Advertisement

LEBIH BESAR, LEBIH SEKSI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera! 

Lebih besar, lebih seksi. Jangan risau! Entri Cik TK tiada kaitan dengan perkara-perkara 18SG atau 18PL atau lucah atau apa jua yang sama maksud dengannya. 

Fesyen dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. Tapi dalam entri kali ni Cik TK bukan nak cakap pasal fesyen atau trend semasa. Cik TK cuma nak cakap pasal hijab. Yup, hijab! 

Fesyen hijab, tudung, atau selendang sekarang ni memang pelbagai. Macam-macam gaya orang pakai. Ada yang pakai biasa je, ada yang bertingkat-tingkat, ada yang sarat dengan manik dan batu tak rasa berat ke kepala tu?, malah ada yang suka membelit-belit sampai tak tahu dah jadi rupa apa, nasib baik tak mati terbelit

Dan ada pula yang suka sanggul tinggi-tinggi! Macam alien Ada yang berpendapat sanggul tinggi itu seksi. Dan mungkin ada juga yang berpendapat lebih tinggi atau lebih besar sanggul itu menunjukkan lebih tinggi level ke-seksi-an itu.

Pada mereka yang berpendapat sebegitu, jom layan video tutorial hijab seksi kat bawah ni. Memang lebih besar, lebih seksi!


Okay, itu sekadar gurauan. Bukan nak perli ke apa. Mohon tiada pihak terasa.


p/s: Suka layan video dari saimasmileslike ni. Agak lawak dan berani mengutarakan apa yang orang lain tak berani sangat nak cakap. Cubalah tengok video-video dia yang lain.

p/s lagi: Bila tengok orang pakai sanggul besar atau tinggi ni, Cik TK teringat kat diorang ni:

Frieza 3rd form, watak jahat dari Dragon Ball Z. Picture Source

Err... sama tak? Picture source

Catat Ulasan

0 Ulasan