Rabu, 30 Disember 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#28: KITA MEROTI LAGI

Nota: Kali ini sempat jadi tukang uli dan tukang letak floss je. πŸ˜…

Roti sedang dibakar di dalam oven

Agak gelap pula jadinya. Bukan hangus ni. Tapi terlebih sapu telur.

Yang ni lagi terlebih sapu telur. Cik TK punya pasal lah ini.
"Eh apa jadi kalau sapu telur banyak ye?"
Lepas tu laju je tangan ni sapu banyak-banyak telur. 
Jadilah gelap. πŸ˜…

Yang bulat-bulat tadi tu inti sardin

Habis segalanya pergi letak floss, walau tak sepatutnya pun! πŸ˜…
Tak apalah, kami-kami saja yang nak makan pun...

Tadaa! Yang floss ini ada inti daging!

Sama juga dengan bun ini. Inti daging. Tak sepatutnya letak floss pun.
Tapi terletak. Excited sangat macam itulah jadinya!




Baca Selanjutnya ...

Selasa, 29 Disember 2020

Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.00 pagi 29/12/2020 sehingga 10.00 pagi 30/12/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2020.

** jom support Mia Liana....

Baca Selanjutnya ...

Isnin, 28 Disember 2020

PERTAMA KALI TANGKAP NOMBOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Dah nak habis dah tahun ni. Terasa sekejap je kan? Beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru. Moga tahun baru nanti adalah tahun yang lebih baik dari yang sekarang. Sebenarnya Cik TK nak cerita something ni. Ni cerita beberapa hari lepas sebenarnya. Maaf lambat update cerita ini sebab Cik TK tak dapat kesempatan nak update apa-apa di sini. Entri yang ter-publish sebelum ini pun sebenarnya dah di-scheduled. 

Beberapa hari yang lepas Cik TK masuk ke blog kak Syaz dan secara tak sengaja Cik TK ternampak counter pageview tu lagi 2 nombor nak sampai ke nombor yang bertuah yang dinyatakan iaitu 1,340,000. Dua nombor je lagi. Masa itu nombor yang tertera ialah 1,339,998. Maka Cik TK saja try tekan sekali Home masa tu dan terus jadi 1,340,000. Terus macam excited kejap! Beberapa kali juga tengok balik nombor tu betul ke tak sama dengan nombor bertuah tu. Tak pernah lagi Cik TK dapat tangkap nombor ni. Biasanya mesti sama ada jauh lagi nak sampai nombor tu, ataupun terus terlepas jauh.

Eh macam kecil sangat nombornya, tak nampak. Sila klik gambar untuk tumbesaran ya!

Terus screenshot desktop masa tu dan emailkan ke kak Syaz. Dan selepas beberapa hari Cik TK terima parcel dari kak Syaz. Cik TK dapat tudung bawal Kekaboo! Warna favourite Cik TK warna merah dan hitam!! Thank you kak Syaz!! 

Tadaaa!!!!!

Kepada semua yang belum mengenali kak Syaz ni boleh la singgah ke blog Syazni Rahim! Laju-laju saja klik banner di bawah untuk ke sana ya! Kak Syaz ni peramah orangnya, selalu menulis cerpen dan baru saja keluarkan sebuah mini novel bertajuk 'Terkaitnya Kita'. Bolehlah terus ke sana untuk tahu lebih lanjut!






Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 26 Disember 2020

SARAPAN UNTUK BEBERAPA HARI INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat belaka. Cik TK terasa nak menulis, tapi tak tahu nak tulis apa. Eh ini taip, bukan menulis! Maaf! Maka bila skrol gambar-gambar dalam galeri phone ini, maka Cik TK rasa Cik TK nak update apa sarapan Cik TK untuk beberapa hari ini. Mana tau ada yang dapat idea ke kan?

Oh, memang Cik TK ni sejenis suka ambil gambar apa yang Cik TK makan... dan masak. Habit dari zaman muda remaja dulu. Walaupun kadang makanannya agak merapu sikit Cik TK kerjakan. Tak apa, untuk tekak sendiri kan? Tapi kadang ikut mood juga. Bila lapar sangat atau mood tu pergi kelaut dalam, maka tiadalah gambar untuk makanan waktu itu.


Sarapan 1: Soto

Yup. Soto. Mama selalu jugalah buat soto untuk kami. Kira lengkap juga la. Ada nasi, sohun, ayam carik atau daging, bergedil dan sebagainya. Gambar yang di bawah ini kalau perasan, bergedil tu tak sempat goreng. Khas untuk Cik TK je tu. Masa tu Cik TK kalut nak gerak pergi kerja punya hal la kan. Mama tak menyempat nak goreng, Cik TK dah rembat dulu. Tak apa, kentang tu dah rebus dulu. So dah masak juga sebenarnya. Haha!

Satu lagi spesis Cik TK ni, tak suka sangat soto tu letak nasi atau nasi himpit. Makan dengan sohun macam di bawah ini, jadi rupa macam bihun sup sudah! Tapi dengan bergedil. πŸ˜…

Soto



Sarapan 2: Roti canai

Siapa tak kenal roti canai, kegemaran rakyat Malaysia kan? Para pelancong yang datang dari luar pun sudah pasti akan mencuba roti canai! Sekali sekala kami pun makan roti canai untuk sarapan. Dekat area rumah Cik TK ni ada kedai makan melayu tu, jual roti canai. Beli dekat sanalah biasanya. Biasanya cicah kuah dhal dan sambal. Cik TK ni spesis nak letak kuah asing macam dalam gambar ni. Lepas tu cicah dan terus ngap! Jarang Cik TK makan jenis kuah banjir.

Roti canai


Sarapan 3: Bihun goreng

Bihun goreng ni bahaya kadang-kadang. Tahu kenapa? Sebab Cik TK boleh bertambah-tambah makannya! Tak tahulah kalian macam mana. Kadang makan kosong macam tu saja. Kadang dengan telur mata. Kadang dengan sosej ke. Atau kadang jadi macam di bawah ini! Dengan nugget pun ada.



Sarapan 4: Roti goreng

Ni mama buat. Dari roti putih biasa, dipotong-potong dan goreng salut tepung. Saja kadang-kadang buat kelainan. Makan ni cicah sos cili. Sebenarnya sambil layan movie pun boleh kan, macam makan fries pula.



Sarapan 5: Teh hijau

Bukan Cik TK punya. Mama punya. Cik TK ada juga tumpang-tumpang minum. Sikit.. sikit.. lama-lama jadi bukit. Haha separuh juga kadang dia punya sikit tu. Nak buat sendiri punya malas. Tak juga la nak buat sejag. Sebab kami dua je layan teh hijau. Oh ya! Tak la minum ni saja. Ada makan roti sekali sebenarnya. Tapi tak la snap gambar.




Baca Selanjutnya ...

Khamis, 24 Disember 2020

RANDOM: POPIA, PISANG GORENG DAN UDON

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bermula hari ini Cik TK akan mula bekerja kembali seperti biasa. Sudah tidak berstatus work from home. Jadi mungkin akan kurang update entri (yang sememangnya tak selalu update sangat pun) dan mungkin akan kurang blogwalking. Apapun, Cik TK tetap akan cuba cari masa untuk singgah blog kawan-kawan semua!

Untuk hari ini, Cik TK nak cerita kisah-kisah random saja. Entri santai sikit. Taip pun sambil dengar podcast Nessie Judge di Spotify. Dengar cerita thiller sambil taip entri makanan. πŸ˜… Sila jangan tiru adegan ini ya! Takut nanti entri makanan jadi gaya thriller pula!


Random 1: Popia

Beberapa hari yang lalu kami bercadang untuk membuat popia. Mama buka fridge, okay kulit popia ada. Ada dua bungkus, bolehlah. Tapi taklah buat dua bungkus, cadangnya nak buat sebungkus. Untuk part isi, Cik TK terus sediakan bahan-bahannya. Memang ambil bahan-bahan pun random saja. Main ambil saja lobak merah, kentang, fishcake dan sosej. Terus semua potong-potong, hiris-hiris jadi panjang-panjang. Gambar bahan tersusun cantik lupa nak ambil. Excited sangat nak main bungkus-bungkus popia kan.

Kemudian isi tadi tu dimasak goreng sekali dengan sohun. Jadilah macam dalam gambar di bawah ini.

Membuat popia
Inilah inti popianya. Sohun, kentang, sosej, lobak merah dan fishcake. Sedap!

Kemudian, setelah intinya siap makan bermulalah adegan bungkus membungkus inti dengan kulit popia. Oh ya! Kadang orang pun letak bihun kan! Suka rasanya! Yang letak inti carbonara pun sedap, sardin pun sedap! Wahhh, Cik TK nak memang makan je lah kerja kau kan?

Okay kita sambung. Selepas main bungkus-bungkus semua selesai, semua disimpan dalam bekas yang kemudiannya disimpan dalam peti sejuk. Kenapa tak goreng terus? Sebenarnya ini untuk sarapan hari esoknya sebenarnya.  Penuh satu bekas tu sebenarnya. Untuk dua kali goreng, dua kali sarapan. 

Membuat popia
Nak mula sesi bungkus membungkus

Membuat popia
Masuk bekas semua yang dah siap!

Layan popia untuk sarapan
Sarapan jom!



Random 2: Pisang Goreng

Macam mana cara kalian semua makan pisang goreng? Cik TK jenis tak cerewet. Semua cara Cik TK layan. Pisang goreng dengan banyak serdak (eh serdak ye namanya yang serpihan-serpihan tu?), cicah sos atau sambal kicap atau yang letak cheese dan coklat mahupun yang biasa saja. Cik TK layan saja semua. Waktu sarapan atau minum petang memang syiok makan pisang goreng dengan minum teh o panas. Nyummy!

Pisang goreng
Layan sambil tengok drama. Sekejap je licin!


Random 3: Udon

Terakhir kali ke pasaraya beberapa hari yang lepas tiba-tiba teringin nak udon. Maka belilah udon yang sepaket ada 3 unit dalamnya tu kan dan masak ikut selera sendiri dirumah. Ikut selera sendiri maka, ikut la tekak sendiri masa itu terasa nak apa. 

Yang kelakarnya masa ini Cik TK rasa nak makan udon, rasa nak tomyam putih juga. Maka jadilah hasilnya udon bersama kuah tomyam putih! Pakai je paste tomyam putih adabi tu. Senang sikit.

Lepas itu, jadilah hasilnya hidangan rasa melayu campur jepun. Letak filamen ketam sikit dan juga tambah sosej sikit. Boleh tahan juga. Sedap!!! Lepas ni boleh buat lagi. 

Udon tomyam putih
Inilah dia udon berkuahkan tomyam putih.

Udon tomyam putih
Jemput makan uolls!!



Baca Selanjutnya ...

Rabu, 23 Disember 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#27: 七軒び八衷き

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak sengaja terlukis dia


Joy ini macam patung daruma.

Tau tak apa daruma itu?

Patung merah dari Jepun tu.

七軒び八衷き

Nana korobi ya oki.

Jatuh 7 kali, bangkit 8 kali.

Maksudnya, terus bangkit dan melangkah ke depan menghadapi cabaran dan rintangan yang datang.

Jangan putus asa.

Bermotivasi kan?





Hari tu pertama kali Cik TK testing letak IGTV dalam instagram.

Dan ini pula kali pertama Cik TK cuba embed content dari IG ke blog.

Saja-saja cuba belajar buat benda baru.



Baca Selanjutnya ...

Isnin, 21 Disember 2020

RANDOM: DHIA, CASING DAN BIRTHDAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Sekali lagi hari Isnin datang. Moga tidak Monday blues ya!  Moga hari kalian semua adalah hari yang bertuah, tenang dan ceria! Hari ini Cik TK nak cerita sesuatu yang mana semua ini berlaku pada minggu yang lalu.


Random 1: Dhia

Dhia ni anak buah Cik TK. Baby perempuan yang comel, umur tak sampai 5 bulan lagi. Pipi dia ni agak gebu, orang kata pipi pau sampai rasa nak gigit-gigit je pipi dia tu. Sangat jarang Cik TK mentioned pasal budak comel ni dekat sini kan?

Minggu lepas dia datang rumah. Tiap kali dia datang macam-macam kepandaian baru yang dia tunjukkan. Sekarang dah boleh meniarap, tapi yang kelakarnya bila dah meniarap belum boleh nak berpusing (ke bergolek?) untuk menelentang balik. Yang dia buat masa meniarap, dia bergerak pusing ke kiri dan ke kanan 360°. Memang comel.

Cepat je masa berlalu. Tak lama lagi nanti pejam celik pejam celik akan merangkak pula, lepas tu duduk, belajar makan, berdiri, berjalan, berlari, memanjat dan sebagainya! 

Inilah dia budaknya. Nama dia Dhia, tengah meniarap ni.


Random 2: Casing

Sebelum ini fon ini punya casing retak dan patah. Jadinya Cik TK beli casing lembut kosong baru, dapat harga murah di Shopee. Kemudian memang hajatnya nak pakai macam itu saja mulanya. Tapi lepas beberapa hari, ianya terasa kosong.

Maka Cik TK recycle balik i-ring dari casing lama, gamkan ke casing baru ini. Kemudian, Cik TK tampalkan sticker panda ini. Cik TK juga warnakan kertas A4 jadi seperti dibawah ini (guna pensil warna dan air) dan potong ikut bentuk dan saiz yang sepatutnya. Kemudian ditampal dari dalam casing berkenaan. Akhirnya jadilah bentuk seperti dibawah ini. Tahu tak cantik, tapi sila jangan kecam ya! πŸ˜…

Nota: Rasa-rasanya orang boleh terus cam Cik TK bila nampak Cik TK guna fon ni dekat luar kan? 

Inilah hasilnya! Actually nak buat doodle, tapi bila test lukis jadi apa entah. πŸ˜…


Random 3: Birthday

Sambutan kali ini seronok sebab ada anak buah sekali. Hehe... Habis pipi dia Cik TK kerjakan. Haha! Adik-adik Cik TK ada beri hadiah. Tudung bawal. Terasa lama sungguh tak pakai jenis bawal ni. Yang dapat ni, serius memang senang nak bentuk! Mudah nak pakai. Chanella dari Fareha. Satu lagi dapat purse! Hehe, dua-dua warna hitam! My favourite colour! Thanks adik-adikku! Ada satu lagi sebenarnya. Montaj video. Dari seorang sahabat. Tapi segan nak letak di sini.. Hehe.. 

Ini tudung yang Cik TK dapat. Lepas tu Cik TK terus rasmikan dan selfie.
Tapi segan nak up gambar selfie di sini. Hehe...

Purse yang Cik TK dapat. Boleh pakai lepas ni. Hehee


Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 19 Disember 2020

Mini Giveaway Acrylic Painting by Ema

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Cik TK nak ajak kalian semua untuk turut serta memeriahkan segmen giveaway dari rakan blogger kita Ema. Hadiahnya ialah mini acrylic painting yang Ema sendiri lukis tau! Cantik tengok lukisan ni... 

Untuk turut serta, boleh terus tekan saja banner di bawah ini! Syarat penyertaan pun mudah saja!





Baca Selanjutnya ...

Khamis, 17 Disember 2020

LIRIK: LISA - HOMURA (η‚Ž)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Peminat Kimetsu no Yaiba ataupun Demon Slayer angkat tangan sikit! Mereka ini bila tengok tajuk lagu dan nama penyanyi ini sudah pasti terus tahu ini lagu apa. Betul tak? Lagu ini adalah dari filem Kimetsu no Yaiba: Mugen Train yang akan di-release di pawagam Malaysia tak lama lagi. Tak sabar juga tunggu filem ini sebenarnya!

Lagu tema dari filem ini dibawakan oleh LiSA yang bertajuk Homura. Homura ini bermaksud flame dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa Melayunya menyala. Tanpa banyak ulas lagi, mari terus layan lagu berkenaan. Oh ya, Cik TK juga ada selitkan versi cover lagu ini dari Rainych dan Manda di bawah ya! Setakat ini Cik TK suka versi cover mereka berdua.



Homura (η‚Ž)
by: LiSA


Sayonara arigatou koe no kagiri
Kanashimi yori motto daiji na koto
Sariyuku senaka ni tsutaetakute
Nukumori to itami ni maniau you ni

Kono mama tsuzuku to omotteita
Bokura no ashita wo egaiteita
Yobiatteita (Yobiatteita)
Hikari ga mada (Hikari ga)
Mune no oku ni atsui no ni

Bokutachi wa moesakaru tabi no tochuu de deai
Te wo tori soshite hanashita mirai no tame ni
Yume ga hitotsu kanau tabi boku wa kimi wo omoudarou
Tsuyoku naritai to negai naita
Ketsui wo hanamuke ni

Natsukashii omoi ni torawaretai
Zankoku na sekai ni nakisakende
Otona ni naru hodo fuete yuku
Mou nani hitotsu datte ushinaitakunai

Kanashimi ni nomare ochite shimaeba
Itami wo kanjinaku naru keredo
Kimi no kotoba (Kimi no kotoba)
Kimi no negai (Kimi no koe)
Boku wa mamorinuku to chikattan da

Oto wo tatete kuzure ochite yuku
Hitotsu dake no (Hitotsu dake no)
Kakegae no nai sekai

Te wo nobashi dakitometa hageshii hikari no taba
Kagayaite kietetta mirai no tame ni
Takusareta shiawase to yakusoku wo koete yuku
Furikaerazu ni susumu kara
Mae dake muite sakebu kara
Kokoro ni homura wo tomoshite
Tooi mirai made



* * *

Versi cover dari Rainych



Versi cover dari Meutia Amanda




Baca Selanjutnya ...

Rabu, 16 Disember 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#26: LAYAN MCFLURRY KALI NI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Cerita beberapa hari lepas ni sebenarnya.

Lama tak layan menu-menu dessert dari McDonald ni.

Biasa layan Sundae coklat dan aiskrim chocotop saja.

Itu pun bukan selalu sebenarnya ber-dessert ni.

Kali ni nak try dessert lain pula.

McFlurry Teh Hijau.

Untuk peminat teh hijau, bolehlah layan ya!
 



Baca Selanjutnya ...

Selasa, 15 Disember 2020

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Di hari Selasa yang ceria ini yang mana sebenarnya hari ini merupakan hari lahir Cik TK, Cik TK nak join satu segmen pencarian bloglist oleh rakan blogger kita Eza Boom Boom yang baru sahaja kembali menulis/berblog November 2020 yang lalu. Eza mencari bloglist untuk diletakkan diblognya sehingga 30 Jun 2021, untuk enam bulan tau!

Selain dari semua penyertaan akan masuk ke bloglist selama 6 bulan, terdapat juga Lucky Draw (3 pemenang) dan hadiah Entri Positif dan Kreatif (juga untuk 3 pemenang)! Jadi apa lagi? Marilah ramai-ramai kita semua support kemunculan semula Eza dengan menyertai segmen beliau.

Untuk turut serta dan syarat penyertaan boleh klik SINI atau klik banner di atas! Segmen ini akan tamat 27 Disember 2020.

Sebelum Cik TK tamatkan entri ini, Cik TK nak tambahkan sesuatu sebagai salah satu syarat dalam penyertaan ini, iaitu SEBAB kenapa ingin disenarai dalam bloglist Eza. 

Sebabnya: 
Pada Cik TK sebabnya mudah sahaja. Selain daripada mencari peluang nak naikkan trafik blog, Cik TK nak berkenalan dengan rakan-rakan blogger baru yang mana mereka semua ada pelbagai niche, pelbagai latar belakang, pelbagai gaya bahasa dan penulisan, dan juga pelbagai jenis perkongsian yang mana ianya sangat menarik bagi Cik TK. Sudah pasti ada banyak lagi blog-blog diluar sana yang masih belum diterokai, betul tak?


 



Baca Selanjutnya ...

Isnin, 14 Disember 2020

HADIAH TOP COMMENTATOR DARI JURNAL SHIKIN RAZALI SUDAH SAMPAI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pagi Isnin semua! Moga tidak mengalami Monday Blues ya tidak kira yang WIO (Work in Office) mahupun WFH (Work From Home). Dan dengan kes yang masih meningkat ini, marilah kita semua duduk rumah dan keluar apabila perlu saja dan jaga diri semasa berada di luar ya! Sama-sama kita semua putuskan rantaian Covid19 ini!

Ini sebenarnya kisah dua hari lepas. Hari Sabtu tarikh keramat 12.12 yang mana pada tarikh ini sudah pasti ramai yang sibuk bershopping. Cik TK tak join sekali, sebabnya tiada keperluan untuk membeli barang. Satu lagi, bahaya bila skrol skrol dan skrol pelbagai aplikasi shopping tengok barang ni. Macam-macam barang yang menarik ada dalam tu, maka nanti sudah pasti akan terjebak sekali.

Alkisah pada tarikh keramat ini, sebuah parcel sampai atas nama Cik TK tapi bukan Cik TK yang ambil dari abang pos laju. Mama yang ambil. Dan kemudian mama tanya, "Shopping ke Fa (family panggil Cik TK ni Fa), ada barang sampai ni!". Blurr kejap. Barang yang order sebelum-sebelum (barang keperluan ni, bukan saja-saja shopping sebab sale) ini semuanya dah sampai. Mana ada beli barang lagi dah.

Bila belek parcel tengok nama penghantar, ada nama Kak Shikin Razali. Wah, rupanya hadiah Top Commentator untuk blog kak Shikin dah sampai! Terima kasih kak Shikin!! Moga murah rezeki akak!!

Excited, sebelum buka rasa-rasa dulu parcel ni. Macam buku. Kemudian, bila buka wah ada Set Planner 2021 Live Life to the Fullest di dalamnya! Menarik pula tu set planner ni, siap ada Financial Planner sekali. Di bawah CiK TK sertakan serba sedikit isi kandungan plannernya macam mana.

Terdapat set Planner 2021 Live Life to the Fullest dan nota
 
Berwarna warni dan banyak seksyen berfaedah seperti reading log, hukum tajwid dan sebagainya

Cantik! Selain itu ada juga disertakan kad nama dari kak Shikin. Untuk para wanita yang berada dikawasan Salak Tinggi, Nilai, Dengkil, Putrajaya dan Cyberjaya yang ingin mendapatkan khidmat urut terapi buang angin boleh menghubungi kak Shikin di blognya atau seperti yang tertera di bawah ini.


Bagi mereka yang masih lagi belum mengenali Shikin Razali boleh singgah terus ke blognya. Tekan saja laju-laju banner di bawah ini.




 
Baca Selanjutnya ...

Ahad, 13 Disember 2020

Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar hujung minggu kalian semua? Cik TK merancang nak update blog dan blogwalking sebenarnya. Akan tetapi, si comel datang maka Cik TK nak luangkan masa bermain-main dengan dia. Siapa si comel ni? Hehe bukan kucing tau! Ni anak buah Cik TK. Nama dia Dhia. Baru berumur 4 bulan setengah. Macam-macam ragamnya dan semuanya comel-comel belaka sampai rasa nak gigit gigit! Eh? πŸ˜… Haha lain kali la Cik TK cerita pasal Dhia ni kalau rajin. Heheee....

Okay balik ke tujuan asal entri ini. Petang ini Cik TK nak join satu lagi giveaway dari rakan blogger kita Rasyidah, saja nak mencuba nasib. Apapun, marilah kita ramai-ramai memeriahkan giveaway rakan kita ini. Untuk join, boleh terus klik banner di bawah ini laju-laju. Ianya akan tamat pada 26 Disember 2020 ni.



Baca Selanjutnya ...

SAYANG GIVEAWAY BY SYEEDA SANIEY

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terasa lama sudah Cik TK tak memunculkan diri di sini, sedangkan  baru beberapa hari. Malah blogwalking pun makin berkurangan. Apapun, Cik TK cuba sebaik mungkin untuk membalas kunjungan kalian semua dan blogwalking sebanyak yang boleh. 

Untuk entri kali ini, Cik TK nak join satu giveaway dari rakan blogger Syeeda Saniey. Menarik juga hadiah giveaway dari Cik Syeeda ni. Ada buku resepi mini, mask extender dan juga keychain. Marilah join segmen giveaway ni ramai-ramai, boleh tambah rakan dan kenalan di dunia maya dan juga tambah trafik kita.

Untuk turut serta boleh la tekan banner di bawah untuk syarat penyertaan. Giveaway ini akan tamat pada 25 Disember 2020.



 
Baca Selanjutnya ...

Khamis, 10 Disember 2020

Giveaway by ejulz & faizzahamir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi kita pada hari khamis yang ceria ini...! Cik TK nak join giveaway lagi. Rasa macam banyak pula Cik TK join segmen dan giveaway minggu ni. Bagus join segmen dan giveaway ni, sebab kita boleh tambah kenalan baru dan juga boleh membantu tambah trafik. Giveaway kali ini adalah dari rakan kita Ejulz dan FaizzahAmir pula. Untuk turut serta dan syarat penyertaan boleh terus tekan banner di bawah!







Baca Selanjutnya ...

SEGMEN : Pencarian Bloglist By Izatie Salim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua..? Harap semua sihat sentiasa dan jaga diri di mana pun kalian berada. Hari ini Cik TK nak buat entri santai saja iaitu join segmen! Kali ini Cik TK nak join segmen dari rakan kita Izatie Salim yang sedang mencari blog-blog untuk bloglistnya yang akan diletakkan selama setahun! Setahun tu tau! Tiada had pula tu, bermaksud semua layak untuk masuk bloglistnya! 

Jadi apa lagi semua? Jom ramai-ramai memeriahkan segmen rakan kita ini. Tekan banner di bawah untuk turut serta!

Nota: Comelnya kucing tuuuu!! \( ̄︶ ̄*\)





Baca Selanjutnya ...

Selasa, 8 Disember 2020

RANDOM: RUROUNI KENSHIN, KEYPAD BLUETOOTH DAN KIWI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Untuk entri kali ini Cik TK nak bercerita benda-benda random saja. Dan kali ini termasuk berita buah hati artis favourite Cik TK sepanjang masa. Cik TK jarang mentioned pasal dia di sini. Kalau nak tahu, nama Cik TK itu berasal dari nama dia. Boleh baca sini >> About me. Siapa itu? Teruskan baca ya!


Alkisah random 1: Rurouni Kenshin

Takeru Sato. Seorang pelakon di Jepun yang sangat dikenali dengan watak Nogami Ryoutaro dalam Kamen Rider Den-O. Cik TK minat dia sejak dia mula debut pada tahun 2006 dalam drama Princess Princess D, hinggalah sekarang. Oh sudah 14 tahun juga ya? 


Ok balik ke sub-tajuk kita. Tahu tak filem ini? Untuk yang tak pasti, filem live action ini diadaptasi dari manga dan anime Samurai X karya Nobuhiro Watsuki yang mana anime ini pernah ditayangkan di siaran televisyen semasa zaman awal 2000-an dulu kalau tak silap. Sudah ada 3 buah filem adaptasinya iaitu:

1. Rurouni Kenshin (2012)
2. Rurouni Kenshin: Kyoto Inferno (2014)
3. Rurouni Kenshin: The Legend Ends (2014)

Selepas itu sekuel ini ada sambungan, dua buah filem adaptasi lagi yang mana sepatutnya release bulan Julai dan Ogos yang lalu. Tetapi ditunda kepada April dan Jun 2021. Apapun, Cik TK tak sabar menunggu filem ini release dan harap  ianya ditayangkan di Malaysia. Dua filem lagi itu ialah:

4. Rurouni Kenshin: The Final (jadual release 23 April 2021)
5. Rurouni Kenshin: The Beginning (jadual release 4 Jun 2021)

Ini info yang baru keluar beberapa hari lepas


Alkisah random 2: Keypad bluetooth

Ingat tak Cik TK pernah cerita pasal item ini dulu? Boleh refer balik di sini. Sangat berguna bila keyboard rosak atau malas nak taip pada skrin telefon yang kecil. Dan yang paling bagus, macam yang Cik TK guna di bawah ini.

Punyalah anak dara ni tak mahu buka lampu. Nak bergelap tapi nak menaip pada laptop dalam masa yang sama. Jadinya apa lagi? Gunakan keypad bluetooth ni. Bercahaya dan boleh menaip. Lampu pada keypad tu pun boleh tukar-tukar warna. Tapi Cik TK suka guna warna merah. Bila guna ni gayanya perasan macam main game pun ada. πŸ˜…

Keypad bluetooth
Salah satu cara Cik TK guna keypad bluetooth ini


Alkisah random 3: Kiwi

Jadi ada apa dengan kiwi? Cik TK biasa makan kiwi yang dipotong-potong. Dan baru-baru ni tengok kawan makan kiwi dengan cara seperti di bawah. Maka balik rumah Cik TK pun makan dengan cara yang sama! Belah dua dan makan dengan sudu, macam makan puding! Sambil layan anime. Cik TK layan Higurashi sekarang. Slow sikit perkembangan anime marathoning kali ini.

Makan kiwi
Potong kiwi macam ini, belah dua.

makan kiwi
Makan macam makan puding cup tu.


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 7 Disember 2020

HADIAH GENG KUAT KOMEN DARI BLOG DUNIA SHIDA SAMPAI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!


Tadi Cik TK baru balik terus mama kata ada surat untuk Cik TK. Pegang sampul, eh ada isi apa ni? Bila terbalikkan nampak perkataan Cik TK ada di situ. Sah ini mesti dari Kak Shida, pemilik blog Dunia Sebenar ShidaSebagai tanda ingatan dan hadiah untuk Geng Kuat Komen. Dapat pendrive on the go Huawei. Alhamdulillah, rezeki! Semoga murah rezeki Kak Shida

Buat mereka yang belum mengenali blogger Shida Radzuan, jemputlah singgah ke blognya! Boleh tekan banner di bawah ini untuk ke sana!





Baca Selanjutnya ...