(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Sunday, 31 August 2014

Hanya sekadar luahan...

Setiap manusia itu tidak akan terlepas dari ditimpa dugaan. Dalam erti kata lain, ditimpa masalah, ditimpa ujian dan pelbagai lagi yang sama erti dengannya.

Picture source
Setiap dugaan dan ujian yang diterima itu haruslah kita hadapi dengan tabah dan sabar... Kerana dengan ujian seperti inilah kita dapat menjadi lebih matang. Kerana ujian seperti ini jugalah kita dapat menjadi lebih kuat. Kerana ujian seperti ini jugalah kita dapat tahu sejauh mana kita dapat bertahan... Dan kerana ujian inilah kita dapat tahu siapa yang mementingkan diri sendiri dan siapa yang dapat sentiasa bersama kita dikala berlakunya kesukaran seperti ini. Cik TK yakin, bahawa disebalik segala kesukaran yang dihadapi itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Itulah yang kami hadapi sekarang. Kesukaran. Dugaan. Ujian. Dan kami tak terlepas dari tekanan. Tapi kami beruntung dan bersyukur, adanya kami sesama sendiri. Saling menjaga dan memahami situasi yang dihadapi. Saling memotivasi sesama sendiri. Kami saling membantu sesama sendiri. Bersatu adalah sesuatu yang amat penting, lebih-lebih lagi pada saat dan ketika ini.

Apa yang boleh kami lakukan, hanya sabar dan redha dengan keadaan ini. Kami yakin keadaan ini hanya sementara. Walau apapun masalah yang dihadapi, pasti ada jalan keluarnya. Sabar dan yakinlah...!

#MotivasiDiriSendiri...

'

Wednesday, 6 August 2014

WORDLESS WEDNESDAY: FATED TO LOVE YOU



p/s: Hari ni cuti, sibuk layan citer ni..

Mode: Do not disturb. Hehe~

Nak join sekali?


Bye!!