(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 2 April 2015

HILANG.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama betul tak update entri. Terlebih sawang dah blog ni... Hehe~ Kebelakangan ni sangat sibuk dengan kerja sampai Mr. T kata Cik TK workaholic, susah kalau kahwin nanti. Aik? Sampai ke situ pula...

Tapi bila Cik TK fikirkan balik, memang pun dalam kepala ni asyik fikir pasal kerja je. Sampai dirumah pun fikir kerja, keluar dengan kawan pun fikir kerja. Pernah juga bawa kerja balik rumah. Sibuk sangat sampai kadang-kadang kesihatan pun tak terjaga. Buktinya sekarang sampai dah selsema + sakit tekak + batuk + SUARA HILANG. Bukan serak. Hilang.

Suara ni sesuatu yang penting dalam kerja Cik TK sebab sentiasa berhadapan dengan ramai orang. Dan hari ini merupakan hari yang disaster kerana hari ini Cik TK terpaksa berurusan dengan ramai orang dalam keadaan sebegini teruk. Lagi hari ini penukaran sistem di cawangan, ada pihak IT, rollout team, boss pun datang, banyak sales representative dan merchandiser datang juga hari ni, pihak bank lagi.. memang payah.

Aih~ Lepas ni memang kena rileks sikit la.. Ada orang dah bising kata kena seimbangkan juga hidup kita ni. Jangan asyik fikir kerja je. Lagipun kita bukan kerja seorang diri. Ramai lagi orang lain boleh bantu. Sekali sekala rajinkan keluar bermain katanya. Hehe~ Okay, akan dipraktikkan lepas ni...


Sekadar hiasan. Sekarang tengah ketagih dengan Tokyo Ghoul...
Cuti je sibuk layan anime. Lepas ni nak layan Guilty Crown pula.