Isnin, 29 Jun 2020

LIRIK 'KYOURAN HEY KIDS!!'

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini Cik TK saja nak kongsi antara lagu yang asyik terngiang-ngiang dikepala beberapa hari ini. Untuk lagu ini, Cik TK lebih suka dengar versi cover dari Cik Rainych Ran. Lagu ini adalah lagu tema untuk animasi Noragami Aragato, tajuknya 'Kyouran Hey Kids!!' nyanyian asal The Oral Cigarettes.



(Tonight, we honor the hero)

Fusagu no men ni kowasu kyouran kids
Uso kirai? houkai? Hibi o touka shite
Amai taion no mitsu nioi tatte
Sosoru flavor flavor flavor

Just wanna hold your hands (x3)
(Hey people. Let's go back to zero)

Kurutte hey kids, tozashita kinou o terashite ikibanai shoudou
Kurutte hey kids, modorenai basho o sagashite
Kurutte hey kids, kudaranai ego o tobashite imi no nai kousou
Kurutte heiki? Watashi no namae o hakanai ka?
(Are you ready? I respect the hero)

Narasanai no? Kokkei na distortion
Ima ya kyouhan sa ama no sonzai mo hora
(Who is the master who calls my favorite name?)
Iza forever, ever, ever

Kurutte hey kids, tozashita kinou o terashite ikiba nai shoudou
Kurutte hey kids, modorenai basho o sagashite
Kurutte hey kids, kudaranai ego o tobashite imi no nai kousou
Kurutte heiki? Watashi no namae o hakanai ka?

Ooh
Just wanna hold your hands

Just wanna hold your ha-ha-hands (x4)

Kurutte hey kids, shidai ni jidai wa kawatte owaranai shousou
Kurutte hey kids, deau hazu datta anata to
Kurutte naita wasurenai ai o
Sagashite tsunagitai zutto
Kurutte hey kids, soredemo
Mirai wa hakanai ka?
Just wanna hold your hands
(I swear I respect the hero)




Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 27 Jun 2020

SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam entri kali ini, Cik TK nak join satu lagi segmen rakan blogger kita iaitu Blog Shida. Sesiapa yang nak join sekali bolehlah klik banner di bawah untuk syarat penyertaan.

Apa yang Cik TK suka mengenai blog Shida? Cik TK masih baru lagi follow blog Shida, tapi setakat ni apa yang Cik TK boleh katakan ialah blog Shida ni kemas dan warnanya lembut rasa tenang saja bila tengok blog Shida. Selain itu, gaya bahasa yang digunakan pun santai saja dan senang difahami. 

Baiklah, sampai di sini saja dulu untuk kali ini. Sekali lagi, sesiapa yang nak join segmen ini sekali bolehlah klik banner di bawah untuk syarat penyertaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 Julai 2020.





Baca Selanjutnya ...

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Cik TK nak join segmen dari rakan blogger kita Azian Khalil.
Sesiapa yang nak join bolehlah klik banner di bawah untuk syarat penyertaan. 
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2020.






Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 26 Jun 2020

AKTIVITI TIGA BULAN DIRUMAH - PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini (dalam entri ini) pernah Cik TK mention yang Cik TK akan tulis satu entri mengenai apa yang Cik TK buat sepanjang tiga bulan berada dirumah kerana pandemik ini. Selain daripada kerja dirumah (work from home - WFH) di masa senggang, inilah antara aktiviti-aktiviti Cik TK (ikut mood waktu itu nak buat yang mana):



Belajar bahasa Jepun

Kalau ada yang perasan dalam entri sebelum-sebelum ini (malah jauh bertahun sebelum ini), Cik TK ni suka dengar lagu Jepun, tonton anime/movie/drama dan minat budaya Jepun. Tetapi Cik TK tak pernah lagi ambil kelas bahasa Jepun.

Jadi dikesempatan ini juga Cik TK ambil peluang untuk belajar asas bahasa Jepun. Bukan ambil kelas juga ni. Tetapi belajar secara online. Ini termasuk tulisan hiragana dan katakana, vocabulary dan juga asas tatabahasa yang mereka gunakan.

Sebelum ini Cik TK hanya mendengar dan belajar sekadar dari anime dan faham sikit-sikit saja. Nanti kalau Cik TK rajin Cik TK akan buat entri mengenai belajar bahasa Jepun. Boleh kita belajar sama-sama.


hiragana and grammar
Ini buku nota Cik TK. Sila abaikan tulisan yang buruk itu.


Habiskan membaca buku

Kalau nak tahu, hobi Cik TK ni ialah membeli buku. Tapi beli sajalah, bacanya tidak. Entah bila nak ada masa untuk betul-betul membaca. Novel terbengkalai, buku motivasi entah ke mana, buku lain terperuk dalam almari buku dan masih berplastik.

Jadi dalam tempoh ini lah Cik TK mula membaca buku-buku mana yang tak sempat dibaca lagi tu. Bolehlah tu bergerak sikit dah... Berkurang dah buku dalam plastik belum berbuka.


macam macam ada
Ini antara buku yang tidak habis baca lagi.
Sengaja letak atas katil supaya nampak jelas yang ini mahu dibaca


Eksperimentasi makanan

Untuk sepanjang tempoh ini, Cik TK bermain-main didapur. Main campak-campak. Apa sahaja Cik TK rasa nak sumbat Cik TK sumbat. Apa pun jadi dengan hasilnya, semua kena pasrah. Makan saja! Baiklah, Cik TK tak sejahat itu ya. Semuanya boleh dimakan.

Pada waktu inilah Cik TK banyak tonton video-video di Youtube dan Instagram mencari ilham apa yang mahu dimasak lebih-lebih lagi pada bulan puasa sebelum ini. Untuk sahur dan untuk berbuka. 


eksperimentasi makanan






Baca Selanjutnya ...

Rabu, 24 Jun 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#2: LAYAN AISKRIM TAK KIRA CUACA



aiskrim durian sedap
Cik TK memang macam ni. Panas terik ke, hujan lebat ke suka layan aiskrim.
Silap-silap nanti pergi negara sejuk pun layan aiskrim. Eh? Haha... Nikmatnya...





Baca Selanjutnya ...

Selasa, 23 Jun 2020

MARI BELAJAR MAIN UKULELE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam entri sebelum ini ada Cik TK utarakan mengenai belajar bermain alat muzik bukan? Kali ini Cik TK nak kongsikan sebuah video Youtube dari channel VokalPlus yang mana pengajarnya Indra Aziz mengajarkan cara mudah unutk belajar bermain ukulele.

Bukan hanya video, malah pengajar dari channel VokalPlus ini juga iaitu Indra Aziz juga membuat satu aplikasi untuk belajar chord ukulele. Boleh intai-intai di sini.


Selain itu, Cik TK juga nak kongsikan video-video dari channel lain yang bagi Cik TK agak mudah juga untuk orang yang baru belajar seperti Cik TK ni ikut bermula dengan pemilihan ukulele, cara strumming dan lagu mudah dengan hanya menggunakan 4 chord.


Video yang ini menerangkan beberapa jenis/saiz ukulele


Video ini menerangkan cara untuk strumming



Dalam video ini pula, ia menunjukkan penggunaan 4 chord sahaja iaitu
chord C, G, Am dan F untuk memainkan pelbagai lagu


Remark: Cik TK juga masih baru belajar dan Cik TK cuma ingin berkongsi apa yang Cik TK pelajari. Mari kita belajar sama-sama. Selamat mencuba!!!



Baca Selanjutnya ...

Ahad, 21 Jun 2020

BERMAIN GOOGLE DOODLE: SELAMAT HARI BAPA / AYAH / PAPA / ABAH

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa panggilan kalian kepada bapa kalian? Tidak kira apa jua panggilan, Cik TK ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua kaum bapa di luar sana! Hari Bapa adalah sebuah hari di mana pada hari itu, kaum bapa ini diingati dan diberikan penghargaan, kebiasaanya diraikan pada setiap Ahad minggu ketiga bulan Jun.

Walaupun hari ini disambut sebagai hari untuk menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa, namun sebenarnya kita haruslah sentiasa menghormati, menyayangi dan menghargai jasa kedua-dua bapa dan ibu kita setiap hari.

Pada hari ini, Google Doodle membawakan doodle interaktif untuk pengguna mencipta kad kraf ucapan sendiri kepada untuk didedikasikan kepada bapa mereka. Kalian bolehlah memainkannya di sini. Nanti dah siap boleh gunakan link yang diterima selepas siap dengan meng-klik butang Send..



Bila buka Google hari ini akan terus keluar ini atau boleh tekan sini





Kalau nak tengok Cik TK punya hasil, boleh tengok di sini. Ok, selamat bermain!!!


Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 20 Jun 2020

AKTIVITI TIGA BULAN DIRUMAH - PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini (dalam entri ini) pernah Cik TK mention yang Cik TK akan tulis satu entri mengenai apa yang Cik TK buat sepanjang tiga bulan berada dirumah kerana pandemik ini. Selain daripada kerja dirumah (work from home - WFH) di masa senggang, inilah antara aktiviti-aktiviti Cik TK (ikut mood waktu itu nak buat yang mana):



Menonton movie/marathoning series

Untuk yang ini, Cik TK tonton macam-macam movie (sama ada tonton sendiri atau pun bersama keluarga) yang ada di Youtube dan juga Facebook. Movie apa? Serius secara rawak saja. Mana-mana yang yang nampak macam best, layan saja. 

Sementara untuk yang bersiri, Cik TK layan kebanyakannya anime. Baru atau lama semua Cik TK layan. Charlotte, Noragami, Kamen Rider Zero One, bahkan Ultraman Dyna. Seronok bila layan balik cerita lama-lama ni.

Suka Ultraman Dyna ni (Sumber gambar)


Belajar muzik

Cik TK memang sudah lama nak berjinak-jinak dengan alat muzik (selain daripada rekorder masa zaman sekolah dulu kan). Jadi kisahnya, dirumah ada sebuah gitar kapok milik adik Cik TK. Tapi disebabkan dia sudah lama tidak menggunakannya, maka Cik TK pun ambil jadi harta untuk saja-saja belajar main. Tambah ilmu, tak salah kan.

Cik TK bagi tunjuk sikit tengah pegang fret ukelele.
Yang anak panah tu stand untuk gitar dan ukulele

Selain itu, Cik TK juga sempat beli ukulele beberapa bulan sebelum mula PKP sebelum ni, memang nak belajar tapi tak sempat-sempat. Jadi semasa tempoh tiga bulan ada dirumah ini, Cik TK buat kerja gila cuba belajar kedua-dua instrumen ini serentak.

Untuk pengetahuan kalian semua, kedua-dua instrumen ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Di mana gitar mempunyai 6 tali dan ukulele pula 4 tali. Bunyinya berbeza. Kedudukan chord nya juga berbeza untuk kedua-dua instrumen. Maka apalagi, pening jadinya. Contoh seperti gambar di bawah ini, ini baru chord C Major.

Perbezaan chord C untuk ukulele (atas) dan gitar (bawah)
Sumber gambar dan info lanjut perbezaan gitar dan ukulele boleh rujuk di sini

Untuk alat-alat muzik ini, bukan sahaja perlu mahirkan diri dengan chord (sekurang-kurangnya chord asas). Cara tuning dan cara strumming juga perlu dipelajari. Tapi secara jujurnya, untuk beberapa bulan ini, Cik TK rasa ukulele lagi senang untuk dimainkan. Lagi-lagi untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan alat muzik. Itu pendapat Cik TK lah.

Cik TK masih baru dengan gitar dan ukulele ni dan masih belajar lagi. Dan tiba-tiba Cik TK ada wishlist baru. Cik TK nak belajar main drum dan Kalimba pula. Untuk yang tak pasti apa itu kalimba, boleh rujuk video di bawah. Cik TK belum ada kalimba lagi, masih menjalankan sesi tinjau-meninjau dulu dan dalam sesi mencari dulu maklumat cara penggunaan.



Selain itu, Cik TK pun saja la cuba-cuba nak belajar vokal. Bukan untuk jadi penyanyi, tapi saja nak belajar benda baru dan ianya menarik! Belajar dari Youtube saja, majoriti yang Cik TK biasa tonton adalah dari channel VokalPlus dan juga channel AmaZane.





Cik TK rasa sampai sini dulu... Nantikan akan datang sambungan entri ini part 2. Terima kasih sudi singgah dan baca.


Nota: Sambungan Part 2 di sini


Remark: Sepanjang tiga bulan tu, zon masa tidur Cik TK lari sampai tak dapat nak kejar. Selalu tidur lambat, bahkan pernah tak tidur langsung. Segalanya bermula seperti di bawah.

Sumber





Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 19 Jun 2020

DAPAT MASK EXTENDER BUATAN MAMA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah berakhirnya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), pada hari bermulanya PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) 10 Jun 2020 hari itu Cik TK mula masuk kerja semula setelah tiga bulan menjalani WFH (Work From Home). Kepada yang baru masuk bekerja semula, macam mana? Mesti rasa rindu dekat meja, dekat loker dan lain-lain.

Cik TK masuk saja lepas punchcard terus menuju ke loker dan berjumpa buah hati. Rindu, dia terbiar dalam loker ni dah tiga bulan. Eh, sebenarnya Cik TK bukan nak bercerita pasal Takeru Sato. Mari kita pergi ke tujuan asal entri ini.


gambar dalam loker
Inilah dia Takeru Sato, selalu menemani ditempat kerja.
Hari tu lepas pakai mask untuk masa yang lama kan, Cik TK balik rumah dan terberitahu sakit telinga pakai mask lama-lama semasa berborak dengan keluarga. 

Keesokan harinya, tiba-tiba mama Cik TK kata "Nah mama buatkan ni...". Terharu dan senang hati rasanya... Hari keesokannya terus Cik TK rasmikan. Terus pakai tiap kali keluar sekarang. Senang nak pakai mask, tak susah lagi nak pakai mask bila pakai tudung dan tak sakit telinga dah.

untuk pakai mask




Baca Selanjutnya ...

OMBAKBERGIGI Mencari Bloglist Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya sudah berkurun Cik TK tak join apa-apa segmen. Maka kali ini bila tengok entri OmbakBergigi terus Cik TK nak join.

Klik sini untuk join sekali



Baca Selanjutnya ...

Rabu, 17 Jun 2020

WORDLESS WEDNESDAY 20#1: KUCING YANG SINGGAH UNTUK TIDUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni keluar rumah terjumpa kucing ni tengah tidur. Lagi. Selalu dia singgah untuk tidur. Hampir setiap hari. Tapi tak apa. Comel tengok dia tidur. 

Tapi hari ini tengok macam ada kesan luka pada hidung dan mulut dia... Mungkin dia bergaduh dengan kucing lain... Eh, entah kenapa Cik TK cerita pasal kucing hari ini. Sampai sini saja dulu... Jumpa lagi entri akan datang!

kucing tidur





Baca Selanjutnya ...

Isnin, 15 Jun 2020

RESEPI: CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG YANG MUDAH UNTUK DISEDIAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Hari ini Cik TK nak kongsikan resepi enoki goreng tepung. Cendawan enoki yang rangup ini sememangnya enak apabila disajikan sebagai hidangan goreng tepung, sama ada dimakan begitu sahaja atau bersama sos. Malah Cik TK juga juga jadikannya sebagai salah satu hidangan lauk untuk makan bersama nasi. Sungguh enak.

enoki goreng tepung sedap


Cara-cara untuk membuatnya mudah sahaja.


Bahan-bahan:
  • 1 paket cendawan enoki
  • 2 butir telur - dikacau
  • Tepung serbaguna secukupnya (Cik TK guna tepung bestari, biasa atau pedas terpulang pada kalian)

Cara-cara:
  • Potong bahagian bawah cendawan enoki
  • Basuh cendawan enoki dan toskan airnya
  • Leraikan dan celup dalam telur yang telah dikacau
  • Salutkan dengan tepung serbaguna
  • Goreng dalam minyak yang panas sehingga perang keemasan
  • Sedia dihidang!! Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos. 


Selamat mencuba!!!


Baca Selanjutnya ...

Ahad, 14 Jun 2020

RESEPI: IKAN GELAMA GORENG KUNYIT MUDAH DAN ENAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada petang yang ceria ini, Cik TK ingin berkongsi satu resepi lauk yang sangat mudah untuk disediakan. Kalau perasan dalam blog Cik TK ni hampir semua yang Cik TK kongsi adalah resepi yang mudah masak. Cik TK ni memang tersangat suka masak hidangan yang mudah-mudah.

Kali ini Cik TK akan kongsi resepi ikan gelama masak goreng kunyit. Enak dihidang bersama nasi dan kicap, budu dan sebagainya. Cara-caranya mudah saja.

susun macam ni untuk bersosial
Orang kata jangan susun macam ini masa goreng sebab nanti lambat masak sebab mereka akan sibuk bersembang

Bahan-bahan:
  • Beberapa ekor ikan gelama - dicuci bersih dan kelar sedikit badannya
  • Setengah sudu teh serbuk kunyit
  • Sedikit cuka
  • Garam secukupnya

Cara-caranya:
  • Perap ikan seketika menggunakan serbuk kunyit, cuka dan garam
  • Panaskan minyak, letakkan sedikit garam pada minyak tersebut
  • Goreng ikan sehingga perang keemasan
  • Angkat dan toskan minyak sebelum dihidang

Selamat mencuba!!

Remark: Semasa nak edit dan upload gambar baru Cik TK perasan Cik TK lupa nak ambil gambar sesudah goreng punya. Maaf ya! Ikan ni dah selamat masuk perut...


Baca Selanjutnya ...

TUTORIAL: CARA CENTERKAN MENU TAB PADA BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

CARA CENTERKAN  MENU TAB PADA BLOG

Pada hari ini Cik TK nak kongsikan cara untuk centerkan menu tab pada blog kalian. Cara ini berkesan untuk mereka yang menggunakan fungsi Gadget Page dalam blog. 

Remark: Cik TK pun masih lagi belajar dan meneroka kembali setting-setting dalam blog. Dengan itu, Cik TK kongsikan mengenai cara dan kaedah setting yang Cik TK cuba. Selain tutorial ini boleh juga rujuk tutorial dan info lain yang telah Cik TK kongsikan sebelum ini mengenai Setting Reply to Comment, mengedit grafik menggunakan Canva dan membuat watermark menggunakan Snapseed.


Cara-cara centerkan menu tab pada blog:

center menu tab
Yang pada anak panah itu lah menu tab

1. Buka Dashboard blogger kalian dan pergi pada menu Theme. Kemudian seperti gambar dibawah tekan Edit HTML (no.1).


coding centerkan menu tab

2. Search (ctrl + F) dalam kotak coding seperti pada no.2 dan cari kod seperti di bawah ini:
]]></b:skin>

3. Kemudian tambahkan kod di bawah ini di atas kod yang kita cari tadi. Sila rujuk no.3 untuk contohnya.
.PageList {text-align:center !important;} .PageList li {float:none !important; display:inline !important;}

4. Setelah selesai, sila tekan Preview theme (no.4) terlebih dahulu untuk semak ianya menjadi ataupun tidak. Sekiranya menjadi boleh terus Save theme (no.5). Selamat mencuba!!!



coding centerkan tab menu




Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 13 Jun 2020

SAY SO (VERSI JEPUN) NYANYIAN RAINYCH RAN CATCHY DAN MELEKAT DALAM KEPALA (LIRIK)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kebelakangan ini, ada satu lagu cover dari Rainych Ran ni asyik bermain-main dalam kepala Cik TK ni iaitu lagu 'Say So' dalam versi bahasa Jepun. Maka selalu la juga Cik TK dengar lagu ni, berulang kali! 

Untuk yang belum tahu, Rainych Ran ni banyak cover lagu-lagu dari anime dan semakin meletup setelah meng-cover lagu 'Say So' nyanyian asal dari Doja Cat dalam bahasa Jepun. Untuk lirik, boleh rujuk di bawah ini:


Say So (Japanese Version)
by: Rainych Ran
Original version by: Doja Cat


Yoru asa made
Zutto soba ni ite
Aizu wo shitatte
Iwanai no?

Zenzen kidzukazu
Mou houhou wa nai
Atashi ga hoshii to
Sou itte yo

Yoru asa made
Zutto soba ni ite
Aizu wo shitatte
Iwanai no?

Zenzen kidzukazu
Mou houhou wa nai
Atashi ga hoshii to
Sou itte yo

Itsu kara kimi ga
(ai wo sezu)
Uchiakerarenai
Kimi wa doushita?

Dou sureba ii no?
(Oshiete yo)
Kakushigoto minuketa
Yametai kedo
Tamaranai

Kou tsudzuketemo ii
Otagai ni semeatte
Hoshii nara hora sakebe
Shinai to ikenai

Yoru asa made
Zutto soba ni ite
Aizu wo shitatte
Iwanai no?

Zenzen kidzukazu
Mou houhou wa nai
Atashi ga hoshii to
Sou itte yo

Yoru asa made
Zutto soba ni ite
Aizu wo shitatte
Iwanai no?

Zenzen kidzukazu
Mou houhou wa nai
Atashi ga hoshii to
Sou itte yo

Mune wo hatte, Iki wo nonde
Mita koto no nai in a dress like this
Konna ni suteki hito wa nai
Prolly why kimi wa damatta mama like zip

Like it, love it tamaran
Take it, own it ubatta
Boy, stop playing shuchuu shite
Enryou nante iranai (Hot)

Shut it, save it susume
Shoujiki ni ie
Knowin’ you want all this woman
Ajiwatte mite (yah, yah)

Mawari ga hantai shitemo I have you with me
Tomodachi ga sayin' you mad committed
Realer than anybody kawari ga nai
All of the body-ody, furete ii

Yoru asa made
Zutto soba ni ite
Aizu wo shitatte
Iwanai no?

Zenzen kidzukazu
Mou houhou wa nai
Atashi ga hoshii to
Sou itte yo

Yoru asa made
Zutto soba ni ite
Aizu wo shitatte
Iwanai no?

Zenzen kidzukazu
Mou houhou wa nai
Atashi ga hoshii to
Sou itte yo


Selain itu Rainych Ran juga ada menyanyikan lagu anime yang diterjemah ke bahasa Indonesia. Contohnya seperti di bawah, cover lagu 'Kamado Tanjirou no Uta' (dari anime 'Kimetsu no Yaiba' episod 19) nyanyian asaGo Shiina ft. Nami Nakagawa. Serius Cik TK cakap, this one is a very beautiful song.




Baca Selanjutnya ...

RESEPI: TELUR MASAK KICAP BLACKPEPPER SHIITAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mudah dan simple. Dua perkataan yang ramai orang suka. Terutama dalam masakan, biasanya Cik TK suka masak sesuatu yang simple saja. Jadi hari ini Cik TK nak kongsi salah satu resepi yang mudah dan cepat untuk dibuat iaitu telur masak kicap. 

Untuk resepi kali ini, Cik TK tambah guna cendawan Shiitake. Cik TK memang suka dengan cendawan. Tidak kira apa jenis cendawan sekali pun. Cendawan tiram, enoki, shiitake, butang, telinga kera dan macam-macam lagi. Bila masak sayur campur letak cendawan, dalam hidangan spagetti pun letak, masak goreng tepung pun ada cendawan malah dalam perkongsian kita ini pun ada cendawan.


TELUR MASAK KICAP BLACKPEPPER SHIITAKE


telur masak kicap, shiitake


Bahan-bahan:
  • 5 biji telur - goreng jadikan telur mata kerbau
  • 1 biji bawang Holland - hiris
  • 1/4 biji lada benggala - potong kiub (boleh juga guna 3 tangkai cili padi yang diketuk)
  • 4 sudu besar kicap lemak manis (Cik TK guna kicap Jalen)
  • Beberapa ketul cendawan Shiitake - Cik TK guna yang fresh. Potong kecil. Basuh dan perah supaya kandungan airnya berkurang.
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

Cara-caranya:
  • Mula-mula goreng telur-telur tu sebagai telur mata. Angkat dan toskan.
  • Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang Holland sehingga hampir layu dan masukkan lada benggala. Kacau sebentar.
  • Masukkan kicap lemak manis, garam, serbuk lada hitam dan air secukupnya. Kacau.
  • Selepas itu, masukkan cendawan Shiitake dan biarkan mendidih.
  • Masukkan telur mata ke dalam kuali. Tutup api dan kacau perlahan. Sedia dihidang.


Selamat mencuba!!


Baca Selanjutnya ...

Khamis, 11 Jun 2020

TUTORIAL: CARA PASANG WATERMARK PADA GAMBAR (MENGGUNAKAN SNAPSEED)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

CARA PASANG WATERMARK PADA GAMBAR (MENGGUNAKAN SNAPSEED)

Semasa beberapa bulan duduk dirumah dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ni macam-macam aktiviti yang Cik TK buat untuk mengisi masa lapang. Dan salah satu aktiviti yang Cik TK lakukan ialah mencuba seni origami yang mana hasilnya agak... tidak memuaskan. Nampaknya Cik TK memang tiada bakat untuk origami. 

kertas koyak

Sebenarnya origami ini bukanlah tujuan entri kali ini. Pada entri kali ini Cik TK ingin berkongsi cara-cara membuat watermark pada gambar kalian, menggunakan aplikasi Snapseed. Cik TK selalu gunakan Snapseed untuk mengedit gambar. Dan baru-baru ini Cik TK cuba menggunakan Snapseed untuk membuat watermark (menggunakan handphone).

Remark: Cik TK masih lagi dalam sesi explore dan mencari cara mana yang lebih mudah untuk membuat watermark dengan menggunakan handphone. Jika kalian ada cara yang lain boleh dikongsikan bersama, boleh share dalam komen di bawah. Boleh kita sama-sama belajar.

Cara-caranya, pertama sekali buka aplikasi Snapseed, kemudian klik di mana-mana sahaja atau klik Open (no.1) dan kemudian pilih gambar yang kalian ingin letak watermark berkenaan. Kemudian, klik pada tanda bulat di penjuru bawah kanan (no.2).

pasang watermark

Senarai grid menu akan keluar dan pilih Text (no.3) dan pilih design mana yang kalian suka (sila rujuk no.4). Setelah memilih design, double-tap pada bahagian tengah skrin untuk menukar text. Setelah menukar text juga kalian boleh menukar design, saiz, warna dan opacity/transparency.

pasang watermark

Simbol pada no.5 adalah warna text, no.6 ialah opacity/transparency dan no.7 adalah design tulisan berkenaan. Setelah selesai, tekan tanda tick (no.8). Kemudian tekan no.9 untuk pilihan Save (no.10) atau boleh terus kongsi pada media sosial kalian. Selamat mencuba!!!


pasang watermark




Baca Selanjutnya ...

Selasa, 9 Jun 2020

RESEPI: 'TALAM WESTERN' BUATAN SENDIRI UNTUK LUNCH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nasi adalah makanan ruji untuk kita rakyat Malaysia. Nasi berlauk, nasi campur, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan lain-lain semuanya menjadi santapan kita hari-hari. Akan tetapi, kadangkala bila hari-hari tengok nasi, makan nasi Cik TK ada sedikit rasa jemu. Sekali sekala nak makan benda lain selain nasi dan Cik TK ni jenis jarang makan luar dan jarang juga beli makanan delivery. Jadinya bila teringin nak makan macam-macam maka terhasillah pelbagai makanan dengan versi Cik TK sendiri (walaupun versi cincai dan main campak-campak tapi boleh la kan?). 

Jadi lunch terakhir PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) hari ini di rumah sebelum mula masuk kerja semula pada hari esok (berakhirnya Work From Home) adalah 'Talam Western' simple (sebenarnya lebih kepada PINGGAN Western). Oh ya, ini versi simple-simple saja, bukan seperti yang ada di kedai makan ye. Setakat untuk makan sendiri, orang bujang makan seorang dirumah saja.


Cara-caranya mudah sahaja:
  • Sediakan apa sahaja yang kalian nak makan (yang simple dan mudah) seperti kentang goreng/french fries, potato wedges, sosej, ayam goreng, nugget, meatball dan sebagainya. Guna barangan frozen senang, tinggal goreng saja. Kalau kalian nak letak salad, spagetti, mashed potato pun boleh saja. Ikut selera masing-masing. Selepas itu susun atas pinggan kalian.
  • Kemudian sediakan sos yang kalian inginkan, ikut selera anda sendiri. Sos blackpepper, sos cili/tomato, mayonis dan sos keju. Sos keju yang Cik TK guna ini, Cik TK bancuh serbuk keju (beli di kedai bahan kek) dengan air suam saja.
  • Mengikut selera kalian masing-masing, tuang sos-sos dan mayonis atas bahan yang telah disusun tadi atau boleh letak sos-sos dalam mangkuk-mangkuk kecil untuk kalian makan cicah dengan bahan-bahan tadi.
Ok dah siap! Selamat mencuba!!!

makanan bujang
Untuk yang ini, Cik TK guna nugget, sosej, french fries dan filamen ketam. Cik TK tuang saja mayonis dan sos keju.



Baca Selanjutnya ...