Sabtu, 29 Mei 2021

Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar hujung minggu korang semua? Seram bila tengok angka kes Covid-19 yang makin meningkat. 1 Jun ini bermulalah Total Lockdown di seluruh negara, moga hujung minggu ini korang tak buat pembelian panik ya. Tetap jaga diri, patuhi SOP dan hanya keluar bila perlu.

Balik ke tajuk asal. Cik Nadya ada tag Cik TK dalam entri penyertaan giveaway ini. Untuk memeriahkan suasana, Cik TK pun nak join sekali. Seronok tau join segmen dan giveaway ni, sebab kita dapat kenal rakan blogger lain dan juga dapat membantu meningkatkan trafik secara tidak langsung.

Kali ini Cik TK join giveaway dari rakan baru kita Bola Katok. Syaratnya mudah, hadiahnya pun menarik. Marilah kita semua ramai-ramai join segmen giveaway dari Bola Katok. Untuk turut serta dan syarat penyertaan, boleh terus tekan banner di bawah ini laju-laju! tarikh tutupnya 2 Jun, masih ada masa untuk join ya!


Baiklah, Cik TK nak tag....



Dan korang semua yang membaca entri ini!
Jom join ramai-ramai!!


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 24 Mei 2021

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK WFH lagi! Eh, sepanjang minggu ni WFH! Jadi ada banyak masa untuk Cik TK terjah teratak korang nanti. Nantikan kedatangan Cik TK ye!

Eh mukadimah ni macam lari saja! Hari ini sebenarnya Cik TK nak join giveaway pertama kak Suria Amanda atau lebih dikenali sebagai SA. Giveaway ini diadakan sempena hari jadinya yang akan datang pada 6 Jun nanti! Happy Birthday in advance ya kak SA!!! Semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa ceria selalu!!

Ada 6 pemenang yang bertuah dicari. Jom ramai-ramai ikut serta, mana tahu ada rezeki di sini! Untuk syarat penyertaan dan turut serta boleh klik SINI atau tekan sahaja banner di bawah ini laju-laju! Giveaway ini akan tamat pada 6 Jun 2021.



Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 22 Mei 2021

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pagi ini Cik TK nak join satu giveaway dari Siti (SitiYangMenaip). Hadiahnya adalah souvenir dari New Zealand. Untuk turut serta boleh terus klik banner atau klik SINI! Jangan lupa baca syarat penyertaan ya, ada dua kategori untuk giveaway ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2021.



Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 21 Mei 2021

THROWBACK APRIL: KE BIG BAD WOLF TROPICANA GARDENS MALL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari tu, pada akhir April 2021 sempat Cik TK singgah ke Big Bad Wolf (BBW) yang diadakan di Tropicana Gardens Mall di Petaling Jaya. Mudah untuk ke lokasi ini, hanya menggunakan MRT dan turun di stesen MRT Surian. Mall ini betul-betul di sebelah MRT ini. Pertama kali Cik TK sampai ke Tropicana Gardens Mall ini. Kalau tak silap, baru lagi mall ni. Dibuka tahun lepas. 

Lama Cik TK tak cuci mata tengok buku, sebelum ini ada juga beli buku semasa sale BBW online. Tapi pengalamannya tidak sama seperti memilih buku secara fizikal. Jadi seperti biasa, Cik TK tak nak bebel banyak, kita biarkan gambar yang menceritakan semuanya.

Tadaaa! Lama tak nampak benda ni!!! Selalu jumpa masa event BBW!
Ada banner sejak dari pintu masuk, maka senang nak cari lokasinya.
Comel tengok wolfie ni pakai mask! Masa masuk ke sini, seperti biasa kena scan Kod QR MySejahtera dan cek suhu.
Pintu masuknya
Banyak troli disediakan di sini
Masa Cik TK pergi tu, tengah tak ramai orang. Tapi pasal syiok sangat cuci mata, Cik TK lupa nak snap gambar sekeliling. Haihhhh~
Ini tangkapan Cik TK masa itu. Tak banyak, tapi bolehla kan... Sebahagian adalah untuk Dhia, anak buah Cik TK yang umurnya akan menjadi 1 tahun tak lama lagi. Cik TK nak beri dia pendedahan dengan buku dari usia muda.

Masa sangat mencemburui Cik TK waktu itu. Mana tak nya, Cik TK singgah ke sana selepas habis waktu kerja. Dan dengan waktu itu masih di bulan Ramadan, maka sampai waktu, Cik TK pun mencari tempat untuk berbuka puasa.

Nota: Maaf ya kebelakangan ini macam selalu saja Cik TK up entri throwback. Alkisahnya tak sempat nak update sebelum ini. Lagipun sekarang kita sedang ber-PKP tak dapat nak jalan-jalan, maka marilah kita ber-throwback banyak-banyak.



Baca Selanjutnya ...

Khamis, 20 Mei 2021

TANDA INGATAN DARI SHIDARADZUAN.COM DAN AZHAFIZAH.COM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Apa khabar semua? Hehe.. Seperti mana tajuk, hari itu Cik TK ada terima tanda ingatan dari Kak Shida dan Kak Fiza. Hmm dah berapa minggu dapat baru sempat nak update ye? Alhamdulillah semua selamat sampai, cuma Cik TK yang lambat update. Maaf ya, atas sedikit kekangan berapa lama Cik TK tak dapat nak update blog dan ziarah ke teratak rakan-rakan sekalian.


Sempena GKK dan Giveaway Raya blog ShidaRadzuan.com

Bersempena dengan tersenarai dalam senarai Geng Kuat Komen Jan-Mac 2021, Cik TK terima keychain acrylic dengan nama Cik TK terpampang di permukaannya. Boleh jadi kenangan masa berblogging tu keychain ni. Kemudian, bersempena dengan giveaway raya blog kak Shida, walaupun tak menang, semua peserta terima kad raya limited edition dari kak Shida. Hehe jarang-jarang orang pos kad raya sekarang. Rasa nostalgia bila dapat tengok peti surat dapat kad raya.

Keychain acrylic GKK
Kad raya limited edition dari blog ShidaRadzuan.com

Kepada mereka yang belum mengenali Kak Shida, pemilik kepada blog ShidaRadzuan.com boleh la terus terjah blognya di SINI atau klik saja banner di bawah. Banyak perkongsian yang menarik ada di sana.




Sempena Giveaway Sampul Raya Hipster blog Azhafizah.com

Bersempena dengan penyertaan Cik TK dalam Giveaway Sampul Raya Hipster dari blog kak Fiza, Cik TK terima 5 keping sampul raya hipster sebagai saguhati. Sungguh unik sebab rekaan dan design sampul ini adalah hasil kerja tangan kak Fiza sendiri! Pada Cik TK ianya sangat kreatif! 

Coraknya sangat kreatif dan comel!
Boleh print nama sendiri di bahagian belakang sampul ini. Tapi maaf ya Cik TK censored nama sebab Cik TK guna nama sebenar di sini. Saja teringin nak ada sampul dengan nama sendiri. 
Terasa sayang nak guna juga sebab unik. Cik TK nak simpan buat kenangan.

Kepada mereka yang belum mengenali Kak Fiza, pemilik kepada blog Azhafizah.com boleh la terus terjah blognya di SINI atau tekan banner di bawah. Banyak perkongsian yang menarik ada di sana. Malah jika ada pertanyaan lanjut mengenai sampul hipster ini boleh terus ajukan kepada kak Fiza. 





Baca Selanjutnya ...

Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? Lama rasanya Cik TK tak join mana-mana segmen dan giveaway! Hari ini Cik TK nak join segmen giveaway dari Abam Kie yang diadakan sempena hari jadi Abam Kie pada 19/5. Selamat Hari Jadi Abam Kie!!!

Baiklah, untuk melihat syarat penyertaan dan turut serta memeriahkan segmen ini bolehlah terus klik SINI atau tekan banner di atas tu laju-laju!! Tarikh tutup adalah pada 31 Mei 2021 ya!




Baca Selanjutnya ...

Rabu, 19 Mei 2021

SELAMAT HARI RAYA!! SEDIKIT THROWBACK RAYA PERTAMA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Terasa mula bersawang blog ini. Lama rasanya tidak berjumpa korang semua. Mulai hari ini Cik TK mula berstatus WFH kembali. Bergilir-gilir ke tempat kerja hingga... tak tahulah bila. Seram bila tengok angka kes Covid-19 yang masih 4 angka hari-hari. Maka jika tiada keperluan, tidak perlulah keluar ya!


Dikesempatan ini Cik TK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkannya kan? Kita baru seminggu berada di dalam bulan Syawal. Bagaimana suasana raya korang semua?

Macam Cik TK, hari raya pertama kami semua dirumah saja (kita raya dalam PKP kali kedua dan tidak boleh kunjung-mengunjung kan...). Bermula raya kedua Cik TK dah mula masuk kerja balik. Jadi masa raya pertama tu kerjanya main dengan anak buah, layan tv/movie dan seperti biasa yang paling wajib iaitu makan-makan menternak lemak apa yang ada. Kuih-muih (satu je buat, yang lain tunjuk je), hidangan tradisi setiap tahun iaitu murtabak telur daging yang Cik TK pernah sebut dalam entri ini, dan lain-lain. Apa kata biarkan gambar sahaja yang bercerita lebih lanjut?

Inilah dia murtabak telur daging tu. Untuk tahun ini kami buat lain sikit. Biasanya untuk kulitnya kami uli sendiri. Tapi tahun ini agak tak bersemangat nak uli jadinya gunakan kulit popia. Nice juga hasilnya!
Ini rupanya setelah dipotong.
Keratan rentas murtabak ini seperti ini. Enak dimakan bersama kuah yang dibuat bersama hirisan bawang, cuka, kicap, cili padi, garam dan gula.
Pagi-pagi tak ada kerja tiba-tiba terasa nak buat teh tarik bergelombang. Nah satu jug terus buat. Seronok tengok lapisan bawah tu bergelombang-gelombang. Yang kelakarnya masa nak minum kacau la terus. Hilang gelombang dia. 😅
Satu ni saja kuih raya Cik TK buat tahun ini. Hanya guna 2 bahan utama iaitu bubble rice dan coklat masak. Lepas itu hias guna apa-apa yang ada. Cik TK letak coklat flakes dan gula icing sikit.
Atas undian warga dalam rumah, kami buat kek red velvet. Tak sama rasanya macam yang Cik TK buat sebelum ini.  Mungkin kali ini punya tak cukup kasih sayang masa buat. 😅
Keratan rentas rupa keknya.
Pagi dah layan murtabak. Untuk tengah hari, adik ipar beli lemang. Makan dengan rendang yang mama buat. Nyummy!!
Tadaaa!! Rendang daging yang mama Cik TK buat.
Malam-malam pula layan lemang dan rendang tadi, juga ada dimsum!


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 5 Mei 2021

WW 2021/19: JUST BE YOURSELF


Selalu dengar orang kata 'sentiasalah jadi diri sendiri'.

Ya itu betul.

Janganlah kita cuba menjadi orang lain yang bukan diri kita supaya kita diterima.

Sudah pasti korang akan berjumpa orang yang terima diri anda seadanya.

Satu lagi.

Semua orang ada sifat mereka tersendiri dalam diri masing-masing.

Ada yang baik dan ada yang tidak.

Tapi pada Cik TK sifat yang positif dalam diri itu dikekalkan, sifat negatif cuba diperbaiki.

Bukan mengubah diri, tapi memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Apa pendapat korang?


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 3 Mei 2021

THROWBACK: JALAN-JALAN LAYAN FLORA DI SECRET GARDEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nota: Entri ini ada banyak gambar.

Salah satu species tumbuhan berbunga yang dijumpai di Secret Garden ini.
Menarik bukan? Tapi Cik TK lupa nak snap namanya.

Selain daripada kisah throwback entri lalu ke PJ Collectors Market, ada satu lagi kisah throwback yang Cik TK nak kongsi dengan korang semua. Pada pertengahan Mac 2021 yang lalu, Cik TK berjumpa dengan sahabat yang sudah lama Cik TK tak jumpa. Kami sangat akrab semasa berada dalam zaman study. Jadinya banyak mengimbau kembali kenangan dan nostalgia masa dulu. Lokasi yang kami pilih untuk berjumpa ini menarik kerana ada banyak tumbuhan flora yang boleh didapati di sini. Jadi kiranya kami ni sambil-sambil cuci mata la.

Bertempat dibumbung (rooftop) 1Utama Shopping Mall (Petaling Jaya, Selangor), 35 meter dari aras tanah dan mempunyai keluasan 30,000 kaki persegi. Taman yang diberikan nama Secret Garden ini menempatkan pelbagai spesis yang juga menarik dan eksotik. Untuk pengetahuan korang, Secret Garden ini dibuka hanya pada hujung minggu dan public holiday dari 10 pagi hingga 10 malam, masuk adalah percuma. Untuk ke 1Utama kalau menggunakan pengangkutan awam juga sangat mudah, turun saja di MRT Bandar Utama dan jalan kaki kira-kira 5 minit mengikut laluan yang telah disediakan.

Baiklah, tanpa Cik TK bercerita panjang lebar lagi, apa kata kita biarkan saja gambar-gambar di bawah yang bercerita. Oh ya! Sila klik gambar jika perlukan tumbesaran ya!

Terdapat beberapa lokasi instagrammable yang menarik untuk mereka yang suka mengambil gambar
Di pintu masuk ada buku risalah yang mengandungi peta taman dan maklumat sebahagian spesis yang ada 
Terdapat nama spesis pada tumbuhan, maka kita dapat belajar sesuatu yang baru!
Ini salah satu spesis heliconia yang boleh dijumpai
Nampak cantik je bunga putih ini kan?
Terdapat juga kolam dengan bunga teratai
Ini ialah Victoria Amazonica (Giant Amazon Water Lily),
spesis bunga teratai terbesar di dunia. 
Salah satu spesis teratai yang ada di sini
Kalau perasan, di belakangnya ada beberapa spesis kaktus yang boleh didapati di sini
Putik teratai. Eh, putikkah namanya?
Juga salah satu spesis teratai yang boleh dijumpai di sini
Butiran air pada permukaan daun teratai.
Air terjun juga ada di sini
Ini adalah Hydrangea. First impression Cik TK bila tengok Hydrangea, terus teringat anime Sankarea sebab banyak bunga ini muncul dalam anime itu 
Dwarf sharp tongue. Rasa unik tengok rupanya.
Salah satu spesis heliconia. Cantik bunganya warna pink.
Juga sejenis heliconia. Di sini ada banyak spesis heliconia yang menarik untuk korang semua tengok.
Tumbuhan ini pun sangat unik. Sebab warna permukaan dan bawah daunnya berlainan
Stringy cissus root ini juga adalah salah satu tumbuhan yang menarik perhatian di sini.
Tumbuhan ini mengingatkan Cik TK dengan tumbuhan Wisteria (bunga ungu yang cantik) yang muncul dalam anime Kimetsu no Yaiba

Ada banyak lagi sebenarnya tapi kalau nak kongsi semua tu rasanya entri yang sudah panjang ini akan menjadi lebih panjang. Jadi baik Cik TK stop dulu. Selain Secret Garden ini, terdapat juga kolam dan air terjun di tingkat bawah. Lokasi ini dipanggil Rainforest yang mana ianya menempatkan kolam ikan koi, jambatan gantung dan pelbagai spesis tumbuhan disekitar kawasan ini. 

Dari sini boleh lihat air terjun yang turun dari tingkat atas ke tingkat bawah menuju ke kolam ikan koi
Kolam ikan koi
Salah satu laluan yang mempunyai pelbagai spesis tumbuhan disekelilingnya
Baca Selanjutnya ...