(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 25 December 2015

AZAM DAN CARTA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sekadar hiasan - Suka tengok movie ini... Beberapa kali tengok pun rasa jemu tiada.

Pejam celik pejam celik... Tengok-tengok dah nak masuk tahun 2016.. Ha? Apa dia? Azam tahun baru? Hmmm... Azam tahun ini dan azam tahun lepas-lepas pun tak tercapai. *Mengeluh*  Okay, azam 2016 ini Cik TK nak kahwin. eh!?  berjaya dalam apa jua yang Cik TK lakukan...

Sejak menggalas tanggungjawab yang agak penting di tempat kerja Cik TK ni, Cik TK hidup Cik TK bagaikan sentiasa dengan kerja sahaja. Di tempat kerja dah semestinya, masa cuti pun mesej dan panggilan yang Cik TK dapat pun kebanyakkannya dari tempat kerja. Rehat pun kadang-kadang rasa macam tidak cukup saja. Sepanjang masa asyik dengan kerja... Kekadang buat mod silent je kalau tidak mahu diganggu. Hehe~ 

Tahun ini pun Cik TK dah sangat jarang update blog sendiri. Apa lagi nak blogwalking.. Bukan Cik TK nak kata dulu Cik TK sangat aktif, dulu pun memang update sekali sekala juga. Cuma tahun ini punya memang jatuh menjunam! 


Betapa jatuh carta tahun ini

Jadi tahun 2016 ni Cik TK nak cuba aktif kembali update blog ni... Aktif la sangat...  Err... boleh kira azam baru ke ni? Hehe~



No comments: