(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Saturday, 25 October 2014

Tikus.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekadar hiasan. Stuart ni comel... suka tengok movie dia... Sumber gambar
Kebelakangan ni kemunculan tikus di rumah aku semakin menjadi sejak 'hutan' kat sebelah rumah aku ni dibersihkan. Eh? Hutan? Okay, secara tepatnya, ia bukan hutan. Tapi tanah-tanah lot yang terbiar. Bila dah terbiar tu maka macam-macam spesies flora dan fauna la yang duduk kat situ.

Kalau tumbuhan, bukan setakat rumput lalang je malah pokok pisang, mengkudu, kadok, dan macam-macam lagi wujud di situ. Tinggi rendah lebat kecil besar semua ada. Maka segala ahli keluarga tikus, ular, monyet, biawak boleh jumpa kat situ. Pernah sekali tu siap ada nampak anak babi lagi. Oppsss... bahasa sopannya khinzir~ Aih... Sebab tu la aku panggil tanah-tanah sebelah ni 'hutan'. Ada je kekadang tuan tanah tu bersihkan, tapi tak buat apa-apa dan jadi terbiar balik. Maka tumbuh balik la 'hutan' tu.

Baru-baru ni tuan tanah tu mula bersihkan tanah dia balik, siap ada jentolak dah kat situ. Nak mula bina rumah la tu kot. Elok juga la tu, dah belasan tahun terbiar. Tapi yang tak best-nya, setiap kali tanah tu dibersihkan, ada haiwan yang duk tinggal kat 'hutan' tu lari ke rumah aku. Dulu pernah beberapa kali anak ular dan monyet datang 'lepak' kat luar rumah.

Sumber gambar
Tapi bila dah lama tak jadi perkara macam ni, muncul pula masalah lain. Tikus masuk rumah pulak. Entah dari celah mana dia masuk entah... Maka segala lubang kat dinding tu dipastikan betul-betul ditutup, makanan kena pastikan sentiasa terjaga, segala peralatan dipastikan bersih sebelum guna.

Aih... gara2 tikus ni kami sekeluarga kena jadi lebih hygiene dan berwaspada. Sampai sekarang walau beberapa hari perangkap tikus dipasang, tak seekor pun dapat lagi. Mana la dia menyorok agaknya....

Okay la. Sampai sini dulu... Nak google la macam mana nak uruskan tikus ni. Jumpa lagi entri akan datang.

Chiao!!!

p/s: Entri ni sebenarnya dah lama berbulan-bulan terkurung dalam draft. Cik TK lupa kewujudannya. Nak buang, sayang... Eh boleh pulak!?
p/s lagi: Cerewet rupanya tikus ni, nak umpan ikan masin bakar je. Yang lain tak nak.



No comments: