungu Violet said...

happy birthday...hepi2 aje k..:)

TK said...

terima kasih... =)

S H I T E Q said...

happy belated birthday ekk. moga pnkg umur & dmurahkan rezeki. ehe :)

zAty =) said...

hepy birthday ! kite lame dh xsmbut, huhu

TK said...

terima kasih atas ucapannya...