Advertisement

SILA JAGA ETIKA, TIDAK KIRA DI MANA JUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam semalam ada pre-graduation dinner kat Crown Garden, Kota Bharu.


Menarik… Semua orang comel2 belaka dengan tema ‘glamorous vintage’. Siap ada yang pakai macam pengantin dah… Make up? Para gadis memang kebanyakan tak boleh berpisah dengannya. Ada yang make up tebal 3 inci, dan tak kurang juga yang neutral je (setakat bedak baby, macam TK. Opsss!).  

TK pakai biasa je… Tak pergi bershopping pun macam orang lain, sampai ada yang berbelanja beratus untuk ikut tema yang ditetapkan. Bagi TK, cukuplah sekadar baju kurung dan selendang biasa yang memang TK bawa dari rumah awal sem dulu…

Okay, cukup part tu. Yang TK nak tekankan dalam entri kali ini sebenarnya adalah mengenai ETIKA. Mengikut pemerhatian TK la kan, kebanyakan orang ni rupanya kalau lapar dah tak boleh nak bersabar. TK tak tahu lah korang setuju ataupun tak bila TK kata macam ni.

Sebabnya, semalam bila pelayan kat hotel tu baru je letak satu dua lauk kat meja, ada certain orang yang duduk semeja dengan TK dah serbu lauk dulu, sedangkan nasi dan banyak lagi lauk lain belum sampai. Itu TK tak kisah sangat. Cuma TK rasa macam tak beretika la, dan nampak agak gelojoh bagi seorang perempuan untuk buat macam tu.

Dan yang tak boleh blahnya, siap ambil berkali-kali dan banyak pula tu. Tak fikir orang belakang. Kat meja tu ada 10 orang. Jadi tak semua dapat sama banyak. Ada yang dapat sikit sangat, ada yang dapat banyak sangat. TK pun malas nak tegur, sebab rasa macam akan spoil mood orang2 yang datang nak enjoy kan. Aish~ Mesti pelayan hotel tu nak tergelak tengok para pelajar serbu makanan macam tu kan. Huhu~


Cukup la dulu untuk entri kali ni. Nak get ready untuk VIVA, kali ni tanpa nasihat supervisor. Dia sakit, masuk hospital. Dapat pula evaluator yang dahsyat. Seramnya…! Moga2 VIVA hari isnin ni berjalan lancar…InsyaAllah~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Good luck on your viva dear hihi memang kena nervous, but having fun doing it is important too. I will pray for your success =)

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!