Isnin, 26 Disember 2011

PENANGAN HEBAT SI CHARLIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Korang semua pernah tak dengar pasal Kumbang Charlie? Siapa di antara korang yang dah pernah kena dengan gigitan bisa si Charlie ni?

Bukan Charlie yang ini ya!
Okay, untuk sesiapa yang belum pernah dengar pasal Charlie, mari Cik TK perkenalkan dulu apa itu Kumbang Charlie tu...


Nama Am: Kumbang Rove, Charlie, Semut Senai, Semut Kayap, dll
Nama Saintifik: Paederus fuscipes Curtis

Kumbang ini mempunyai toksin yang dikenali sebagai 'pederin' yang mempunyai 12 kali tahap keracunan berbanding venom ular tedung.  Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan  konjunktivitis dan penyakit  kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. 




Tadi Cik TK baca blog kawan Cik TK, dan dia beritahu dia baru kena gigitan charlie. Kali ketiga dah katanya... Ini mengingatkan Cik TK yang Cik TK pun dah pernah kena sekali. Tahun lepas kalau tak silap… Kena dekat muka, sebelah kiri antara mata dengan rambut. Waktu kena tu, sememangnya dahsyat! Mula-mula ingatkan ruam, lepas tu jadi macam kesan melecur pula. Pedih rasanya, campur pula gatal-gatal, Kena pula waktu tengah sibuk dengan macam-macam aktiviti.

Masa Cik TK kena tu, sebenarnya ramai je kawan-kawan Cik TK kena juga. Serangan berjemaah ni. Kecoh juga la satu asrama perempuan masa tu ramai yang kena gigit dengan si Charlie ni… Oleh sebab Cik TK tak pergi jumpa doktor, TK cuma dapat sapu ubat gatal yang biasa Cik TK pakai je. Kalau tak silap la masa tu dalam seminggu dua elok da, cuma parutnya susah nak hilang.

Apapun, nanti kalau korang jumpa si Charlie ni, jangan pergi dekat-dekat dengan pula dengan serangga tu... Melainkan kalau korang nak merasakan kedahsyatannya, SILAKAN...!




Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 23 Disember 2011

INI RUPANYA KERJA KAU EK??!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terpikat dengan lakonan dia ni
Dalam entri Cik TK yang sebelum ni Cik TK ada nyatakan yang Cik TK tengah dalam study week kan??? Tapi Cik TK tak mahu cerita pasal study ke apa...

Cik TK cuma nak kongsi dengan pembaca sekalian cerita/drama apa yang Cik TK dah khatam sepanjang study week ni berlangsung... Uik? Kata study week? Tak study ke?? Hehe~ Study la ni... Study drama~  lalala~

1. City Hunter

2. Q10

3. I am Number Four

4. Zettai Kareshi

Hehe~ Ni je yang sempat tengok sepanjang 4 hari study week ni bermula... Lepas ni nak tengok 49 Days pula... (Lagi?!)


p/s: Bila la Cik TK nak mula study ni...??



Baca Selanjutnya ...

STUDY WEEK KE??

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Seperti mana yang telah Cik TK nyatakan dalam entri ini beberapa hari yang lalu, Cik TK dah selesaikan semua kerja, kelas pun semua dah habis, dan terus masuk ke STUDY WEEK…


Akan tetapi, kehidupan Cik TK pada waktu study week tak rupa macam study week pun… Macam dah habis final exam la pula… Mana tak nya, study week ni Cik TK layan movie/drama, dengar/tengok macam lagu kat Youtube (sampai seronok main dengan Heavy Rotation ni), main Facebook yang sememangnya dah lama tak buka, blogwalking sepuasnya, dan sempat lagi jalan-jalan sekitar Kota Bharu dan main-main kat pantai (kalau Cik TK rajin Cik TK update pasal ni)… haha!

Entah bila Cik TK nak mula buat revision ni… 1 Januari ni mula final dah… Yup, korang tak salah baca… 1 Januari 2012! Orang lain sibuk sambut tahun baru, kami sibuk jawab exam! 2 paper pula tu dalam 1 hari! Kawan Cik TK cakap kat Kelantan ni 1 Januari memang tak cuti… Huhu~

Tapi tak apa, final exam kali ni Cik TK ada 2 kali study week… Hahaha! Lepas habis paper 1 Januari tu, paper seterusnya mula 11 Januari… Erm… ada gap 10 hari…  Lama tu~ So, anggap la macam satu lagi study week…

Banyak masa lagi nak study~ Kononnya lah! Masalahnya di sini ialah, mood study tak datang lagi… dan Cik TK asyik main je memanjang… Sesiapa tolong bagi Cik TK mood untuk study!!!

p/s:
Rumah ni sunyi je study week ni… Huhu~ Dari 10 orang yang tinggal kat sini, tinggal 3 orang je… Yang lain semua balik rumah… Yang tinggal ni semua buat hal masing-masing depan lappy mereka… Bosannya… 

p/s (lagi?): 
haha! cuba kira berapa banyak perkataan 'study week' TK guna dalam entri ni... 

p/s (lagi??!): 
Haha! TK ada jumpa papan tanda yang sama macam ini dekat satu pintu satu restoran waktu jalan-jalan sekitar Kota Bharu... 



Baca Selanjutnya ...

AKB48 - HEAVY ROTATION

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni Cik TK nak post satu lagu yang Cik TK baru je jumpa kat youtube... Well, macam biasa macam yang pernah Cik TK beritahu sebelum-sebelum ni Cik TK suka lagu Jepun... Maka Cik TK selalu up-to-date dengan lagu Jepun je... tapi tak up-to-date sangat dengan kumpulan perempuan... hehe~

Akan tetapi, kali ni berlaku suatu keganjilan di mana entah kenapa hari ni Cik TK layan lagu dari kumpulan penyanyi perempuan pula... Dinyanyikan oleh kumpulan AKB48, mempersembahkan "Heavy Rotation"!!!



Entah kenapa, rasa bersemangat pula setiap kali dengar lagu ni... Jadi, apa lagi? Jom layan!  



I want you! I need you! I love you!
Atama no naka
Gangan natteru music
Heavy rotation

Popcorn ga
Hajikeru you ni
Suki to iu moji ga odoru
Kao ya koe wo
Omou dake de
Ite mo tatte mo irarenai

Konna kimochi ni nareru tte
Boku wa tsuite iru ne

I want you! I need you! I love you!
Kimi ni aete
Dondon chikadzuku sono kyori ni
Max hai tenshon
I want you! I need you! I love you!
Heart no oku
Janjan afureru itoshisa wa
Heavy rotation

Hito wa dare mo
Isshou no uchi
Nankai aiseru no darou?
Tatta ichido
Wasurerarenai
Koi ga dekitara manzoku sa

Sonna tokimeki wo kanjite
Hana wa hokorobu no kana

I feel you! I touch you! I hold you!
Yume no naka de
Dandan ookiku natte yuku
Boku no imagination
I feel you! I touch you! I hold you!
Kono omoi wo
Binbin tsutaete hoshii kara
Heavy rotation

Itsumo kiiteta
Favorite song
Ano kyoku no you ni
Zutto kurikaeshite
Nijuuyo jikan
Kimi dake request chuu

I want you! I need you! I love you!
Kimi ni aete
Dondon chikadzuku sono kyori ni
Max hai tenshon
I want you! I need you! I love you!
Heart no oku
Janjan afureru itoshisa wa
Heavy rotation

Heavy rotation

Baca Selanjutnya ...

Rabu, 21 Disember 2011

SAMBUTAN HARI JADI YANG PERTAMA…!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Merujuk kepada tajuk di atas, Cik TK ingin menyatakan di sini bahawa Cik TK baru sahaja menyambut hari jadi Cik TK yang pertama… Eik??



Haha…! Seperti yang pernah Cik TK nyatakan di SINI, selama ni birthday Cik TK jatuh pada musim cuti. Tak kira lah cuti sekolah atau cuti semester. Jadi selama ni sambut pun ngan keluarga je… Tak pernah lagi sambut dengan kawan-kawan…. Setakat orang pernah wish kat FB dan friendster je la.

Akan tetapi, mula tahun ni kan sistem U ni bertukar. Mula bulan 9 la pula kan… jadi, sebaik sahaja semester ini bermula, Cik TK terus hide-kan tarikh birthday Cik TK dalam semua laman sosial… Mana tak nya, dulu time birthday orang lain, Cik TK join serang diorang… Simbah dengan air la, baling tepung la… Jadi Cik TK tak nak semua tu berlaku pada Cik TK… haha! Dan Cik TK pun dah pesan kat adik-adik Cik TK supaya jangan post birthday wish ke apa kat Cik TK punya wall FB...

Sampai tarikh 15 Disember hari tu, tengah-tengah malam tu tiba ada seorang budak lelaki tu sms “Happy Birthday!”… Wah, terharu giler Cik TK… Mana dia tahu birthday Cik TK ni? Then dia kata, Nampak adik Cik TK post kat FB… Cett!!! Adik Cik TK yang seorang ni kan… Arghh… Geram!

Lepas kelas hari tu, ada kawan sekalas yang tiba-tiba nyanyikan lagu birthday kat Cik TK… Terharunya… Kali pertama ada kawan nyanyikan lagu birthday… Dan lepas tu ada lagi 2 orang la yang wish lagi. Budak lelaki yang sms semalam tu pulak kata “Nak kena simbah tak ni? Botol tengah penuh dengan air ni…”. Haha! Nasib baik dia bergurau je…

Malam tu, lepas makan dengan kawan-kawan rapat Cik TK, tiba-tiba diorang wat surprise birthday party untuk Cik TK. Memang Cik TK terharu sangat. Tengah-tengah malam tu pula, Cik TK kena baling dengan tepung. PULAK?! Huhu~

Memang satu pengalaman yang baru bagi Cik TK. Kali pertama sambut birthday dengan kawan-kawan…!

p/s: Ramainya yang sambut hari jadi bulan ni… Dalam rumah Cik TK ni je, 5 dari 10 orang birthday bulan Disember… 



Baca Selanjutnya ...

SELESAI SEGALANYA… LEGA…!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Lamanya Cik TK tak update blog… Maaf ya…! Tadi Cik TK baru je selesai menghadiri kuliah yang terakhir… Betul tu, yang terakhir… lepas ni masuk study week dah… Lepas tu FINAL EXAM!!! Dan lepas tu BALIK… Yeah~ Home sweet home la lepas ni…

siriyes rasa happy sangat semua keje dah settle...
Sekejap je rasanya semester ni… Err, memang sekejap je pun… Mula bulan 9 hari tu kan…? Macam-macam yang berlaku… Sebelum cuti pertengahan semester tu, Cik TK taklah busy sangat… Masih sempat je nak blogwalking bagai… Lepas je cuti pertengahan semester hari tu, kehidupan Cik TK terus berubah… HECTIC GILER…

Mana tak nya…?! Baru je balik hostel, kena packing pulak nak pergi FIELDTRIP SEMINGGU. Seminggu? Biar betul?? Memang seminggu pun… Kami pergi ke Kedah dan Cameron Highland…

Kami di hadapan bangunan MADA, Kedah
Selepas balik je dari fieldtrip yang pertama, kami terpaksa bersiap untuk satu lagi FIELDTRIP. Kali ni ke Penang pulak… Bukan jalan-jalan ye…! Kami ke Taman Negara Pulau Pinang… Jungle trekking meredah hutan dari Teluk Bahang ke Pantai Kerachut… Naik bot ke Teluk Duyung… Dan tengah penat-penat tu, nasib baik lecturer kata “Memandangkan semua orang sudah penat, tak payah la naik ke Rumah Api tu”… Oh… Sungguh lega… Kalau tak, mendaki pulak lagi 45 minit… Huhu~


On the way ke Pantai Kerachut
Di Teluk Duyung
Nasib baik filedtrip untuk 2 lagi subjek tu cancel… kalau tak, makin sibuk la berjalan-jalan satu Semenanjung la Cik TK… Balik je dari kedua-dua fieldtrip, Kami sekelas ni diserang oleh TEST dan KUIZ untuk 6 SUBJEK!!! Dengan tak cukup masa nak study tu, kami diserang lagi dengan pelbagai assignment dan presentation.

Kesimpulannya, kami kena siapkan 9 report, termasuk report fieldtrip, makmal, assignment, dan presentation; kena study untuk kuiz dan test, dan kena prepare untuk lebih dari 6 presentation. Semuanya perlu diselesaikan dalam tempoh kurang dari sebulan… Memang sangat sibuk…

Tapi Alhamdulillah la… semua sudah selesai… Lepas ni boleh la update blog dan blogwalking macam biasa… hehe~  

P/s: Terharu bila ada yang kata “lama tak update” dan “bila nak update”… Cik TK ingat tak ada sesiapa yang perasan Cik TK dah lama tak update blog… hehe~







Baca Selanjutnya ...