Sabtu, 25 September 2021

TERIMA KASIH BLOGGER JURNAL SHIKIN RAZALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Terasa lama Cik TK tidak memunculkan diri di sini. Masa tidak mengizinkan untuk Cik TK berada di sini. Sesungguhnya kadangkala terasa masa 24 jam sehari ini tidak mencukupi untuk membuat pelbagai perkara. Apapun, apabila berkesempatan akan Cik TK update entri (rupanya sudah agak lama juga ya sejak entri terakhir, itu pun scheduled sebenarnya) dan melawat teratak sahabat-sahabat sekalian ya.


Berbalik kepada tujuan entri kali ini. Kisah akhir bulan lepas sebenarnya. Baru nak update sekarang. Haiyaaa.. Maaf tak menyempat nak update entri. Alkisah parcel ini kelakar juga sebenarnya. Parcel ini sampai terletak di atas pagar rumah jiran sebelah sebenarnya. Mungkin sudah satu atau dua jam terletak di sana (sebab ada dengar bunyi motor singgah sekejap) dan mungkin tiada juga orang di rumah. Terdetik untuk suruh adik pergi tengok, sebab ada atas pagar nanti terjatuh ke mana-mana pula.

Sekali, adik ambil bawa masuk. Untuk Cik TK rupanya. Lepas tu macam.. Eh tak ada order barang pun. Sekali tengok nama pengirim. Oh dari kak Shikin rupanya. Sempena Top Commentator untuk bulan Ogos hari tu. Alhamdulillah ada 2 unit organizer (terus pasang boleh guna untuk simpan barang) dan 2 unit mask. Terima kasih ya kak Shikin!! InsyaAllah akan digunakan sebaiknya!



Bagi mereka yang masih lagi belum mengenali blogger Shikin Razali boleh la singgah terus ke blognya. Tekan saja laju-laju banner di bawah ini.




Baca Selanjutnya ...

Rabu, 1 September 2021

WW 2021/32: DITEMANI KUCING COMEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cik TK skrol galeri fon,

terjumpa gambar lama ni.

Terasa comel pula.

Throwback beberapa bulan lalu...

Alkisahnya...

Masa itu tengah tunggu bas,

tiba-tiba kucing ni datang.

Kucing ni teman Cik TK tunggu bas sampai bas datang.

Sementara menunggu bas bersama si comel ini,

Cik TK pun berborak-borak dengannya.

Dia pun macam faham je Cik TK cakap apa.

Mula-mula dia duduk bawah saja

Bila Cik TK mula belai-belai dia, dia pun panjat naik atas.

Time ni la kami borak-borak sampai bas datang. 
Eh rasa macam tak betul pula sebab banyak bercakap dengan kucing.
Baca Selanjutnya ...