Sabtu, 31 Julai 2021

Jom Join Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar korang semua? Hujung minggu datang lagi! Buat apa je tu? Hari ini Cik TK nak join satu segmen giveaway dari rakan kita Shalimar Yusof. Jom korang join ramai-ramai! Ada beberapa hadiah menarik untuk giveaway ini:
  • Pemenang No.1 - 1 Unit jutebag + 1 unit kad touch n go dengan custom sticker
  • Pemenang No 2 - 1 Unit jutebag + 1 unit custom sticker kad bank/kad touch n go
  • Pemenang No 3 - 1 Unit Kain Batik Viral
  • Pemenang Saguhati - 2 pemenang custom sticker kad bank/kad touch n go
Jadi tunggu apa lagi? Untuk turut serta dan syarat penyertaan boleh terus klik banner di bawah ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Ogos 2021.



Baca Selanjutnya ...

Khamis, 29 Julai 2021

TIBA-TIBA BUAT CUPCAKE, GUNA NORAINI'S CHOCOLATE MOIST CAKE INSTANT MIX

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Sebagaimana tajuk di atas, ya memang Cik TK tiba-tiba buat cupcake. Bukanlah jenis yang fancy letak frosting fancy di atasnya tu. Just yang biasa-biasa untuk kami serumah makan saja. Ini semua sebab tiba-tiba terasa nak makan kek. Kebetulan cake mix yang Cik TK beli sebelum ini dalam entri ini Cik TK belum ada peluang untuk cuba lagi. Dan kejadian ini berlaku minggu lepas sebenarnya. Tak ingat nak update di sini. Teringat bila skrol gambar-gambar di galeri telefon.


Bila buat cake pakai instant mix ini lebih memudahkan kerja sebenarnya. Biasanya Cik TK beli cake mix di kedai bahan bakeri, selalunya yang Red Velvet punya la. Lepas itu kebetulan hari itu masa pergi Ecoshop dua bulan lepas (Cik TK memang macam ini. Kadangkala beli, biar terperuk dulu baru pakai) ternampak ini dan saja nak try. Sebelum ini pun Cik TK ada buat entri mengenai produk Noraini's ini mengenai Korean Pancake.


Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan pembuatan cupcake ini. Untuk percubaan kali pertama ini Cik TK terus menggunakan 2 paket adunan cake mix ini. Cik TK agak-agak perlukan 2 paket kerana pada masa itu Cik TK fikir 1 paket mungkin tidak cukup untuk kami berlapan. Proses pembikinannya pun senang sahaja, ikut sahaja arahan yang terdapat pada paket ini.


Arahan semua sudah ada di belakang paket ini, boleh terus ikut saja.
Bahan juga mudah didapati dan biasanya ada di rumah.

Sebab Cik TK guna 2 paket cake mix ini, maka semua bahan Cik TK darab dua.
Maksudnya kalau tertulis 1 biji telur, Cik TK guna 2 biji.
Begitu juga dengan bahan-bahan lain.


Sesi kacau kacau sampai sebati!

Masukkan air dan cake mix sikit demi sikit.
Cik TK juga masukkan chocolate flakes dan gaul gaul dalam ini tapi lupa nak ambil gambar.

Lepas siap tu masukkan dalam acuan.
Biasanya Cik TK masukkan dalam 3/4 dari ketinggian bekas tu. 
Dapat la dalam 11 cupcake ni. Tepat keputusan menggunakan 2 paket sekaligus.

Cik TK tak biasa sangat kukus kes, maka Cik TK bakar sahaja.
Suhu 160℃, 25 minit.

Tadaaa!!! 

Ok, sebenarnya lepas beberapa minit tu ada beberapa biji cupcake ini jadi mendap sedikit pula ditengahnya. Nasib baik bukan semua, hanya beberapa biji sahaja. Mungkin ada benda yang Cik TK salah buat. Kalau buat frosting ke letak topping ke tak nampak dah. Tapi dari segi rasa, sedap! Lepas ini boleh la buat lagi. Lepas ini Cik TK nak cuba buat kek lain pula. Mungkin yang berlava pula lepas ni? Heheee...


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 28 Julai 2021

Segmen Renew Bloglist 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam entri kali ini Cik TK nak join segmen dari Ika, yang sedang mencari 10 atau lebih blog untuk dijadikan bloglist baru di sidebar. Syaratnya mudah sahaja, marilah kita ramai-ramai sokong dan  meriahkan segmen Ika ini! Untuk turut serta boleh terus tekan banner dibawah untuk syarat penyertaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2021, masih sempat lagi untuk join! Jom join ramai-ramai!


Baca Selanjutnya ...

WW 2021/29: MACAM YA TAPI BUKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ni gambar beberapa hari lepas sebenarnya.

Panas sangat rasanya masa tu.

Buka peti sejuk, nampak cincau.

Terus buat air cincau.

Sedapnya rasa...!

Segar terus tekak ni.

Tapi bila tengok warnanya gelap macam ni, macam kopi kan? 



Baca Selanjutnya ...

WW 2021/28: BUAH OH BUAH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Baru-baru ni dapat rezeki buah pulasan dan langsat dari jiran.

Kebetulan banyak berbuah di belakang rumah mereka.

Lama tak makan pulasan.

Pisang ni pula adik ipar beli.

Buah-buahan tak kira kira apa jenis,
sangat bagus dan berkhasiat.

Maka, banyak-banyak la makan buah ye korang!

Lama tak layan pulasan.
Sebagaimana namanya, nak makan pulas saja!
Langsat!!!

Tadaaa... pisang apa entah. Makan saja!


Baca Selanjutnya ...

Selasa, 27 Julai 2021

Giveaway Aku Dan Kamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK nak join satu segmen giveaway dari Kak As yang pertama kali menganjurkan segmen giveaway di blognya! Cik TK perasan ramai rakan-rakan blogger yang membuat pelbagai segmen seperti segmen giveaway dan bloglist. Patutkah Cik TK buat juga? Tapi, mungkin Cik TK tak bersedia lagi. Mungkin satu masa nanti.

Berbalik kepada tujuan entri kali ini, Cik TK nak ajak korang ramai-ramai join giveaway ini. Syaratnya mudah sahaja dan hadiahnya pun menarik! Baiklah, terdapat salah satu syarat yang mana peserta harus memberikan ucapan kreatif untuk As dan Aliff  dengan tanda pagar #asaliff. Jadi ini ucapan untuk kak As:

"Dalam mengharungi pelbagai pahit dan manis kehidupan sebagai pasangan itu sudah pasti tersimpan pelbagai memori dan kenangan yang menguatkan ikatan hubungan kalian berdua. Sentiasa bertolak ansur dan saling menghargai, kebahagiaan itu pasti. Semoga berbahagia hingga ke Jannah ya #AsAliff"

Untuk turut serta, klik sahaja banner di bawah. Tarikh tutup penyertaasn adalah pada 31 Julai 2021.



Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 23 Julai 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar korang semua? Sekejap je minggu ni dah masuk hari Jumaat. Esok dan lusa, hujung minggu apa rancangan korang? Cik TK sekarang ni tengah ketagih tengok drama series 'The Resident'. Best tengok jalan ceritanya dan banyak yang buat suspens. Aksi perubatan dan rawatannya, cara mereka buat diagnosis, konflik yabg mereka hadapi yang membuatkan Cik TK rasa macam "what, seriously???", macam tu... Kalau nak tengok, ada di platform Disney Plus. Jadi hujung minggu ni maybe Cik TK akan habiskan dengan layan series tu. 

Oh ya, balik ke tajuk asal. Hari ini Cik TK nak join segmen giveaway dari Mamapipie, yang diadakan sempena blognya menuju ke arah 3 juta pageview! Bestnya dah berjuta-juta!!! Tahniah mamapipie! Jom la korang join sama, sama-sama kita meriahkan segmen giveaway dari mamapipie!

Hadiahnya menarik dan syarat penyertaannya pun mudah saja! Ada hadiah cash untuk mereka yang berjaya tangkap nombor 3 000 000 dan juga antara  2 999 990 - 3 000 010. Ada juga hadiah inpods untuk mereka yang bertuah. Jadi untuk turut serta dan melihat syarat penyertaan terus tekan sahaja banner di bawah ni laju-laju! Ada masa lagi untuk join! Tarikh tutup ialah pada 6 Ogos 2021!

Nota: Hehe Cik TK tak ada bakat tangkap nombor, tapi nanti Cik TK cuba!

Baca Selanjutnya ...

Rabu, 21 Julai 2021

WW 2021/27: TRAVEL IS FOOD FOR THE SOUL

Assalamualaikum and greetings to all.


Travel is food for the soul...

Why?

With travel, we...

- Meet new people -
- Gain different point of view -
- There's a big beautiful world out there to explore -
- Experience is a gift and reward to self -
- Take your mind to wander around the world and beyond it -
- Release stress and negative thoughts -


Nota:

Rindu nak travel,
moga keadaan pandemik ini cepat reda...

Baca Selanjutnya ...

Selasa, 20 Julai 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN MENU PAGI RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba sudah aidiladha tahun ini.
Rasa macam cepat je masa berjalan,
dah sampai raya haji.
Selamat Hari Raya AidilAdha Cik TK ucapkan
kepada semua yang sedang membaca.
Apa aktiviti hari ni?
Apa juadah raya hari ini?


Hehe hari ini Cik TK tak mahu tulis panjang-panjang.
Nak menikmati cuti hari ini.
Esok pagi nak pergi temu janji vaksin dos pertama pula.
Nanti Cik TK ceritakan pengalaman
cucuk vaksin Cik TK macam mana.
Pagi raya ni kami buat martabak telur.
Kalau perasan sebelum ni masa raya juga
ada Cik TK mentioned pasal martabak ni. 
Masa tu inti daging. (Boleh rujuk entri ini)
Kali ni cuba buat inti ayam.
Dan inilah hasilnya!

Ini inti ayam bersama telur.
Inti ayam ini telah dimasak terlebih dahulu
sebelum digaul dengan telur.
Masukkan inti ke dalam kulit popia,
bungkus dan goreng
Tadaaa! 
Nak makan macam ini bersama kuahnya pun boleh
Atau dipotong terlebih dahulu
kemudian tuang kuahnya pun boleh

Baca Selanjutnya ...

Isnin, 19 Julai 2021

LIRIK: TRAB DAI - SIRASAK ITTIPONPANITCH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dulu masa zaman sekolah, Cik TK selalu layan drama-drama di televisyen. Ini termasuklah drama-drama dari pelbagai negara termasuk Jepun, Thailand, drama Filipina, Sinetron Indonesia, Telenovela Mexico dan sebagainya sebelum mula terjebak habis dengan drama Korea yang kawan-kawan perkenalkan semasa zaman study (mula aktif guna internet). Masa study tu, Cik TK dikelilingi dengan ramai kawan-kawan yang minat drama dan lagu Korea. 


Di atas ini adalah salah satu drama yang Cik TK minat dulu. Drama Thailand ini Luerd Kattiya (The Princess) tajuknya. Ada dekat TV2 rasanya masa tu. Cik TK masih dibangku sekolah. Jadi balik sekolah terus layan kalau tak silap. Ke sebelum pergi sekolah? Haha Cik TK pun lupa. Banyak tahun telah berlalu kan.. Terasa tua sudah. Tapi walaupun sudah lama, Cik TK masih ingat lagu temanya (walau sebutan semua lariiiiii kalau cuba nyanyi). Baru-baru ini, Cik TK jumpa video klip lagu ini di Youtube. Jadinya teringat. Kalau ada jumpa mana-mana drama ni, Cik TK nak tengok balik. 

Untuk entri kali ini, Cik TK sebenarnya nak kongsi dengan korang lagu tema drama Luerd Kattiya ini. Cik TK tak nak mengimbau kenangan sorang-sorang. Mesti ada sesiapa diluar sana pun pernah minat dengan drama percintaan Puteri Darakumari dan Anothai ini kan... Lagu tema ini bertajuk 'Trab Dai', dinyanyikan oleh Sirasak Ittiponpanitch.


TRAB DAI

by: Sirasak Ittiponpanitch



Meun penh pratom leekit
Tee kit cheevid hai rao song kon
Cheed krai
Meun pen pai mai dai
Tae vun nii song jai dai ma pook pun

Mae mee kae mueu plao
Kor kurd plung hai tum puer tur
Mai wun,
kor praw jai chun sung
Hai fah funh maa tarng ja muedmon

Trab dai tee fah
Nun yung me sang dao yoo
Yark hai tur roo
Wah rak mai mee wun harng hai

Ja koi doo laa Prakub prakong pok pong hua jai
Duoy cheevid kong pu chai kon nee
Tee rak tur...

Fah rak dao tout rai
Mai tarng jark jai tee me hai tur
Reur ma
mai wa narn tao rai Chun sun ya,
ja rak tur smur pai

Trab dai tee fah
Nun yung me sang dao yoo
Yark hai tur roo
Wah rak mai mee wun harng hai

Ja koi doo laa Prakub prakong pok pong hua jai
Duoy cheevid kong pu chai kon nee
Tee rak tur...

Duoy cheevid kong pu chai kon nee
Tee rak tur...


Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 17 Julai 2021

RESEPI: CENDAWAN BUTTERMILK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama sudah Cik TK tak share resepi kan? Kali ini Cik TK nak share resepi cendawan masak mentega dan bawang putih, atau dalam bahasa mudahnya cendawan buttermilk atau dalam bahasa orang putihnya kita panggil Mushroom Buttermilk. Eh macam aneh pula bunyinya. Biasa masakan butter ni orang guna ayam dan udang kan? Cik TK saja try guna cendawan. Cik TK tak ingat di sosial media mana Cik TK pernah tengok orang buat ni. Lepas tengok tu terus cuba tukarkan ayam jadi cendawan. Serius sedap!

Tadaaa!! Inilah rupanya. Tapi kuah tak berapa nak banyak pula,
entah hilang kena 'sedut' dengan cendawan dan tauhu ni agaknya
. πŸ˜…

Untuk menu ini Cik TK gunakan cendawan king oyster, serius untuk masakan inilah Cik TK kali pertama beli cendawan jenis ini. Kalau tak, asyik beli enoki dan shiitake saja. Dua-dua jenis cendawan ni memang kegemaran Cik TK. Kadang ada juga beli cendawan hitam, cendawan tiram dan cendawan butang. Untuk resepi ini juga, Cik TK tambahkan tauhu sekali. Mana tau kot-kot ada yang tak suka cendawan pula. 

Untuk yang tak tahu cendawan king oyster itu apa, boleh rujuk sini.
Cik TK dah google-kan terus...

Membuat menu ini mudah saja. Bahan dan caranya kira-kira macam sama dengan resepi untuk buat ayam buttermilk macam itu. Cik TK tak pasti orang lain buat macam mana, tapi ini cara yang biasa Cik TK buat. Kalau korang berminat nanti bolehlah cuba buat! Oh ya! Seperti yang Cik TK beritahu tadi, Cik TK tambahkan tauhu sekali. Korang nak letak campur sekali atau tak itu terpulang. Nak tukar bahan lain pun boleh, ikut citarasa masing-masing. Nak guna ayam pun boleh.


Bahan-bahan:

  • 2 batang Cendawan King Oyster
  • 1 biji tauhu - Potong dan rendam sekejap dalam air garam
  • Tepung serbaguna
  • 1 biji telur - Optional, Cik TK pernah juga tak letak telur
  • Susu cair - Kali ini Cik TK guna bancuhan susu everyday sebab susu cair habis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Daun kari
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 3 tangkai cili api - hiris, kuantiti ikut suka. Nak pedas letak lebih
  • Mentega - Mentega habis, Cik TK guna marjerin. Masih menjadi!
  • Air

Cara membuatnya:

  • Rebus cendawan dengan air didih selama 2 minit macam tu, kemudian angkat dan toskan. Setelah itu, cendawan ini dipotong secara memanjang. Ketepikan dahulu.
  • Part 1: Goreng
    • Gaulkan sebati telur bersama tepung serbaguna dan sedikit air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Macam Cik TK, jika tiada tepung serbaguna Cik TK campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam. Kuantiti biasa Cik TK agak-agak saja.
    • Panaskan minyak.
    • Salutkan cendawan dengan bancuhan tepung dan goreng. Setelah ianya berwarna kuning keemasan, angkat, tos dan ketepikan. Kemudian buat perkara yang sama kepada tauhu pula. Kalau rajin boleh goreng sekali lagi, ia boleh jadi lebih garing.
  • Part 2: Kuah/Sos
    • Cairkan butter dalam kuali dan tumis bersama daun kari, cili api dan daun kari.
    • Tumis sehingga bawang putih garing.
    • Masukkan susu cair/bancuhan tepung everyday. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam ikut suka hati. Nak tambah keju pun boleh, sedap juga! Siap part ini.
  • Untuk pengakhirannya, boleh tuang terus sos/kuah ini kepada hasil gorengan tadi (letak dulu dalam mangkuk/pinggan), atau gaulkan tauhu dan cendawan yang telah digoreng ini ke kuah/sos dalam kuali baru hidang. Mana-mana pun boleh.
  • Sedia dihidang. Sedap jadi lauk, makan dengan nasi! Selamat mencuba!!!



 
Baca Selanjutnya ...

Rabu, 14 Julai 2021

WW 2021/26: ADA KAWAN BARU LAGI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Hari tu baru beli vacuum cordless.

Kali ni beli non stick pan ni pula.

Beli di Shopee, masa sale 7.7 tu.

Macam menarik sebab boleh masak beberapa benda sekaligus.

Jadi boleh jimat masa juga.

Baru testing pakai 2 biji telur ini saja. 

Nanti testing masak lain pula.

Tengok gambar ni Cik TK bayangkan Elmo (Sesame Street).
Ke imaginasi Cik TK yang melayang entah ke mana?
πŸ˜…


Baca Selanjutnya ...

Selasa, 13 Julai 2021

Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terasa lama Cik TK tak join mana-mana segmen dan giveaway. Untuk bulan Julai ini, Cik TK nak mulakan dengan turut serta join segmen dari rakan kita Syu Deris. Cik TK lambat juga perasan segmen ini, mungkin sebab Cik TK agak jarang berblogwalking kebelakangan ini. Tapi nasib baik sempat!

Jom belajar peribahasa!!! Eh, apa kaitannya dengan segmen ini? Inilah dia salah satu syarat segmen ini, teka peribahasa! Kalau korang berminat nak turut serta, masih sempat lagi kerana ianya akan tamat esok 14 Julai! Untuk turut serta boleh tekan saja banner di atas atau gambar di bawah ini. Untuk segmen ini, Cik TK merasakan ianya sangat menarik kerana ianya mengingatkan kita kepada peribahasa yang biasanya kita jarang juga gunakan dalam kehidupan seharian kita.

Untuk gambar di atas ni Cik TK nampak ada 10 peribahasa dan salah satunya ialah 'Bagaikan katak di bawah tempurung'. Tapi, Cik TK terlebih rajin nak cari semua maka senarai di bawah ini adalah apa yang Cik TK jumpa.

1. Seperti katak dibawah tempurung
2. Bagai anjing dengan kucing
3. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
4. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
5. Kaki bangku
6. Hidung tinggi
7. Sediakan payung sebelum hujan
8. Bagai kura-kura dalam perahu
9. Buah hati
10. Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah ditepi pantai

Baca Selanjutnya ...

GARA-GARA DIA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hehe kemain tajuk macam marah kan?

Tapi bukan.

Gimik je lebih ni.

Saja nak share...

Bila ada budak kecil (Dhia) dalam rumah ni,

kadangkala rasanya kita pun ikut jadi budak.

Dia hari-hari nak layan ni,

kita pun ikut dengar,

sampai melekat dalam kepala.

Silap-silap kita boleh ikut nari sekali!

Antara yang dia selalu dengar seperti di bawah ni.

(Oh ya sila tukar ke webpage view kalau video tak keluar)


Ada lagu 'Baby Shark', Doraemon dan sebagainya.

Belajar ABC dan Alif Ba Ta pun ada.

Senarai di atas ni yang paling banyak dibuka.

Ada saranan yang menarik untuk diperkenalkan pada si Dhia ni?


Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 10 Julai 2021

PISANG REBUS UNTUK SARAPAN DAN MINUM PETANG SERTA CARA MEMBUATNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pisang adalah sejenis buah yang banyak khasiatnya. Selain sedap dimakan begitu sahaja, pisang juga ada banyak cara makannya. Selalunya kita jumpa pisang yang dimasak menjadi pisang goreng dan juga cekodok pisang yang enak dinikmati pada waktu sarapan dan minum petang. Selain itu ianya juga selalu dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut seperti pengat pisang, kek pisang dan banana split. Terdapat banyak lagi hidangan daripada pisang yang Cik TK tak sebutkan tadi. Bolehlah korang semua cuba explore apa lagi menu yang kita boleh hasilkan dengan pisang. 

Untuk entri hari ini, Cik TK nak share menu minum petang kami tadi iaitu pisang rebus. Kebetulan pisang dah berbuah. Maka sebahagian dah selamat jadi cekodok pisang, dah selamat masuk ke perut pun. Sebahagian lagi mungkin bakal jadi goreng pisang. Dan sebahagian lagi, yang Cik TK nak kongsikan ini, iaitu pisang rebus. 
Rebuskan pisang dengan air dan sedikit garam
Angkat dan toskan bagi kering

Korang pernah makan pisang rebus? Cik TK sendiri pun dah lama tak makan pisang rebus ni. Nak buatnya senang sahaja. Seperti gambar di atas, rebuskan sehingga lembut pisang dengan air dan sedikit garam. Kemudian angkat dan toskan bagi kering. Sedia dihidang. Mudah bukan? Untuk sarapan boleh, untuk minum petang pun boleh. 

Pisang rebus yang telah ditoskan tadi sedia untuk disantap
Macam inilah rupa isinya
Okay bukan main lagi Cik TK makan pisang rebus pakai chopstick!
Sebenarnya petang tadi lupa nak ambil gambar, maka masa nak dinner ni baru teringat maka sebab itu ada makaroni goreng terung ni sekali! Sebelum ini pernah Cik TK buat makaroni karbonara salted egg bersama terung. Mungkin ada yang kata peliknya Cik TK letak terung, tapi serius sedap!


Baca Selanjutnya ...

Khamis, 8 Julai 2021

RANDOM: TEDDY DAN PENGARUH MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Masuk hari ini Cik TK dah lost count dah berapa hari duduk dirumah dan berada dalam status WFH (work from home). Rasa macam dah lama sungguh tidak berada dilokasi operation. Nanti masa masuk lokasi balik sudah tentu akan rasa janggal dan lupa itu ini seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Pernah tu masa mula masuk balik, Cik TK boleh lupa suis di mana, siap tanya orang sebelah lagi. Tu masa selepas PKP yang pertama. πŸ˜… Adakah sejarah bakal berulang?

Lama tak hadap ini

TEDDY


Siapa yang perasan story IG Cik TK sebelum ini mesti terperasan gambar ini. Hehe ni masa Dhia (anak buah Cik TK) meragam tak nak pakai pampers. Maka kita buat geng dia pakai sekali. Baru la ok. Tapi serius kelakar. Haha rasanya kalau Dhia dah besar nanti tunjuk kat dia mesti dia gelak ni. Hehe~

Haha comel la pula kan?

PENGARUH MEDIA SOSIAL


Sebagai seketul Cik TK yang selalu skrol IG dan TikTok untuk tengok content mengenai makanan, maka sebagai insan yang lemah ini memang Cik TK tidak terlepas dari dugaan rasa ingin mencuba dan suka meniru apa yang Cik TK tengok. 

Contoh seperti yang pertama ini. Sebenarnya ini adalah Mi Sedaap Goreng Korean Spicy Chicken. Goreng ya. Tapi Cik TK jadikan dia berkuah. Konon macam nak buat ala-ala ramyeon gitu kan... Untuk ini, Cik TK gunakan susu jadi kuahnya ada rasa lemak dan juga guna sekeping keju jadi ada rasa cheezy sikit macam tu. Sedap juga rasanya buat macam ini. Tapi seperti biasa, pakai kepedasan tahap 1 saja lah. πŸ˜…

Cik TK guna yang ini
Ini hasilnya. Rasa slight cheese dengan sedikit rasa pedas berlemak.
Ada sosej dan filamen ketam juga Cik TK tambahkan.
Jemput makan!

Untuk yang kedua ini dahsyat sikit. Cik TK tengok ini di TikTok. Hehe, Cik TK baru sahaja install TikTok. Saja meneroka ada apa dalam tu. Banyak juga benda menarik, bergantung apa yang kita nak tengok. Setakat ini Cik TK banyak tengok masak2, tips-tips photografi dan sebagainya. Dan baru-baru ini Cik TK try ini, di post TikTok ini.
@zihao_food

#ramenhacks #sgfoodie #sgfood #ramen

♬ original sound - おたく


Terus Cik TK cuba buat macam dalam video tu. Pecahkan telur sebiji, kacau bersama mayonis dan juga bawang putih. Lupa nak letak perencah megi, pergi masak megi macam biasa pula.Bila dah masak tu, tengah mendidih tu terus tuangkan ke telur yang sudah dikacau dengan mayonis dan bawang putih tadi. Satu lagi, Cik TK tambahkan cheese sekeping! Rasa dia? Sedap juga!! Rasa macam berlemak sikit, ada rasa cheese sikit. Rasa kari sikit. Mungkin ada yang akan kata telur tu mentah. Tapi ini konsepnya sama macam teh telur yang Cik TK pernah cuba sebelum ini. Air teh yang direbus dituang ke telur dalam cawan. Jadi Cik TK berani cuba.

Inilah rupanya, dengan keju sekeping.
Ini pula setelah Cik TK gaulkan semuanya. 


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 7 Julai 2021

WW 2021/25: MAKARONI CUCUR


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Ni sarapan pagi semalam sebenarnya.

Ada makaroni lebih yang dah direbus malam tadi punya.

Alang-alang buat cucur tu, sumbatkan saja makaroni ni.

Dan hasilnya jadi seperti di bawah.

Sedap juga tau hasilnya.

Korang pun boleh cuba.

Buat adunan cucur macam biasa (cucur bawang ke macam tu),

lepas tu letak je makaroni yang dah direbus tu.

Kami tambah sosej juga.

Sedap dimakan bersama sos cili thai!

Inilah hasilnya!
Nampak la rupa makaroninya di dalam.

Baca Selanjutnya ...

WW 2021/24: AHLI BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kat rumah Cik TK ada ahli baru!

Yang sebelum ni punya dah tak berapa nak ok dah.

Maka, kami pun beli baru.

Pertama kali pakai jenis cordless ni. 

Best juga ya!

Sedutan pun kuat.

Kami beli ni RM299 (harga masa itu) di WOWSHOP.

Pertama kali kami beli barang disana.



Baca Selanjutnya ...

Selasa, 6 Julai 2021

I'M SO INTO STATIONERIES? INI ADA SEDIKIT STATIONERY HAUL!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau sebut pasal stationery atau dalam bahasa melayunya alat tulis, apa yang terlintas dalam fikiran korang? Sekolah? Back to school? Baik, barangan alat tulis ini bukan sahaja untuk pelajar, malah mereka yang sudah melangkah dewasa juga masih akan memerlukan alat tulis. Sekurang-kurangnya pen dan pensil. Barangan stationery ini tidak terhad juga kepada  pen, pensil, alatan mewarna, pembaris dan pemadam malah ianya merangkumi pelbagai barangan lain termasuk tape, penebuk lubang dan sebagainya.

Baru-baru ini Cik TK ada membeli beberapa jenis stationary melalui platform Shopee. Di masa sekarang ini kita gunakan kemudahan platform shoping online yang ada, senang shopping dari rumah sahaja. Semuanya di hujung jari saja. Lebih mudah dan menjimatkan masa dalam proses pencarian barang.

Actually, kalau korang tengok barang-barang ini mungkin korang akan tertanya-tanya apa kegunaan barang-barang ini. Beberapa bulan ini sebenarnya Cik TK mula buat bullet journal yang kemudiannya menjadi seakan hybrid bullet junk journal. Pernah juga Cik TK kongsi sedikit mengenai ini dalam entri sebelum ini. Pada asalnya, tujuannya adalah Cik TK saja untuk tengok sekreatif mana ianya akan jadi dengan hanya menggunakan barangan alat tulis apa yang ada dirumah. Akan tetapi, kemudiannya Cik TK sedar yang Cik TK ni kurang sikit bab nak lukis-lukis buat hiasan ni. Maka barangan inilah yang bakal jadi 'mainan' Cik TK. Lagipun boleh guna untuk benda-benda lain juga nanti.

Di sini ada stiker, clear stamp dan washi tape. Semua ni dari satu seller yang sama. Sangat banyak pilihan alat tulis yang ada di sana.  
Sticker yang ini Cik TK beli sebagai lucky stiker, yang mana seller tu akan hantar mana-mana random stiker, dapat apa ikut nasib. RM1.19 masa tu kalau tak silap. Saja-saja try. Luckily, dapat jenis yang Cik TK nak pakai!
Ini pula antara stiker yang Cik TK beli. Yang kiri tu gambar makanan. Tengok, asyik fikir makan je kan? Yang kanan pula macam design lifestyle macam tu.
Ini pula dari satu lagi seller. Banyak pilihan clear stamp ada di sini. Bukan setakat stamp je. Banyak lagi...
Stiker ni macam setem pemandangan stail ala-ala Jepun macam tu, dan washi tape tu pula bintang emas berlatar belakangkan hitam.
Ini corak dari clear stamp tu. Cantik banyak bunga-bunga!


Baca Selanjutnya ...