Jumaat, 8 April 2016

TONG SAMPAH DAN TAHAP MENTALITI MANUSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Lama Cik TK tak update apa-apa di sini... Apa khabar semua?

Oh ye, terus ke tujuan entri kali ini. Tong sampah. Tong sampah ni digunakan untuk disumbatkan sampah ke dalamnya. Betul tak? Akan tetapi, Cik TK tak berapa nak faham tahap mentaliti sesetengah manusia ni yang buang sampah disekitar tong sampah.

Seperti dalam gambar yang Cik TK tunjuk ni. Bukannya susah pun nak masukkan sampah dalam tong ni. Ni tak, campak je sekeliling tong sampah tu. Ni dekat dengan kawasan tempat Cik TK kerja.  Bila tengok macam ni kan orang yang lalu lalang tak sedap mata memandang kan..?

Mmm... Renung-renungkan...

Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 1 April 2016

Rabu, 30 Mac 2016

APLIKASI BLOGGER UNTUK ANDROID

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saja nak beritahu yang Cik TK dah ada aplikasi Blogger dalam telefon bimbit Cik TK (telefon yang sebelum ni tak boleh, not compatible). Jadi, boleh update entri baru bila-bila masa.

Okay sampai sini je... Motif entri? Saja nak beritahu ini je. kbai!

**Bagi pengguna Android, untuk download aplikasi ini singgah je 'Play Store', search 'Blogger' dan tekan 'Install' laju-laju.


Baca Selanjutnya ...

KENANGAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lamanya tak update entri ni.. Eh rasanya macam setiap entri tulis benda yang sama ni. Haha!!!

Tadi Cik TK terjumpa sesuatu yang membuatkan Cik TK mengimbau kembali zaman dulu-dulu.. . Masa zaman training *********** tu dulu. Masa tu En. H ni la yang sentiasa sama group dengan Cik TK.  Macam-macam ragam kami sekumpulan dulu. Kelakar pula bila ingat balik. Entah macam mana dia sekarang agaknya...

Okay la. Sampai sini saja dulu. Jumpa lagi di entri akan datang...


Baca Selanjutnya ...

Khamis, 25 Februari 2016