Isnin, 30 November 2020

LIRIK: NAMI NAKAGAWA - KAMADO TANJIROU NO UTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebelakangan ini Cik TK selalu dengar lagu ini semula. Para peminat Kimetsu no Yaiba mesti tahu lagu ini kan? Dari episod 19 anime berkenaan. Saja Cik TK nak kongsi. Jadi, tanpa banyak ulas lagi, jom layan lagu ni.



Kamado Tanjirou no Uta

by: Nami Nakagawa



Me wo tojite omoi dasu
Sugisarishi ano koro no
Modorenai kaerenai
Hirogatta fukai yami

Modorenai kaerenai
Hirogatta fukai yami
Nakitaku naru youna yasashii oto
Donnani kurushikute mo
Mae e (mae e) mae e (mae e) susume (susume)
Zetsubou tachi

Ushinattemo ushinatte mo
Ikite iku shika nai
Donnani uchinomesarete mo
Mamoru mono ga aru

Ushinattemo ushinatte mo
Ikite iku shika nai
Donnani uchinomesarete mo
Mamoru mono ga aru

Ware ni kasu ittaku no
Unmei to kakugo suru

Doro wo name agaitemo
Me ni mienu hosoi ito

Nakitaku naru youna yasashii oto
Donnani kuyashikute mo
Mae e (mae e) mae e (mae e) mukae (mukae)
Zetsubou tachi

Kizutsuite mo kizutsuite mo
Tachiagaru shika nai
Donnani uchinomesarete mo
Mamoru mono ga aru
Mamoru mono ga aru



Baca Selanjutnya ...

Ahad, 29 November 2020

MEMBUAT 'PIZZA' LAUK SEMALAM DENGAN KULIT TORTILLA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

pizza lauk semalam menggunakan tortilla
Jom layan 'pizza' lauk semalam ini

Apa khabar hujung minggu kalian semua? Hari ini Cik TK nak kongsi sesuatu yang simple sahaja. Tapi sebelum itu, Cik TK nak tanya. Apa yang kalian semua buat dengan lebihan lauk semalam? Kalau kami, selamat jadi nasi goreng semalam selalunya. Kali ini, jadi topping 'pizza'!

Cik TK guna kulit tortilla, ke nama dia roti tortilla? Pendek kata, tortilla wrap la sebagai base dia. Kemudian sapu sos cili diserata permukaan wrap ini. Untuk topping ini boleh la guna apa-apa saja yang kalian nak letak. Mcam Cik TK ni, letak lauk kentang goreng sambal semalam yang dah dilenyekkan. Dalam tu, cili dan bawang semua dah ada. Bebola ikan pun ada dalam tu. Cincang je.

Kemudian Cik TK saja hiris sosej sikit sebagai tambahan. Gaul semua susun je atas kulit tortilla tadi. Kemudian Cik TK letak mayonis dan terus letak kepingan keju cheddar yang dikoyak-koyak. Selepas itu, masak atas kuali tanpa lekat, tutup kuali masa masak. 

Maka jadilah macam pizza. Tapi rupanya bila potong dengan pisau tak berapa cantik pula. Maka Cik TK potong dengan gunting dapur. Ingatkan tak besar sangat maka okay lah ini untuk seorang. Rupanya kenyang betul ya!

Rupa selepas main 'hias-hias'

Masa masak di kuali

Okay jom makan!

Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 28 November 2020

NULL PETA, KUMAMIKO DAN HYOUKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak hujung minggu yang lalu, Cik TK ada juga ber-marathoning anime. Tapi tak begitu kerap. Terputus-putus juga kerana ada benda-benda lain yang Cik TK buat.  Jadinya ini dipanggil marathon semput-semput. 😅

Dan hari ini baru Cik TK sempat nak update anime apa yang Cik TK tonton, sebab tadi baru habis tonton Kumamiko. Cik TK tengok anime ni tak pergi jauh. Pergi Muse Malaysia je. Sarikata Bahasa Malaysia pun ada. 

1. Null Peta

Episod: 12

Secara ringkas, anime komedi ini mengisahkan Null (adik) si adik genius yang tidak mahu kesekolah yang mencipta sebuah robot yang dinamakan Peta (nama kakaknya) sebagai pengganti kakaknya yang mati kerana kemalangan jalanraya. Kisah adik beradik ini memang kelakar tapi sebenarnya ada plot twist dipengakhirannya.



2. Kumamiko


Episod: 12

Machi seorang gadis Miko (gadis kuil) yang seumur hidupnya (14 tahun) tinggal di kawasan pergunungan luar bandar bersama Natsu si penjaga beruang yang boleh bercakap. Machi membuat keputusan untuk tinggal di bandar tapi tidak tahu apa-apa mengenai gaya hidup di bandar dan Natsu cuba untuk mempersiapkan Machi supaya boleh bersedia untuk tinggal di bandar.



3. Hyouka


Episod: 22

Oreki Houtarou merupakan seorang pelajar yang tidak berapa nak sertai aktiviti-aktiviti di sekolah kerana konsepnya yang suka 'jimat tenaga' tapi dia seorang pelajar yang tajam pemikirannya. Kerana permintaan kakaknya yang merupakan bekas pelajar sekolah itu, Oreki menyertai kelab sastera supaya kelab itu tidak dibubarkan kerana ketiadaan ahli. 

Akan tetapi, bukan hanya Oreki yang berada di dalam kelab itu. Terdapat juga Chitanda Eru, gadis yang rasa ingin tahunya tinggi. Satoshi, kawan baik Oreki yang aktif dalam kelab kraftangan dan juga salah seorang ahli jawatankuasa majlis pelajar beserta Mayaka yang merupakan pengawas perpustakaan dan ahli kelab anime juga menyertai mereka.

Maka di dalam kelab ini, bermulalah pengembaraan mereka berempat untuk menyelesaikan misteri antologi 'Hyouka' 45 tahun lalu yang mana ianya ada kaitan dengan pakcik Chitanda dan juga terdapat misteri lain yang berlaku disekolah mereka.



Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 27 November 2020

HAPPINESS.


Happiness is not measured
by the amount of money you have.

It is measured
by the wonderful people in your life.

They are the one that creates
beautiful and wonderful
precious memories with you.



Baca Selanjutnya ...

Khamis, 26 November 2020

RESEPI: BLOOMING ONION (CUBAAN PERTAMA, KIRA OKAYLAH TU)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Semoga masih bersemangat untuk menjalani minggu ini!  Familiar kan ayat ini? Okay, malam tadi Cik TK cuba sesuatu yang Cik TK dah lama nak cuba iaitu blooming onion! Apa tu? Pendek kata, ia adalah bawang holland yang dipotong berbentuk bunga mekar dan digoreng. Eh macam selalu betul entri makanan kebelakangan ini. Hehe...

blooming onion
Macam inilah rupa blooming onion

Memang dah lama Cik TK nak cuba buat, maka malam tadi setelah satu lagi video membuat blooming onion ini lalu di recommendation youtube Cik TK maka marilah kita buat! Kebetulan bahan pun semua ada, moga menjadi!


Blooming onion


Bahan-bahannya:

  • 1 biji Bawang holland
  • Susu full cream atau susu tepung
  • Sebiji telur
  • Tepung bestari
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:

  • Potong bawang seperti gambar di bawah. Nak senang potong bahagian atas bagi rata dan terbalikkan supaya bahagian akar di atas.
  • Kemudian dari akar tu kira-kira setengah inci potong bawang itu ke bawah dan buat 4 kali dengan saiz yang sama. 
  • Di antara ruangan itu potong 2 kali ke bawah di setiap ruangan. Maka jumlah potongan ke bawah ada 12 kali kesemuanya.
  • Terbalikkan kembali dan leraikan kepingan bawang berkenaan dan jadilah seperti bentuk bunga.
jom potong bawang
Potong bahagian atas ini dulu supaya boleh berdiri diam bila diterbalikkan

blooming onion
Inilah rupanya setelah dipotong. Jadilah rupanya seperti bunga mekar

  • Kemudian dalam satu mangkuk campurkan telur dan susu. Kacau dan celupkan bawang tersebut.
  • Dalam satu bekas lain sediakan tepung bestari, celupkan bawang tadi ke dalam tepung pula. Pastikan rata semua bahagian kena.
  • Kemudian celup kembali ke bancuhan susu dan telur, kemudian salut kembali dengan tepung bestari.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.
  • Setelah selesai, angkat dan tos.
Inilah hasilnya

Hasilnya? Cik TK rasa terlebih tepung. Macam tebal pula Cik TK buat. Nanti pandai-pandai la korang semua nak letak tepung macam mana. Tapi dari segi rasa masih okay la. Cicah dengan mayonis je. Sedap tapi serius Cik TK takkan habis kalau nak makan sorang. Nasib baik ada ramai orang di rumah masa tu. 

Kalau perasan, kat tepi bawang tu ada sesuatu yng lain kan? Saja lah Cik TK tambah daun. 'Bunga' (si blooming onion) dah ada, maka Cik TK tambah salad yang digoreng tepung juga sebagai 'daun'nya. Tak ada kerja kan?  =D

Okay, selamat mencuba!!!


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 25 November 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#24: BERMURTABAK MAGGILAH KITA MALAM TADI

murtabak maggi eh ada kucing
Kalau dah gambar si neko (kucing) ni sah ini Cik TK punya!

murtabak maggi
Ni namanya tak ada kerja kot, main mayonnaise!

layan murtabak maggi ramai-ramai
Sekali buat untuk lima orang malam tadi!


Baca Selanjutnya ...

Selasa, 24 November 2020

RESEPI: TAUHU GORENG TEPUNG

Asslaamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk seminggu lebih ini Cik TK WIO (work in office). Akhirnya ke tempat kerja setelah sebulan lebih tidak ke sana! Haha teruja pula! Mana tak nya, excited lama tak naik tren, lama tak jumpa kawan-kawan! Rindu, rindu! Haha tak ada kaitan dengan tajuk entri kali ini!

tauhu goreng tepung

Baiklah, cukup mukadimah! Malam tadi tak ada idea nak tambah masak lauk apa. Mama dah buat gulai ayam dan minta Cik TK tambah masak lauk lain. Lepas tu buka peti sejuk nampak banyak tauhu. Tauhu goreng tepung je lah paling senang! Selalu juga Cik TK buat tauhu goreng tepung ni. Untuk tempe pun selalu juga buat goreng tepung. Sedap jadi lauk atau makan macam itu saja!

tauhu goreng tepung
Ini tauhu goreng tepung yang Cik TK biasa buat. Untuk tempe pun Cik TK buat macam ini.

Bahan-bahannya mudah saja. Yang penting ada tauhu dan tepung bestari. Minyak pun jangan lupa, kita nak guna untuk menggoreng. Baik, biasanya Cik TK potong hiris tauhu macam gambar di atas ni saja. Paling simple. Tapi kemudian saja nak buat bentuk lain potong dadu gitu, maka jadilah seperti gambar di bawah ini. Bentuk ala-ala popcorn! Terus teringat resepi popcorn tauhu kak farah yang Cik TK baca beberapa minggu lalu!

Mula-mula potong je tauhu tu ikut bentuk yang dikehendaki, kemudian Cik TK rendam sekejap dengan air garam lepas tu toskan dan terus golekkan dekat tepung bestari. Cik TK pun tak pasti kenapa Cik TK rendam dengan air garam dulu. Habit dari dulu. Untuk tempe pun macam itu juga. Selepas itu goreng terus! Selepas jadi kuning keemasan macam tu boleh la angkat dan tos! Hidang dengan nasi boleh, makan macam itu pun boleh! Selamat mencuba!

Tauhu yang digolek-golek dengan tepung bestari

Maka jadilah bite-sized macam ini!


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 23 November 2020

TAK PERASAN PULA SELAMA INI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!! 

Pernah tak, kalian pakai sesuatu barang itu selalu juga la, tapi tak perasan ada sesuatu ciri yang penting yang ada pada barang itu? Ini adalah apa yang baru je berlaku pada Cik TK tadi. Hmmm..

Seperti mana mungkin ada yang pernah perasan atau tahu la kan, sejak laptop Cik TK rosak tahun lepas bila perlu Cik TK akan pinjam laptop adik untuk buat kerja. Kebiasaannya jarang juga Cik TK guna laptop. Start guna pun sejak mula PKP beberapa bulan lepas yang mana waktu tu majoriti mula WFH kan. Guna pun waktu dia tak ada kelas online la di mana ini bermaksud Cik TK kadang buat task waktu malam bila dia tak pakai.

Selalu pun bila pinjam laptop dia memang biasanya Cik TK bawa sekali dengan laptop cooler dia. Memang beberapa bulan ini Cik TK tak pernah perasan pun ada sesuatu dengan laptop cooler dia. Sebab tak pernah pun perhati cooler ni. 

Sehinggalah tadi, tengok adik tengah guna. Ternampak button tepi cooler tu baru Cik TK tanya, "Button tepi ni button apa?". "Untuk speaker", katanya! Haaaa? Serius tak pernah tahu laptop cooler pun dah ada speaker sekarang! Canggih betul. Sebelum ni memang perasan ada design bulat tu, tapi tak terfikir itu adalah speaker sebab tak perasan button tu! Terus test! Waahhhh! Excited kejap! 


Ada juga ke antara kalian yang mengalami kejadian macam ni? Tak pernah perasan fungsi sesuatu barang itu sedangkan dah lama juga pakai?




Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 21 November 2020

RESEPI: SPAGETTI CARBONARA SALTED EGG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu datang lagi! Apa rancangan kalian untuk dua hari ini? Apapun rancangan kalian, jangan lupa luangkan masa berkualiti untuk keluarga yang tersayang ya! 

Dalam entri dua hari lepas Cik TK ada sebut mengenai nak buat Spagetti Carbonara Salted Egg kan? Okay inilah dia! Betul-betul Cik TK buat! Okay resepi kali ini Cik TK buat untuk kuantiti 3 orang, bukan untuk 7 orang seperti yang biasa Cik TK kongsikan sebelum-sebelum ini ya! Untuk cara membuatnya sebenarnya sama macam Spagetti Carbonara Cheese sebelum ini, cuma tukarkan cheese itu dengan serbuk salted egg. Apapun, jom semak resepinya di bawah:



Spagetti Carbonara Salted Egg


Bahan-bahannya:

  • Sebungkus spagetti (Kali ini Cik TK guna Angel hair 400g)
  • Garam secukupnya
  • Minyak zaitun secukupnya
  • 1 biji bawang Holland - dihiris atau dicincang
  • Apa-apa isi yang kalian ingin guna. Macam Cik TK, kali ini guna sosej sahaja. Kalian boleh sahaja guna ayam, daging kisar, filamen ketam dan sebagainya.
  • 1 tin prego carbonara (tin biru)
  • Air secukupnya
  • Tepung jagung (Jika perlu)
  • Serbuk salted egg (Kuantiti mengikut selera)

Cara-caranya:


  • Dalam satu periuk, isikan air bersama sesudu kecil garam. Setelah mendidih masukkan spagetti. Setelah masak angkat dan lalukan pada air paip dan toskan. Ketepikan, gaul sedikit dengan minyak zaitun.


  • Pada kuali lain, dengan sedikit minyak zaitun, tumis bawang holland hingga layu, kemudian masukkan sosej dan apa-apa isi yang kalian guna. 
  • Selepas itu, masukkan 1 tin sos prego carbonara. Kacau bersama air secukupnya. Ikut kekentalan kuah carbonara yang kalian mahu. Andai kata ianya cair, boleh guna air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuahnya semula. Tambah garam jika perlu.
  • Akhir sekali, masukkan serbuk salted egg dan kacau.
  • Isi spagetti ke pinggan masing-masing dan tuang kuah carbonara salted egg berkenaan.
  • Sedia dihidang. Selamat mencuba!!!


Memasak spagetti carbonara salted egg
Inilah rupanya ketika memasak kuah untuk spagetti carbonara salted egg ini.



Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 20 November 2020

MENCUBA SAMYANG CARBONARA CHEESE UNTUK PERTAMA KALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Samyang carbonara cheese
Inilah watak utama kita kali ini. Samyang Carbonara Cheese

Dua hari yang lalu dalam entri yang ini ada Cik TK mentioned yang Cik TK keluar beli barang kan? Actually Cik TK pergi teman mama ke kedai bahan bakeri, nak beli barang-barang untuk buat roti dan bahan-bahan lain untuk kami buat makan-makan dirumah. Memang asyik makan je kerja kan sekarang ni. Walau tak lapar pun tetap makan. Sesuai dengan perkataan Kuchisabishii! (Lihat entri sebelum-sebelum ni untuk maksudnya)  

Untuk yang sentiasa follow blog Cik TK ni mesti perasan yang Cik TK ni bukan jenis yang layan makanan pedas-pedas ni. Maka makanan pedas-pedas seperti samyang ni memang Cik TK tak makan sangat. Akan tetapi, entah kenapa tiba-tiba bila nampak samyang pink ni tiba-tiba nak rasa. Jadinya akhirnya masuklah kebakul sekali.

Shopping!
Inilah barang-barang yang kami beli masa tu. 

Jadinya inilah hasil shopping kami di sana. Ada serbuk koko, serbuk keju, serbuk salted egg, breadcrumb, chicken floss, chocolate spread dan sebagainya. Jangan terkejut ada jarum peniti, butang dan tali merah tu (chinese cord) sebab barangan jahitan pun ada dijual di sana termasuklah benang kait, barangan untuk kraft dan sebagainya. Okay kita balik ke tajuk asal. Samyang Carbonara Cheese ni kalau tengok dari packaging dia ada perkataan 'Hot Chicken Flavor Ramen'. Maka haraplah tak pedas sangat ye.

Samyang carbonara cheese

Pertama sekali selepas bungkusannya dibuka maka inilah isinya seperti gambar di bawah. Ada mee dan dua bungkusan perencah yang mana satu tu ada cili dan satu lagi tu serbuk carbonaranya. Kemudian Cik TK masak ikut instruction yang ada di packagingnya. Ikut panduannya, rebus mee untuk 5 minit, keluarkan airnya dan tinggalkan agak-agak 8 sudu air macam tu. Kemudian masukkan perencah-perencah dan kacau. Siap! 


Maka jadilah hasilnya seperti di bawah ini. Sosej tu saja Cik TK tambah. Rasa dia? Sedap! Bagi Cik TK rasa pedas dia tak menyengat macam yang pedas terkejut tu kan. Maksudnya rasanya tak pedas sangat, lidah Cik TK masih boleh tolerate la. Lagi sebab ada rasa carbonara dan sikit rasa cheese tu jadi rasa macam seimbang rasa pedas dan rasa creamy carbonara tu. Siap Cik TK boleh habiskan sambil menikmati rasanya dan tanpa minum air. Lepas ni boleh la layan lagi... 

Samyang carbonara cheese
Jom makan!
Samyang carbonara cheese
Habis licin!


Baca Selanjutnya ...

Khamis, 19 November 2020

RESEPI: SOS KEJU, SESUAI UNTUK DICICAH DENGAN APA PUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini teringin nak makan sesuatu yang ada keju lagi. Sebulan ini asyik makan makanan yang berkeju saja ye Cik TK? Mac and Cheese la, Spagetti Carbonara Cheese la... Tak cukup dengan makanan berkeju. Yang ber-salted egg pun ada juga! Udang Salted Egg la... Mana tak naik berat? Eh dapat idea, lain kali boleh buat Spagetti Carbonara Salted Egg pula ni!   (✿◡‿◡)

Tapi kali ini Cik TK nak buat sos keju sahajalah. Lepas tu goreng nugget dan fries, makan cicah dengan sos keju ni. Banyak lagi cara boleh makan dengan sos keju ni. Nak makan dengan ayam goreng pun boleh. Nak letak dalam burger atau sandwich pun boleh. Ikut selera masing-masing.

Ini Cik TK buat pun sebenarnya cincai saja. Sebab nak cepat. Cara-caranya pun mudah saja. Setengah bawang holland dicincang-cincang dan ditumis dengan sedikit marjerin. Kemudian ikutkan sepatutnya, masukkan susu full cream. Kuantiti ni boleh ikut selera masing-masing. Nak banyak letak banyak. Tapi Cik TK tak letak susu full cream ni, Cik TK ganti dengan bancuhan susu tepung Everyday saja.

Kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk keju, kuantiti ikut selera.  Cik TK juga saja-saja tambah 2 keping keju cheddarOh ye, bukan Cik TK tak mahu beritahu kuantiti tadi, tapi Cik TK pun main agak-agak saja. Sambil kacau, sambil rasa dan tambah apa yang patut. Selepas itu, Cik TK kacau selalu sampai dia jadi agak pekat. Siap dan sedia dihidang!

Sos keju untuk cicah

Pada masa ini nugget dan fries yang digoreng dah habis dimakan. Berdekatan kami ada balang keropok ikan dan keropok ikan tamban yang telah digoreng. Maka layanlah keropok ikan cicah bersama sos keju, pun sedap juga!!!


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 18 November 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#23: BUKU BBW DAH SAMPAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa Sale 11.11 hari kalian beli apa saja?

Cik TK beli buku-buku ni dari Big Bad Wolf Book Sale di Shopee masa 11.11 hari tu.

Tak banyak Cik TK beli.

Sekadar yang betul-betul Cik TK rasa nak baca dan buat sahaja.


Memang bagus mereka balut dulu dengan bubble wrap sebelum bungkus. 

Tak kemek la buku-bukunya!

Tak sabar nak start baca dan lukis!

Eh, dah tak berapa nak wordless la macam ni.

Okay sampai sini sahaja.

Jumpa lagi entri akan datang!




Baca Selanjutnya ...

WORDLESS WEDNESDAY 20#22: 口寂しい (Kuchisabishii)



Nota: Hmmm... Sesuai sangat dengan keadaan sekarang. Betul tak?


Baca Selanjutnya ...

Selasa, 17 November 2020

DAPAT CENDERAHATI DARI BLOGGER NORHIDANA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa Cik TK  baru balik dari beli barang tadi Cik TK ternampak ada sampul surat dekat peti pos. Tengok nama untuk Cik TK dan sampul tu ada 'isi', eh mesti dari Kak Dana ni sebab teringat hari tu Kak Dana ada minta alamat dan kata nak hantar hadiah sebagai tanda terima kasih selalu berkunjung ke blognya. Touching kejap! Terima kasih Kak Dana! 

cenderahati dari kak dana

Setelah settle barang-barang semua dibawa masuk kerumah dan siap dikemas maka Cik TK pun buka sampul ini dan terdapat 2 unit mask extender yang cantik dan comel! Sudah tentu ini dari hasil tangan Kak Dana, kalau nak tahu Kak Dana ni pandai seni jahitan manik. Cantik-cantik hasilnya! Bolehlah intai-intai di blognya! Bukan itu sahaja, Kak Dana juga banyak berkongsi resepi yang menarik dan juga kisahnya bersama anaknya Aiyan, kucing-kucingnya dan tanamannya.

Selain mask extender tadi, terdapat juga tasbih dengan gabungan warna kegemaran Cik TK iaitu merah dan hitam. Juga ada sentuhan warna emas sikit. Cantik! Alhamdulillah dan insyaAllah tak akan sia-sia pemberian kak Dana. Cik TK amat menghargainya! Terima kasih sekali lagi!

Untuk mereka yang belum mengenali blogger Norhidana Miswan, boleh la singgah ke blognya dan ikuti kisahnya! 



Baca Selanjutnya ...

RANDOM: CERITA MENGENAI MAKANAN LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi kita dalam entri random kali ini. Apabila tiada idea nak tulis apa maka kita cerita random gambar-gambar dari phone saja. Kita tumpu pada makanan hari ini. Sila baca entri ini dalam keadaan kenyang ya!


1. Nasi Ayam

Alkisahnya baru beli ayam pagi itu, baru saja siap dibersihkan dan diasing-asingkan (Cik TK suka asingkan bahagian dada ayam, terus potong dadu untuk masakan lain selain sup dan gulai). Jadi ketika nak simpan ayam berkenaan ke dalam peti sejuk, mama tanya "malam ini nak makan apa?". Dan Cik TK selamba reply, "nasi ayam jom!". Mama pun berkata, "apa lagi anakku, dipersilakan... hehe". Adoii!

Maka dengan itu, berkungfu-lah Cik TK dibelakang dan terhasillah menu malam ini iaitu nasi ayam!

Hidangan nasi ayam
Ada nasi, sup ayam, sambal, kicap, timun dan ayam goreng semestinya!
Kalau tak bukan nasi ayam namanya kan?



2. Percubaan ber-bomboloni

Alkisah ingin mencuba untuk membuat bomboloni tapi tidak minat membuat kerja-kerja bakeri. Pertama sekali untuk membuat rotinya sudah tentu kena uli tepung menjadi doh kan? Maka setelah sekian lama sejak kisah 'roti canai biskut' (rasanya lain kali sajalah Cik TK cerita kisah ini) Cik TK membuat comeback menguli doh setelah beberapa tahun.

Tadaaa! Hasil menguli tepung.

Boleh tahan juga ya adegan mengulinya. Terasa macam berkarate pula. Kemudian tu tunggu doh naik dan bulatkan kecil-kecil. Kemudian digoreng, diangkat dan ditos, kemudian setelah sejuk tu buat lubang untuk masukkan inti. Dan entah kenapalah rupa dia jadi macam ini?

Haih~ Sesungguhnya tangan ini kekurangan bakat seni untuk menghasilkan rupa bomboloni yang cantik dan menawan. Tapi nasib baiklah rasa dia sedap! Ini inti dia ada yang coklat dan ada bluberi. Nasiblah siapa dapat rasa apa sebab warna macam hampir sama saja.

Jangan pandang rupanya sebelah mata  



3. Megi Itik Telur Sosej

Tatkala bosan makan nasi dan malas masak, marilah kita makan megi. Okay megi itu tak semestinya Maggi. Tapi hakikatnya rata-rata orang Malaysia panggil mi segera itu megi. Tidak kira jenama apa pun. Cintan ke, Rusky ke, Indomie ke, Mie Sedaap ke semuanya kita panggil megi. Betul tak?

Dalam gambar di bawah ini yang terlibat adalah Mamee Itik. Paling favourite letak telur yang kuningnya separuh masak macam ini (makan dengan telur putih dulu, akhir sekali baru pecahkan kuning makan dengan supnya). Dan ini ada tersesat sosej masuk dalam periuk tadi!






Baca Selanjutnya ...

Isnin, 16 November 2020

SIFAT SI PENCINTA KUCING

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Cik TK ingin berkongsi tentang sifat-sifat mereka yang sukakan kucing. Eh, cintakan kucing! Cik TK tidak tergolong dalam kumpulan ini kerana jarang juga bermain dengan kucing. Satu, sebab kucing suka lari bila Cik TK datang dekat. Dua, tak mahu dia cakar!  (>︿<)


Disekeliling Cik TK ramai yang suka kucing dan bela kucing. Kadang boleh lihat dari cara mereka apabila mereka terjumpa kucing atau bersama kucing belaan mereka. Malah dari cara mereka sapa kucing. Ada yang jenis kucing suka datang dekat dengan dia. Golongan ini Cik TK panggil 'si-pemanggil-kucing'. Mana tidaknya, apabila dipanggil terus datang. Kadang hulurkan tangan ke arah kucing saja terus kucing itu datang. Siap ada yang bawa kawan.

Mereka juga tidak kisah untuk memberi makan kepada kucing yang bukan hanya dijaga mereka, malah yang bukan kepunyaan mereka sekalipun. Terutama untuk yang dibela mereka, mereka sanggup berbelanja lebih untuk keperluan kucing mereka seperti makanan, permainan, rumahnya, vaksin dan sebagainya kerana kucing juga dianggap sebagai kawan rapat dan keluarga mereka. 

Si pencinta kucing selalu ada kesan cakar atau calar pada tangan mereka. Ada ke kucing yang tak mencakar ye? Tiba-tiba Cik TK teringat, Cik TK jarang main dengan kucing. Ada satu kali tu, main dengan kucing. Kemudian dia cakar masa Cik TK belai-belai dia. Seram! 

Orang yang selalu bersama kucing ini juga selalu ada bulu kucing melekat pada bajunya. Tanda baru lepas bermain dengan kucing tu. Satu lagi, sudah pasti telefon mereka atau media sosial mereka dipenuhi dengan banyak gambar kucing!


Nota kaki: Cik TK tak pernah bela kucing, tapi pernah bela kura-kura. 🐢


Baca Selanjutnya ...

Ahad, 15 November 2020

RESEPI: TORTILLA CHIPS CICAH SARDIN, SESUAI DIMAKAN SAMBIL BERBORAK SAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar hujung minggu kalian? Buat apa saja tu? Cik TK seperti biasa, semalam sempat me-merathon-kan diri ke dunia anime sekejap. Anime apa pulak Cik TK layan kali ini? Nantilah kalau rajin Cik TK update! Hari ini, tidak pasti lagi apa perancangannya.

Okay kita balik ke tajuk asal entri ini. Semalam ceritanya Cik TK jumpa tortilla wrap yang dah expired dalam peti sejuk. Tapi jangan risau, masih elok lagi ni. Maka puas memikir macam mana nak habiskan sebab sayang kalau buang. Jadinya inilah hasilnya, Tortilla Chips Cicah Sardin! Tortilla wrap itu dipotong-potong dan digoreng, makan cicah dengan sardin seperti ini. Nak tahu cara buatnya? Jom semak resepinya di bawah!



Tortilla Chips Cicah Sardin


Bahan-bahan:

  • Tortilla wrap - Ikut selera sebanyak mana kuantitinya. Dipotong-potong jadi segi tiga seperti dalam gambar di bawah
  • Bawang holland - Setengah biji, dihiris
  • Bawang putih - 2 ulas, cincang
  • 1 tin sardin - Cik TK guna tin kecil saja, asingkan ikan dan sosnya
  • Sos tomato - 1 sudu makan
  • Cili padi - Cik TK guna 2 tangkai saja. Kalau nak pedas letak lebih
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-caranya:

  • Tortilla wrap yang telah dipotong itu digoreng sehingga kekuningan. Kemudian, angkat dan tos. Ketepikan.
  • Tumis bawang holland dan bawang putih, kemudian masukkan ikan sardin (tanpa sosnya). Goreng sambil hancurkan, hingga garing.
  • Kemudian masukkan sos sardin, sos tomato dan cili padi berkenaan. Tambah air secukupnya.
  • Perasakan dengan garam jika perlu. Sedia dihidang!

Wrap yang dipotong-potong
Tortilla wrap yang telah dipotong-potong menjadi segi tiga
Tortilla Chips Cicah Sardin
Tadaaa! Hidang macam ni kemudian makan ramai-ramai sambil borak.
Masa ini kami ada bertiga saja. Boleh tahan 5 keping tortilla wrap juga pakai ni.
Yang dalam gambar ni agak-agak baru 3 keping tortilla wrap.



Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 14 November 2020

ALKISAH GARLIC SPREAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa suka makan roti di sini? Rasanya rata-rata semua suka makan roti tidak kira pelbagai jenis, pelbagai inti, pelbagai rasa dan pelbagai topping. Kalau pergi  membeli roti ni tidak kiralah sama ada dikedai roti, pasaraya atau gerai sekalipun, salah satu yang Cik TK suka ialah roti yang ada rasa garlic-garlic ni. Tapi walaupun begitu, Cik TK tak pernah pula terfikir nak beli garlic spread. 

Ada satu masa ni.. Eh tidak lama sangat sebenarnya. Baru-baru ini, Cik TK tak perasan ada yang membeli garlic spread ini dan simpan dalam peti sejuk. Sampai la pada waktu sarapan tu Cik TK seperti biasa makan lambat sikit. Bila sampai di meja makan, ternampak ada garlic spread atas meja. Pada waktu ini pun, Cik TK macam rasa excited sekejap dan tertanya-tanya. Bila pula ada garlic spread ni? "Lama dah dalam peti sejuk tu...", kata adik. Serius tak perasan la.

Tiba-tiba jadi blurr sekejap. Sapu terus dan makan ke atau bakar roti dulu baru sapu ke macam mana? Lepas tu apa lagi? Datang perangai-ingin-mencuba Cik TK, kesudahannya kita cuba saja semua cara.

Pertama, sapu terus pada roti bantal leper atau roti buku dan makan. Sedap. Kedua, bakar roti dulu dan sapu garlic spread. Sedap juga. Ketiga, sapukan pada roti dan bakar dikuali tanpa lekat. Pun sedap! Terlebih rajin cuba tiga-tiga cara ni. Sedar tak sedar total dari ketiga-tiga cara ini 5 keping. Boleh tahan. Lepas ni boleh la tambah stok garlic spread ni. 

roti dan garlic spread
Yang ini cara kedua. Bakar roti dulu kemudian sapu garlic spread.
Garlic spread ini yang terlibat dalam pembikinan kali ini


Nota kaki: Kalau banyak makan garlic spread ni boleh bau bawang putih ke?




Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 13 November 2020

JANGAN DIBANDING-BANDINGKAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam hidup ini, terkadang kita tertanya-tanya persoalan-persoalan seperti:

  • Kenapa dia lagi pandai sedangkan asyik nampak dia main saja?
  • Kenapa semua orang suka berkawan dengan dia padahal dia biasa-biasa saja?
  • Kenapa dia kahwin dulu, sedangkan dia paling pendiam dan pemalu antara geng-geng kita?
  • Kenapa hidup dia bahagia sahaja bagaikan tiada kerisauan?
  • Kenapa apa yang dia minta selalu saja dia dapat? 

Semua persoalan di atas ini hanyalah contoh semata-mata. Kenapa begini dan kenapa begitu. Timbul banyak persoalan yang menyebabkan kita mula membandingkan dan mempersoalkan kenapa nasib mereka lebih baik berbanding kita.

Akan tetapi, tahukah kalian mungkin mereka juga berfikir sebegitu, ingin berada ditempat kalian. Mungkin apa yang kita lihat itu juga bukanlah realiti yang sebenar. Apakah yang berlaku disebalik tabir hidup mereka, kita tidak tahu.

Seperti contoh persoalan di atas tadi. Kenapa dia lagi pandai sedangkan nampak dia main-main? Adakah kalian tahu apa yang dia buat dirumah? Mungkin dia sentiasa mengulangkaji pelajaran. Jenis fokus dirumah dan main di kelas. Kita tidak tahu. Sama seperti apa yang dia minta selalu dapat. Kenapa? Mungkin dia selalu berusaha yang terbaik untuk semua yang dia lakukan. Oleh kerana itu dia dapat apa yang dia nak. Kenapa orang suka berkawan dengan dia? Mungkin dia ikhlas dan baik hati. Jadi orang pun suka dekat dengan dia.

Kebahagiaan. Kita semua mengejar bahagia. Seperti persoalan di atas. Kenapa dia kelihatan bahagia sentiasa bagaikan tiada kerisauan? Kita bukan tahu apa yang ada di dalam hati dia. Di sebalik tabir juga, dibelakang pandangan kita atau maksud lainnya, dirumah. Bukannya kita tahu apa yang berlaku. Kenapa si pendiam dan pemalu itu kahwin dulu? Pendek kata, jodoh dia dah sampai dan dia sudah bersedia untuk berumahtangga.

Tahukah kalian, sementara kalian berfikir seberapa beruntungnya orang lain dimata kalian sudah pasti ada juga yang merasakan bahawa kalian sangat bertuah untuk banyak sebab. Contohnya seperti ada keluarga yang menyayangi kalian, masih ada tempat berlindung, masih ada kesempatan melancong dan makan sini sana, masih boleh berdiri melangkah ke depan dan sebagainya.

Jadi kesimpulannya di sin, cuba tanya pada diri kita apa kelebihan dan kekurangan kita. Sudah pasti kita semua ada kekurangan. Tapi kita juga ada kelebihan masing-masing. Oleh kerana itu, bersyukurlah dan hargailah dengan apa yang kalian ada sekarang. Mungkin kalian rasa orang lain itu lebih baik, kalian juga boleh cuba perbaiki diri supaya boleh menjadi lebih baik dari yang sekarang.


Baca Selanjutnya ...

Khamis, 12 November 2020

FOLLOWER YANG KE-500

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah dua hari lepas follower Blog Cik TK sudah mencecah angka 500! Sesungguhnya Cik TK berterima kasih kepada semua yang sudi follow blog Cik TK yang tak seberapa ini. Bukan setakat yang follow sahaja. Yang singgah dan komen juga Cik TK ucapkan terima kasih! Anda semualah pembangkit semangat Cik TK untuk terus berada didunia blogosphere ini. 


Jadi siapakah follower yang ke-500 itu? Mari kita sama-sama mengenalinya. Lebih mesra dikenali sebagi Kakmim, dengan blognya Monolog Kakmim merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak yang berasal dari Sarawak. Pelbagai kisah menarik mengenai pengalaman dan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri dan ibu yang dikongsikan, juga terdapat perkongsian tips dan juga pengalamannya berjalan-jalan bersama keluarga di pelbagai tempat. Jadi apa lagi, marilah kita ramai-ramai singgah dan berkenalan dengan blog Kakmim.






Baca Selanjutnya ...