(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 21 August 2015

MAKI


Maki.

Sesuatu yang menyakiti hati seseorang.

Sesuatu yang menyakiti perasaan seseorang.

Sesuatu yang menimbulkan rasa simpati kepada mereka yang dimaki.

Kenapa perlu maki?

Kenapa perlu menyakiti orang lain?

Menunjukkan keangkuhankah?

Menunjukkan diri itu lebih baikkah?

Menunjukkan diri itu berkuasakah?

Kenapa tidak ada rasa toleransi?

Ke manakah perginya rasa sabar?

Mereka sudah berusaha...

Mereka cuba sedaya mereka...

Mereka buat yang terbaik.

Tetapi...

Masih dimaki.

Mengapa?

Mengapa titik peluh mereka tidak dihargai?

Mengapa tiada yang memahami mereka?

Mengapa tiada yang cuba untuk memahami mereka?

Mengapa hilang sifat sabar dan toleransi sehingga sanggup menyakiti yang lain...?

Malah dimaki depan orang ramai...

Mengapa?

Mengapa...?

#Menghadapiragammanusiayangpelbagai  #Kesiantengokstaf  #Maluladepanorangramai


Tuesday, 18 August 2015

LETIH DAN RINDU.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Kebelakangan ini, Cik TK rasa penat, letih dengan alam pekerjaan... Dulu memang Cik TK rasa teruja, ingin berada di dunia pekerjaan. Ingin merasa gaji sendiri, ingin menimba pelbagai pengalaman baru dan berjumpa dengan ramai orang... Tapi sekarang, bila rasa sendiri macam mana kerja lama-lama tu kadang-kadang Cik TK rasa tertekan. Bukan tertekan sebab kerja. Tapi tertekan sebab tekanan dari pihak atasan dan ragam orang-orang disekeliling Cik TK terutamanya staf. Banyak sangat ragam... 

Kadang-kadang tu rasa macam nak balik zaman sekolah... zaman belajar dulu... Rasa seronok waktu tu... Walaupun waktu belajar dulu rasa stress juga, kita ada kawan-kawan tempat nak mengadu dan bermanja-manja. Cik TK ingat lagi kami pernah keluar merayau release tension, masak sama-sama dalam bilik hostel, borak-borak cerita macam-macam sampai tertidur, lepak kat pondok sampai tengah malam sampai kena halau dengan guard, siap drive jauh-jauh pergi jalan-jalan ke Tanah Merah, Kota Bharu, Dabong dan sebagainya... Waktu sekolah dulu pun sangat seronok juga, lagi-lagi waktu dalam Tingkatan 6 dulu. Menjadi satu-satunya pelajar Melayu dan beragama Islam dalam kelas memang menarik dan agak mencabar juga, lagi-lagi dibulan puasa... Eh, tak mahulah cerita lebih pasal ini. Hmmm~ Rindunya waktu dulu... 



P/S: Tengah-tengah malam ini entah apa la Cik TK merapu ni... Okay la dah lewat malam ni, esok nak bangun awal pagi kerja. Jumpa lagi entri akan datang...


Monday, 17 August 2015

ALKISAH MEETING HARI INI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Cik TK baru je balik dari meeting di HQ. Di sini setiap bulan kami akan berjumpa dengan semua wakil-wakil pengurusan dari setiap cawangan. Di sini jugalah kami dan semua pihak atasan dapat bersua muka melepaskan rindu yang menebal di jiwa.

Di sini jugalah kami wakil pihak pengurusan cawangan akan selalu kena tibai, kena tegur marah tiaw habis-habisan jika ada yang tak kena dicawangan masing-masing. Tapi di sini jugalah kami akan kena puji sampai kembang jika menunjukkan prestasi yang baik dan memberangsangkan.

Dan di sini jugalah segala isu diutarakan, segala ilmu dan pengetahuan baru dicurahkan dan di sinilah kami dapat bertemu dengan rakan seangkatan kami dan saling bertukar kisah hidup kami tak lupa juga bergosip mengenai cawangan masing-masing.

Akan tetapi, hari ini lain kisahnya. Ada dua orang rakan sejawatan dinaikkan pangkat. Selama lebih setahun Cik TK berada di sini, inilah pertama kali Cik TK menyaksikan kejadian sebegini. Mungkin berita gembira dan ianya juga mungkin berita sedih. Berita gembira kerana Cik TK tumpang gembira dengan kejayaan rakan seangkatan. Berita sedih kerana mungkin dia akan menggantikan bos Cik TK sementara dia cuti bersalin. Bukan Cik TK tak suka, cuma dia agak kuat membebel. Takut bingit je nanti. Tapi dari segi kerja dia memang bagus dan ada banyak kelebihan.

Tak apalah, pada Cik TK, tak kisahlah siapa yang akan ganti bos untuk sementara ni cuma Cik TK harap kami boleh bekerjasama dengan baik. Apapun, tahniah Miss Y dan En. B..!!


LOVE NEVER DIES OST - LOVE YOU FOREVER

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Siapa tahu drama Thailand 'Love Never Dies'? Drama kisah vampire tu... Dulu Cik TK addicted dengan drama ni... Tapi entah kenapa baru sekarang baru berkenan dengan lagu temanya.. Asyik terngiang-ngiang dalam kepala ni... Tak apa la, tak perlu kita cerita panjang lebar, kita layan saja lagu ni ya...

Ok, jumpa lagi entry akan datang...


จากชีวิตคนไม่มีใครคนหนึ่ง
Jahk cheewit kon mai mee krai kon neung
From the life of a person who had no one

ได้รู้ได้ซึ้งได้เข้าใจ ในความรัก
Dai roo dai seung dai kao jai nai kwahm ruk
I’ve gotten to know, experience, and understand love

เมื่อเธอได้เดินเข้ามา
Meua tur dai dern kao mah
When you walked in

จากชีวิตคนไม่มีใครคนหนึ่ง
Jahk cheewit kon mai mee krai kon neung
From the life of a person who had no one

ได้รู้ได้ซึ้งและมีค่า
Dai roo dai seung lae mee kah
I’ve gotten to know, experience, and value

และรู้ว่าต้องอยู่เพื่อใคร
Lae roo wah dtaung yoo peua krai
And realize who I’m living for

(*) แค่มีเธอคนเดียว อะไรๆ ฉันก็ไม่ต้องการ
Kae mee tur kon diao arai arai chun gor mai dtaung gahn
Just having you alone, I don’t need anything else

แค่มีเธอเท่านั้น วันเวลาจากนี้ก็มีความหมาย
Kae mee tur tao nun wun welah jahk nee gor mee kwahm mai
Just having you, my days from now on are meaningful

แค่มีเธอคนเดียว ก็เปลี่ยนโลกนี้ไปทั้งใบ
Kae mee tur kon diao gor plian lohk nee pai tung pai
Just having you alone, my whole world has changed

และเปลี่ยนหัวใจฉันไปตลอดกาล
Lae plain hua jai chun pai dtalaut gahn
And it’s changed my heart forever

(**) ไม่ว่าจะนานเท่าไร รักเราจะไม่มีวันตาย
Mai wah ja nahn tao rai ruk rao ja mai mee wun dtai
Regardless how long, our love will never die

ไม่ว่านานเท่าไร หัวใจจะผูกกันไว้
Mai wah nahn tao rai hua jai ja pook gun wai
Regardless how long, our hearts will remain connected

ไม่ว่านานเท่าไร แม้จนวันสิ้นลมหายใจ
Mai wah nahn tao rai mae jon wun sin lom hai jai
Regardless how long, even until the day I die

จะรักเธอคนเดียว ได้ยินไหม
Ja ruk tur kon diao dai yin mai
I’ll love you alone, do you hear me?

รักเธอไปตลอดกาล
Ruk tur pai dtalaut gahn
I’ll love you forever

จากวันนี้ไม่ว่าจะเจออะไร
Jahk wun nee maiw ah ja jur arai
No matter what we face from now on

หนักหนาถาโถมสักเท่าไร
Nuk nah tah tohm suk tao rai
No matter how hard it is

คนๆ นี้สัญญาจะเคียงข้างเธอ
Kon kon nee sunyah ja kiahng kahng tur
This person promises to be beside you

จากวันนี้ไม่ว่าจะเจออะไร
Jahk wun nee mai wah ja jur arai
From now on, regardless what we face

จะดูแลเธอเสมอ
Ja doo lae tur samur
I’ll always take care of you

และฉันไม่มีวันห่างไกล
Lae chun mai mee wun hahng glai
And I’ll never be far

(*,**,**)





Friday, 14 August 2015

CUCU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini Cik TK dapat satu berita gembira. Tapi pada masa yang sama berita ini membuatkan Cik TK rasa... mmm rasa tua.

Yup, rasa tua. Aih~ Rasa tua betul bila ada orang panggil Cik TK dengan panggilan 'nenek'. Hari ni Cik TK dah jadi nenek saudara. Anak saudara Cik TK dah lahirkan seorang anak lelaki. Tahniah Kak Fifi...

Macam pelik je... Anak saudara Cik TK tu lg tua dari Cik TK... Cik TK panggil dia dengan panggilan 'kak' dan dia pun panggil Cik TK dengan nama je.. Sama juga dengan anak saudara Cik TK yang lain. Semua panggil dengan nama, kecuali yang kecil-kecil tu panggil Cik TK 'aunty'.

Aih~ Cik TK ni kahwin pun belum dah ada orang panggil nenek. Adik Cik TK yang baru Form 3 tu pun kata 'Ha, nanti budak tu panggil Atuk ke!?' Haha, muda-muda dah kena panggil atuk.