(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 8 November 2013

HALA TUJU: KERJA ATAU SAMBUNG MASTER?



Beberapa bulan ni, Cik TK sentiasa menerima soalan yang sama lagi-lagi sejak Cik TK baru habis belajar (awal Ramadhan) sehinggalah waktu raya, dan meleret bila jumpa saudara-mara, raya aidiladha dan juga waktu konvo baru-baru ni. Tiap kali mesti jumpa orang mesti dapat soalan yang sama.

“Dah kerja?”
“Nak kerja ke amik master?”
“Eh, kau tak kerja lagi ke?”
“Kau ni tak kerja lagi ni kenapa? Tak apply mana-mana ke?”
“Tak nak sambung belajar ke?”

Dan ada seorang pakcik Cik TK ni bagi ayat yang paling hebat: “Cik TK, tahun ni last la dapat duit raya ye. Lepas ni kamu kerja, giliran kamu pulak bagi duit raya kat adik-adik!”. Mungkin ada di antara korang yang rasa pelik Cik TK yang dah 23 tahun ni pun masih dapat duit raya. Dalam tradisi keluarga besar kami memang macam tu. Selagi belum kerja atau belum kahwin, memang akan dapat duit raya. Best kan...!


Duduk rumah bukan goyang kaki pun
       
        Jika orang tanya apa yang Cik TK buat selama beberapa bulan di rumah, Cik TK Cuma akan jawab “Duk rumah je”. Sebab Cik TK malas nak cakap banyak. Kalau cakap banyak, nanti soalan yang Cik TK dapat pun banyak.

Tapi yang sebenarnya, bukan Cik TK duduk sesaja je kat rumah. Bila dah duduk kat rumah tu, secara automatik kita akan menjadi macam “suri rumah” (Ada kawan kata “Kursus rumahtangga”. Hehe~). Rutin termasuk masak, basuh pinggan, kemas rumah dan sebagainya (gilir-gilir dengan mak). Itu belum masuk kerja lain macam jadi “cikgu” untuk adik kat rumah, jadi driver kat rumah (hantar adik pergi sekolah, hantar mak pergi pasar dll), macam-macam lagi lah. Tambah pula lagi tolong parent siapkan order orang. Maka, duduk kat rumah pun boleh jadi sangat sibuk. Itu pun ada orang boleh kata “Dia tu duduk rumah goyang kaki je”. Aih~ Novel Magis karya Ramlee Awang Murshid tu pun tak sempat baca habis walau dah sebulan miliki novel tu. Serious sangat sibuk! 


Nak sambung belajar ke?

        Jujurnya, Cik TK nak kerja je. Sebab banyak yang Cik TK fikirkan. Cik TK bukan dari kalangan mereka yang berada, yang belajar dengan duit ibubapa. Oleh sebab itu, Cik TK mahu kerja dulu. Disamping untuk bayar balik pinjaman PTPTN, itulah masanya Cik TK nak merasa duit sendiri, nak bantu ibubapa, nak beli kereta dan macam-macam lagi.

Cik TK tengok kawan-kawan seangkatan ada yang apply Master. Jauh-jauh sampai ke Sarawak.  Ada juga yang ditawarkan jadi pensyarah muda, dan akan dihantar sambung belajar di mana-mana institusi pilihan mereka. Siap ada yang nak belajar oversea, sampai ke UK. Memang menarik, tapi bagi Cik TK mungkin belum masanya lagi untuk sambung belajar. Atau Cik TK yang belum sedia lagi. Sebab macam yang Cik TK mentioned tadi, Cik TK nak kerja dulu. Nak cari pengalaman. Tapi kalau ada rezeki untuk sambung Master, Cik TK akan sambung study.

Oh ya! Tahu tak, ada 2 cara untuk belajar Master ni. Pertama “Coursework”. Ada kelas, assignment, exam, macam waktu ambil degree dulu. Kedua “Research”. Maksudnya buat kajian, macam masa buat thesis waktu degree, tapi lagi lebih rumit dan terperinci la. Dan kalau tak salah, kalau research perlu lebih duit lagi sebab kos nak buat kajian tu banyak. Pernah ada kakak Master tu cakap, walau ada geran dan elaun, masih tak cukup. Selain tu, mungkin akan ambil masa yang agak lama juga. So, kalau Cik TK nak sambung Master, kalau boleh nak coursework. Tapi untuk bidang Cik TK ni, waktu Cik TK survey dulu kat kebanyakan IPTA semuanya research. Aihh~


Nak kerja apa ni?

        Waktu kecil-kecil dulu, cita-cita Cik TK ni berubah-ubah. Kejap berangan nak jadi doktor, kejap berangan nak jadi ahli forensic (terpengaruh dengan CSI). Last-last masuk U belajar pasal pengurusan alam sekitar. Maka sejak tu Cik TK berangan nak jadi conservationist. Sebab Cik TK rasa minat nak main dengan macam-macam haiwan.

        Tapi, zaman sekarang agak susah nak cari kerja. Banyak tempat Cik TK apply sejak beberapa bulan lepas, ada yang melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), banyak juga apply kat Jobstreet (lebih 90 jawatan) dan secara manual (tak ingat berapa banyak). Setakat ni baru dapat temuduga melalui telefon 2 kali dan temuduga di syarikat 1 kali.

Cik TK cuba untuk tidak terlalu memilih dan apa yang Cik TK inginkan ialah dapat belajar dan timba pengalaman di tempat kerja. Lagipun zaman sekarang ni ramai yang kerja di luar bidang yang di pelajari. Macam ada kenalan Cik TK tu, dulu belajar bidang sains, kerja jadi pegawai kastam.

Ibubapa Cik TK ada suruh Cik TK apply jadi cikgu, atau jadi lecturer. Memang Cik TK apply juga, cuma dari zaman Cik TK kecil lagi, memang tak minat nak mengajar. Sebab bila Cik TK terangkan sesuatu, biasanya “murid” tu tak faham. Itu selalu terjadi bila mengajar adik-adik Cik TK sendiri. Jadi kesimpulan yang Cik TK sendiri boleh buat, Cik TK ni agak tak sesuai jadi pengajar. Tapi nanti jika dah rezeki jadi pengajar, maka Cik TK akan cuba buat yang terbaik.

Walau apapun, apa yang penting pasal nak kerja ni adalah kepuasan bekerja. Tak kiralah kerja sebagai apa pun yang Cik TK dapat nanti, yang penting rasa gembira dan seronok tu perlu ada. Sebab kalau rasa gembira, kita akan rasa suka, bersemangat dan bermotivasi untuk pergi kerja. Betul tak?



Kesimpulannya?

       Kesimpulannya, buat masa ni Cik TK apply je mana-mana untuk kerja dan masih pertimbangkan untuk sambung belajar, survey-survey dulu. Apapun, yang Cik TK harapkan cuma dapat apa yang terbaik buat diri Cik TK. Dan yang penting, kena berusaha, berdoa dan tawakal padaNya. InsyaAllah.

Buat mereka di luar sana, ingatlah bahawa rezeki setiap orang itu berbeza. Ada yang bertuah dapat kerja cepat, ada yang dapat lambat. Ada yang dapat kerja gaji tinggi, ada yang dapat gaji rendah. Ada yang terus dapat pangkat tinggi, ada yang kena mula dari bawah. Tidak kiralah ada tergolong dalam golongan mana pun, bersyukurlah dan janganlah sesekali merendahkan orang lain.

Sekian saja entri kali ini.

Terima kasih sudi baca.

Jumpa lagi entri akan datang.



1 comment:

Anonymous said...

assalam cik TK saya pon dilema nak sambung master ke kerja,, saya pon kos alam sekitar,, saya tak minat mngajar, saya punya target dari dulu lagi nak sambung master tapi memang tak cukup duit dgn ptptn nak kena bayar lagi.
so akak sekarang kerja ke sambung belajar?
better belajar ke kerja?