Jumaat, 31 Julai 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Apa khabar semua? Dengarnya ramai balik kampung raya ni. Cik TK raya di rumah saja. Cuti sehari dihari raya, esok masuk kerja balik. 

Kepada yang pulang ke kampung, hati-hati dijalan raya ya!

Baca Selanjutnya ...

Khamis, 30 Julai 2020

JALAN-JALAN MAKAN-MAKAN: DI SEKITAR PASAR SENI DAN LEPAK DI LEAF & CO. CAFE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK ingin throwback kembali kisah beberapa hari lepas, di mana selepas waktu kerja Cik TK bersama seorang kawan rapat Cik TK (mari kita panggil Encik L ye) pergi berjalan-jalan disekitar kawasan Pasar Seni. Hasrat ingin masuk ke Central Market, tetapi rupa-rupanya bangunan ini ditutup sementara waktu bagi tujuan naik taraf sehingga 31 Ogos 2020.

Central Market / Pasar Seni
Sementara waktu tutup untuk kerja-kerja naik taraf (upgrade) dari 1 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020

Jadinya kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan ini. Dari Central Market, kami berjalan-jalan ke merata tempat melalui the River of Life sehinggalah kami tiba di Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. Kemudian kami patah balik ke kawasan Pasar Seni melalui Petaling Street kerana akan terus menaiki MRT kemudiannya.

Cik TK dan Encik L ni memang suka berjalan kaki, maka kami sudah biasa berjalan sambil berborak selepas itu singgah sini dan sana. Kali ini kami tertarik untuk singgah di sebuah kafe hipster dan vintage yang terletak di Jalan Sultan. Lokasi cafe yang diberi nama Leaf & Co. ini terletak kira-kira 2 minit berjalan sahaja dari Petaling Street dan mudah untuk dicari.

Leaf & Co. cafe adalah sebuah lagi cafe yang Instagrammable selain dari yang pernah Cik TK cerita sebelum ini iaitu Merchant's Lane dan Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam. Terletak bersebelahan Mingle Cafe, kedua-dua kafe ini menarik perhatian kami dan selepas ini pasti kami akan mencuba menu di Mingle Cafe ini pula.

Setibanya di hadapan cafe ini kalian akan nampak papan tanda seperti di bawah ini. Pada mulanya dari jauh Cik TK juga tidak berapa perasan ada dua cafe yang bersebelahan di sini sehinggalah Cik TK melihat papan ini. 

papan tanda leaf & co. dan mingle cafe

Di hadapan pintu masuk Leaf & Co. cafe ini. terdapat papan gambar menu untuk kalian intai-intai apa yang ada di sini. Memang first impression-nya, menarik menu-menu yang ada di sini.

gambar menu yang ada di Leaf & Co.

Melihat pada interior cafe ini, ia mempunyai dinding yang estetik di mana ia dibuat dari bata simen yang tidak sama bentuk dan saiz yang menonjolkan keunikannya. Perabot yang mereka gunakan juga lebih menunjukkan sifat vintage dan old school di cafe ini.

Ini rupa di dalam cafe itu. Hehe tangan Cik TK mengganggu seketika di sana.
Gambar ini Encik L yang ambil

Leaf & Co. cafe

Menu Leaf & Co. cafe

Macam-macam menu yang ada di sini. Tapi kami lebih tertarik untuk mencuba minuman frappe. Cik TK order Matcha frappe dan Encik L order White Chocolate Oreo frappe. Untuk makan-makan kudap-kudap kami order Baked Meatballs with Mozarella Cheese (Cik TK rasa itu namanya kalau tak silap). Lepas dah makan-makan tu kami sambung jalan-jalan lagi sehingga kaki kami menjejak MRT dan pulang. 

makan-makan dan borak-borak




Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita



Baca Selanjutnya ...

Rabu, 29 Julai 2020

TIBA-TIBA BELI BENANG KAIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingat lagi tak dalam entri sebelum ini Cik TK cerita pasal belajar benda baru iaitu mengait? Pada masa itu setelah pulang ke rumah Cik TK intai-intai benang dan jarum kait di Shopee. Setelah masukkan semua dalam cart Cik TK masih berfikir-fikir patut tak beli? Sebab tak pandai buat kan.

Akan tetapi sebab mama Cik TK pun kata nak cuba mengait kembali dan selepas beberapa hari berfikir, Cik TK pun proceed saja. Cik TK beli dari lovelyknithouse. Gebu-gebu benangnya. Jadi lepas ini Cik TK akan cuba mula belajar buat sesuatu yang senang-senang dulu, kemudian baru topi baby atau selimut. Ini semua gara-gara adik Cik TK yang minta, untuk anak buah Cik TK juga. 

Cepat juga sampai. Okay jom unboxing!
Ini lah yang Cik TK beli untuk saja belajar dan main try-try dulu.


P/S: Adakah projek ini akan berjaya? Kalian ada apa-apa tips untuk cepat belajar mengait ni?





Baca Selanjutnya ...

Selasa, 28 Julai 2020

RINDU NAK BERCUTI DAN TRAVEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti mana tajuk di atas, Cik TK ingin menyatakan di sini bahawa Cik TK rindu nak travel. Rindu nak pergi jalan-jalan. Akan tetapi, disebabkan keadaan semasa Cik TK masih tidak begitu yakin untuk pergi jauh walaupun kita dibenarkan merentas negeri. 

Kenapa Cik TK tiba-tiba muncul dengan topik ini kali ini? Sebenarnya, semasa Cik TK skroll gambar-gambar sebelum ini Cik TK melihat dan mengimbas kembali memori dan kenangan semasa Cik TK pergi bercuti dan berjalan-jalan bersama kawan-kawan dan keluarga. Sebab itulah. Dan, Cik TK nak letakkan sedikit random picture yang mungkin sedikit lari tajuk seperti dihujung entri ini.

Jadinya sekarang ini sesekali Cik TK singgah di mana-mana kawasan yang berada berdekatan dengan lokasi rumah atau tempat kerja sebelum pulang. Oleh sebab itu, beberapa entri Cik TK sebelum ini (dan mungkin juga yang akan datang) berkisarkan jalan-jalan dan makan-makan di kawasan Kuala Lumpur, contohnya seperti di Pasar Seni dan juga seperti dalam entri mengenai Merchant's Lane dan Kwai Chai Hong, Nu Sentral dan juga di kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock. Jadi jugalah macam Jalan-Jalan Cari Makan.

Di sekitar Kuala Lumpur juga ada banyak lokasi-lokasi yang boleh kita kunjungi untuk luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti contoh adalah lawatan ke SkyBridge Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Taman Burung, Zoo Negara, pelbagai muzium dan pelbagai lagi lokasi menarik yang boleh kalian kunjungi. 

Saloma Bridge
Ini ialah pemandangan dari Pintasan Saloma (berdekatan LRT Kampung Baru).
Kelihatan bangunan kembar tertinggi di dunia tersergam indah di situ.
Saloma Bridge
Ini keadaan dalam pintasan Saloma tersebut.
Sebenarnya gambar ini diambil sebelum PKP lagi.
Saja Cik TK nak buat throwback di sini.
#barangbaikbarangkita
Semasa Cik TK ke KLCC baru-baru ini ada event Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu 18 Julai 2020
Masjid Jamek Kuala Lumpur
Ini ialah River of Life. Terletak strategik menghubungkan Sungai Gombak dan Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Malam-malam datang sini cantik, berlampu-lampu dan penggunaan 'mist' yang membuatkan sungai ini seperti berkabus.
Pasir Cantik Melaka
Bonus: Foto ini diambil semasa bercuti bersama sahabat-sahabat karib di Melaka awal tahun lalu di Melaka. Cik TK sedang menghayati pemandangan (masa ini feeling macam di luar negara sekejap walaupun bukan) semasa dalam perjalanan menuju ke Sand Dunes Melaka





Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita




Baca Selanjutnya ...

Isnin, 27 Julai 2020

RESEPI: SAYUR CAMPUR BERSAMA BEBOLA IKAN LAUK SIMPLE DAN ENAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ini Cik TK selalu agak sibuk. Rasanya bukan Cik TK sahaja. Ramai yang begitu kan? Kadangkala kelam kabut untuk memasak (walaupun belum berkahwin, memasak itu perlu kan?) selepas balik dari kerja. Oleh itu, marilah Cik TK sekali lagi berkongsi resepi yang mudah dan cepat untuk disiapkan.

Resepi kali ini Cik TK guna apa sahaja yang Cik TK jumpa dalam peti sejuk.



SAYUR CAMPUR BERSAMA BEBOLA IKAN

Bahan-bahan (Kuantiti bahan sayur dan bebola ikut keperluan):
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 3 tangkai cili padi - ketuk (nak lebih pedas tambah kuantiti cili, Cik TK juga tambah lada benggala sebab suka)
  • Sayur ikut suka (Cik TK guna kubis - dihiris, cendawan shiitake - hiris, tomato ceri - dibelah dua)
  • Bebola ikan dibelah dua
  • Garam, air, minyak dan lada sulah secukupnya
  • Sedikit sos ikan (optional)

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang hingga layu. Kemudian, masukkan bawang putih, cili padi, lada benggala, cendawan shiitake dan kubis.
  • Setelah itu, tambahkan air ikut keperluan sebanyak mana kuah yang dimahukan, bebola ikan, sedikit sos ikan, garam dan lada sulah secukupnya.
  • Setelah mendidih, masukkan tomato ceri.
  • Siap dan sedia dihidang. Enak dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng. Selamat mencuba!!!




Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 25 Julai 2020

SETELAH SEKIAN LAMA, KITA LEPAK BERSAMA KEMBALI SAMBIL BELAJAR BENDA BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca sekalian? Cik TK ingin tanya sesuatu. Apa yang biasa kalian buat dengan kawan baik kalian ketika berjumpa dan lepak-lepak? 

Cik TK dah lama tak duduk bersama bersembang dengan salah seorang kawan rapat Cik TK ni (mari kita panggil Cik A). Bukan sebab bergaduh ye. Jangan salah faham dulu. Kami sama tempat kerja. Tapi disebabkan PKP sebelum ini, kami tidak berjumpa. Hanya melalui teknologi sahaja kami berhubung.

Kemudian apabila kami mula masuk kerja kembali, disebabkan alternate working shift, kami tidak juga berjumpa kerana berada dalam kumpulan yang berlainan. Waktu lain juga tidak dapat berjumpa kerana masing-masing punya cuti yang berlainan, punya aral melintang dan sebagainya. Dan kini akhirnya dapat juga Cik TK dan Cik A berjumpa duduk lepak bersama.

lepak di j.co

Kami berjumpa di J.Co. Sambil berborak-kami kami minum Hot Chocolate dan makan donut. Cik TK punya Cheese Cakelicious dan Cik A punya Don Mochino. Ini pertama kali Cik TK lepak di J.Co. Memang sedap donutnya. Lepas ni boleh Cik TK pergi lagi. 

Pelbagai aktiviti menarik yang kami lakukan apabila kami bersama dan kali ini Cik TK diajar tentang cara mengait. Sesungguhnya ia adalah pengalaman baru dan ianya menarik. Pertama kali mengait dan Cik TK sudah membuat mask extender sendiri (gambar yang panjang). Walaupun masih belum betul-betul kemas dan belum letak butang, pada Cik TK ianya satu pencapaian kerana ini adalah kali pertama Cik TK melakukannya.

Pulang ke rumah dan menunjukkannya kepada ahli keluarga, adik Cik TK yang sarat itu kata "Bolehlah lepas ni buatkan selimut baby ke, topi baby kan?". Alamak! 


hasil mengait yang pertama

Cik TK pun sudah mula intai-intai jarum kait dan benang kait di Shopee. Nampak gaya macam Cik TK bakal merealisasikan permintaan mak buyung ni. Kalau Cik TK berjaya buat nanti akan Cik TK update di blog ini. 


Sedikit pertanyaan: Semasa Cik TK teman Cik A intai-intai barang mengait di Spotlight, Cik TK ternampak ini dan berkenan. Tapi Cik TK bukan jenis beli barang tanpa tahu nak buat apa. Ikut pandangan kalian semua, item di bawah ini sesuai untuk buat apa ye selain daripada rantai? 





Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita




Baca Selanjutnya ...

Khamis, 23 Julai 2020

RESEPI: CEMPEDAK GORENG YANG SIMPLE, RANGUP DAN LAZAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

cempedak goreng

Apa khabar semua pembaca sekalian? Hari ini Cik TK nak kongsi resepi cempedak goreng. Tadi adik ipar bawa cempedak fresh kan, baru buka terus nak goreng.

cempedak

Cara-caranya mudah sahaja. Cik TK guna cempedak, tepung goreng pisang adabi (Cik TK tak guna tepung ini untuk pisang sahaja), tepung gandum dan air secukupnya sahaja.

Bancuh tepung goreng pisang dan tepung gandum bersama air. Kuantiti antara tepung gandum dan tepung goreng pisang tu agak-agak dalam nisbah 1:1. Bancuhan itu, jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Kemudian salutkan cempedak dengan bancuhan tepung berkenaan dan terus goreng. Enak dihidang semasa minum petang.

Selamat mencuba!!!

cempedak goreng


Baca Selanjutnya ...

Rabu, 22 Julai 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#5: SI DIA YANG SUDAH LAMA TIDAK MUNCUL KINI KEMBALI

Rasanya sudah 2 minggu lebih si dia ini tidak muncul.
Tiba-tiba waktu balik rumah malam-malam sebegini dia ada sedang tidur di sini.
Ni mungkin spot kegemaran dia sebab kalau dia datang dia tidur sini.



Baca Selanjutnya ...

My Little Fella's


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini Cik TK nak join satu segmen dari rakan blogger kita ini iaitu Kaellaaa. Dia sedang mencari rakan-rakan untuk bloglist baru. Maklumat mengenai segmen ini adalah seperti dibawah:


Sila klik banner ini untuk join sekali


Syarat penyertaan mudah sahaja:
  • Follow blog kaella ( thekaellaaaa )
  • Buat entry bertajuk "My Little Fella's"
  • Tepek banner di atas dan link kan ke post Kaellaaa yang ni
  • Share biar ramai yang join 🥰
  • Letakkan link penyertaan korang di ruangan komen
  • Selesai! 😊
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Julai 2020

Jom ramai-ramai join! Lebih ramai lebih meriah!!!




Baca Selanjutnya ...

LIRIK: KIMI DAKE O MAMORITAI OLEH ULTRAMAN DYNA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri hari ini santai. Cik TK baru habis menonton siri Ultraman Dyna (ulang kali yang keberapa kali entah kerana ini adalah salah satu siri Ultraman yang Cik TK minat dari zaman sekolah dulu).

Cik TK suka dengar lagu tema akhir siri ini. Dari dulu suka. Tajuknya "Kimi dake o mamoritai" atau maksudnya "Aku hanya ingin melindungimu". Dalam siri ini, lagu ini dinyanyikan oleh Fumiaki Nakajima.

Di dalam video di bawah adalah versi nyanyian lagu ini daripada pelakon Ultraman Dyna sendiri yang membawakan watak utama Shin Asuka iaitu Tsuruno Takeshi.


Kimi Dake o Mamoritai
Performed by: Tsuruno Takeshi (Shin Asuka/Ultraman Dyna)



Aozora ga aru kagiri, Kaze wa toki wo hakobu yo
Yuuki ga aru kagiri, Yume wa kanarazaru kanao yo

Namida ga afureru mama, Hey! Hey! Hashiridase!
Akai chiheisen no kanata, Ashita ga aru no sa

Dare yori mo naniyori mo, Kimi dake wo mamoritai
Itsu made mo doko made mo, Kimi dake wo mamoritai

Wow Wow Wow sakebou, Sekai wa owaranai

Kanashimi ga aru kagiri, Hito wa yoru ni mayou yo
Akiramenai kagiri, Yume wa soba ni aru yo

Omoide mune ni daite Hey! Hey! Me wo tojiro
Kokoro no naka ni kimi no mirai ga aru no sa

Dare yori mo naniyori mo, Ai dake wo shinjitai
Itsu made mo doko made mo, Ai dake wo shinjitai

Wow Wow Wow sakebou, Sekai wa hitotsu sa

Itoshii hito no mune ni daremoga kaette yuku yo
Natsukashiku attakai, Hikari ni tsutsumare nagara‥itsuka

Dare yori mo naniyori mo, Kimi dake wo mamoritai
Itsu made mo doko made mo, Kimi dake wo mamoritai

La (10x)… Kimi dake wo mamoritai
La (10x)… Kimi dake wo mamoritai

Wow Wow Wow Mouichido
Wow Wow Wow sakebou, Sekai wa owaranai




Baca Selanjutnya ...

Isnin, 20 Julai 2020

RESEPI: SPAGETTI CARBONARA CHEESE ENAK LAZAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK nak kongsi satu lagi resepi yang mudah, iaitu spagetti carbonaraa cheese. Mudah sahaja untuk disediakan. Resepi ini mudah sahaja kerana Cik TK menggunakan Prego Carbonara dan resepi ini mungkin agak banyak sebab kebiasaan Cik TK adalah memasak untuk 7 orang, kerana itulah jumlah orang yang ada dalam rumah ini.


SPAGETTI CARBONARA CHEESE

Seperti yang diterangkan di atas, resepi untuk untuk kira-kira 7 orang makan. Jika jumlah orang yang makan itu kurang, sila kurangkan kuantiti ikut selera kalian.



SPAGETTI CARBONARA CHEESE

Bahan-bahan:
  • Sebungkus spagetti (Cik TK kebiasaannya guna Angel hair yang 500g)
  • Garam secukupnya
  • Minyak zaitun secukupnya
  • 1 biji bawang Holland - dihiris
  • 1/4 biji lada benggala (Cik TK biasa guna yang kuning atau merah)
  • Cendawan shiitake  - dipotong
  • Apa-apa isi yang kalian ingin guna. Macam Cik TK, suka guna sosej dan filamen ketam. Kalian boleh sahaja guna ayam, daging kisar dan sebagainya.
  • 2 tin prego carbonara (tin biru)
  • Air secukupnya
  • Tepung jagung (Jika perlu)
  • 3 keping cheese (atau lebih mengikut selera)

Cara-caranya:
  • Dalam satu periuk, isikan air bersama sesudu kecil garam dan sedikit minyak zaitun. Setelah mendidih masukkan spagetti. Setelah masak angkat dan lalukan pada air paip dan toskan. Ketepikan.
  • Pada kuali lain, dengan sedikit minyak zaitun, tumis bawang holland hingga layu, kemudian masukkan lada benggala, cendawan shiitake dan apa-apa isi yang kalian guna. 
  • Selepas itu, masukkan 2 tin carbonara berkenaan. Kacau bersama air secukupnya. Ikut kekentalan kuah carbonara yang kalian mahu. Andai kata ianya cair, boleh guna air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuahnya semula. Tambah garam jika perlu.
  • Akhir sekali, masukkan cheese dan kacau.
  • Isi spagetti ke pinggan masing-masing dan tuang kuah carbonara cheese berkenaan.
  • Sedia dihidang. Selamat mencuba!!!

HIDANG DALAM PINGGAN TOPI
Kami panggil ni pinggan UFO. Selalu guna untuk hidang spagetti.

Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 18 Julai 2020

MAKAN-MAKAN: MENJAMU SELERA DI ALI, MUTHU & AH HOCK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ali, Muthu dan Ah Hock. Menarik nama kopitiam ini kan? Serupa dengan keunikan namanya, lokasi restoran ini terletak strategik di kawasan Pasar Seni, sangat dekat dengan MRT Pasar Seni, dalam 5 minit jalan kaki sahaja.

Suasana di restoran ini lebih kepada feeling old school macam tu. Dengan reka bentuk dinding konkrit lama, gambar-gambar lama tergantung di dinding, dan lagu-lagu yang berkumandang adalah lagu-lagu tempatan dan lagu lama yang mana ianya menimbulkan suasana tenang dan klasik. Sesuai untuk duduk makan, lepak-lepak/chill-chill bersama kawan-kawan, bahkan untuk meeting. 

Macam-macam jenis menu ada di sini. Antara menunya seperti nasi lemak, nasi goreng, pelbagai hidangan mee dan hidangan hainan ada di sini. Servisnya juga cepat. Jadi tidak perlu menunggu lama.

Ali, Muthu & Ah Hock
Senang je nak jumpa. Cari je bidai ni.
Menu Ali, Muthu & Ah Hock
Ini adalah senarai menu yang ada di sini.

Ali, Muthu & Ah Hock

Untuk order isi borang ini
Jemput makan semua!!! 

Cik TK order Nasi Ayam Hainan dan Iced Lemon Tea. Nasi ayamnya sedap, recommended. Kawan-kawan Cik TK makan Nasi Goreng Ali, Nasi Lemak ayam goreng dan Nasi Lemak Rendang Ayam. Tapi Cik TK lupa nak ambil gambar sebab masing-masing pun dah lapar dan terus makan. Lain kali boleh la Cik TK datang lagi untuk cuba menu lain.



Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 17 Julai 2020

TERPILIH SEBAGAI YANG BERTUAH UNTUK BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa minggu lalu Cik TK ada join segmen dari Blog Shida dan hari ini keputusannya telah pun diumumkan. Cik TK rasa bertuah kerana hanya 21 pemenang yang dipilih daripada 37 peserta yang menyertai segmen ini. 

Walaupun Cik TK tidak menang hadiah utama, dipilih sebagai blog yang akan diletakkan di bloglist blogger yang hebat ini merupakan satu kegembiraan pada Cik TK dan ini membuatkan Cik TK lebih bersemangat untuk terus aktif di sini.

Terima kasih Blog Shida!!!




Baca Selanjutnya ...

JALAN-JALAN MAKAN-MAKAN: NU SENTRAL, PENINSULA DAN KFC

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang ternanti-nanti movie sambungan 'Train to Busan' kan? Sambungannya 'Peninsula' sudah ada di pawagam sejak 15 Julai 2020.


peninsula movie

Dalam entri kali ini, Cik TK bukan hendak mengulas mengenai movie ini. Sebabnya kalau Cik TK mula bercerita, nanti terkeluar spoiler sekali. Ingin tahu lebih lanjut mengenai Peninsula sila ke panggung wayang berdekatan kalian. 

Sebenarnya apa yang Cik TK nak cerita ini bukan cerita hari ini. Ini adalah cerita hari Rabu yang lalu (15 Julai 2020). Cik TK dan beberapa orang rakan telah merancang untuk menonton filem Peninsula dan berlaku sekali lagi kejadian seperti dalam entri ini.

Akan tapi, salah seorang rakan Cik TK tetap ajak Cik TK untuk menjayakan rancangan ini. Kami merancang untuk berjumpa di Nu Sentral, kerana lokasinya yang terletak bersambung dengan KL Sentral, strategik ditengah-tengah antara kawasan rumah kami. Cik TK di Kajang, Selangor dan rakan Cik TK itu di Kelana Jaya, Selangor. Cik TK pun sudah lama juga tidak menjejakkan kaki ke Nu Sentral.

Walaupun bunyi macam jauh, tapi kami memang setiap hari memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam tidak kira untuk ke lokasi kerja atau jalan-jalan. Cik TK naik MRT dari Kajang dan rakan Cik TK naik LRT. Untuk yang tidak pasti dengan laluan tren pengangkutan awam di sekitar Kuala Lumpur boleh merujuk kepada peta transit di bawah (Rujukan)

map transit rapidkl

Setibanya di stesen MRT Muzium Negara, Cik TK berjalan ke arah KL Sentral. Rasanya sudah lama juga tidak singgah ke sini. Terakhir kali adalah tahun lepas semasa pulang dari KLIA2 sebab Cik TK naik bas dari sana dan turun di sini. 

stesen sentral kuala lumpur


Setelah kami berjumpa kami terus menuju ke GSC di tingkat 5 Nu Sentral. Cik TK agak teruja juga kerana ini adalah wayang pertama Cik TK setelah sekian lamanya. Terakhir kali Cik TK tonton wayang adalah pada Januari 2020 kalau tak silap. 

beli tiket di mesin

Setelah selesai, kami mengambil keputusan untuk makan tengah hari di KFC dan kami guna voucher seperti yang ada di bawah. Agak banyak juga bagi kami dua orang gadis tetapi apabila makan sambil berborak-borak tidak terasa banyaknya dan tengok-tengok dah habis sahaja kami makan.

Okay, sampai sini sahaja entri kali ini. Jumpa lagi entri akan datang!

lepak makan kfc


Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita




Baca Selanjutnya ...

Khamis, 16 Julai 2020

PERTAMA KALI KE NINSO, JIMAT SEMUA BARANG RM2.10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, Cik TK berkesempatan untuk singgah ke Ninso. Pertama kali masuk ke Ninso ini. Apa yang boleh Cik TK katakan, macam-macam boleh cari di sini dengan harga yang berpatutan. Harga pun murah. 

Di Ninso ni semua barang RM2.10. Macam-macam yang ada di Ninso ni. Alat tulis, mainan, barangan hiasan/deco rumah, peralatan/perkakasan dapur, pelbagai jenis bekas/barangan plastik, peralatan membersih, makanan dan minuman, pelbagai jenis sabun, buku kanak-kanak, barangan kosmetik dan macam-macam lagi. 

Sesuai untuk kaum wanita yang suka shopping kan? Jimat juga lagi sebab setiap barang RM2.10 sahaja. Semua barang pun disusun mengikut kategori. Sedap mata memandang dan senang nak cari barang. Klik sini untuk mengetahui lokasi cawangan Ninso berdekatan kalian.

Di bawah Cik TK sertakan apa sahaja yang Cik TK beli hari ini.


Shopping di Ninso

Shopping di Ninso
Barang-barang yang Cik TK beli. Stokin, tuala kecil, peralatan dapur, snek dan biskut untuk dikudap, tape dan dispenser kecil, kad UNO, hiasan kucing dan frame gambar hiasan dinding

Shopping di Ninso
Beli kad UNO juga untuk sekeluarga main sama-sama

Shopping di Ninso
Bila Cik TK nampak kucing ni Cik TK berkenan sangat. Comelnya.. Sesuai letak atas meja kerja atau meja kecil sebelah katil. Jadi hari-hari boleh tengok dia.
Shopping di Ninso
Baru lepas tampal yang flamingo tu di dinding. Yang lagi empat tu, pun harga RM2.10 juga, beli di Eco Shop

Baca Selanjutnya ...

Rabu, 15 Julai 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#4: MENCUBA JONGGA KIMCHI RAMEN UNTUK SARAPAN

jongga kimchi ramen

jongga kimchi ramen

jongga kimchi ramen

Sedap, tak pedas. Ada rasa kimchi dia.
Okay dah, jom gerak pergi kerja!



Baca Selanjutnya ...

Isnin, 13 Julai 2020

JALAN-JALAN MAKAN-MAKAN: MERCHANT'S LANE DAN KWAI CHAI HONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebiasaannya selepas habis kerja apa yang kalian lakukan? Cik TK biasanya terus balik rumah. Akan tetapi hari ini berbeza sedikit. Walaupun seperti biasa menuju ke arah LRT, setibanya di LRT secara tiba-tiba kami (Cik TK dan kawan-kawan) bersepakat untuk turun dan berjalan-jalan disekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur. 

Disebabkan perut kawan Cik TK sudah mula berkeroncong, kami pun merayau mencari lokasi untuk makan. Entah macam mana kami tiba di Merchant's Lane yang terletak di Petaling Street. Agak tersorok juga lokasinya. Untuk ke sini, sila cari pintu hijau di kedai alat tulis yang berada bersebelahan dengan Advance Tertiary College dan naik ke atas.

Pada Cik TK, tempat ini macam agak vintage sikit dan sesuai menjadi spot mereka yang suka ambil gambar atau apa orang muda mudi kata? Instagrammable gitu. 

view dalam merchant's lane

view dalam merchant's lane


Sepanjang berada di sini, Cik TK sibuk berborak sahaja. Entah apa sahaja yang kami borakkan. Sampai Cik TK lupa nak ambil gambar sekeliling. Makanya, Cik TK hanya dapat tunjukkan sebahagian daripada kawasan dalam Merchant's Lane ini. Di bawah ini adalah menu yang ada di sana. Memang unik nama menu-menu yang ada di sana. Apa yang kami cuba adalah Italian Chow Mien. Pada Cik TK, hidangan ni memang sedap. Kalau kalian ke sini nanti bolehlah cuba.


menu merchant's lane

menu merchant's lane

view di merchant's lane

menu merchant's lane

Selesai makan, kami jalan-jalan disekitar Petaling Street ini dan singgah ke Kwai Chai Hong. Sejujurnya, disebabkan oleh Cik TK ini jenis pergi ke suatu tempat hanya ketika perlu, Cik TK sudah lama tidak singgah kawasan Pasar Seni. Jadinya Cik TK pun tak perasan kewujudan tempat ini.

Kwai Chai Hong ini terletak di kawasan Petaling Street dan Lorong Panggung. Kwai Chai Hong sebenarnya adalah kawasan lorong yang dihidupkan semula menjadi kawasan pelancongan yang mana ianya sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar singgah. Dalam erti kata lain, Instagrammable juga. 

sekitar kwai chai hong

sekitar kwai chai hong

sekitar kwai chai hong

sekitar kwai chai hong

sekitar kwai chai hong

Kemudian, setelah selesai kami semua menuju kembali ke LRT untuk pulang. Melalui jalan sini, Cik TK sedar, sudah bertahun rasanya tidak melalui kawasan ini. Zaman study dulu, selalu Cik TK merayau-rayau di sekitar sini. Ataupun masa bawa saudara-mara datang berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Petaling Street

Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita




Baca Selanjutnya ...