Isnin, 31 Ogos 2020

SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-63

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini Cik TK mengambil kesempatan ini untuk join Segmen Giveaway Merdeka oleh blogger otai kita Hasrul Hassan atau lebih dikenali sebagai HH. Maklumat mengenai giveaway ini Cik TK sertakan di akhir entri ini dan entri ini juga Cik TK akan jadikan sticky post sehingga hujung bulan ini. 




Merdeka! Merdeka! Merdeka! 



Apa itu merdeka? Menurut laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, merdeka memberi maksud bebas dari penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya serta berdiri sendiri dan tidak bergantung pada yang lain.



Ini bermaksud, erti kemerdekaan bagi sesebuah negara adalah negara itu bebas dari belenggu penjajah. Seperti Malaysia yang merdeka dan bebas dari  naungan beberapa penjajah sebelum memperoleh kemerdekaan iaitu Portugis, Belanda, Jepun dan British.


Saat ketika Merdeka! dilaungkan

Laungan ‘Merdeka!’ sebanyak tujuh kali oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada tarikh keramat hari pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 di hadapan ribuan rakyat merupakan detik paling bersejarah iaitu kemerdekaan negara kita yang pertama yang menandakan kita bebas dari belenggu penjajah yang bermula sejak 1511. 



Pada malam sebelumnya iaitu pada 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor bendera Union Jack telah diturunkan sebagai tanda penjajahan British berakhir di Tanah Melayu dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. 

Sejak itu setiap tahun pada 31 Ogos, seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, bangsa dan agama sama-sama meraikan bulan Ogos dengan pelbagai aktiviti-aktiviti khususnya bertemakan kemerdekaan. Aktiviti dan program ini dimulakan dari bangku sekolah lagi untuk memupuk semangat cinta dan sayangkan bumi tanah air kita ini.



Kemerdekaan Malaysia yang ke-63 

Tahun ini merupakan tahun yang ke-63 negara kita menyambut kemerdekaan. Dan tahun ini juga merupakan satu kelainan di mana kita menyambut kemerdekaan di tengah-tengah keadaan pandemik koronavirus Covid-19. 

Justeru itu, tema kemerdekaan kali ini adalah ‘Malaysia Prihatin’ yang mana ianya selari dengan situasi masa ini dan menggambarkan seluruh rakyat yang bersama-sama bangkit memerangi wabak ini dan keprihatinan kerajaan dalam melakukan pelbagai inisiatif untuk ekonomi dan kebajikan rakyat. Tema ini telah diperkenalkan pada akhir bulan lalu dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Logo kemerdekaan yang ke-63 yang diperkenalkan serentak dengan tema kemerdekaan 2020

Oleh kerana itu juga, pada tahun ini sambutan kemerdekaan pastinya diraikan dengan cara norma baru dengan tujuan untuk mengurangkan perhimpunan beramai-ramai. Maka tahun ini kemerdekaan tidak disambut dengan perarakan dan perbarisan besar-besaran seperti tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun begitu, tanpa mengira bangsa, kaum dan agama kita haruslah sentiasa mengingati dan menghargai jasa pejuang-pejuang dan perajurit negara kita yang telah bersusah-payah membawa negara kita menjadi seperti yang sekarang ini.



Mengenai Giveaway Ini 

Seperti yang dinyatakan diawal entri tadi, segmen Giveaway Merdeka ini dianjurkan oleh blogger Hasrul Hassan (HH).


Untuk menyertai Giveaway ini sangat mudah. Syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

1. Tajuk post: Bebas

2. Isi konten: Mengenai Hari Kebangsaan Malaysia

3. Panjang konten: Perlu lebih dari 300 patah perkataan

4. Syarat: Punyai satu backlink ke post atau blog HH ini dan letakkan gambar banner giveaway ini. Kemudian hantarkan link penyertaan di ruangan komen entri giveaway blog HH ini.

Bermaksud syarat utama untuk sertai giveaway ini adalah kalian harus mempunyai blog untuk menulis entri ini. Untuk mereka yang tiada blog bolehlah memberikan sokongan dengan kongsi giveaway ini di media sosial kalian. 

Hadiahnya adalah RM100 tunai dan template premium blogspot Flexnews untuk 3 orang pemenang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2020. Jom kita ramai-ramai memeriahkan giveaway ini.



Rujukan: 1, 2






Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 29 Ogos 2020

RESEPI: MAKARONI GORENG SOSEJ SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di hari cuti hujung minggu ini, hari Sabtu yang ceria ini sudah pastinya ada pelbagai aktiviti yang kalian semua lakukan, betul tak? Ada yang keluar jalan-jalan bersama keluarga dan kawan-kawan dan ada yang berehat dirumah. Kepada yang bekerja pada hari ini (termasuk Cik TK), Happy Working ya!!! 

Hari ini Cik TK ingin kongsikan resepi yang sangat mudah iaitu Makaroni Goreng Sosej yang mudah untuk dibuat. Tak semestinya sosej, ikut kalian sebenarnya nak letak apa pun.


* Resepi ini untuk 6-8 orang

BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
  • Makaroni 1 paket - Ini nak tukar dengan pasta lain pun boleh seperti spiral ke, penne, shells ke ikut suka hati saja 
  • Air secukupnya
  • 1 sudu garam

Bahan B
  • 2 biji bawang besar  - hiris
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 3 tangkai cili merah - hiris halus
  • Sosej (kuantiti ikut suka hati) - hiris (boleh juga tukar dengan apa-apa bahan lain yang kalian suka seperti udang, sotong, ayam, daging kisar, bebola ikan dan sebagainya)
  • Sayur - hiris/potong kecil (jenis sayur ikut selera kalian. Cik TK guna pak choy dan shiitake)
  • 1 sudu kicap pekat 
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • Setengah kiub ayam
  • Minyak secukupnya



CARA-CARANYA:
Bahan A

  • Dalam satu periuk, didihkan air berisi garam. Pastikan air cukup banyak kerana makaroni memerlukan ruang sebab ia mengembang. 
  • Setelah air mendidih, masukkan makaroni dan biarkan sehingga masak. Kacau sekali sekala
  • Setelah makaroni masak, angkat dan tos.

Bahan B
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga layu
  • Kemudian masukkan sosej dan sayur.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, garam, lada hitam dan kiub ayam. Cuba-cuba rasanya dan tambah apa-apa jika perlu
  • Masukkan telur. Biarkan sekejap baru kacau.
  • Masukkan makaroni yang telah ditos tadi dan gaul rata. Biarkan lama sedikit masaknya. Kalau terlalu kering boleh tambah sedikit air rebusan makaroni tadi.
  • Siap dan sedia dihidang!

Selamat mencuba!!!!



Baca Selanjutnya ...

Khamis, 27 Ogos 2020

BERJOGGING DI LAKE VALLEY BTHO CHERAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama Cik TK tak pergi jogging. Beberapa bulan jugalah. Tapi walaupun tidak pergi berjogging, Cik TK masih kekalkan untuk melepasi had 8000 langkah sehari walaupun hanya tercapai semasa hari bekerja.

Baru-baru ini, Cik TK secara tiba-tiba terdatang (eh boleh pula ada 'ter' ya?) ke Lake Valley yang bertempat di Bandar Tun Hussein Onn (atau secara ringkasnya BTHO), Cheras dengan tujuan nak mencuci mata.

Tapi entah kenapa tiba-tiba terus memulakan langkah mengelilingi tasik. Lepas jugalah 2 round keliling tasik. Round pertama makan masa sikit sebab singgah sini sana menghayati pergerakan indah burung-burung, ikan-ikan dan kura-kura.

Rehat sebentar selepas 2 round

Papan tanda notis dan amaran di Lake Valley. Sila patuhi peraturan yang telah ditetapkan ya!

Sebelum ini Cik TK datang sini awal pagi untuk berjogging. Inilah kali pertama Cik TK datang pada waktu petang, dan ini juga kali pertama sejak selepas PKP. Di sini suasananya nyaman dan tenang sekali tidak kira waktu pagi atau petang. 

Suasana di sini juga sesuai sebagai tempat untuk mencari ilham dan juga untuk menenangkan fikiran, jiwa dan perasaan. Lagi-lagi macam Cik TK ni jenis yang bila tengok alam ni (tidak kira flora dan fauna) boleh duduk diam lama-lama di sana.

Cik TK tak mahu bercerita banyak. Biarlah gambar-gambar di bawah yang menceritakan segala keindahan yang ada di Lake Valley ini.

Pelbagai spesis ikan di sini. Ramai pengunjung datang memberi makan kepada ikan.
Terdapat merpati dan bangau juga di sini.
Banyak juga kura-kura di sini. Tetapi satu ni saja yang datang dekat dengan Cik TK. Yang lain lari



Taman permainan untuk kanak juga ada di sini.
Ada pengunjung yang memberi makan kepada burung-burung.
Sepanjang trek keliling tasik ini terdapat pondok dan bangku untuk berehat dan santai.



Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita



Baca Selanjutnya ...

Rabu, 26 Ogos 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#10: DAPAT 'MAINAN' BARU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK dapat sesuatu dari adik Cik TK.

Keypad Bluetooth.

Tengah belajar guna.

Boleh guna untuk telefon, tab dan juga tv.




Baca Selanjutnya ...

Selasa, 25 Ogos 2020

520 Giveaway by Garaeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK nak join satu segmen Giveaway dari rakan blogger kita Garaeki. Pada pendapat Cik TK, segmen kali ini sangat bagus kerana ianya menggalakkan kita untuk membaca dan kita juga dapat mengetahui buku-buku apa yang di-recommend oleh blogger lain.


Salah satu syarat untuk segmen ini adalah memberikan satu recommendation buku atau nyatakan salah satu buku dalam wishlist kalian.

Kalau Cik TK nak recommend buku, Cik TK tak tahu nak pilih yang mana. Cik TK suka baca novel thriller. Lebih-lebih lagi terbitan FIXI dan juga karya Ramlee Awang Murshid. Selain itu, Cik TK suka baca buku berkaitan motivasi dan psikologi manusia.

Kalau wishlist pula, ada satu buku yang menarik pada pendapat Cik TK. Sejenis buku untuk motivasi/psikologi juga, iaitu 'Pendiam?' hasil tulisan Aiman Amri dan Aqila Masri. Ianya berkaitan dengan Introvert, Ekstrovert dan Ambivert. Tapi Cik TK nak tunggu buku-buku lain habis baca dulu baru beli buku baru... Hehe...


Oh ya, sebagai salah satu syarat penyertaan, ini ig Cik TK dan Cik TK nak tag  Sha (blog KasihkuAmani)!!  

Segmen giveaway ini berlangsung sehingga 22 September 2020. Kepada yang minat untuk join sekali serta syarat penyertaan, bolehlah klik banner di atas atau klik sahaja di sini

Hadiah bagi pemenang adalah giftcard BookXcess bernilai RM20 (seorang pemenang) dan RM50 (seorang lagi pemenang). Menarik hadiahnya! Boleh Cik TK beli buku baru!!


Apa lagi semua? Jom kita join ramai-ramai, kita meriahkan segmen ini!



Baca Selanjutnya ...

STARDENBURDENHARDENBART!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cik TK dapat satu perkongsian yang unik dan comel dari seseorang mengenai tajuk kita hari ini. Tidak tahu lah kalau kalian sudah tahu mengenai ini dan Cik TK yang terlambat tahu.

Terdapat video TikTok mengenai cara dia memanggil kucing dalam pelbagai bahasa dan apa reaksi kucing tersebut. Cik TK pun tak mahu ulas banyak, kita tonton sahaja video di bawah!


Mungkin boleh cuba panggil kucing macam ni lepas ni... Hahaha!

By the way, 'Stardenburdenhardenbart' ni menurut Urban Dictionary berasal dari bahasa German yang ada banyak maksud seperti 'hey', 'look at me', 'come here' macam tu untuk dapatkan perhatian haiwan.

Lepas ni jumpa kucing Cik TK nak cuba la. Berkesan ke tak berkesan? Ada antara kalian dah cuba?





Baca Selanjutnya ...

Ahad, 23 Ogos 2020

MAYONNAISE KARI UNTUK CICAH, SEDAP!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah cuba mayonnaise kari? Dulu Cik TK pernah bahas pasal ini, di sini. Bertahun lamanya. Akan tetapi, masih tidak luput dari gaya pemakanan Cik TK. Mengikut mood dan selera semasa, apabila makan cucur itu, Cik TK kadangkala suka cicah sos sili thai atau mayonnaise. Atau makan begitu sahaja. Atau juga dengan cara seperti yang akan Cik TK tunjukkan di bawah ini.

Cucur yang dicicah dengan mayonnaise kari
Hari ini bukan Cik TK nak buat entri resepi ya! Cik TK cuma nak berkongsi mengenai mayonnaise kari ini sahaja. Ikut suka hati kalian nak guna untuk cicah apa. Macam Cik TK, selain cucur (contoh seperti gambar di bawah) Cik TK juga guna untuk cicah nugget dan sosej. Dengarnya untuk salad pun sedap! Tapi Cik TK tak cuba lagi.


Apa yang diperlukan untuk mayonnaise kari ini adalah mayonnaise dan serbuk kari kegemaran kalian. Macam Cik TK mayonnaise biasa guna Kewpie atau yang Lady's Choice manakala untuk serbuk kari Cik TK guna Adabi atau Baba's.


Tuangkan sahaja mayonnaise dan serbuk kari ikut selera kalian sendiri berapa banyak nak letak. Gaulkan sebati dan siap!

Selamat mencuba!!!





Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 21 Ogos 2020

MAKAN-MAKAN: RAMAL JUNCTION FOODCOURT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Daripada tajuk itu, Cik TK perasan kebelakangan ini macam Cik TK asyik buat post pasal makan. Lepas asyik makan-makan tu, berat naik. Tapi Cik TK tak mahu meroyan di sini sebab itu salah sendiri.

Walaupun Cik TK makan tak banyak, Cik TK pun kurang makan buah dan sayur, dan kurang bersenam. Cemburunya dengan orang yang makan banyak tapi tak gemuk-gemuk ni... Tapi mungkin juga berat naik sebab Cik TK selalu kurang tidur. Well, orang kata kurang tidur pun punca berat naik.

Okay balik ke tajuk asal. Alkisahnya pada suatu malam tu selepas sesi berjalan-jalan kami tidak tahu nak makan apa untuk makan malam. Setelah berbincang, Encik L kata nak makan sate. Maka Cik TK pun ajak la Encik L mencuba Sate Willy, yang terletak di Ramal Junction FoodCourt, kawasan Sungai Ramal, Kajang.


Lama dah juga Cik TK tak menjejakkan kaki ke sini sebenarnya, walaupun rumah dekat-dekat sini saja (20 minit, kira dekat jugalah tu). Kali terakhir, rasanya Disember 2019. Bila difikir-fikirkan balik, memang jarang juga Cik TK makan luar. Waktu kerja pun bawa bekal. Almost everyday! 

Beratur menunggu giliran untuk order makanan di salah satu gerai

Cik TK ni tak pernah lagi datang sini waktu malam. Beberapa kali ke sini sebelum ini, tapi semuanya waktu siang. Jadi pertama kali tiba disini waktu malam Cik TK macam... wahh ramai orang juga ya. Meriah.

Tapi apa pun, semua masih lagi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Masuk kena scan kod QR, ambil suhu dan ikut penjarakkan sosial.

Di sini terdapat gerai dengan pelbagai pilihan makanan. Ada masakan panas, nasi ayam, western, char kuey tiaw dan sebagainya. Yang penting, ingat nombor meja. Kerana semasa order di gerai berkenaan kita kena beritahu nombor meja untuk mereka hantarkan pesanan makanan dan minuman kita itu. 

Berikut adalah makanan yang kami order. Dari gerai Sate Willy, kami order sate ayam, lembu dan kambing masing-masing 5 cucuk. Semua sedap-sedap belaka. Cik TK juga order Sizzling Yee Mee dan Encik L order Fried Wantan Noodle. Juga sedap belaka!

Hidangan sate yang kami cuba. Enak!
Nyummy! Dari gerai Flaming Pan. Di sana juga ada banyak pilihan hidangan pasta
Yang ni pun nampak sedap!



Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita




Baca Selanjutnya ...

Khamis, 20 Ogos 2020

Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada hari ini Cik TK nak join satu segmen dari Blog SalatulZarida. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin blogger-blogger se-Malaysia untuk dimasukkan ke dalam bloglistnya yang telah hilang semasa menukar template.

Marilah kita semua join ramai-ramai! Secara tidak langsung kita boleh berkenalan dengan kawan-kawan baru dan juga menambah trafik. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Ogos 2020. Untuk join segmen ini serta syarat penyertaan boleh klik banner.

Baca Selanjutnya ...

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1442H

Baca Selanjutnya ...

Rabu, 19 Ogos 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#9: MENCUBA AISKRIM MOCHI DURIAN


Ramai yang kata sedap!
Baru berkesempatan merasa.
Memang sedap!





Baca Selanjutnya ...

WORDLESS WEDNESDAY 20#8: PERCUBAAN YANG GAGAL?


Topi baby dah siap.

Tapi...

Terbesar, walaupun dah ukur..

Nak kecilkan, tapi...

Mereka kata tak perlu, tunggu besar sikit nanti baru boleh pakai.

Haih~




Baca Selanjutnya ...

Selasa, 18 Ogos 2020

RESEPI: SWEET PALERMO GORENG TEPUNG SEBAGAI KUDAPAN/LAUK YANG ENAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini Cik TK mencuba sweet palermo dalam spagetti carbonara dan Cik TK ada juga guna dalam sayur campur. Manis rasanya, sedap! Kali ini, Cik TK buat goreng tepung pula.

Cik TK cuba hidangan ini, boleh dimakan begitu saja. Atau dimakan bersama nasi sebagai lauk. Ianya rangup dan sedap dimakan. Tetapi, kalau boleh jangan dibiar lama selepas goreng kerana ianya akan menjadi layu atau lembik.


Untuk membuatnya mudah sahaja.

Bahan-bahan:
  • Sweet palermo - dihiris (nak tukar jadi lada benggala pun boleh, tetapi Cik TK lagi suka rasa sweet palermo ni)
  • Tepung serbaguna - Kalau bab tepung serbaguna ni, Cik TK biasanya guna Bestari atau PakLong. Untuk kali ini, Cik TK guna tepung PakLong.
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
  • Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair
  • Masukkan sweet palermo yang telah dihiris tadi kedalam bancuhan tepung
  • Panaskan minyak dan goreng sweet palermo yang disalut bancuhan tepung tadi sehingga keperangan
  • Angkat dan toskan
  • Sedia dihidang!

Selamat mencuba!!!


Waktu hiris tu, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat ya!

Ini adalah tepung yang Cik TK guna kali ini
Sweet palermo yang dimasukkan ke dalam bancuhan tepung





Baca Selanjutnya ...

Isnin, 17 Ogos 2020

TIPS SUPAYA SPAGETTI TIDAK MELEKAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai peminat masakan pasta, kadangkala pasti stress bila hidangkan asing dengan kuah, mee pasta itu melekat antara satu sama lain. Oh, Cik TK selalu hidangkan mee dan kuah asing. Contohnya spagetti carbonara. Sebabnya senang orang dirumah nak kaut sebanyak mana mee dan kuah ikut citarasa masing-masing. 


Cik TK biasanya rebus pasta guna sedikit garam. Kemudian tunggu air menggelegak dulu baru masukkan mee pastanya. Satu lagi, jangan patah-patahkan mee pasta tu ya.

Kemudian setelah masak bila angkat, Cik TK lalukan bawah air dan toskan. Kemudian letak sedikit minyak (biasanya minyak zaitun) dan gaul rata. Sebabnya Cik TK lalukan bawah air tadi tu biasanya sebab Cik TK biasanya tak terus makan. Lepas masak (spesis masak awal) tu tunggu semua orang ada baru makan sama-sama.

Sekiranya untuk makan terus, tak lalukan bawah air pun tak apa. Lepas angkat terus toskan dan boleh terus guna.

Kalau ada lebih pula, cara simpannya ialah gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat dan simpan dalam peti sejuk. Kalau awal-awal lagi sudah gaul dengan minyak zaitun, tidak perlu letak minyak lagi dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan akan datang.








Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 15 Ogos 2020

RANDOM: MAKAN APA TU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini Cik TK ikut serta bersama kawan-kawan makan di Ah Cheng Laksa dan ini kali pertama cuba Pan Mee di sana. Sedap juga.

Pan mee di Ah Cheng Laksa

Okay itu mukadimah sahaja. Sebenarnya tujuan entri kali ini adalah benda-benda random yang Cik TK makan, yang mungkin macam tak biasa atau pelik bagi sesetengah orang iaitu diolah dari hasil tambahan campak-campak lauk semalam. Selain dari nasi goreng lauk semalam ya!

Ini sebenarnya Mamee Chef Lontong dengan telur,
dan juga bebola daging kecil dan besar dari sup bebola semalam.
Masa buat tu memang main-main ambil letak apa jumpa sahaja.
Dan Cik TK buat ini untuk sarapan.
Serius kenyang sampai petang.
Ini makan tengah hari bila terlalu malas.
Ambil sahaja roti dan letak apa-apa lauk lebih yang ada makan bersama roti.
Dalam kes ini, tempe dan ayam itu menjadi mangsa.
Ini pula ialah kuah sate minang makan bersama keropok.
Goreng banyak keropok semalam.
Sedap tau makan macam ni.
Ini pula ialah mi kering (mi kosong yang biasa jual paket 10 tu) Cik TK guna sup daging semalam, bersama lebih telur dadar semalam dan ditambah sedikit sosej.
Juga sebagai sarapan.

Yang ini pun serius entahlah apa Cik TK buat.
Bubur segera yang Cik TK rasa agak kosong Cik TK letak telur separuh masak yang belum dibuka pagi tadi.
Dan ditambah dengan meatball dari sup semalam.
Ditabur juga dengan serbuk lada hitam.

Apa benda yang macam agak unik atau merapu(!?) yang kalian buat dan makan? Kongsikanlah sedikit pengalaman kalian, mana tahu ada ramai yang buat seperti itu juga.






Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 14 Ogos 2020

ATIE ZIEYA'S GIVEAWAY


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini Cik TK nak join satu segmen giveaway dari rakan blogger kita Atie Zieya

Untuk join sila klik banner di atas untuk syarat penyertaan.

Tarikh tutup adalah pada 7 September 2020.

Jom kita join ramai-ramai!






Baca Selanjutnya ...

Khamis, 13 Ogos 2020

JALAN-JALAN: PINTASAN SALOMA DIWAKTU MALAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Biasa habis kerja malam kita terus balik. Sekali sekala kita buat sedikit kelainan. Malam ini Cik TK balik tak ikut LRT KLCC atau jalan ke MRT Bukit Bintang seperti biasa.

Malam ini Cik TK bersama dengan Cik A berjalan dari area KLCC menuju ke LRT Kampung Baru, melalui Pintasan Saloma atau Saloma Link Bridge. Saja nak tengok Pintasan Saloma yang binaannya berkonsepkan sirih junjung ni waktu malam.

Kira lokasi ini siang atau malam, kedua-duanya cantik berlatarbelakangkan bangunan Menara Berkembar Petronas yang tersergam indah. Kepada mereka yang jenis suka ambil gambar, ini adalah salah satu spot instagrammable untuk kalian.

Pintasan Saloma di Kampung Baru
Pemandangan dari tangga turun dari Pintasan Saloma berkenaan

Untuk ke Pintasan Saloma ini cukup mudah. Kalau dari KLCC, pergi ke arah Public Bank dan pergi ke Restoran NZ di kiri bank berkenaan. Kemudian jalan terus dan akan terus jumpa jalan masuk ke jambatan ini. 

Kalau dari LRT Kampung Baru pula, keluar stesen dan berdekatan sana kalian akan terus jumpa tangga atau lif untuk naik atas. 

Pintasan Saloma di Kampung Baru
Menuju ke Jambatan Pintasan Saloma
Pintasan Saloma di Kampung Baru
Pemandangan dalam jambatan tersebut
Pintasan Saloma di Kampung Baru
Pemandangan dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas
Pintasan Saloma di Kampung Baru
Bila turun bawah, terus sampai ke LRT Kampung Baru.



Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita



Baca Selanjutnya ...

Rabu, 12 Ogos 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#7: LUNCH RINGKAS HARI INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lunch ringkas hari ini.

Kenyang.

Alhamdulillah.



Baca Selanjutnya ...