(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 8 May 2014

MINGGU PERTAMA MEI YANG DISASTER!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Baru seminggu berada dalam bulan Mei, macam-macam dah yang berlaku.

Picture source

1ST LABOUR DAY
1 Mei 2014 adalah kali pertama Cik TK menyambut Hari Buruh. Pada hari yang sama Cik TK masih perlu bekerja. Dan ianya juga merupakan hari yang disaster buat Cik TK! Macam-macam yang berlaku! Pertama kali belajar untuk bertanggungjawab dengan outlet punya financial dan entah macam mana Cik TK dengan rakan sekerja Cik TK ni boleh kira salah.

Siap dah semak balik semua dokumen financial untuk sebulan dan kiraan masih tak betul. Bila cerita semua dekat BiC Cik TK (Ok, kita panggil dia En. K), dia cuma semak balik semua dokumen tersebut dan ajaibnya En. K kata, “Mana ada excess RM500. Macam mana awak dengan Cik M kira ni?”.  

En. K terangkan semua cara kira yang betul satu per satu. Dan akibat Cik TK salah kira tu, Cik TK kena betulkan balik semua dokumen berkaitan kewangan yang Cik TK salah kira sejak pagi dan akhirnya balik lambat. Patut balik pukul 5 petang, jadinya balik jam 8.30 malam. Huhu~


DITINGGAL JADI ‘PERSON-IN-CHARGE’ UNTUK 2 JAM
En. K pergi ke HQ sekejap atas urusan tertentu. Itulah kali pertama Cik TK sebagai management level tinggal seorang diri, waktu itu secara automatik Cik TK adalah person-in-charge selama En. K tiada di sana (eksekutif management lagi 2 orang tu cuti pula). Dan yang ajaibnya dalam tempoh 2 jam En. K pergi itu lah tiba-tiba segala-galanya datang nak ‘serang’ Cik TK.

Audit dari HQ datang (layan segala kerenah mereka, pening kepala bila mereka minta fail ini, fail itu, siap yang Cik TK tak pernah dengar dll), pihak maintenance dari HQ juga datang, pihak IT pun datang untuk repair POS, supplier datang nak collect barang return (datang pula masalah fail tak jumpa), belum lagi pergi receive barang dan sebagainya. Sampai tak tahu dah nak layan yang mana satu. Nak nangis je rasa.  

Lepas En. K balik, memang lega gila. So, Cik TK pass-kan semua dekat dia. Tapi leganya tu sekejap je la. Lepas habis waktu rehat Cik TK, tetiba satu lagi disaster datang. Pihak HQ datang hantar barang beratus karton. En. K yang tengah busy kata “Cik TK tolong uruskan ye…”. Huhu~ memang speechless Cik TK dibuatnya.

Bila dah settle semua, En. K kata “Nanti bila awak jadi BiC memang macam ni la keadaannya. Biasa la tu, tu belum masuk awak kena jaga part financial lagi hari ni.”


NENEK MENINGGAL DUNIA
Beberapa hari lepas Cik TK ada exam dan meeting dekat HQ dan semasa masih berada di sana, mak kepada Cik TK call sampaikan berita sedih ni. Masa tu malam dah. Terus laju je pergi jemput ayah di Cheras yang baru je habis kerja dan meluru balik rumah. Tapi kami tak dapat nak balik kampung atas beberapa sebab tertentu, tapi sebab utamanya ialah bila cek kat internet, tiada flight yang menuju ke kampung pada tarikh keesokannya. So, mak akan balik kemudian je dengan adik nanti masa cuti sekolah.

Waktu ini lah baru Cik TK tau pasal adab ziarah untuk ucap takziah (untuk kaum kami). Sebelum ni Cik TK tak pernah perasan pasal ni. Semasa saudara-mara datang ucap takziah baru-baru ni baru Cik TK tau, orang yang datang ucap takziah ni akan bawa beras dan telur untuk keluarga arwah.


PA KENA POTONG
Baru semalam dapat emel dari HQ mengatakan semua yang bertugas pada satu tarikh ni kena potong PA (Elaun Prestasi). Memang tak dinafikan, itu memang salah kami pun. Tapi yang sedihnya, Cik TK ni budak baru, pun kena juga. Huhu~

  
BATUK DAN SELSEMA SEMINGGU
Dah seminggu Cik TK tak sihat. Batuk dan selsema. Tapi segala aiskrim dan air sejuk Cik TK bedal juga. Mana nak elok kan? Tambah pula kat tempat kerja banyak habuk. Ubat pun malas nak makan. Nampak gayanya lambat la nak sembuh ni… Huhu~



Alamak!!


Alamak...!!

Mama saya dah mula main Twitter...

Tu la... Cik TK, ajar lagi benda bukan-bukan ek...

Tak bebas nak tweet la lepas ni...

Ayat betul-betul kena jaga.

Huhu~

p/s: Nasib baik mama tak tahu lagi url blog anaknya ni. Hihi~  *gelak jahat*