Advertisement

MAKAN-MAKAN: RAMAL JUNCTION FOODCOURT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Daripada tajuk itu, Cik TK perasan kebelakangan ini macam Cik TK asyik buat post pasal makan. Lepas asyik makan-makan tu, berat naik. Tapi Cik TK tak mahu meroyan di sini sebab itu salah sendiri.

Walaupun Cik TK makan tak banyak, Cik TK pun kurang makan buah dan sayur, dan kurang bersenam. Cemburunya dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk-gemuk ni... Tapi mungkin juga berat naik sebab Cik TK selalu kurang tidur. Well, orang kata kurang tidur pun punca berat naik.

Okay balik ke tajuk asal. Alkisahnya pada suatu malam tu selepas sesi berjalan-jalan kami tidak tahu nak makan apa untuk makan malam. Setelah berbincang, Encik L kata nak makan sate. Maka Cik TK pun ajak la Encik L mencuba Sate Willy, yang terletak di Ramal Junction FoodCourt, kawasan Sungai Ramal, Kajang.


Lama dah juga Cik TK tak menjejakkan kaki ke sini sebenarnya, walaupun rumah dekat-dekat sini saja (20 minit, kira dekat jugalah tu). Kali terakhir, rasanya Disember 2019. Bila difikir-fikirkan balik, memang jarang juga Cik TK makan luar. Waktu kerja pun bawa bekal. Almost everyday! 

Beratur menunggu giliran untuk order makanan di salah satu gerai

Cik TK ni tak pernah lagi datang sini waktu malam. Beberapa kali ke sini sebelum ini, tapi semuanya waktu siang. Jadi pertama kali tiba disini waktu malam Cik TK macam... wahh ramai orang juga ya. Meriah.

Tapi apa pun, semua masih lagi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Masuk kena scan kod QR, ambil suhu dan ikut penjarakkan sosial.

Di sini terdapat gerai dengan pelbagai pilihan makanan. Ada masakan panas, nasi ayam, western, char kuey tiaw dan sebagainya. Yang penting, ingat nombor meja. Kerana semasa order di gerai berkenaan kita kena beritahu nombor meja untuk mereka hantarkan pesanan makanan dan minuman kita itu. 

Berikut adalah makanan yang kami order. Dari gerai Sate Willy, kami order sate ayam, lembu dan kambing masing-masing 5 cucuk. Semua sedap-sedap belaka. Cik TK juga order Sizzling Yee Mee dan Encik L order Fried Wantan Noodle. Juga sedap belaka!

Hidangan sate yang kami cuba. Enak!
Nyummy! Dari gerai Flaming Pan. Di sana juga ada banyak pilihan hidangan pasta
Yang ni pun nampak sedap!



Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita




Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. terliur tgk satay dia merah2.... oh no...
    tak pa Cik TK, badan naik boleh diet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha lepas ni start jogging balik.. nantikan post pasal jogging pula ya!!!

      Padam
  2. Ya saya perasan banyak pos tempat makan.
    Saya pun masa PKPP macam galak makan di luar setiap minggu tapi gerai/kedai biasa. Kadang tidak pasti hendak masukkan dalam blog ke tidak tempat makan itu. Hehe tapi promosi percuma untuk warung/kedai itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sama juga.. time awal-awal PKPP tu rasa macam nak ke sini dan ke sana, nak makan ini nak makan itu.. but nasib masih boleh kawal keinginan itu sebabnya Cik TK fikir nak kurangkan keluar. Biasa ulang alik rumah dan tempat kerja saja. Kalau singgah mana-mana pun, tempat tu berdekatan rumah atau tempat kerja.

      Padam
  3. Cik TK. Tak apa kalau selalu bawa bekal. Sehat tu. Juga hemat karena kalau makan di luar, biayanya lebih mahal biasanya. Jadi uangnya bisa ditabung tuk keperluan lain. 😁😁😁

    Dari gambar, nampak enak-enak ya makanannya. Harganya berapaan cik? hehehe

    BTW kujadi tau di Malaysia ternyata sudah boleh dine in ya kalau makan. Kukira masih diberlakukan aturan untuk stay at home terus hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya benar..!! Bawa bekal itu hemat sekali!! Hemat dari segi uang (boleh menyimpan untuk kegunaan lain), masa (gak perlu nunggu order karna waktu rehatnya 1 jam aja, waktu tersisa bisa pergi beli barang atau buat hal-hal yang lain) dan hemat tenaga (gak perlu jalan jauh untuk cari makan).

      Iya di Malaysia udah bisa dine in, harus ikut rules/SOP nya.. kalau dari segi harganya, kalau dirupiahin mungkin jadi kira kira 28k untuk satu porsi sizzling dan 3.5k satu cucuk untuk sate.

      Padam
    2. itu tuh betul bangettt
      manfaat bawa bekal memang banyaaak hihihi

      waaah murah juga yaaa
      di sini pork sate cem tu bisa 5k rupiah satu cucuknya deh. hmmm 🤔

      Padam
  4. MEmang sedapkan sate willy, pernah sekali kot makan kat sini, datagn semata-mata mencari sate....bak kata orang ingat kajang ingat sate.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe Kajang memang terkenal dengan sate. Ada sate Hj Samuri, Willy, Rono dan macam2 lagi!

      Padam
  5. aduh-aduh terus rasa terliur mengiurkan sate dan mee tuh, lama dah dana tak makan kat tempat yg macamni sejak PKP ini....

    BalasPadam
  6. Semuanya nampak sangat menyelerakan

    BalasPadam
  7. Semalam br lalu situ sbb ammi makan di Pavillion Steak & Grill kat belah dalam sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh tak pernah lagi try Pavillion Steak & Grill...

      Padam
  8. satay kajang sedap dan murah berbanding tempat lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh selain sate kajang, sate minang pun sedap!

      Padam
  9. oo..satay dia kaler merah ye..
    Selalunya jumpa satay kaler kuning.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung pada bahan dan cara masaknya tu

      Padam
  10. Halo Cik TK, akhirnya bisa blogwalking ke blognya Cik TK hari ini.
    Ngomong-ngomong soal berat badan, tenang Cik, kalau Cik TK stress nggak bagus pula untuk badan dan kesehatan.
    Bawa bekal tuh keren, soalnya aku kalau ke kantor bawa bekal juga Cik. Selain hemat, makanannya juga lebih terjamin karena buat sendiri.
    Tapi sesekali jajan atau makan di luar nggak masalah, biar ada variasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha iya benar itu pipit.. kalau stress juga nggak bagus! Yang penting kita amalkan gizi yang sehat dan berolahraga.. hehehe

      Padam
  11. Dulu rajin betul makan kat sini masa stay BBB. sini port best banyak makanan sedap. Sentiasa ramai orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah tinggal BBB ke dulu? Lagi banyak port makan best sana!!

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!