Sabtu, 31 Oktober 2020

AKTIVITI HUJUNG MINGGU: MARATHONING ANIME

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu kali ini Cik TK banyak bersantai menghabiskan masa dengan ber-marathon anime. Dah lama juga Cik TK tidak menonton anime, lagi-lagi anime yang bersiri.  Biasa tengok versi movie sahaja sebab kebelakangan ini rasa malas untuk menonton yang bersiri. Drama juga Cik TK jarang tonton kebelakangan ini.

Jadi untuk kali ini Cik TK menonton di Youtube saja. Di chanel Muse Malaysia. Muse Malaysia merupakan salah satu servis penstriman anime rasmi bersari kata bahasa melayu (sari kata bahasa inggeris juga ada) di negara kita.

Sejak semalam sempat juga Cik TK layan Servamp (12 episod) dan juga movie Servamp: Alice in the Garden. Esok pula dah rancang nak layan School Babysitters (12 episod). Nampak menarik!

Cik TK juga mula menonton anime Noblesse dan Kuma Kuma Kuma Bear tapi rupanya baru ada beberapa episod pada saat entri ini ditulis. Tak sabar tunggu sambungan seterusnya!

Servamp

Servamp: Alice in the Garden

School Babysitter

Noblesse

Kuma Kuma Kuma Bear


Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 30 Oktober 2020

RANDOM: AIR ASAM JAWA, MEATBALL DAN KEROPOK LEKOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kini kita sudah berada dihujung bulan Oktober. Tinggal dua bulan saja lagi kita akan masuk ke tahun baru. Disebabkan keadaan semasa kini, terasa seperti tahun 2020 ini sungguh singkat.

Ada banyak benda yang dirancang untuk dilakukan tidak dapat dilakukan. Tapi ada juga hikmah dari apa yang berlaku tahun ini. Oh ya! Apa saja azam dan wishlist/bucketlist kalian yang sudah tercapai dan yang belum tercapai? 

Entri kali ini sebenarnya Cik TK tiada idea nak tulis apa. Ada juga terasa nak menulis cerpen. Tapi takut ianya tidak menarik. Oleh kerana itu, kali ini Cik TK nak berkongsi perkara-perkara atau gambar secara rawak atau random yang ada dalam phone Cik TK ni sebelum Cik TK memadamnya.

Air asam jawa 

Asam jawa bukan hanya untuk dijadikan penyedap dalam masakan saja. Boleh juga dijadikan sebagai minuman. Salah satu minuman kegemaran Cik TK ialah air asam jawa. Lagi-lagi yang sejuk letak ais apabila ditambah rasa pula masam-masam manisnya sikit. Terasa segar ditekak. Sangat sesuai diminum ketika cuaca panas.

Asam jawa Adabi
Ini antara jenama yang Cik TK selalu guna. Oh ya! Perasan tak gelang tu?
Itu antara gelang yang Cik TK buat seperti dalam entri ini.

Air asam jawa sejuk segar
Cik TK suka minum air asam jawa sejuk-sejuk macam ni.


Modify lauk semalam - Meatball

Cik TK dan mama Cik TK dah biasa, bila ada lauk lebih tu modify la jadi apa-apa. Jadi nasi goreng lauk semalam tu dah biasa. Ada sup lebih letak saja mi dan bebola, jadilah mi sup. Sardin lebih semalam jadi topping 'pizza'. Okay, bukan pizza. Tapi macam pizza. Roti buku tu, letak sos, lebihan sardin dan kentang yang dihancurkan, tambah cheese dan bakar. Kan macam pizza?

Kali ini gulai kambing ni isi daging kambingnya dah tak banyak. Kuah gulainya banyak lagi. Maka, kita tambah bebola daging ataupun nama glamornya meatball jadilah satu lauk! 

Gulai kambing dan meatball
Tambahkan meatball menjadi satu lauk 'baru'

gulai kambing dan meatball
Tadaaaa! Mari makan! Dengan nasi panas sangat sedap ni!


Selera aneh: Keropok lekor rebus dengan dressing yuzu

Mengikut pemerhatian Cik TK, rasanya tak ramai yang makan keropok lekor yang direbus kan? Ramai yang suka keropok lekor ini digoreng. Dalam keluarga Cik TK, Cik TK seorang saja yang makan keropok lekor rebus ini. Kalau untuk Cik TK sendiri makan, kalau goreng pun Cik TK goreng separuh masak. Sebab Cik TK suka macam itu. 

Satu lagi pasal keropok lekor rebus ini, Cik TK suka makan macam itu saja. Atau kadangkala cicah mayonis. Atau tuangkan dressing yuzu (rasa macam lemon) ni kat keropok lekor ni sikit. Ada yang kata pelik. Dalam rumah Cik TK pun Cik TK sorang saja buat macam ni. Haha! 

Keropok lekor rebus
Ini adalah keropok lekor yang direbus.
Pedulikan meatball dua ketul yang Cik TK rebus sekali tu.

Dressing lemon yuzu dari Kewpie
Cicah atau tuang sikit dengan dressing yuzu ini


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 28 Oktober 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#18: BAHAGIAN MANA NAK BELAI KUCING



Baca Selanjutnya ...

WORDLESS WEDNESDAY 20#17: TIADA INTERNET KITA MAIN DINOSAUR


Apabila internet tiba-tiba terputus atau semasa server problem ditempat kerja,
bertenang dan layan dinosaur ni dulu!



Baca Selanjutnya ...

Selasa, 27 Oktober 2020

RESEPI: SPAGETTI GORENG SARDIN. SIMPLE SAJA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari-hari makan nasi bosan juga kan! Sekali sekala kita tukar-tukar selera, nak makan sesuatu yang lain. Kadangkala sesuatu yang lain itu ialah mi atau pasta, pizza, fast food dan sebagainya.

Kebiasaannya Cik TK suka cari idea dan ilham untuk memasak dalam instagram. Cik TK rasa instagrammer seperti AdikFoods dan Khairulaming sudah pasti tidak asing lagi dikalangan kalian yang suka tengok masakan-masakan ini kan? Untuk kali ini Cik TK dapat idea dari mereka berdua juga tapi Cik TK kurangkan kepedasannya. Menu ini memang sedap, enak dan lazat lagi-lagi untuk pencinta sardin seperti Cik TK! Jom kita sama-sama semak resepinya seperti di bawah ini!

Spagetti Goreng Sardin

Spagetti Goreng Sardin 


Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang merah - kisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • Sedikit ikan bilis - kisar
  • 3 batang cili merah - kisar
  • Cili padi (optional ikut selera kepedasan kalian) - kisar
  • Setengah biji bawang holland - potong dadu
  • Setengah kiub perisa ayam
  • Sayur pilihan kalian - Cik TK guna pakchoy dan shiitake. Ini saja yang ada dirumah waktu itu. Jadi gunakan apa saja yang ada.
  • Garam secukupnya
  • Spagetti - Cik TK guna angel hair 500gm
  • 1 tin besar sardin - asingkan ikan dan sosnya
bahan-bahan
Antara bahan-bahan yang diperlukan


bahan-bahan
Lagi bahan-bahan yang diperlukan

Cara-caranya:

  • Dalam sebuah periuk atau kuali yang bersesuaian saiznya, didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian rebus spagetti. Setelah spagetti lembut, angkat, tos dan ketepikan. Simpan 2 cawan air rebusan spagetti berkenaan untuk digunakan kemudian.


  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ikan sardin. Goreng sambil hancurkan ia hingga garing.
  • Kemudian masukkan bawang holland. Setelah layu masukkan pula bahan kisar dan sos sardin tadi. Juga kiub ayam tadi. Jika ia agak kering masukkan air rebusan spagetti tadi.
  • Masukkan pula sayur. Kacau hingga sayur masak. Perasakan dengan garam jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan spagetti yang telah direbus tadi. Gaul rata. Jika agak kering tambahkan sedikit air rebusan spagetti tadi. Jangan lupa sesuaikan rasanya. 
  • Sedia untuk dihidang!! Boleh juga letak daun sup sebagai hiasan.

Selamat mencuba!!!

memasak spagetti goreng sardin
Inilah rupanya sebelum dimasukkan spagetti ke dalamnya


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 26 Oktober 2020

JUST ANOTHER RANDOM STORIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda semua di pagi Isnin yang ceria ini? Kepada yang keluar bekerja (dilokasi atau yang WFH), yang bersekolah, yang menjalani kelas online dan sebagainya, selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab anda! Yang mana keluar tu sila patuhi SOP yang telah disediakan ya! 

Hari ini Cik TK masih lagi bersiaran dari rumah dan entah kenapa Cik TK ketandusan idea untuk menulis entri hari ini. Maka Cik TK akan membuat random stories berdasarkan apa yang terlintas dikepala ini.

Sesi jalan-jalan sekejap

Ini adalah semasa Ogos hari tu rasanya. Kami keluar mencari barang di sebuah mall. Di sana siap ada kawasan berkolam ikan dan berflora. Maka duduk lepak la sebentar menikmati keindahan panorama ikan dan kura-kura yang senang seronok berenang dikolam berkenaan.

kolam ikan dan kura-kura

Kemudian kami terus ke destinasi mencari apa yang diperlukan sebelum singgah menjamu selera disebuah restoran untuk makan tengah hari. Pada waktu ini kami ke Sushi King. Tekak kami selera makanan Jepun masa tu. Kami makan sushi dan Cik TK mencuba menu kiryu udon (tak ingat nama penuh menu ini apa) ini untuk kali pertama. Sedap! Kawan Cik TK depan ini (Cik AM) pula makan gyudon kalau tak silap.

Kiryu Udon


Emoticon/Emoji dalam komen blog dan blogpost

Baru-baru ini Cik TK terbaca dalam blog rakan blogger kita Cik Kaella mengenai memasukkan emoticon dan emoji ke dalam blog post. Entri mengenainya boleh dibaca di sini. Kemudian Cik TK pun terus mencuba dan inilah hasilnya! Menjadi!! 😉 Cara ini rupanya bukan hanya untuk blog post. Malah di ruangan komen juga boleh! Lepas ini bolehlah Cik TK memeriahkan blogpost dan komen dengan emoticon/emoji. 😁

Cara untuk membuatnya senang sahaja. Pada keyboard kalian, tekan butang Windows dan ' : ' (titik bertindih) secara serentak. Maka keluarlah pilihan emoticon dan emoji seperti di bawah. Kaomoji juga ada kalau kalian nak tau. Dulu zaman muda remaja (eh dah tua ke?) Cik TK suka guna kaomoji ni. Sebab dia sangat comel!

Tekan ikut anak panah di dalam gambar iaitu butang Windows dan butang ' : '

Pilihan Kaomoji
Antara pilihan Kaomoji yang ada

Pilihan Emoticon dan Emoji
Antara pilihan emoji dan emoticon


Menulis Sallallahu 'Alaihi Wasallam (S.A.W) dalam tulisan arab 

Baru-baru ini Cik TK terjumpa satu video tak ingat sama ada dalam twitter atau instagram menunjukkan cara bagaimana menulis selawat nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad dalam tulisan Arab dengan menggunakan Microsoft Word.

Caranya mudah saja. Taip perkataan 'Muhammad' dan kemudian taip 'fdfa'. Selepas itu tekan butang 'Alt' dan huruf 'X' serentak, lihatlah hasilnya.

menulis s.a.w dalam word





Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 24 Oktober 2020

RESEPI: SUP PAK CHOY DAN CENDAWAN HITAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar hujung minggu kalian semua? Apa saja yang kalian buat? Cik TK seperti biasa. Bila duduk dirumah ini banyak aktiviti menternak. Menternak apa tu? MENTERNAK LEMAK.

Jadinya setelah kita asyik makan makanan yang pelbagai seperti ayam korea cheese, takoyaki, udang salted egg, roti dengan chicken floss dan sup telur chinese style dengan isi ketam yang mana semuanya tiada kehadiran bahan berkhasiat yang penting seperti sayur (klik setiap nama makanan untuk resepinya), kali ini Cik TK akan kongsi satu resepi lauk sayur. Sedap dimakan bersama nasi hangat dan ikan goreng!

Cik TK pun tak pasti lauk ini dipanggil sejenis sup sayur atau sayur masak air. Tak apa, Cik TK panggil 'Sup Pak Choy dan Cendawan Hitam' saja ya? Oh ya! Ada yang panggil cendawan ini cendawan hitam, ada juga yang panggil ini telinga kera. Kalian panggil apa?

sup pak choy dan cendawan hitam

Sup Pak Choy dan Cendawan Hitam

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 batang pak choy - hiris
  • Segenggam cendawan hitam - ceraikan dan bersihkan
  • Garam, lada sulah, minyak dan air secukupnya

Cara membuatnya:

  • Tumis bawang hingga layu.
  • Masukkan air dan masukkan pak choy dan cendawan setelah mendidih. 
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  • Setelah masak, boleh terus dihidang.

Selamat mencuba!!


Sup pak choy dan cendawan hitam


Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 23 Oktober 2020

RESEPI: UDANG SALTED EGG YANG MUDAH DISEDIAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebelakangan ini Cik TK disebabkan tiada keperluan untuk keluar Cik TK hanya duduk dirumah. Disebabkan itu, Cik TK pun craving nak makan macam-macam atau dalam bahasa melayunya kita panggil mengidam. Bukan orang mengandung sahaja yang mengidam okay? Sesiapa pun boleh ya!

Tekak ni rasa macam nak makan sesuatu yang ada telur masin / salted egg. Sedapnyaaa! Jadinya terus bertanya dengan pakcik Google kan, masakan salted egg apa yang mudah dan senang untuk dibuat.

Dah puas belek, maka dapatlah hasilnya menu malam tadi 'Udang Telur Masin' ataupun 'Udang Salted Egg'! Tapi untuk hidangan ini Cik TK saja tambahkan sekali cakefish, kerana ada yang tak makan udang dirumah (alergik). Nak tahu cara membuatnya? Jom sama-sama kita belajar cara membuatnya di bawah:

Udang salted egg
Inilah hasilnya! Cubaan pertama dan berjaya!
Enak, lazat, rasa lemak-lemak gitu dan terasa flavour telur masinnya.


Resepi Udang Salted Egg


Bahan-bahan:

  • 15 ekor udang yang telah dibersihkan
  • 2 batang fishcake - Cik TK potong segitiga
  • Lada sulah secukupnya - boleh juga guna lada hitam
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya
  • Tepung jagung secukupnya
  • 3 sudu besar butter - Cik TK tukar pakai marjerin kerana butter rupanya habis
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang cili padi - hiris nipis. Tambah lagi kalau nak pedas
  • 200ml susu full cream - Cik TK pakai susu tepung Everyday.
  • Serbuk telur masin secukupnya - ini bahan paling penting! Kuantiti? Cik TK main tuang-tuang sampai dapat rasa yang Cik TK nak.
    • Note: Kalau nak pakai telur masin, gunakan beberapa biji kuning telur masin yang telah direbus dan dihancurkan.

Cara-caranya:

  • Perapkan seketika udang bersama garam dan lada sulah. Kemudian salutkan dengan tepung jagung. Fishcake juga salutkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng udang dan fishcake yang disalut tadi. Jangan goreng terlalu lama. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.
  • Pada kuali lain, cairkan mentega atau marjerin. Kemudian tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan susu dan serbuk telur masin. Kacau rata hingga mendidih. Sambil-sambil tu, kalau perlu perasakan dengan garam.
  • Akhir sekali masukkan udang dan fishcake tadi. Kacau rata hingga kuah sedikit pekat dan semuanya bersalut. Matikan api dan sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!



udang salted egg
Saja tunjuk lagi dari sisi lain untuk santapan mata


Baca Selanjutnya ...

Khamis, 22 Oktober 2020

MAKAN ROTI DENGAN CHICKEN FLOSS? KEPENTINGAN SARAPAN SECARA RINGKAS.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sarapan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita kerana ianya membantu membekalkan tenaga untuk kita memulakan hari kita dengan lebih produktif. Cik TK tahu ada di antara kita semua yang malas nak bersarapan, apalagi nak menyediakan sarapan. Kadangkala kita bergegas nak ketempat kerja atau membuat hal-hal lain yang membuatkan kita sibuk dipagi hari. Tapi tak semestinya kena makan berat pagi-pagi. Sekurang-kurangnya minum susu dan makan biskut atau roti pun sudah okay!

Jadi kenapa kita kena sarapan? Berikut Cik TK kongsikan secara ringkas sedikit info kenapa kita kena bersarapan.

Membekalkan tenaga dan meningkatkan kadar metabolisme badan

Mengambil sarapan membantu kita untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari kita dengan lebih fokus, cergas dan juga produktif. Sarapan juga meningkatkan metabolisme dalam badan dan membuatkan badan kita bekerja lebih keras setelah perut kita kosong semalaman.

Sebagai alas perut dan mengelakkan kita makan secara berlebihan

Perut yang kosong akan menyebabkan kita makan melebihi dari apa yang kita perlukan. Ini akan menyebabkan kita mungkin mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan sukar untuk  menurunkan berat badan.

kepentingan sarapan
Seeloknya kita makan makanan yang berkhasiat semasa sarapan supaya kita mendapat nutrisi yang diperlukan. Jadi, apakah contoh makanan yang bagus dijadikan sarapan? Antara makanan yang bagus untuk dijadikan sarapan adalah seperti telur, hidangan oat, pisang, roti gandum, bijirin, susu dan sebagainya.

Untuk sarapan kebiasaannya, kalau rasa malas nak sediakan atau masak apa-apa kan Cik TK makan yang simple saja. Sebagai contoh, sekurang-kurangnya rembat biskut atau roti. Biasa di rumah mesti ada roti bantal leper/roti buku atas meja. Lepas tu sapu je dengan apa-apa yang ada. Atau boleh sekurang-kurangnya sediakan bijirin dan oat dirumah. Yang penting ada sarapan!

Di bawah ini adalah contoh sarapan Cik TK pagi tadi. Cik TK guna roti buku, letak chicken floss dan mayonnaise. Terus makan. Cepat dan mudah. Kadang-kadang tu ada kaya, jem dan juga chocolate spread. Untuk minum, buat saja milo, susu atau kopi 3in1. Pada Cik TK, yang penting ada makan sarapan.

Chicken floss dalam balang
Ini adalah chicken floss (serunding ayam) yang kami dah letak dalam balang.
Nak makan tinggal ambil saja

chicken floss
Chicken floss ni hari tu beli di kedai bakeri. Harga tak ingat berapa.
Ini pun dah habis baru nak snap gambar. Aduhaii...

roti dengan chicken floss
Letak je serunding dengan mayonnaise macam ini. Eh, nampak perangai anak dara ni?
Malas ambil pinggan, pembungkus roti pun boleh jadi alas. 


roti dengan chicken floss
Selesai sudah sarapan!


Macam mana pula dengan kalian semua? Biasa sarapan tak pagi-pagi?


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 21 Oktober 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#16: SEKALI SEKALA AYAM KOREA CHEESE DAN TAKOYAKI

Ayam korea cheese

Takoyaki



Baca Selanjutnya ...

SEGMEN 10 BLOGGER TERPANTAS BY MISYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini Cik TK ingin mengambil kesempatan untuk join salah satu segmen dari rakan blogger kita iaitu Misya. Untuk tahu lebih lanjut, boleh la klik banner atau rujuk sini.

Salah satu syarat dalam segmen ini ialah:

  "Nyatakan apa yang berkaitan tentang diri anda yang berkaitan dengan angka 10"

Mmm... Ada apa dengan angka 10 ya? Dalam keluarga Cik TK ada dua orang yang meraikan hari jadinya pada bulan 10. Seorang pada 10hb dan seorang lagi 15hb. Biasa kami sambut pun serentak terus. Tahun ini 10 Oktober merupakan tarikh yang sangat cantik iaitu 10.10.2020. Jadi kami sambut hari jadi mereka serentak pada tarikh berkenaan!

Ada apa lagi dengan angka 10?

Zaman sekolah dulu, sampai sekarang juga sebenarnya salah satu nombor yang Cik TK suka adalah nombor 10. Kenapa? Sebabnya 10 ini senang dikira untuk Subjek Matematik. Sifir 10, hasil tambah 10, hasil tolak dan bahagi 10. Senang kan? Lepas itu aplikasikan terus sampai sekarang! Haha!






Baca Selanjutnya ...

WORDLESS WEDNESDAY 20#15: ALKISAH WARNA KUCING

Baca Selanjutnya ...

Isnin, 19 Oktober 2020

PENAT DENGAN reCAPTCHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah suatu tempoh Cik TK sangat, sangat, sangat jarang blogwalking Cik TK kembali menziarah blog rakan-rakan sekalian. Tak la Cik TK tak blogwalking langsung. Ada juga. Cuma bila guna phone, faham-faham sajalah. Tak seseronok menggunakan laptop ataupun komputer.

Kebelakangan ini bila Cik TK blogwalking, asyik muncul reCAPTCHA yang mana ianya membantu untuk mengurangkan keseronokan meninggalkan komen. Kalau setakat tekan tanda tick 'I'm not a robot' tu Cik TK okay lagi. Tapi apabila banyak keluar yang kena klik gambar kotak-kotak tu, bagi Cik TK agak spoil mood di situ. 

reCAPTCHA
Inilah dia reCAPTCHA tu

Sebenarnya reCAPTCHA ini bertujuan untuk mengurangkan spam. Bagus tujuannya sebenarnya. Tapi kalau tiap-tiap kali nak komen asyik keluar reCAPTCHA kadang-kadang tu penat juga.

Macam mana dengan kalian? Adakah kalian mengalami situasi yang sama sebegini? 



UPDATE: Selesai sudah masalah ini. Cik TK tak tahu kenapa masa ini terjadi banyak blog yang dilawati ada keluar ini walaupun sebelum ini tiada. Tapi setelah beberapa hari ianya dah kembali kepada sediakala.

Baca Selanjutnya ...

Ahad, 18 Oktober 2020

RESEPI: SUP TELUR CHINESE STYLE BERSAMA ISI KETAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam entah kenapa, teringin nak makan sup sirip ikan yu. Cik TK dah kenapa? Benda tak pernah makan tiba-tiba nak makan? Memang tak la kan.. Lagipun, beberapa spesis ikan yu adalah spesis yang dikategorikan sebagai spesis yang terancam berikutan diburu kerana siripnya. Beberapa tahun sebelum ini pun sudah banyak kempen 'Tak Nak Sirip Ikan Yu' dijalankan di negara kita.

Maka untuk resepi kali ini Cik TK nak kongsi hidangan yang orang kata mempunyai cara masak dan rasa yang seakan sama dengan sup sirip ikan yu, iaitu Sup Telur Chinese Style. Ada beberapa nama untuk hidangan ini sebenarnya. Ada yang panggil Sup Isi Ketam, Egg Drop Soup, Egg Drop Crab Soup dan macam-macam lagi. Cik TK pula panggil 'Sup Sirip Tanpa Sirip' sebab resepi sup sirip tetapi tiada sirip yu terlibat dalam pembikinannya.

Orang kata sup ini pun baik untuk orang yang tengah rasa demam ke atau tak sedap badan. Boleh juga dijadikan pilihan apabila kurang selera makan.

sup telur chinese style bersama ketam
Sekali sekala makan macam ini pun best juga!


Sup Telur Chinese Style Bersama Isi Ketam


Bahan-bahan:
  • 1L air rebusan ayam (atau boleh juga guna air bersama kiub ayam)
  • Beberapa batang filamen ketam (ikut selera sendiri nak letak banyak mana) - dicarik-carik atau hiris-hiris
  • 2 ketul cendawan shiitake - potong kecil/hiris
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • Lada hitam atau lada sulah
  • Garam secukupnya
  • 2 atau 3 titik minyak bijan (optional)
  • Bancuhan tepung jagung (kuantiti ikut selera sendiri - untuk pekatkan sup)
  • 1 atau 2 biji telur - dipukul

Cara-caranya:
  • Semua bahan kecuali minyak bijan, tepung jagung dan telur direbus semuanya hingga mendidih. Sambil tu perasakan dengan garam dan lada sulah/lada hitam.
  • Kemudian masukkan telur sikit demi sikit sambil sup itu dikacau-kacau.
  • Kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung sehingga menjadi kepekatan yang diinginkan. 
  • Akhir sekali titikkan sedikit minyak bijan. Kalau tak nak letak minyak bijan pun tak apa. Boleh skip saja dan terus hidang!

Selamat mencuba!!
Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 17 Oktober 2020

AKTIVITI DIRUMAH SEMASA PKPB SETAKAT INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Sekarang ini seperti mana yang kita semua tahu, kes positif Covid19 semakin mencanak naik. Oleh itu marilah kita semua lebih berhati-hati. Patuhi SOP yang telah ditetapkan. Jangan lupa pelitup muka/mask dan juga hand sanitizer. Elakkan juga 3S, iaitu tempat sesak, tempat sempit dan juga sembang dekat.
 
Beberapa kawasan dan negeri juga sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai salah satu usaha untuk membendung wabak ini dari terus mengganas. Oleh itu, mereka yang tiada kepentingan untuk berada di luar silalah duduk di rumah, bantu putuskan rantaian Covid19 ini. Untuk mereka yang terlibat dengan PKPB, apa aktiviti kalian di rumah setakat ini?

PKPB di negeri yang Cik TK duduki (Selangor) dan kerja (Kuala Lumpur) bermula pada Rabu, 14 Oktober yang lalu. Pada hari pertama PKPB Cik TK masih bekerja (ada surat kebenaran ke tempat kerja) dan mula Work From Home (WFH) sejak Khamis, 15 Oktober. Sejak mula WFH, hingga detik entri ini dikarang (hari ini, 17 Oktober) masih tidak banyak aktiviti yang Cik TK lakukan di masa senggang. Apa yang sempat setakat ini ialah:


Baca novel

Cik TK ni suka beli buku. Beli je la, bacanya entah bila. Serius banyak lagi buku yang masih belum dibuka. Tidak kira novel atau bacaan ilmiah. Siap ada juga yang masih dalam plastik. Bukan tak nak baca. Tapi tak berkesempatan dan kadangkala rasa tak seronok bila selalu kena baca-berenti-sambung dan baca-berenti-sambung. Jadi, hasratnya kali ini nak baca buku-buku berkenaan. Setakat ni sempat la buka satu novel. Velvet:2 (sambungan dari Velvet) hasil tulisan Ikmal Ahmad, keluaran Buku Fixi. Tak habis baca lagi la tapi. Kalau dapat, Cik TK nak habiskan hari ini.

Velvet:2 hasil tulisan Ikmal Ahmad. Menarik kisahnya. Untuk yang meminati kisah thiller.


Belajar membuat gelang dari benang nylon

Yang melihat story IG Cik TK pastinya perasan kejadian cubaan pembuatan gelang/bracelet dari benang nylon atau orang panggil chinese cord. Yang Cik TK guna ni ketebalannya 2.5mm. Asalnya nak guna paracord. Tapi tak apalah, Cik TK cuba guna benang ini dulu. Hasilnya, menjadi walau ada kecacatan sedikit. Cik TK kurang berbakat dalam benda-benda seni ni maka ianya sedikit mengambil masa.

Antara kesilapan yang berlaku ada seperti salah potong panjang benang, salah pintal (Cik TK tak pasti kalau ianya disebut pintal) dan salah cara matikan benang. Tapi tak apa.. nanti Cik TK perbaiki lagi dan Cik TK juga nak cuba design lain pula!

chinese cord bracelet
Percubaan pertama. Kira menjadi juga la kan?

5m chinese cord
Inilah benang itu pada asalnya, dengan ketebalan 2.5mm, panjang 5m.

3 bracelet
Lebihan benang Cik TK buat lagi dua gelang yang macam ni. Saja nak cuba pelbagai bentuk yang Cik TK jumpa di internet.

Ini yang Cik TK beritahu tadi mengenai kecacatan itu. Salah cara matikan benang itu, maka jadilah setompok hitam hangus di situ. 


Blogwalking

Kebelakangan ini jarang Cik TK dapat blogwalking dan ziarah teratak rakan-rakan sekalian. Kesempatan ini cik tk ambil untuk singgah setakat mana yang sempat. Maaf ada yang masih Cik TK tak sempat singgah terutama mereka yang komen dan baru follow. Nanti Cik TK singgah ya!!



Kongsikanlah juga aktiviti kalian, mana tau Cik TK dapat idea untuk aktiviti seterusnya!


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 14 Oktober 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#14: MENCUBA NISSIN FRIED NOODLES SPECIALIST TEPPAN YAKISOBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini kesinambungan kisah pagi tadi.
Mencuba mee ini dan cuba masak poached egg tapi tak jadi.
Sedap juga mee goreng ni. 

Eh, sepatutnya wordless wednesday tiada kata-kata kan?
Ini tak wordless dah ni.

nissin teppan yakisoba fried noodle

sedap juga ni







Baca Selanjutnya ...

WORDLESS WEDNESDAY 20#13: POACHED EGG (EXPECTATION VS REALITY)


EXPECTATION




REALITY

Poached egg tak jadi
Entahlah kenapa jadi macam ni... *Sigh*


Baca Selanjutnya ...

Selasa, 13 Oktober 2020

Giveaway makcik bawang by www.nieylanadia.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK nak join satu lagi segmen, kali ini giveaway dari rakan blogger kita Nieyl. Hadiahnya ialah sebalang bawang goreng dari Makcik Bawang! Siapa suka bawang goreng sini angkat tangan!!! Cik TK suka bawang goreng. Dapat bawang goreng ni untuk sementara tak perlu susah-susah nak hiris dan goreng bawang!

Sesiapa yang nak join, boleh la klik banner dibawah atau klik sini untuk syarat penyertaan.


 
Baca Selanjutnya ...

SEGMEN FOLLOW2 BY CIK ROXA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ini Cik TK nak join satu segmen follow men-follow dari rakan blogger kita Cik Roxa. Segmen ini akan berlangsung sampai hujung bulan ni. Masih ada masa untuk join. Marilah kita sokong dia ramai-ramai. Untuk turut serta dan syarat penyertaan boleh klik banner di bawah atau klik sini.






Baca Selanjutnya ...