(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 4 July 2014

MENJEJAKKAN KAKI KE BAZAAR RAMADHAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni dah masuk hari ke-6 dah kita berpuasa... Tapi sampai sekarang Cik TK masih lagi belum menjejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan. Bukannya Cik TK ni kedekut atau susah nak keluar duit ke apa, cuma penyakit MALAS melanda tetiba bila dengar perkataan bazaar ramadhan ni. Malas kenapa? Sebab Cik TK ni memang tak selesa pergi ke tempat yang ada ramai orang. Rimas, tak tahan, lepas tu mula la pening jadinya.

Sumber gambar
Nasib baik jadual kerja Cik TK majoriti dapat shift pagi. Maka maksudnya, sebelum waktu berbuka memang Cik TK dah cabut lari balik rumah la. Habis kerja lepas pukul 5, terus balik rumah tolong mak masak juadah berbuka. Kalau banyak kerja, balik lambat sikit. Tapi masih sebelum waktu berbuka. Sampai rumah yang bestnya mak dah masak... Balik-balik terus berbuka. Heaven-nya rasa...!

Tapi hari ni malangnya Cik TK shift FULL. Maksudnya masuk kerja 7 pagi, balik 11 malam. Hari ni hari pertama Cik TK berbuka tanpa family tahun ini. Dan ini juga kali pertama berbuka bersama rakan sekerja. Disebabkan kami sibuk bekerja, juadah berbuka kami hari ini kami serahkan pada mereka yang tidak berpuasa untuk ke kedai terdekat tapau-kan makanan untuk kami. 

Kenapa kami tak ke bazaar ramadhan je? Sebab pertama, ramai orang. Sesak. So malas nak pergi. Sebab kedua, bazaar ramadhan jauh dari tempat kerja. Dan cuma Cik TK je yang ada kenderaan antara semua pekerja. Dah sah la memang Cik TK tak pergi. Cik TK sebagai person-in-charge tak boleh tinggalkan outlet macam tu sahaja. 

Ermm... Sebenarnya Cik TK curi masa waktu bekerja ni dok update blog pula. Sila jangan tiru perangai tak baik ni ek. Ok la, Cik TK kena sambung kerja. Da~

P/S: Lama tak blogwalking. Tadi saja terjah blog-blog terpilih. Cik TK tengok majoriti update blog pasal puasa. 

 

No comments: