Jumaat, 30 April 2021

PENTINGNYA KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Komunikasi sangat penting untuk kehidupan seharian kita. Tidak kira dalam keluarga, dikalangan kawan-kawan, di antara pasangan, ditempat kerja atau organisasi, bahkan juga disekolah. Komunikasi ini penting dalam penyampaian maklumat dan arahan supaya jelas dan difahami. Contohnya apabila ada info baru, jelaskan dengan terperinci supaya orang faham apa yang perlu difahami dan apa yang perlu dilakukan. Jangan anggap semua orang boleh auto-faham apabila ianya tidak dijelaskan. Hal-hal seperti salah komunikasi (miscommunication) atau salah faham boleh berlaku sekiranya komunikasi itu tidak jelas.

Komunikasi juga bertindak sebagai suatu medium untuk meluahkan perasaan. Seperti mana yang kita ketahui komunikasi bukanlah hanya dalam bentuk lisan dan penulisan, bahkan ianya juga boleh disampaikan melalui gerak geri tubuh, hasil karya seni seperti lukisan dan muzik. Oleh itu dari bahasa tubuh seseorang juga kita boleh agak yang dia gembira atau bosan atau marah. Itu cuma salah satu contoh yang kita boleh lihat dari riak wajahnya, cara percakapannya dan juga gerak geri tubuhnya. 

Maka sekiranya ada masalah maka cuba untuk share masalah itu dengan sesiapa yang boleh dipercayai. Jangan pendam dan bukan bertindak atau berkelakuan mengikut perasaan berhari-hari sampai orang lain pun jadi terasa. Kadang orang boleh baca lenggok bahasa tubuh melalui cara pandang, cara bercakap, tingkah laku dan sebagainya yang menunjukkan seseorang itu seperti ada masalah dengan orang lain. Oleh itu, cuba berhadapan (face to face) berbincang untuk selesaikan masalah ini dan jangan sampai orang lain itu mula tawar hati. Betul. Lama-lama nanti orang boleh tawar hati. Lagi-lagi jika ianya berlaku berulang kali. Bila orang sudah mula tawar hati dengan seseorang maka suatu hari mungkin dia sudah tidak peduli lagi. 


Selain itu komunikasi juga penting dalam memperbaiki dan mengeratkan hubungan sesama kita. Melalui komunikasi, kita dapat memahami keadaan persekitaran dan juga orang sekeliling kita. Dari sini pemahaman yang baik antara manusia terjadi dan mewujudkan hubungan yang baik walaupun terdapat perbezaan budaya dan agama. Dalam erti kata lain, mengeratkan silaturrahim sesama kita. Sifat saling menghormati dan menghargai juga dapat terbentuk.

Jika ada salah faham yang berlaku kita cuba perbaiki dengan berkomunikasi. Cuba bincang elok-elok dan cari kata sepakat untuk cari penyelesaian. Ini tidak kiralah dalam hubungan suami isteri, anak-beranak, dengan kawan-kawan, rakan sekerja, sesama jiran dan sebagainya. Memang kadangkala sukar untuk dilakukan, tapi sampai bila harus bermasam muka atau bertikam lidah apabila berjumpa atau saling mengelak untuk berjumpa?



Baca Selanjutnya ...

Khamis, 29 April 2021

THROWBACK: BERKUNJUNG KE PJ COLLECTORS MARKET

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Amaran: Entri kali ini ada banyak gambar.

Kali ini Cik TK buat entri throwback. Kenapa throwback? Dah sebulan lepas actually Cik TK ke sana, baru sekarang nak update. Sebelum ini Cik TK ada update entri mengenai salah satu hasil tangkapan di Collectors Market ini DI ENTRI INI tapi tak menyempat pula nak tulis lebih lanjut.

Kalau tak silap, Cik TK dapat tahu mengenai event sebegini sejak tahun 2019. Tetapi pada masa itu tidak berkesempatan untuk pergi. Kali ini, bila dapat tahu mengenai event ini terus Cik TK tak lepaskan peluang. Sudah lama Cik TK tidak pergi ke mana-mana event dan ini adalah yang pertama yang Cik TK pergi setelah sekian lamanya, dengan norma baru. Scan kod QR MySejahtera, pakai pelitup muka sepanjang masa dan sebagainya mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Para collectors boleh jumpa macam-macam di sini
Pertama kali sampai ke Jaya One ini

PJ Collectors Market ini diadakan pada 27-28 Mac 2021 yang lalu bertempat di The School by Jaya One, Petaling Jaya. Pertama kali Cik TK datang ke sini. Jarang-jarang Cik TK sampai ke kawasan Petaling Jaya ni walaupun tak jauh sangat dari tempat kerja Cik TK ni. Collectors Market ini adalah lokasi bagi para pengumpul/collectors datang mencuci mata dan mencari pelbagai jenis barangan untuk dijadikan koleksi. Antara barangan yang boleh didapati di sini ialah barangan antik dan vintage, figura anime dan lain-lain merchandise, komik dan majalah, barangan berkaitan muzik (seperti piring hitam) dan pelbagai jenis memorabilia.

Baiklah Cik TK tak mahu cerita banyak. Biar gambar-gambar saja yang menceritakan semuanya.

Di booth ini ada pelbagai poster dan figura
Kelihatan pelbagai figura dan barangan lain (seperti topi dan keychain) daripada Transformers, Star Wars, Avengers, DC dan Ghostbusters.
Ini pula booth barangan antik. Ada tin lama, pinggan mangkuk lama, figura kolonel KFC, dan sebagainya.
Ada piring hitam dan kaset juga.
Booth ini pula boleh jumpa kepala Alien dari filem Aliens vs Predator. Mereka ini buat movie prop.
Boleh singgah IG mereka di SINI kalau nak tahu lebih lanjut.
Jumpa watak-watak dari Gundam Seed (Lacus Clyne, Kira Yamato dan Athrun Zala) tapi salah angle pula la ambil gambar 😅 
Ini Gundam yang Cik TK kurang pasti dari siri yang mana.
Di sini ada tshirt Dennou Keisatsu Cybercop dan Space Sheriff Gavan. Bakal ada Kamen Rider Black juga.
Ada pelbagai figura dan barangan lain juga seperti tabung tabung, yoyo dan plushie di sini.
Belt dan senjata Kamen Rider juga ada
Peminat Dragon Ball mesti suka tengok ini kan?
Pelbagai figura, plushie dan barangan lain
Di sini pula ada stiker, CD, plushie, dan pelbagai merchandise lain. Di sini Cik TK terjumpa CD band yang Cik TK minat iaitu UVERworld. Setakat ini belum pernah lagi Cik TK jumpa di mana-mana
Hehe siapa tak kenal dengan kereta legend ini kan?
Pada mulanya Cik TK tak cam ini apa. Rupanya AT-AT (AII Terrain Armored Transport) walker dari STAR WARS. Cik TK bukan peminat Star Wars maka tak cam ini apa.

Fuhh.. Rasa macam dah panjang sangat entri gambar ini. Cik TK tak beli banyak barang pun, lebih kepada cuci mata. Hasil tangkapan Cik TK ialah Kisah Itachi (dalam bentuk novel bahasa melayu), setem Jepun, stiker anime dan satu unit enamel pin saja. Cik TK datang ke sini dengan Encik L. Hasil tangkapannya lebih banyak tapi Cik TK kongsikan satu saja seperti dalam gambar di bawah. Selepas puas kami cuci mata, kami pergi makan dulu sebelum berangkat pulang ke rumah masing-masing.

Ini salah satu hasil tangkapan Cik TK. Sangat unik kerana ianya novel berbahasa melayu.
Ini adalah salah satu tangkapan. Cantik kan detail figura ni, tapi ini bukan Cik TK punya. Ini Encik L punya. Dia peminat Kamen Rider Black. Kalau jumpa watak-watak dari Ao no Exorcist atau Saiyuki ke Cik TK dah dapatkan untuk jadi koleksi.
Layan nasi ayam hainan dulu sebelum balik. 


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 28 April 2021

WW 2021/18: PERCAYA IA AKAN BERLAKU APABILA MASANYA TIBA


Percayalah bahawa semua yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Kadang apa yang berlaku bukanlah seperti apa yang kita mahu.

Dan kita takkan sentiasa dapat apa yang kita mahukan/rancang.

Tapi berdoalah agar kita dapat apa yang kita perlukan, apabila tiba masanya.



Baca Selanjutnya ...

Selasa, 27 April 2021

LAGI BER-CARBONARA SALTED EGG. KALI INI GUNA MAKARONI PULA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Siapa suka hidangan yang ada rasa telur masin cuba komen sikit di ruangan komen di bawah! Korang makan hidangan menu apa yang guna salted egg ya? Teringin Cik TK nak tahu sebab nak bereksperimentasi dengan makanan. Cik TK suka hidangan salted egg dalam masakan mi, pasta dan juga ayam. Sebelum ini pernah juga Cik TK share resepi Spagetti Carbonara Salted Egg dan Udang Salted Egg di blog ini. Seriously sedap! Feel free to see the recipe ya!

Malam tadi inilah menu berbuka Cik TK, bertemakan salted egg. Untuk kali ini, Cik TK buat resepinya sama sahaja dengan spagetti salted egg yang Cik TK pernah kongsi dulu tapi Cik TK tetap nak taip sekali lagi untuk kongsikan di sini. Kali ini menu ini agak-agak untuk 2-3 orang. Oh ya! Cik TK letak hirisan terung kali ini. Sedap tau letak terung, kena dengan selera Cik TK. Terung tu masak lama sikit biar dia masak sampai hancur sikit.

Makaroni carbonara salted egg yang lazat, bersama hirisan terung kecil yang dirembat dipetik dari pokok terung di laman rumah beserta hirisan sosej.


Bahan-bahan:
  • 200gm makaroni - rebus dengan air dan garam hingga masak
  • Setengah biji bawang holland - cincang
  • Isi (optional) - ayam, sosej daging kisar atau apa-apa sahaja ikut selera. Untuk kali ini Cik TK guna hirisan terung dan hirisan sosej.
  • 1 tin prego karbonara
  • Air secukupnya
  • Serbuk salted egg - bancuh dulu supaya waktu masak tak berketul
  • Garam dan lada sulah/lada hitam secukupnya
  • Air rebusan makaroni


Cara-cara:
  • Tumis bawang holland cincang dan masukkan isi yang dikehendaki mengikut selera (Dalam kes Cik TK ini, hirisan terung dan hirisan sosej).
  • Tuang 1 tin prego karbonara dan tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  • Masukkan bancuhan salted egg, garam dan lada sulah/lada hitam secukupnya.
  • Masukkan makaroni, gaul rata.
  • Tambahkan air rebusan makaroni jika perlu untuk pekatkan kuah.
  • Siap dan sedia dihidang!


Selamat mencuba!

Nampak comot sikit dalam pinggan ini, tapi tak kisah. Yang penting sedap!


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 26 April 2021

MENCUBA GOLDEN SALTED EGG PEYEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Hari ini hari Isnin. Jadi Cik TK nak tulis entri santai saja. Sesuatu yang menarik untuk penggemar rasa salted egg atau telur masin. Malam tadi Cik TK cuba KrupKrapMy Golden Salted Egg Peyek ni. Serius sedap! Rempeyek ini menggunakan kacang dhal, rangup, saiznya mudah untuk dimakan (bite-size) dan memang terasa rasa telur masinnya! Rasanya macam ala-ala cheesy salted egg! Oh ya, ini bukan paid review ya!

Ada dua flavour Golden Salted Egg ini. Didatangkan dengan rasa original dan Korean Spicy.

Didatangkan dengan berat 207gm, ada dua rasa: Original dan Korean Spicy. Cik TK cuba dua-dua. Memang layan la sambil tengok tv atau tengok movie. Makan sambil berborak dengan keluarga dan kawan-kawan pun best! Nak makan dengan nasi sebagai lauk pun boleh! Memang sedap!

Untuk yang Korean Spicy tu, tahap kepedasannya korang sendiri yang tentukan. Letak sikit je serbuk cilinya kalau tak nak pedas sangat. Kalau nak pedas, letak lebih lagi. Nak pedas tahap maxima, letak semua! Lepas tabur serbuk cilinya tu, jangan lupa goncangkan bagi rata rasa pedasnya tu.
 
Bite size, rangup dan enak! Yang ini rasa original.
Yang korean spicy ini didatangkan dengan serbuk cilinya. Maka tahap kepedasannya korang sendiri yang kawal! Tuang sebanyak mana korang nak dan goncangkan paket peyek ini!
Ini pula rupa Golden Salted Egg Korean Spicy yang telah disalut serbuk cili tadi.

Harganya untuk yang rasa original ini RM17/paket dan untuk yang Korean Spicy ini RM20/paket. Kot-kot kalau ada yang berminat nak order, korang boleh terus order melalui aplikasi Whatsapp di http://www.wasap.my/601127826614 (Ann).


Baca Selanjutnya ...

Ahad, 25 April 2021

AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG TAK BERAPA NAK MENJADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Apa yang korang buat hujung minggu kali ini? Untuk yang bekerja selamat bekerja Cik TK ucapkan. Kali ini Cik TK cuti weekend. tapi seperti biasa duduk dirumah saja. Cik TK memang jenis jarang keluar rumah melainkan bila perlu atau ada apa-apa plan. 

Kali ini mood main shrinky dink datang lagi. Maka inilah mainan Cik TK hari ini. Adik Cik TK minta buatkan design musang ini, saja nak dibuat keychain. Sebelum ini pernah juga Cik TK buat shrinky dink, boleh rujuk kembali di entri ini. Serius yang Pikachu tu Cik TK sangat suka!!!! Rasa comel gila hasilnya!

Patutkah Cik TK terangkan dengan lebih lanjut cara pembuatannya? Hmm... Mungkin Cik TK terangkan secara ringkas di sini. Untuk cara yang lebih terperinci boleh cuba search di Youtube, taip saja 'Shrinky Dinks'. Ada pelbagai kaedah sebenarnya bagaimana ianya dilakukan. Salah satu contoh adalah seperti di bawah (sila gunakan webview version ya untuk lihat video ini).


Cara Cik TK buat

Cara Cik TK buat tak sama seperti apa yang ada di dalam video di atas kerana penggunaan bahan yang berbeza. Cik TK punya plastik bukan jenis yang boleh terus lukis/warna guna pensil. Maka Cik TK kikis salah satu permukaan dengan kertas pasir, seperti yang Cik TK mentioned dalam entri sebelum ini. Baiklah pertama sekali sediakan design apa yang korang mahu. Boleh terus lukis tekap dari mana-mana gambar juga.

Musang-musang ini design yang adik Cik TK pilih.
Cik TK lukis menggunakan unipen, lepas tu tunggu dia kering. Sebab sepatutnya untuk plastik jenis yang Cik TK guna ini kena pakai oil-based ink, tapi Cik TK belum ada pen jenis ini, maka guna apa ada saja.

Kemudian di bahagian yang telah dikikis itu Cik TK warnakan guna pensil warna. Maka hasilnya jadi seperti dalam gambar di bawah. Selepas itu terus Cik TK masak bakar di dalam oven yang telah dipanaskan. Cik TK gunakan suhu 150°C. Masa ini jangan pergi dari oven tu. Korang layan je pemandangan plastik korang mengecut. Bila ianya sudah berhenti mengecut, terus keluarkan dan tekan guna sesuatu yang mempunyai permukaan yang rata.

Inilah hasilnya setelah diwarnakan
Masa ini boleh tengok pemandangan plastik ini mengecut. Ianya akan  mengecut kira-kira 4 kali ganda. Bila dah tak mengecut, terus keluarkan dan tekap guna sesuatu yang rata.

Nampak seperti dah cantik kan? Tapi eksperimen kali ini seperti tak menjadi sedikit, kerana mungkin semasa melukis itu Cik TK sempat padam akibat salah lukis dan kerana itu ianya menjadi agak gelap (watak berselimut) dan dagu transparent (yang ada bunga). Hanya yang memakai topi itu sangat nice kejadiannya! Maka dengan ini, dapat Cik TK simpulkan bahawa semasa melukis ini kena hati-hati supaya tidak lagi jadi seperti di bawah ini. Dan Cik TK rasa akan datang nak try and error cara lain pula dan nak letak UV resin supaya nampak profesional.


Sedikit sejarah

Kalau korang nak tahu, yang Cik TK buat sebelum ini dalam entri ini bukanlah eksperimen yang pertama. Pada mulanya Cik TK try and error guna plastik recycle dan buat corak random saja (tidak menggunakan karakter apa-apa). Yang di bawah inilah yang menggunakan karakter yang pertama sebenarnya. Salah satu percubaan yang tak berapa nak menjadi, tapi Cik TK suka sebab ada kenangan mengenai si Kentut ini.

Waktu percubaan pertama ini Cik TK guna plastik yang Cik TK recycle dari bekas makanan
(pastikan plastik berkenaan tertera nombor 6, baru menjadi)

Masa ini agak kecewa sedikit kerana ia menjadi sebahagian transparent dan sebahagian lutcahaya.
Apapun, Cik TK berpuas hati dengan hasilnya, maklumlah percubaan pertama.


Baca Selanjutnya ...

Selasa, 20 April 2021

RESEPI: SAMBAL TELUR REBUS DAN KENTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telur dan kentang ini antara sesuatu yang kita boleh buat pelbagai hidangan. Pelbagai juadah berasaskan telur dan kentang boleh didapati dan dibuat. Contoh untuk telur adalah telur mata, telur dadar, telur bistik, telur separuh masak, telur kicap dan sebagainya. Manakala untuk kentang pula, adanya kentang goreng (fries dan wedges), kentang putar, hashbrown dan sebagainya.

Untuk entri kali ini, Cik TK nak share satu hidangan lauk yang berasakan telur dan kentang. Simple dan mudah saja resepi ini iaitu sambal telur rebus dan kentang. Lauk ini memang enak dimakan bersama nasi panas dan sup sayur seperti yang pernah Cik TK kongsikan sebelum ini seperti sup sayur campur bersama bebola dan juga sup pak choy bersama cendawan hitam.


Bahan-bahan:
  • Telur beberapa biji - yang telah direbus
  • Kentang - potong seperti wedges dan rendam sekejap dalam air garam
  • 7 tangkai cili merah - kisar
  • Setengah biji bawang besar - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 2 lembar daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • Gula jika perlu

Cara membuatnya:
  • Sediakan telur rebus dan gorengkan seketika. Angkat dan asingkan.
  • Goreng kentang yang telah direndam sehingga masak. Angkat dan toskan.
  • Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan daun limau purut yang telah dikoyak. Tambahkan garam secukupnya. Masukkan gula jika perlu.
  • Kemudian masukkan telur dan kentang yang telah digoreng dan ditos tadi. Gaul rata.
  • Siap dan sedia dihidang!



Selamat mencuba!!!

Baca Selanjutnya ...

Khamis, 15 April 2021

RESEPI: BAWAL EMAS KUKUS KUNYIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Cik TK nak share resepi lauk simple. Ikan bawal emas kukus kunyit. Enak dilayan bersama nasi hangat dan telur mata. Nyummy, terbayang terus. Sebenarnya, gambar bawal emas kukus dah lama terperap dalam draft. Sejak semasa perayaan Tahun Baru Cina lagi sebenarnya. Lupa nak settlekan entri ini dan publish. Jadinya, Cik TK baru nak update sekarang. Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita semak resepi bawal emas kukus kunyit ini.


Bahan-bahan:
  • Seekor Bawal Emas (nak guna ikan lain pun boleh) - kelar sedikit supaya bahagian dalamnya cepat masak
  • Sayur (optional) - Cik TK guna brokoli dan bunga kubis 
  • Perahan limau nipis
  • Hirisan cili padi
  • Daun kunyit
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Air


Cara membuatnya:
  • Mula-mula perap ikan sekejap bersama serbuk kunyit, perahan limau nipis dan garam.
  • Kemudian letakkan sedikit air pada pinggan (Cik TK kukus terus guna pinggan), letak sedikit garam dan sayur pilihan tadi. Gaul kejap dan kosongkan bahagian tengah untuk letak ikan.
  • Letakkan ikan dan susun balik sayur 
  • Potong dan konyotkan daun kunyit, letakkan pada ikan. Jangan lupa sepahkan hirisan cili padi.
  • Kukus sehingga masak.
  • Sedia dihidang.


Berkenaan cara kukus ini, Cik TK rasa setiap orang ada cara yang berbeza untuk mereka-mereka yang tidak menggunakan alat pengukus. Macam Cik TK, guna kuali biasa saja. Kemudian letak alas besi (entah apa nama), isi air dibawahnya. Macam mana pula cara kalian semua? Baik, sampai di sini dulu entri kali ini. Selamat mencuba!



Baca Selanjutnya ...

Rabu, 14 April 2021

WW 2021/17: SELEPAS 3 BULAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Actually ni kejadian 2 minggu lalu.

Baru nak update.

Selalu Cik TK ni lambat update kan?

Alkisahnya...

Berjumpa sahabat dari tempat kerja lama.

Dah lama dia kata jumpa, tapi masing-masing sibuk.

Sekali bila jumpa dia kata "Nah hadiah birthday, dari Disember hari tu lagi nak bagi sebenarnya".

Suprised!


Hadiah birthday
Dapat set perfume L'amour. Ada 5 haruman, boleh bertukar-tukar pakai.


Nota: "Wordless Wednesday" atau mudahnya Cik TK ringkaskan kepada WW adalah hari (Rabu) di mana warga komuniti blogger membuat entri ataupun post bergambar yang mana tiada perkataan atau mungkin ada sedikit kata-kata / penerangan / caption, dan ini terpulang kepada para pembaca bagaimana untuk menginterpretasi gambar berkenaan.
Baca Selanjutnya ...

WW 2021/16: THE ONE WHO CARES





Nota: "Wordless Wednesday" atau mudahnya Cik TK ringkaskan kepada WW adalah hari (Rabu) di mana warga komuniti blogger membuat entri ataupun post bergambar yang mana tiada perkataan atau mungkin ada sedikit kata-kata / penerangan / caption, dan ini terpulang kepada para pembaca bagaimana untuk menginterpretasi gambar berkenaan.


Baca Selanjutnya ...

Selasa, 13 April 2021

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik pejam celik dah masuk hari pertama Ramadan. 

Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua!

Moga kalian semua dilimpahi keberkatan dan kebaikan.


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 12 April 2021

RANDOM: BUBUR, KARBONARA KARI DAN LAUK MEGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di hari Isnin yang ceria ini, Cik TK nak maklumkan bahawa ada berapa hari saja lagi untuk kita melangkah ke bulan Ramadan. Eh esok la... tiberrr... Mukadimah macam tak ada kaitan. Okay. Hari ini Cik TK kerja di luar sebenarnya. Tapi masih dalam kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, tak merentas negeri. 

Sebenarnya Cik TK terasa nak menulis tetapi tiada idea. Macam biasa. Haih~ Maka, apa lagi? Kita gunakan gambar-gambar yang ada didalam phone ini untuk dijadikan cerita. Dah la phone Cik TK ni penuh dengan gambar makanan. Sebab tu kalau Cik TK buat entri random sebegini banyak mengenai makanan. Waktu puasa nanti tak boleh sangat tulis entri makanan macam ini, nanti buat orang lapar. Betul tak?


BUBUR

Kadangkala Cik TK ni rasa malas nak makan. Hmm macam mana tu? Rasanya sebab mungkin banyak minum air, jadi dah kenyang air. Jadi malas makan. Eh, ye ke macam tu? Tapi malas makan pun, kena makan juga. Untuk waktu makan tengah hari Cik TK biasanya makan tak banyak. Nasi sikit atau benda selain nasi saja yang Cik TK makan. 

Contohnya seperti yang pernah Cik TK share sebelum ini. Buat 'pizza' lauk semalam dengan tortilla, sup telur dan ketam, tortilla chips cicah sardin atau mungkin juga mac and cheese. Itulah yang Cik TK buat untuk lunch. Kadang kalau malas sangat roti sapu chocolate spread. Settle!

Beberapa hari yang lepas, untuk lunch terasa nak makan bubur. Maka campak segala bahan dalam periuk, hidupkan api, biar siap. Sesekali kacau. Senang saja. Lepas tu makan sambil layan movie (time cuti la ni boleh layan). Benda panas macam ni memang slow je la Cik TK makan.

Dalam ni Cik TK letak lobak merah, ikan bilis, halia, bawang dan entah apa lagi Cik TK campak masuk dalam tu. Jangan terkejut kalau Cik TK kata Cik TK buat seperiuk. Boleh layan waktu malam sekali. Siap pernah adik pergi blender bubur yang Cik TK buat kasi anak buah (belum tumbuh gigi) makan.



KARBONARA KARI

Pernah layan tak karbonara kari? Hari tu untuk lunch Cik TK bosan tak tahu nak makan apa. Kemudian ternampak video orang buat spagetti karbonara kari di media sosial. Maka, Cik TK try juga. Sebenarnya dah dua kali Cik TK try. Kali pertama guna Maggi Kari. Kali kedua guna makaroni.

Kali pertama tu, Cik TK guna serbuk perencah kari Maggi dan 1 tin Prego karbonara. Cik TK masak dengan cara yang sama macam di ENTRI INI, cuma serbuk salted egg itu ditukar kepada perencah kari maggi dan dimasukkan awal sebelum masukkan prego. Dan tukar spagetti kepada mi maggi ini.

Hasilnya seperti di bawah. Cik TK guna cendawan shiitake dan sosej, juga ada sekeping keju sekali. Rasanya boleh tahan. Sedap juga! Boleh buat lagi nanti.

Cik TK guna ini. Maggi Kari.

Inilah hasilnya. Sedap juga. Boleh buat lagi nanti.

Percubaan kedua guna makaroni. Cara yang sama juga. Bezanya guna serbuk kari daging Adabi pula kali ini. Okay juga rasanya. Sedap! Dan boleh buat lagi nanti!

Ini lah dia hasil kedua kali menggunakan makaroni pula.



LAUK MEGI

Kadangkala ketika penyakit malas datang melanda, sememangnya ia akan memberi kesan kepada pelbagai benda dan aktiviti, termasuklah aktiviti masak. Malam tadi lauknya simple saja. Telur dadar, sardin bersama kentang dan megi kari bersama sayur pak choy. Settle! Enak, lazat, sedap dan kenyang! Kadang kala bila Cik TK cerita dengan orang yang Cik TK jadikan mi segera itu lauk ada yang memberikan reaksi yang berbeza. Bagaimana pula pendapat kalian semua?

Inilah lauk malam tadi. Simple tapi sedap!

Dalam ni megi 2 paket, jadi lauk untuk kami berlima.

Tadaaa!


Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 10 April 2021

JUMPA SESUATU YANG BARU UNTUK DICUBA: SHRINKY DINKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkenalkan sushi comel dan pikachu!

Kebelakangan ini Cik TK cuba sesuatu yang baru. Shrinky dinks. Mungkin ada yang dah pernah buat sebelum ini. Shrinky dinks ini ialah plastik yang mana kita boleh lukis dan warna ikut reka bentuk apa yang kita nak dan kemudiannya mengecut setelah dibakar. Tapi bukan sembarangan plastik. Untuk membuat shrinky dinks ini, perlukan plastik jenis polisterin/polystyrene atau plastik yang tertera lambang anak panah segitiga bernombor 6.

Macam mana Cik TK boleh terjebak? Alkisahnya, salah satu hobi Cik TK ni kan tengok Youtube. Suka la tengok orang buat masak-masak la, tengok orang buat resin la, tengok orang buat macam-macam karya. Lepas tu, terjumpa shrinky dinks ni dan tiba-tiba rasa nak cuba. 

Masa mula-mula cuba tu, memang cincai habis. Banyak kesilapan. Pen tak sesuai menyebabkan warnanya pudar dan tak cantik selepas dibakar, jadi melengkung sebab lambat tekan untuk ratakannya selepas bakar dan sebagainya. Tapi Cik TK belajar dari kesilapan dan cuba perbaiki sikit-sikit dan buat 'try and error'.

Dan akhirnya, jadilah hasil seperti sushi dan pikachu di atas. Boleh guna untuk apa itu sebenarnya? Shrinky dinks yang dan siap ini boleh jadi keychain. Boleh juga jadi pin, magnet, perhiasan dan pelbagai lagi mengikut kekreatifan kalian sendiri.

Sebelum ini, Cik TK cuba guna plastik bekas kek yang kebetulan Cik TK beli dan secara tak sengaja ternampak ada segitiga dengan nombor 6 di tengahnya. Kemudian Cik TK basuh bekas plastik berkenaan dan mulakan projek. Tapi, hasilnya agak kelakar dan seganlah Cik TK nak upload di sini. Selepas itu Cik TK cuba guna plastik lain dan menjadi rupanya walaupun belakangnya jadi berbelang-belang kerana guna baking paper semasa membakarnya.



PENGALAMAN PERCUBAAN YANG MENJADI

Untuk percubaan yang seterusnya, Cik TK gunakan Shrinking Plastic yang Cik TK beli di Daiso. Terdapat beberapa saiz boleh didapati di sana. Terdapat juga jenis plastik yang transparent dan yang berwarna putih. Sepatutnya menggunakan pen jenis oil-based, tapi Cik TK tiada pen sebegitu dan oleh kerana Cik TK nak membuat hasilnya berwarna warni menggunakan pensil warna, Cik TK kikis salah satu permukaannya dengan kertas pasir yang halus. Hasilnya akan jadi seperti gambar di bawah. Bahagian yang dikikis akan bertukar dari lutsinar kepada lutcahaya.

Boleh lihat perbezaannya, sebelah kiri lutsinar tidak dikikis dan yang kanan menjadi lutcahaya setelah dikikis dengan kertas pasir.
Kantoi buat sambil layan Youtube ya, layan haul.

Permukaan yang tidak dikikis boleh terus dilukis menggunakan pen marker atau pen lain yang bersesuaian. Sekiranya kalian menggunakan unipen atau pen lukisan, biarkan ianya kering dahulu setelah selesai melukis. Kemudian, terbalikkan dan boleh warnakan di bahagian yang dikikis menggunakan pensil warna. Malah kalau nak warna guna warna putih pun boleh! Oh ya! Saiz lukisan tu agak-agak sikit saiz mana nak sebab nanti plastik itu akan mengecut kira-kira 4 atau 5 kali ganda.

Salah satu contoh. Cik TK lukis dulu pada kertas dan tekap balik lukis pada plastik guna marker pen dan warnakan (warna putih). Kalau perasan, ini percubaan yang ada kesilapan juga kerana salah potong dan lupa lubangkan.
Pikachu semasa dalam proses pengwarnaan. Kiranya lukis di atas permukaan plastik licin (Cik TK guna unipen) dan warnakan di bawah (permukaan yang telah dikikis dengan kertas pasir)

Salah satu percubaan juga. Entah apa rupa sushi ini hentam saja lukis. Juga guna unipen.

Kemudian, pre-heat oven dulu. Cik TK guna kira-kira 150°C. Lapikkan dulang oven dengan aluminium foil. Percubaan sebelum ini Cik TK guna baking paper tetapi hasilnya bagi Cik TK kurang memuaskan kerana permukaan bawahnya jadi separuh transparent separuh lutcahaya. Setelah oven dipanaskan, masukkan kepingan plastik tadi. Cik TK masukkkan satu per satu supaya senang nak pantau. 

Memasak Membakar plastik ini tak lama, hanya beberapa saat sahaja. Jadi jangan beralih dari oven berkenaan dan layan saja pemandangan plastik berkenaan mengeliang-ngeliut sambil mengecut. Tunggu sehingga ianya sudah berhenti mengecut dan terus keluarkan, tekan plastik berkenaan dengan sesuatu yang rata dengan cepat supaya ianya menjadi kepingan rata. Pernah Cik TK baca, ianya tak boleh dibiarkan terlalu lama di dalam oven kerana gelembung udara mungkin akan terhasil seakan ianya menggelegak dari dalam plastik berkenaan.
Inilah dia pemandangan plastik yang sedang mengecut

Akhir sekali, hasilnya akan menjadi seperti di bawah ini. Untuk sushi dan pikachu ni Cik TK sangat puas hati. Tapi bukan bermaksud si Rashuunn ni tak ok. Si Rashuunnn ni hasilnya okay, tapi Cik TK lupa lubangkan dia. Maka, bakal jadi pin atau magnet nampaknya.

Untuk kekemasan atau nak nampak cantik sikit atau nak nampak berkilat, boleh sapu nail top coat. Atau kalau nak nampak efek dooming boleh guna UV resin. Cik TK tak buat sebab dua-dua ni Cik TK tak ada. Nanti kalau ada baru buat. 
Tinggal nak pasang besi keychain saja mereka ni

Dia inilah Cik TK bagi nama si Rashuunn. Kenapa? Ada kisahnya tapi biarlah itu antara kami saja. Inilah perbezaan saiz yang Cik TK mentioned tadi. Kepingan plastik besar tadi mengecut kira-kira 4 kali ganda dan menjadi tebal dan keras.


Baca Selanjutnya ...