(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Monday, 6 August 2012

RESEPI: ROTI JALA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Akibat mengalami sindrom kebosanan melihat nasi dan lauk setiap hari untuk berbuka dan sahur, tiba-tiba je terfikir nak makan roti jala untuk berbuka.Saja je buat roti jala untuk berbuka semalam. Jadi, untuk entri kali ni TK nak kongsi resepi roti jala dengan korang semua.

Adik TK sempat snap gambar ni sebelum berbuka semalam...

Bahan-bahan:

  • 300 gram tepung gandum (diayak)
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam (TK letak kira-kira 1/5 sudu makan)
  • 1 sudu minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Kesemua bahan di-blend-kan. Kuantiti air yang digunakan tu bergantung pada kepekatan adunan. Kalau terpekat sangat nanti tambah lagi air. Kalau tercair sangat tambah tepung sikit lagi. (Kena pandai2 adjust)
  2. Biarkan adunan sekejap (dalam 15 minit).
  3. Panaskan non-stick pan.
  4. Isikan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan di atas non-stick pan tadi dalam bentuk bulatan antara 7-10 cm. (Jangan pusingkan di tempat yang sama banyak kali, nanti roti jala jadi tebal) Biarkan masak. (Jangan sampai jadi perang pula)
  5. Lipat dan gulung roti jala itu. Ulang langkah no. 4 sampai adunan habis.
  6. Sedia dihidang. Sedap dimakan dengan kuah kari.


-Selamat Mencuba!-

**Oh ya! Kalau inginkan sedikit kelainan, boleh cuba roti jala berwarna. Hehe~ cuma perlu gantikan serbuk kunyit tu dengan pewarna saja pada adunan tadi.


6 comments:

Bella Nabilah said...

syok nya roti jala warna-warni..muehehe

TK said...

@ Bella Nabilah
hehe~ best kan...? baru ada kelainan sikit..

elyna mirsada said...

sgt suka mam roti jala..cntk wna warni

TK said...

@ elyna mirsada
nanti awak boleh cuba buat sendiri... try buat yang berwarna warni pun boleh...

Che Rosliza Che mat said...

datang follow sini...thanks singgah my blog..

Fariena Amerien said...

menarik nya colorful hehe