Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Telur dan kentang ini antara sesuatu yang kita boleh buat pelbagai hidangan. Pelbagai juadah berasaskan telur dan kentang boleh didapati dan dibuat. Contoh untuk telur adalah telur mata, telur dadar, telur bistik, telur separuh masak, telur kicap dan sebagainya. Manakala untuk kentang pula, adanya kentang goreng (fries dan wedges), kentang putar, hashbrown dan sebagainya.
Untuk entri kali ini, Cik TK nak share satu hidangan lauk yang berasakan telur dan kentang. Simple dan mudah saja resepi ini iaitu sambal telur rebus dan kentang. Lauk ini memang enak dimakan bersama nasi panas dan sup sayur seperti yang pernah Cik TK kongsikan sebelum ini seperti sup sayur campur bersama bebola dan juga sup pak choy bersama cendawan hitam.
Bahan-bahan:
- Telur beberapa biji - yang telah direbus
- Kentang - potong seperti wedges dan rendam sekejap dalam air garam
- 7 tangkai cili merah - kisar
- Setengah biji bawang besar - kisar
- 3 ulas bawang putih - kisar
- 2 lembar daun limau purut
- Garam secukupnya
- Gula jika perlu
Cara membuatnya:
- Sediakan telur rebus dan gorengkan seketika. Angkat dan asingkan.
- Goreng kentang yang telah direndam sehingga masak. Angkat dan toskan.
- Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan daun limau purut yang telah dikoyak. Tambahkan garam secukupnya. Masukkan gula jika perlu.
- Kemudian masukkan telur dan kentang yang telah digoreng dan ditos tadi. Gaul rata.
- Siap dan sedia dihidang!
Selamat mencuba!!!