(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Sunday, 28 August 2011

CEPAT PUNYA PASAL, NYAWA DIPERTARUHKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian…

Lusa dah raya… Macam mana persiapan raya? Mesti korang dah sediakan semua awal-awal kan…? Baju raya sudah pastinya dah ada, rumah dah hampir siap dikemas, kuih raya pun dah buat kan? Ke kuih raya ‘tunjuk’ je? Hehe~

Opss… TK bukan nak cerita pasal ini sebenarnya. 

Sekarang ini pasti semua orang sibuk dan nak siapkan kerja dengan cepat… Tidak kiralah nak cepat kemas rumah atau nak cepat shopping barang-barang untuk raya, tidak lupa juga kepada yang nak segera balik kampung.

Walaupun begitu, semua ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi seorang pemandu yang tidak berhemah dengan melanggar peraturan jalan raya kerana ini boleh membahayakan pengguna jalan yang lain.

Ini adalah peristiwa yang berlaku malam tadi sewaktu TK dalam perjalanan balik dari sebuah pasaraya kerumah. TK pun tak tahu nak cerita macam mana, jadi TK lukiskan. Kalau tak jelas, harap maaf…




Memang nasib baiklah kereta dari arah kiri tu sempat berhenti… Kalau tak, TK dapat tengok accident secara ‘live’ untuk kali pertama… 

p/s: Kepada semua, berhati-hatilah di jalan raya… Biar lambat, asal selamat! 

8 comments:

sergeant keroro said...

dashyat tol, huhu

TK said...

memang dasyat!

Ini Kisah Tia said...

gilesss kot !!

TK said...

sangat! teruk kan...?

Bella said...

menakutkan.............
lapo sangat ke sampai langgar lampu merah...

TK said...

tu la.. sangat dasyat...

Bui Junaidi said...

mmg banyak spare nyawa kot sbb tu dia buat mcm tu...

TK said...

ada 9 nyawa la tu kot...