(   ̄)y―oo0O0O〇○**

.:: MENGENAI PEMILIK BLOG INI ::.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat datang ke blog Cik TK.
Di sini adalah tempat di mana Cik TK berkongsi apa sahaja yang Cik TK mahu kongsikan bersama.

Siapa saya? Panggil je saya Cik TK. Kenapa TK? Dari mana datangnya nama ni? Hehe~ Sebenarnya, nama TK ni datang dari nama watak anime dan juga nama artis yang Cik TK suka. Nak tahu siapa mereka? Hmm.. Mereka ni la~

Takeru Takaishi @ TK 
Oh, mengingatkan kembali zaman kecik2 dulu...

dan

Takeru Sato
Cik TK sangat suka dengan dia ni...

serta

Takuya UVERworld
Cik TK akan cair bila dengar suara dia ni... #Fine,itumelampausangatdahtu

Umur Cik TK? Biarlah rahsia... hehe~

Lahir dan membesar di Kuala Lumpur tapi sekarang dah menetap di Selangor.

Baiklah, izinkan Cik TK untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai diri Cik TK:

  • Anak sulung dari 4 beradik. Cik TK ni seorang kakak yang baik hati terhadap adik-adiknya… #owh,itustatementyangpenuhdenganke-perasan-an.Haha!!
  • Suka warna merah dan hitam, suka layan J-pop, anime dan manga, suka adventure, suka vampire dan TK sukakan alam semula jadi kita ini.
  • Cik TK juga seorang yang suka melakukan eksperimentasi di dapur.
  • Cik TK ni selalu blurrr (kawan-kawan kata 'pending')… dan agak lambat memahami apa yang terjadi, lagi-lagi kalau ianya melibatkan perasaan. Pernah sekali tu ada sorang mamat tu pernah cuba luahkan perasaan kat Cik TK pun Cik TK boleh tak faham2. Adoii~ apa nak jadi ni?
  • Orang sekeliling Cik TK semua kata Cik TK ni pendiam, susah nak buka mulut. Mungkin... Tapi bila datang mood nak bercakap, semua tutup telinga. Hehe~
  • Selain tu, ada yang kata Cik TK ni aneh dan suka berimaginasi benda yang pelik-pelik. Huhu~ Imaginasi melampau...


Hurm… apa lagi ek? Rasanya setakat itu je lah dulu...

Oh ya! Kenapa TK berblogging?

Alkisahnya, masa suatu masa dulu… Sewaktu TK berjumpa dan berborak dengan Penasihat Akademik TK, beliau mendapati bahawa TK ni seorang yang sukar untuk meluahkan apa yang ada dihati dan fikiran TK. Maka beliau mencadangkan TK buat blog supaya TK dapat luahkan melalui penulisan… Hehe~

URL blog Cik TK aneh ke? Hehe~ Ada sebab kenapa Cik TK gunakan nama TETIKUSMERAH tu...  Sebabnya, Cik TK selalu guna mouse (tetikus) warna merah. Jadilah tetikusmerah. 

Tamat cerita. Kbai...!!!