(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Wednesday, 1 June 2011

MEH SINI TENGOK JARI SIAPA LEBIH HEBAT!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sebulan sudah aku bercuti... Tiga bulan lagi barulah semester baru mula... huhu~ Korang memang tak salah baca! Aku cuti EMPAT bulan... Sangat lama...

Rancangan cuti aku ialah nak mengajar adik aku (kira jadi cikgu la ni...) dan bantu parent aku dengan business mereka (ini satu kemestian!!!) dan urus rumah.

Selain tu, aku nak cari tempat untuk aku punya Latihan Industri (LI)... Aku mempunyai kesukaran untuk mencari tempat LI yang sesuai... Sebab parent aku agak tak setuju dengan tempat-tempat yang aku pilih...

Aku pun ada jugak terfikir nak buat SIEP (Student in Enterprenuership Programme)... Benda ni memang budak U aku semua kena buat... tapi aku tak cari tempat nak buat lagi... tapi, macam malas nak buat pun ada jugak... Banyak lagi benda yang aku nak buat... Aku nak buat semua yang hobi-hobi yang dah lama aku tinggalkan, aku nak tajamkan lagi kemahiran memandu aku (pasal aku sangat-sangat jarang bawa kereta lepas dapat lesen), aku nak main game puas-puas, aku nak tengok tv puas-puas, aku nak makan puas-puas (menternak lemak ke ni!?), dan banyak lagi!!!

Tapi, walaupun banyak yang telah aku rancang, MOOD yang tak datang pada aku membuatkan aku malas untuk buat semua tu dan membuatkan aku rasa bosan! Time-time bosan ni la baru aku rajinkan diri untuk merayau-rayau di internet...

Jadi, tengah-tengah bosan tadi aku merayau... dan merayau.... dan merayau lagi.... dan tiba-tiba aku jumpa... website ni...


lepas tu apa lagi... dengan penuh keyakinan... aku pun men-test kelajuan aku menaip... 

bagaimana menaip dengan pantas
gambar hiasan... dapat dari encik google...
dan hasil yang aku dapat ialah....



35 perkataan

aik??? 35 je ke...??? tapi rasanya kalau aku taip apa yang ada dalam fikiran ni mungkin lagi laju kot... huhu~


p/s: kepantasan menaip adalah penting pada masa kini... kalau tak, cam mana nak siapkan assignment yang berlambak-lambak tu dengan cepat, betul tak?

4 comments:

Black_roses92 said...

huaa..eden dapat taip 31 perkataan jo..siap ad 1 salah lagi..hehe

TetikusMerah said...

takpe... kita cuma perlu lebih berusaha untuk dapat lebih dari itu...

asfz lily said...

asfz dpt taip dlm 40 perkataan je seminit..hahaha

TetikusMerah said...

wah! hebat tu... terbaek!