Khamis, 8 April 2021

Giveaway Sampul Raya Hipster

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK ada masa untuk blogwalking sekejap dan Cik TK terjumpa entri giveaway dari kak Fiza! Terus Cik TK nak join! Hadiahnya ialah Sampul Raya Hipster dari kak Fiza! Kalau nak tahu, Sampul Raya Hipster ni sangat menarik, unik dan kreatif, ianya hasil kerja tangan kak Fiza sendiri! 

Bila bercakap mengenai sampul raya ni, teringat masa zaman kecil dulu selalu dapat duit raya. Sampailah masa dah masuk study pun masih dapat duit raya. Best je kumpul duit waktu tu kan. Sekarang bila dah berada di alam pekerjaan ni, Cik TK pula yang beri duit raya pada adik-adik, sepupu-sepupu dan anak buah semua. Rezeki mereka pula kan... 

Eh macam lari tajuk sikit dari sampul raya ke duit raya. Haha 😅. Baiklah, kepada mereka yang ingin turut serta untuk menyertai giveaway ini, klik saja banner di bawah! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2021.




14 ulasan:

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat kalian di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!