Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Rasa macam dah jarang Cik TK menulis panjang-panjang kan? Kebelakangan ini entah kenapa, rasa macam agak sibuk sampai nak update entri dan blogwalking pun dah kurang. Tapi Cik TK akan cuba catch up balik ke rutin sebelum ini.
Beberapa hari lepas (ini sebenarnya kisah 2 atau 3 hari sebelum sebelum PKP yang bermula 13/01/2021), tiba-tiba Cik TK terasa macam nak makan kek. Kebetulan masa singgah ke kedai kek sebelum tu ada beli tepung pracampuran kek, tepatnya untuk kek red velvet. Jadi tinggal tambah beberapa bahan dan jadilah keknya. Cuma tak sangka juga keknya jadi besar, sebabnya tepung tu macam tak banyak pun rasa. Masa itu pun pasrah je kalau hasilnya kecil comel.
![]() |
Selepas dicampur dengan beberapa bahan lagi dan digaul maka inilah hasilnya |
![]() |
Sesi membakar. Cantik dia naik sampai atas tu. Tapi lupa nak snap gambar. |
![]() |
Kita keluarkan dulu dari loyang nak bagi dia sejuk, lepas tu baru letak topping. |
Sambil tunggu dia masak tu, Cik TK pun mula nak keluarkan bahan-bahan untuk buat topping cream cheese. Walaupun dekat bungkusan tepung campuran kek tadi sudah ada resepinya, tapi rupanya bahan-bahan yang disenaraikan itu tiada dirumah. Maka dengan lajunya meng-google resepi topping cream cheese yang paling mudah dan senang untuk dibuat.
Maka dapat la resepinya yang Cik TK pun tak ingat dari website mana, sebab masa tu macam kalut sikit (clumsy as usual). Dah la guna telefon mama (handphone sendiri jauh di bilik tengah charge), meng-google pula guna incognito mode (Ini habit, terbiasa dah guna mode ni kalau bukan device sendiri). Hanya tiga bahan yang digunakan dalam website itu. Resepi asalnya guna mentega unsalted. Tapi Cik TK guna buttercup, which is salted. Satu lagi, pasal dalam website tu kuantiti bahan dia macam banyak, maka Cik TK kurangkan sikit.
Satu lagi, mereka yang merasa hasil kejadian ini mengatakan bahawa, rasa topping ini macam masin sedikit. Maka, mungkin kepada mereka yang ingin mencuba boleh gunakan unsalted butter atau kurangkan kandungan mentega ini dan kalau nak rasa cream cheese lebih, boleh lebihkan saja cream cheesenya.
BAHAN-BAHAN UNTUK TOPPING CREAM CHEESE:
- Mentega (Cik TK guna buttercup) - 180gm
- Cream cheese (Cik TK guna Tatura) - 100gm
- Gula icing - 180gm
CARA BUAT:
- Pastikan semua bahan ini berada dalam suhu bilik.
- Pukul semua bahan dengan kelajuan sederhana sampai kembang.
- Lumurkan atas kek yang telah sejuk.
![]() |
Inilah dia, bahan-bahan untuk topping itu dipukul sampai kembang. |
Lepas dah sapu-sapu atau lumur-lumur topping cream cheese secara tidak berseni pada kek Red Velvet yang telah sejuk ini, terus rasa macam... mmmm kosong je. Maka tambahlah coklat urai atau beras coklat ini. Excited je letak dan letak. Lepas tu masa nak ambil gambar baru perasan something. Kenapa dari jauh rupa kek ni macam ada gerombolan semut datang? 😅
Walaupun rupanya begitu, yang penting rasanya kena pada tekak kami. Rasa itu lebih penting daripada rupa kan? Next time boleh buat lagi ni. Nyummy!!!
![]() |
Inilah dia dari jauh nampak macam rupa kek yang dihurung semut |
![]() |
Setelah dipotong, inilah keratan rentasnya! Yang penting, rasanya sedap! |