(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 14 August 2015

CUCU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini Cik TK dapat satu berita gembira. Tapi pada masa yang sama berita ini membuatkan Cik TK rasa... mmm rasa tua.

Yup, rasa tua. Aih~ Rasa tua betul bila ada orang panggil Cik TK dengan panggilan 'nenek'. Hari ni Cik TK dah jadi nenek saudara. Anak saudara Cik TK dah lahirkan seorang anak lelaki. Tahniah Kak Fifi...

Macam pelik je... Anak saudara Cik TK tu lg tua dari Cik TK... Cik TK panggil dia dengan panggilan 'kak' dan dia pun panggil Cik TK dengan nama je.. Sama juga dengan anak saudara Cik TK yang lain. Semua panggil dengan nama, kecuali yang kecil-kecil tu panggil Cik TK 'aunty'.

Aih~ Cik TK ni kahwin pun belum dah ada orang panggil nenek. Adik Cik TK yang baru Form 3 tu pun kata 'Ha, nanti budak tu panggil Atuk ke!?' Haha, muda-muda dah kena panggil atuk.


No comments: