(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Sunday, 6 July 2014

SURAT CINTA KE SURAT UGUTAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tadi siang semasa tengah mengemas dokumen-dokumen kat 'office' kami yang bersepah tu, Kak P (eh Cik TK ni suka gelar orang dengan initial je kan?) terjumpa buku planner bos. Mmg Cik TK dah lama nampak buku tu kat situ. Tapi tak pernah terfikir pun nak buka, sebab tu barang orang. Cik TK tak suka orang kacau barang Cik TK, maka Cik TK memang tak kacau barang orang.



Buku planner tu mungkin dia tak pakai dah, atau mungkin juga dia dah tak ingat langsung kewujudan buku tu. Sebab Cik TK memang dah lama perasan buku tu ada dekat situ. Mungkin dah 2 bulan juga la...



Kak P buka saja nak tengok isi dalamnya... Cik TK join sekaki gak la. Mula-mula tu tak ada yang menarik sangat pun. Benda biasa je: List kerja, SOP, reminder. Semua berkaitan kerja. Emmm bosan la.



Sekali kat page paling belakang ada satu sampul surat. Kak P terus je buka. Rupanya surat cinta dari girlfriend dia. Habis kecoh satu outlet. Staf lain datang mengerumuni kami, semua sibuk nak tau kandungan surat tu.

Sumber gambar
Cik TK tak dapat nak halang Kak P baca isi kandungan surat tu kuat-kuat. Kandungannya berbunyi seperti ini:


"Kepada K (nama penuh siap dengan bin sekali), ayang sangat sayang dekat sayang... ayang sangat cintakan sayang. terima kasih kerana selama ni sentiasa bersabar dengan ke renah ayang... ayang..."


EH STOP!! Privacy orang ni. Tak mahu la Cik TK share part ni. Ai bos, nampak je matang dan serius. Dalam hati ada taman rupanya. Romantik betul surat cintanya. Ok, tak mahu cakap panjang lebar pasal part cintan cintun ni.



Ok sambung balik sebab asal kenapa Cik TK share pasal ni. Surat tu nampak macam surat cinta biasa je. Tapi tiba-tiba p/s yang kat bawah tu pelik.


"AWAS! JANGAN BERANI-BERANI CUBA CARI PEREMPUAN LAIN. JANGAN BERANI NAK CINTA ORANG LAIN. JANGAN BERANI CURANG! KALAU TAK SIAP LA KAU!!!"


Amboi, ugut dah macam samseng pula dah!!! Habis hilang dah segala rasa romantik tadi. Perempuan jenis apa la agaknya girlfriend dia tu...? Ke memang perempuan yang bercinta memang ada tulis macam ni dalam surat cinta dia?


Sumber gambar
p/s: Nasib baik la bos cuti hari ni... Kalau tak mesti dia dah malu gilerr pasal semua orang pergi baca surat cinta dari awek dia... Rasanya esok bila dia datang kerja mesti semua usik dia... hehe~ *gelak jahat*


Friday, 4 July 2014

MENJEJAKKAN KAKI KE BAZAAR RAMADHAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni dah masuk hari ke-6 dah kita berpuasa... Tapi sampai sekarang Cik TK masih lagi belum menjejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan. Bukannya Cik TK ni kedekut atau susah nak keluar duit ke apa, cuma penyakit MALAS melanda tetiba bila dengar perkataan bazaar ramadhan ni. Malas kenapa? Sebab Cik TK ni memang tak selesa pergi ke tempat yang ada ramai orang. Rimas, tak tahan, lepas tu mula la pening jadinya.

Sumber gambar
Nasib baik jadual kerja Cik TK majoriti dapat shift pagi. Maka maksudnya, sebelum waktu berbuka memang Cik TK dah cabut lari balik rumah la. Habis kerja lepas pukul 5, terus balik rumah tolong mak masak juadah berbuka. Kalau banyak kerja, balik lambat sikit. Tapi masih sebelum waktu berbuka. Sampai rumah yang bestnya mak dah masak... Balik-balik terus berbuka. Heaven-nya rasa...!

Tapi hari ni malangnya Cik TK shift FULL. Maksudnya masuk kerja 7 pagi, balik 11 malam. Hari ni hari pertama Cik TK berbuka tanpa family tahun ini. Dan ini juga kali pertama berbuka bersama rakan sekerja. Disebabkan kami sibuk bekerja, juadah berbuka kami hari ini kami serahkan pada mereka yang tidak berpuasa untuk ke kedai terdekat tapau-kan makanan untuk kami. 

Kenapa kami tak ke bazaar ramadhan je? Sebab pertama, ramai orang. Sesak. So malas nak pergi. Sebab kedua, bazaar ramadhan jauh dari tempat kerja. Dan cuma Cik TK je yang ada kenderaan antara semua pekerja. Dah sah la memang Cik TK tak pergi. Cik TK sebagai person-in-charge tak boleh tinggalkan outlet macam tu sahaja. 

Ermm... Sebenarnya Cik TK curi masa waktu bekerja ni dok update blog pula. Sila jangan tiru perangai tak baik ni ek. Ok la, Cik TK kena sambung kerja. Da~

P/S: Lama tak blogwalking. Tadi saja terjah blog-blog terpilih. Cik TK tengok majoriti update blog pasal puasa.