Isnin, 28 September 2020

TUTORIAL: MULTILINGUAL POST ENTRY FOR BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai kesinambungan dalam entri Cik TK yang sebelum ini mengenai Blog Multibahasa/Multilingual, kali ini Cik TK akan buat tutorial mengenai cara bagaimana caranya untuk membuat entri post multibahasa.

Cik TK akan terangkan dengan cara yang paling mudah supaya senang untuk difahami. Dalam contoh di bawah ini adalah cara untuk membuatnya dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris/English.



LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT POST MULTIBAHASA DI BLOG


Langkah 1:
Buka dashboard Blogger dan buka New Post. Taip siap-siap entri terlebih dahulu dalam dua bahasa ini. Contoh seperti di bawah:

Pada suatu hari, ada seekor gajah berjalan-jalan di dalam hutan. Gajah itu berasa sungguh lapar. Perut dia sudah berbunyi-bunyi.

Kemudian gajah terjumpa pokok betik. Menggunakan belalai, dia mengambil buah betik dan memakannya. Gajah pun kenyang dan gembira.

One day, there is an elephant walking in the jungle. The elephant feel so hungry and his stomach starts grumbling already.

Then the elephant found a papaya tree. Using it's trunk, the papaya fruit is grabbed and eaten. The elephant is then full and happy.
  

Langkah 2: 
Kemudian klik gambar pensil seperti dalam gambar di bawah dan pilih HTML view. Dari sini kita akan bermain dengan coding sikit.



Langkah 3:
Copy coding di bawah untuk menu penukaran bahasa, letakkan di atas sekali.
Remark: Warna merah adalah warna tulisan menu dan warna biru adalah ayat untuk menu tersebut.

<h3 id="tMS" onclick=" document.getElementById('tMS').style.display='none'; document.getElementById('tEN').style.display='block';  document.getElementById('MS1').style.display='none'; document.getElementById('EN1').style.display='block'; "><span style="color: #990000;">[English version]</span></h3>

<h3 id="tEN" onclick=" document.getElementById('tEN').style.display='none'; document.getElementById('tMS').style.display='block';  document.getElementById('EN1').style.display='none';  document.getElementById('MS1').style.display='block'; " style="display: none;"><span style="color: #990000;">[Versi Bahasa Melayu]</span></h3><br />  


Langkah 4:
Perhatikan betul-betul entri kalian dan asingkan ikut bahasa (tekan enter saja supaya nampak) seperti dibawah ini untuk mengurangkan kekeliruan. Kemudian tambahkan kod yang berwarna oren seperti di bawah.

<span id="MS1"><div style="text-align: justify;"><span style="font-family: verdana;"><br /></span></div><span style="font-family: verdana;"></span><span style="font-family: verdana;">Pada suatu hari, ada seekor gajah berjalan-jalan di dalam hutan. Gajah itu berasa sungguh lapar. Perut dia sudah berbunyi-bunyi.</span><div><span style="font-family: verdana;"><br /></span></div><div><span style="font-family: verdana;">Kemudian gajah terjumpa pokok betik. Menggunakan belalai, dia mengambil buah betik dan memakannya. Gajah pun kenyang dan gembira.</span></div></span>

<span id="EN1" style="display: none;"><div><span style="font-family: verdana;"><br /></span></div><div><span style="font-family: verdana;">One day, there is an elephant walking in the jungle. The elephant feel so hungry and his stomach starts grumbling already.</span></div><div><span style="font-family: verdana;"><br /></span></div><div><span style="font-family: verdana;">Then the elephant found a papaya tree. Using it's trunk, the papaya fruit is grabbed and eaten. The elephant is then full and happy.</span></div></span>


Selesai!


HASILNYA BAGAIMANA?
Pada compose view hanya akan kelihatan satu bahasa sahaja. Setelah dipos entri itu baru akan kelihatan efek tukar-tukar bahasa. Contoh hasil penuh yang Cik TK buat akan kelihatan seperti ini:

Coding di HTML view kelihatan seperti ini:

<h3 id="tMS" onclick=" document.getElementById('tMS').style.display='none'; document.getElementById('tEN').style.display='block';  document.getElementById('MS1').style.display='none'; document.getElementById('EN1').style.display='block'; "><span style="color: #990000;">[English version]</span></h3>

<h3 id="tEN" onclick=" document.getElementById('tEN').style.display='none'; document.getElementById('tMS').style.display='block';  document.getElementById('EN1').style.display='none';  document.getElementById('MS1').style.display='block'; " style="display: none;"><span style="color: #990000;">[Versi Bahasa Melayu]</span></h3><br /> 

<span id="MS1"><div style="text-align: justify;"><span style="font-family: verdana;"><br /></span></div><span style="font-family: verdana;"></span><span style="font-family: verdana;">Pada suatu hari, ada seekor gajah berjalan-jalan di dalam hutan. Gajah itu berasa sungguh lapar. Perut dia sudah berbunyi-bunyi.</span><div><span style="font-family: verdana;"><br /></span></div><div><span style="font-family: verdana;">Kemudian gajah terjumpa pokok betik. Menggunakan belalai, dia mengambil buah betik dan memakannya. Gajah pun kenyang dan gembira.</span></div></span>

<span id="EN1" style="display: none;"><div><span style="font-family: verdana;"><br /></span></div><div><span style="font-family: verdana;">One day, there is an elephant walking in the jungle. The elephant feel so hungry and his stomach starts grumbling already.</span></div><div><span style="font-family: verdana;"><br /></span></div><div><span style="font-family: verdana;">Then the elephant found a papaya tree. Using it's trunk, the papaya fruit is grabbed and eaten. The elephant is then full and happy.</span></div></span> 

Manakala rupanya apabila di-post nanti adalah seperti di bawah. Klik [English version] untuk tukar bahasa Inggeris dan klik [Versi Bahasa Melayu] untuk tukar ke bahasa Melayu kembali. Boleh lihat contoh di entri Cik TK sebelum ini juga: Blog Multibahasa/Multilingual



[English version]



Pada suatu hari, ada seekor gajah berjalan-jalan di dalam hutan. Gajah itu berasa sungguh lapar. Perut dia sudah berbunyi-bunyi.

Kemudian gajah terjumpa pokok betik. Menggunakan belalai, dia mengambil buah betik dan memakannya. Gajah pun kenyang dan gembira.




Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 26 September 2020

HOBI: KARAOKE SEBAGAI HIBURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa di sini suka berkaraoke? Cik TK rasa ada ramai juga yang suka berkaraoke. Sekurang-kurangnya, kalau tidak berkaraoke kerana segan menyanyi ditempat umum pun, sudah pasti ramai yang suka menyanyi tidak kira dirumah, ditandas dan didapur. Betul tak? Satu lagi, sekarang ini pun sudah menjadi trend juga orang menyanyi lagu cover di Youtube, Smule dan sebagainya.

Asal usul perkataan Karaoke

Karaoke ini asalnya adalah dari perkataan bahasa Jepun カラオケ (ditulis dalam tulisan katakana kerana berasal dari bahasa asing, dibaca sebagai ka-ra-o-ke). 'Kara' itu bermaksud kosong dan 'oke' itu asalnya daripada perkataan 'orkestra'. 

Karaoke adalah satu bentuk hiburan yang mana orang bernyanyi mengikut teks lirik pada layar/skrin dan diringi muzik. Di pusat hiburan karaoke di Malaysia, bukan hanya ada disediakan lagu-lagu dalam bahasa rasmi Malaysia iaitu bahasa Melayu. Malah ada bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Jepun dan bahasa Korea. 


Karaoke sebagai satu hobi dan hiburan


karaoke sebagai hobi

Sesiapa yang ada tengok story IG Cik TK mesti perasan sesekali Cik TK up story Cik TK pergi karaoke, atau bahasa pasarnya 'karok'. Disebabkan Cik TK sendiri suka menyanyi (biasanya seorang diri dalam kereta semasa memandu), Cik TK suka join kawan-kawan pergi karaoke. Pantang bila diajak. Jika tiada aral melintang, laju saja jawab ya!

Bagi yang mengenali Cik TK, mereka pasti tahu Cik TK meminati J-pop. Apa itu J-pop? Pendek kata, lagu-lagu dalam bahasa Jepun dengan genre yang agak luas. Boleh rujuk sini kalau nak tahu lebih lanjut mengenai J-pop. Tapi walaupun Cik TK suka layan lagu Jepun dan jarang dengar lagu lain, jangan ingat Cik TK tidak tahu lagu-lagu bahasa lain ya! Mana yang Cik TK rasa best semua Cik TK layan!

Antara yang biasa Cik TK guna untuk karaoke adalah seperti di bawah. Tapi bukanlah lagu-lagu ini sahaja sepanjang masa, ikut mood juga. Pendek kata ini adalah senarai kegemaran Cik TK. Macam mana pula dengan kalian semua?

    • Aku Yang Tersakiti - Judika
    • Always Coming Back - One OK Rock
    • Berhenti Berharap - Sheila on 7
    • Best Friend - Kiroro
    • Cinta Karna Cinta - Judika
    • Coba - Faizal Tahir
    • Dragon Night - Sekai no Owari
    • Heartache - One OK Rock
    • History Maker - Dean Fujioka
    • Karna Ku Cinta Kau - Bunga Citra Lestari
    • Kekasih Gelapku - Ungu
    • Kenangan Terindah - Samsons
    • Matahariku - Agnez Mo
    • Mirai e (未来へ) - Kiroro
    • Sampai Syurga - Faizal Tahir
    • Sebuah Rasa - Agnez Mo
    • Setengah Mati Merindu - Judika
    • Situasi - Bunkface
    • Unravel - TK from Ling Tosite Sigure
    • Wherever You Are - One OK Rock


Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 25 September 2020

TIPS KEPERLUAN BERCUTI DI PULAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

tips bercuti di pulau

Seronok bukan bila fikirkan  laut yang biru, bersih nampak ikan malahan penyu berenang, kelihatan karang didasar laut... Kemudian duduk ditepi pantai, memerhati ombak lembut yang singgah dipantai... Cantik dan indah sekali kan!

Dalam Malaysia ni banyak lokasi menarik untuk bercuti di pulau contohnya seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan macam-macam lagi. Itu baru Cik TK sebut nama-nama pulau di Terengganu, belum lagi negeri-negeri lain. Pelbagai aktiviti menarik juga yang boleh dilakukan seperti snorkeling, banana boat dan lain-lain lagi. 

Kebelakangan ini Cik TK tengok ramai yang update story dan status di media sosial mengenai bercuti dan berjalan-jalan. Yang Cik TK perhatikan banyak yang bercuti ke pantai dan pulau terutamanya. Sudah pastinya menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila telah membuat persediaan lengkap.

Jadi, apa sahaja yang diperlukan? Jom kita sama-sama tengok list di bawah ini:


PENTING BAGI YANG INGIN BERCUTI DI PULAU


Pakaian dan kasut/sandal yang sesuai


Dari segi pakaian, seeloknya bawalah baju yang jenisnya ringan dan cepat kering. Contohnya macam jenis jersey. Juga rancang dan bawa pakaian yang perlu sahaja. Tak perlu bawa banyak-banyak sangat. Takut nanti buat berat beg saja sebab tak pakai.

Untuk kasut pula, seeloknya para wanita dan gadis diluar sana janganlah gatal nak pakai heels. Sangatlah tidak sesuai. Pakailah selipar, sandal atau kasut pantai  yang tak licin supaya mudah untuk berjalan-jalan terutama dikawasan pasir dan berair.


Beg kalis air / Casing kalis air


Seeloknya sediakan beg kalis air atau drybeg juga untuk membawa barang-barang penting seperti handphone dan kamera. Casing telefon kalis air pun perlu juga terutama jika nak ambil gambar di kawasan berair.


Beg jenis backpack


Untuk memudahkan pergerakan, disarankan untuk menggunakan backpack atau beg sandang berbanding luggage. Sebabnya nak bawa jalan jauh, naik turun bot dan berjalan di pantai. Macam tak sesuai nak seret beg beroda dekat atas pasir kan.


Sunscreen / Sunblock


Cuaca di pulau itu secara kebiasaannya panas dan biasanya di pulau kita semua akan berjemur di bawah matahari kebanyakan masanya. Maka untuk menjaga kulit kita semua dari terkena sunburn, maka pakailah sunscreen atau sunblock.


Duit cash secukupnya


Di pulau kebiasaannya tidak disediakan mesin ATM. Jadi, seelok-eloknya kalian sediakan cash yang mencukupi sebagai persediaan. Mana tau ada emergency ke nanti nak kena pakai cash. 


Toiletries


Daripada apa yang Cik TK dengar, tak semua tempat penginapan sediakan kemudahan toiletries. Jadi seeloknya prepare siap-siap bawa toiletries kalian sendiri. Mana tahu tidak disediakan, kalut pula nanti nak mencari sabun apa semua. Sekurang-kurangnya bawa yang travel kit punya.






Remark: Kepada yang nak bercuti tu, bercuti tu bercuti juga. Keselamatan dan penjagaan diri jangan lupa lagi-lagi pada masa sekarang ni kita masih belum bebas dari Covid19.


Baca Selanjutnya ...

Khamis, 24 September 2020

MENCUBA MIE SEDAAP SELECTION KOREAN SPICY SOUP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini Cik TK pergi beli barang dapur seperti biasa dan ketika berada di bahagian mee segera maka Cik TK terpandang sesuatu yang Cik TK belum pernah cuba, iaitu Mie Sedaap Selection Korean Spicy Soup. Mungkinkah Cik TK yang ketinggalan atau memang masih baru? Oh ya, ini bukan paid review ke apa tau. Saja Cik TK nak ulas sikit sebab Cik TK memang suka makan Mie Sedaap lagi-lagi yang goreng paket putih tu!

mie sedaap selection korean spicy soup

Mie Sedaap versi berkuah atau bersup ini ada dua tahap kepedasan sama macam yang packaging warna hitam versi goreng (Mie Sedaap Selection Korean Spicy Chicken). Nak pedas nikmat (Tahap 1) letak satu je la cilinya. Nak pedas gila (Tahap 2), letak dua paket cili. Untuk Cik TK, satu dah cukup sebab Cik TK tak makan pedas sangat. 

Cik TK masak mee ni tambah bebola daging, bebola ikan dan telur. Pada pendapat Cik TK, mee dia lebih tebal dan kenyal. Kuah supnya pun sedap dan tidak pedas sangat sebenarnya sebab Cik TK guna satu paket cili je. Mungkin lain kali Cik TK cuba makan dengan kepedasan Tahap 2 pula. 

makan mie sedaap korea spicy soup

Jom makan!



Baca Selanjutnya ...

Segmen 24 Jam Bloglist #38 Mialiana.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2020 di Mialiana.com bermula pada 11.00 pagi 23/9/2020 sehingga 11.00 pagi 24/9/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #38 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2020.

** jom support Mia Liana....

Baca Selanjutnya ...

Selasa, 22 September 2020

TUTORIAL: AUTO READ MORE DENGAN THUMBNAIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Di pagi Selasa yang indah ini, Cik TK nak kongsi satu tutorial membuat auto Read More dengan thumbnail.

Kebiasaannya, template-template yang didapati dari pelbagai website penyedia template sudah ada fungsi sebegini. Tetapi tidak secara auto jika menggunakan template yang memang berasal dari blogger sendiri.

Bagi sesiapa yang selalu singgah ke teratak Cik TK yang tidak seberapa ini, pastinya perasan dengan perubahan baru di blog Cik TK ini. 

auto read more dengan thumbnail
Contoh dari blog Cik TK sendiri, menjadi jugalah cara ini

Oleh itu, mari kita mulakan tutorial kita ini dengan membuka ruangan Edit HTML. Seperti biasa:

1. Login ke Dashboard Blogger
2. Pergi ke Theme
3. Disebelah perkataan Customize, tekan anak panah ke bawah dan pilih Edit HTML


Baiklah, dari sini kita akan mengubah sedikit beberapa kod, caranya seperti di bawah:

4. Klik mana-mana bahagian dalam ruangan kod dan tekan Ctrl dan F supaya ruangan search kelihatan.
5. Cari kod </head> dan copy paste kod di bawah pada lokasi sebelum </head> tadi.  
 
 <script type='text/javascript'>var thumbnail_mode = "no-float" ;
summary_noimg = 430;
summary_img = 340;
img_thumb_height = 100;
img_thumb_width = 120;
</script>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
function removeHtmlTag(strx,chop){
if(strx.indexOf("<")!=-1)
{
var s = strx.split("<");
for(var i=0;i<s.length;i++){
if(s[i].indexOf(">")!=-1){
s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);
}
}
strx = s.join("");
}
chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;
while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;
strx = strx.substring(0,chop-1);
return strx+'...';
}
function createSummaryAndThumb(pID){
var div = document.getElementById(pID);
var imgtag = "";
var img = div.getElementsByTagName("img");
var summ = summary_noimg;
if(img.length>=1) {
imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';
summ = summary_img;
}
var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';
div.innerHTML = summary;
}
//]]>
</script>

Nota:
summary_noimg = 430; adalah size post tanpa gambar
summary_img = 340; adalah size post dengan gambar
img_thumb_height = 100; adalah size tinggi gambar
img_thumb_width = 120; adalah size lebar gambar
 

 

6. Kemudian cari pula kod <data:post.body/> dan gantikan kod ini dengan kod seperti dibawah
 
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'><br/>
<data:post.body/>
<b:else/>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<div expr:id='"summary" + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");
</script> <span class='rmlink' style='float:right;padding-top:20px;'><a expr:href='data:post.url'> baca seterusnya... </a></span>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><data:post.body/></b:if>
</b:if>
 
7. Setelah selesai, cuba Preview dulu. Kalau sudah puas hati baru Save.

Selamat mencuba!!!


Baca Selanjutnya ...

Ahad, 20 September 2020

POST ENTRI BLOG MULTILINGUAL ATAU MULTIBAHASA? APA PENDAPAT ANDA?


[Klik sini untuk versi Bahasa Melayu]



Assalamualaikum and greetings to all.

Recently I'm interested with blogs and websites that can be delivered in few languages. I mean multilingual. As an illustration, I'm trying it in this post (On the beginning of this post, click the red words to change language). Just would like to try because I feel that it is interesting.

Although actually we can use Google Translate gadget that is already prepared, sometimes the translation is not 100% correct. The example of the gadget mentioned is on the top left side of this page.

There are few advantages in writing multilingual posts such as getting wider range of audiences and higher chances to increase traffic. Besides that, the writer also can improves their writing skills in their non-mother tongue languages.

Although I feel that this matter is quite fascinating, this method may be time consuming thus need more time and commitment to complete it. What is your opinion on multilingual post like this?
  
Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 19 September 2020

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Rasa macam dah lama tak menulis di blog ini, dah lama tak bersua dengan kalian semua... Cik TK agak sibuk kebelakangan ini sampai tak sempat nak update apa-apa. Blogwalking pun Cik TK tak sempat kebelakangan ini.

Sebagai permulaan setelah beberapa hari tidak update ini, Cik TK nak join satu segmen bloglist dari rakan kita Tiara Saphire. Marilah kita ramai-ramai memeriahkan segmen rakan kita ini. Untuk turut serta boleh tekan banner di bawah laju-laju atau boleh klik sini untuk syarat penyertaan. 



Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 11 September 2020

9.9 Giveaway by Abam Kie

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam entri kali ini Cik TK nak join satu segmen giveaway dari Abam Kie yang dibuat sempena tarikh 9.9. Mereka yang berminat nak join sekali bolehlah klik banner di bawah atau klik SINI untuk syarat penyertaan.







Baca Selanjutnya ...

Khamis, 10 September 2020

Lovely Fellow's @aienienka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di petang Khamis yang sejuk ini, sedang berlakunya hujan lebat di kawasan Kuala Lumpur dan dengarnya air Sungai Gombak naik. Mudah-mudahan semuanya okay. Nasib baik Cik TK tak masuk kerja hari ini. Duduk di rumah saja tidak keluar kemana-mana. 

Balik ke tajuk asal. Untuk entri kali ini Cik TK nak join satu segmen rakan blogger kita Aienienka, yang mana rakan kita ini sedang mencari blog-blog untuk dijadikan senarai bloglistnya. Melalui segmen ini kita boleh dapat kawan baru dan juga dapat membantu trafik kita.

Kepada mereka yang berminat bolehlah terus klik banner di bawah atau klik SINI.




Baca Selanjutnya ...

PERCAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Percaya.

Apa itu percaya?

Keyakinan yang kita pada seseorang atau sesuatu.

Semua ada merasa percaya.

Kepada ahli keluarga.

Kepada kawan-kawan.

Kepada pasangan.

Tak lupa juga rakan sekerja.

Sukar untuk bina rasa ini.

Makan masa yang lama.

Bak kata orang putih:

It takes years to built trust. Seconds to destroy.

Benar.

Membinanya lama, meruntuhkannya sekelip mata.

Oleh itu, jagalah agar rasa ini tidak hilang.





Baca Selanjutnya ...

Selasa, 8 September 2020

LIRIK: JKT48 - HEAVY ROTATION

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Cik TK nak kongsi lirik lagu "Heavy Rotation' nyanyian kumpulan JKT48. Sebelum ini Cik TK pernah kongsi lagu ini juga, tetapi dalam versi bahasa Jepun nyanyian kumpulan AKB48. Untuk versi Jepun boleh ke entri ini. Saja Cik TK kongsi lagu ini hari ini sebab Cik TK asyik dengar lagu ini berulang kali hari ini. Jadi ceria sikit di pagi Isnin ini.


One, two, three, four!


I want you (I want you)
I need you (I need you)
I Love You (I love you)
Di dalam benakku
Keras berbunyi irama musikku
Heavy rotation

Seperti popcorn yang meletup-letup
Kata-kata suka menari-nari
Wajahmu suaramu selalu kuingat
Membuatku menjadi tergila-gila
Oh senangnya miliki perasaan ini
'Ku sangat merasa beruntung

I want you (I want you)
I need you (I need you)
I love you (I love you)
Bertemu denganmu
Semakin dekat jarak di antara kita
Maximum high tension

I want you (I want you)
I need you (I need you)
I love you (I love you)
Di lubuk hatiku
Rasa sayang yang terus menerus meluap
Heavy rotation

Dalam kehidupan setiap manusia
Berapa kali bisa rasakan cinta
Jika ada satu cinta tak terlupa
'Ku akan merasa sangat bahagia
Mungkin seperti perasaan sekuntum bunga saat dia akan mekar

I feel you (I feel you)
I touch you (I touch you)
I hold you (I hold you)
Di dalam mimpiku
Angan-anganku menjadi semakin besar
Oh it's my imagination

I feel you (I feel you)
I touch you (I touch you)
I hold you (I hold you)
Perasaan ini
Ku sangat ingin mengutarakan padamu
Heavy rotation

Yang selalu kudengarkan favorite song
Seperti lagu yang kusuka
Kuulang terus tanpa henti twenty-four hours a day
Oh baby, the only request is you

I want you (I want you)
I need you (I need you)
I love you (I love you)
Bertemu denganmu
Semakin dekat jarak di antara kita
Maximun high tension

I want you (I want you)
I need you (I need you)
I love you (I love you)
Di lubuk hatiku
Rasa sayang yang terus menerus meluap
Heavy rotation

Heavy rotation


Baca Selanjutnya ...

Ahad, 6 September 2020

Giveaway by ejulz & wafacw

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK nak join satu segmen Giveaway dari Ejulz dan Wafacw

Untuk turut serta dan melihat syarat penyertaan boleh terus klik banner di bawah.



Baca Selanjutnya ...

CIK TK MENANG GIVEAWAY BLOGGER MERDEKA OLEH BLOGGER HASRUL HASSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Akhir bulan lalu Cik TK sertai Giveaway Blogger Merdeka oleh blogger otai kita iaitu Abang Hasrul Hassan. Dan pada 3 September yang lalu senarai pemenang telah diumumkan yang mana Cik TK terpilih sebagai salah seorang giveaway ini. Untuk senarai pemenang boleh klik sini atau tekan banner di atas.

Hadiahnya ialah RM50 dan template premium blogger (FlexNews). Alhamdulillah dan terima kasih kepada Abang Hasrul Hassan. Secara jujurnya ini ialah pertama kali Cik TK terpilih untuk menang segmen/giveaway. Dan Cik TK juga akan belajar sesuatu yang baru iaitu mengenai template premium blogger ini kerana Cik TK tidak pernah menggunakan template yang lain selain dari yang disediakan dalam menu dashboard Blogger ini.

Sekali lagi, terima kasih Abang Hasrul Hassan dan maaf baru sekarang Cik TK dapat update kerana kebelakangan ini agak sibuk sehingga jarang dapat buka laptop untuk update (kadangkala Cik TK guna scheduled post) dan blogwalking seperti biasa.



Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 4 September 2020

DINOSAUR, OKUMURA RIN DAN MAKAN-MAKAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini Cik TK terasa nak menaip sesuatu, tetapi tiada idea nak tulis apa. Maka gambar-gambar random-lah yang keluar ya nampaknya. Tak apa kan?


Kisah random 1

Alkisah suatu hari semasa offday, Cik TK keluar menghantar adik dan anaknya ke hospital. Cik TK anggarkan mungkin dalam sejam dua (kebiasaannya macam itu). Jadi Cik TK ambil keputusan nak pergi merayau sekitar bandar Kajang (tak balik rumah, sebabnya kalau balik nanti malas nak keluar balik dah) sambil cari barang.

Tetapi, Cik TK tersinggah di satu kedai barangan serbaneka (ke cenderamata?) saja cuci mata. Selepas itu terjumpa keychain dinosaur comel ni dan excited sekejap kat situ. Well, gaya gadis gedik la sekejap. Haha! Harap tiada yang perasan!

dinosaur comel


Kisah random 2

Cik TK dan Encik L sedang bersembang mengenai anime Ao No Exorcist menerusi aplikasi Whatsapp yang mana Encik L mengatakan yang dia sedang marathoning anime berkenaan dan Cik TK tunjuk pin watak Okumura Rin yang ada di dompet Cik TK.

Cik TK: Saya hari-hari bersama Rin (watak utama Ao No Exorcist). Untuk kawal isi dompet saya!
Encik L: Liar ke dompet tu? Ikat je
Cik TK: Nanti 'setan-setan' (maksud Cik TK duit mengalir macam air keluar untuk benda tidak perlu) semua keluar dari dompet. Perlukan Rin untuk kekang!

Haha mesti pening orang melayan kerenah Cik TK. Imaginasi entah ke mana-mana.

Pin Okumura Rin

Untuk yang tidak tahu, Ao No Exorcist ini adalah salah satu anime kegemaran Cik TK. Ianya kisah mengenai Okumura Rin yang mengetahui bahawa dia dan adik kembarnya Okumura Yukio adalah anak kacukan Satan dan manusia, dan kehidupannya sebagai seseorang yang mewarisi kuasa Satan.

Inilah Ao No Exorcist

Kisah random 3

Kadangkala apabila kerja shift petang dan tersampai awal, selalu lepak di Food Court bangunan sebelah. Ermm, sebetulnya bukanlah lepak. Duduk mencari ilham yang tidak junjung tiba. Waktu inilah paling sesuai untuk blogwalking. (Eh?)

Lepak minum teh ais


Kisah random 4

Waktu ini tidak tahu nak makan apa. Tapi lapar, dan bosan. Kesudahannya makan nasi lauk ayam cincang dan sayur dari sebuah gerai makanan Korea. Dan entah kenapa tak nak sudu garfu. Minta chopstick. Tapi mereka masih beri sudu dan garfu, tapi Cik TK pakai chopstick. Mungkin sebab bosan gatal nak makan cara lain. Dan berjaya! 

Makan nasi


Kisah random 5

Cik TK memang selalu sedia makanan dalam kereta, lebih-lebih lagi bila tahu bakal menghadapi kesesakan lalu lintas. Atau... kena menunggu. Kali ini, kes menunggu. Kenapa tunggu dalam kereta? Tak ada parking di kawasan berdekatan, tunggu sahajalah di mana-mana santai bersama kereta. Kadangkala tu dapat parking jauh jadi malas nak berjalan ke lokasi.

Makan-makan dalam kereta

Masa ini, Cik TK makan jajan sambil layan video-video Youtube dari Nessie Judge dan Nadia Omara. Siapa Nessie Judge dan Nadia Omara? Mereka adalah content creator kegemaran Cik TK. Genre mereka sama seperti Neyna Story yang juga Cik TK layan, iaitu mengenai teori konspirasi, kriminal dan juga seram/thriller. Untuk yang meminati genre ini bolehlah tonton channel mereka.






Baca Selanjutnya ...

Khamis, 3 September 2020

LIRIK: AGNES MONICA - SEBUAH RASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini tiba-tiba Cik TK asyik mendengar lagu ini dan asyik terngiang-ngiang juga di kepala ni. Dulu Cik TK mula-mula dengar lagu ni masa menonton sinetron 'Orang Ketiga' di siaran televisyen SCTV semasa mengunjungi Indonesia sekitar dua tahun yang lepas. Sejak itu, selalu jugalah Cik TK layan lagu ni.


Aku dihadapkan pilihan
Antara benar dan salah
Aku mencintai kamu
Sangat mencintai

Kamu berjalan bersamanya
Selama kamu denganku
Begitu rumitnya dunia
Hanya karena sebuah rasa
Cinta

Jadilah aku, kamu, dan dirinya
Berada di dalam dusta yang tercipta

Mengapakah harus kurasa?
Sepenting itukah cintamu?
Kita berawal karena cinta
Biarlah cinta yang mengakhiri

Jadilah aku, kamu, dan dirinya
Berada di dalam dusta yang tercipta

Mengapakah harus kurasa?
Sepenting itukah cintamu?
Kita berawal karena cinta
Biarlah cinta yang mengakhiri

Mengapakah harus kurasa?
Sepenting itukah egomu?
Kita berawal karena cinta
Biarlah cinta yang mengakhiri

Kamu dihadapkan pilihan
Antara aku dan dia
Begitu rumitnya dunia
Hanya karena sebuah rasa
Cinta



Baca Selanjutnya ...

Selasa, 1 September 2020

IT'S SEPTEMBER!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Moga bulan ini banyak perkara baik dan menarik berlaku.


Baca Selanjutnya ...