Advertisement

RAGAM 1 SEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih ingat lagi tak dengan syiling 1 sen? Dulu kalau beli barang yang harganya ada 99 sen kat belakang mesti dapat baki 1 sen kan? Sekarang semua nilai sen dibundarkan kepada 0 atau 5 terdekat. Maka tak guna lagi dah 1 sen ni. 

Masih ingat lagi tak dengan syiling ni?

Tapi ditempat kerja baru-baru ni, berlakunya beberapa situasi yang melibatkan 1 sen ni.

Situasi 1
Seorang uncle ni beli barang dengan jumlahnya RM19.59, maka selepas dibundarkan jadilah RM19.60. Dia bagi RM20, dapatlah baki RM0.40. Dan tiba-tiba dia tanya, "Mana baki satu sen lagi?". Dengan muka serius pula tu. Tak apa, mungkin uncle tu terlupa 1 sen dah tak pakai...

Situasi 2
Ada seorang customer datang nak tukar duit syiling. Dia bagi satu beg plastik duit syiling. Sebab orang lain semua sibuk, maka diorang minta tolong Cik TK kira. Tengah-tengah syok kira semua syiling, tiba-tiba muncul duit 1 sen beberapa keping. Memang tak diterima dah la. Cik TK syak mesti dah lama dia kumpul semua syiling ni, Kalau tak, macam mana boleh ada 1 sen ni betul tak?

p/s: Waktu terjumpa syiling 1 sen tu, Cik TK gelak habis. Rupanya customer yang bawa syiling tu duk perhati je dari jauh masa Cik TK kira duit tu. Tak tahu dia fikir apa bila Cik TK gelakkan dia. Huhu~ Lepas ni kena hati-hati lagi. Tak baik gelakkan customer tau!!


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hahaha..ad lg ke yg ingt 1sen digunakan...pelik ni..lama dh kot xpkai...

    BalasPadam
  2. @ayut itu la yang pelik bin ajaibnya. hmm...

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!