Advertisement

Sebulan Menghilang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebulan Cik TK langsung tak tengok blog Cik TK ni. Dah setebal 5 inci habuknya tu... Haaachhuuu!! Dasyatnya~

Ke mana Cik TK menghilang? Bajet macam ada yang amik tahu je Baru-baru ni Cik TK join program GEMS. Korang pernah dengar tak pasal program ni? Program ni langsung tak ada kaitan dengan batu berlian ke apa ek. GEMS adalah singkatan dari Graduate Employability Management Scheme. Eh, tak mahu la cerita panjang-panjang. Maklumat lanjut mengenai program ni boleh rujuk GEMS Malaysia.



Oleh itu Cik TK agak sibuk sibuk la sangat kan... dengan assignment jadi macam budak u balik pulak dah, kelas ikut waktu pejabat dan merayau. Eh?. Okay, pertama kali tinggal betul-betul di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur (walau cuma sebulan sahaja), maka guna masa yang ada untuk merayau puas-puas. Tapi bukan hujung minggu la. Waktu tu guwa chao balik rumah. Semestinya!!!

Walau tempoh masa program tu singkat je (belum tamat lagi, tengah tunggu placement), tapi banyak yang Cik TK belajar. Antaranya dapat perbaiki cara komunikasi kerja, belajar cara penulisan business, personal branding dan macam-macam lagi yang melatih supaya jadi confident dan up-kan lagi skill presentation korang. Dapat ramai juga kawan baru yang agak huha dan memang kelas ni meriah la.

Okay la. Setakat ni je la dulu. Cik TK tak ada niat pun nak tulis entri ni sebenarnya. Tengah bosan-bosan tu tetiba je tersiap taip dah.

Oke la. Da~ (eh sejak bila pula Cik TK guna 'da~' ni? Pengaruh awak la ni Encik H!!!)

Catat Ulasan

0 Ulasan