Advertisement

EH!??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Beberapa hari lalu nama Cik TK di tag di laman muka buku, mengatakan Cik TK kini nampak lebih confident. Pelik. Sebab sudah lama Cik TK tidak post apa-apa pun di laman muka buku tersebut dan tiada siapa yang tag Cik TK apa-apa pun. Maka Cik TK pun rasa curious, terus buka muka buku dan terlihat video ini.



Reaksi awal Cik TK: "Argh segannya!!!". Haha! Cik TK memang sudah tahu hasil interview tempoh hari akan digunakan untuk memperkenalkan program ini. Tapi tak sangka ia disiarkan di laman web, muka buku dan youtube program ini. 

Program GEMS 2.0 adalah program tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan TalentCorp Malaysia (dilaksanakan oleh Excel Minds Consultancy) untuk membantu para graduan yang masih belum bekerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Melalui program ini, para graduan akan mengikuti pelbagai kursus. Kira macam upskilling juga la. Ada kelas business writing, english commnunication, winning resume, grooming dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh la layari laman web http://www.programgems.com/graduan.

p/s: Cik TK sebenarnya bekas graduan GEMS 2.0 batch 6. Bila tengok video ni tiba-tiba rindu saat-saat yang dilalui masa program dulu... 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Salam..thanks sudi kongsi pengalaman..this program ad dpt elaun x?

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!