(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Monday, 7 April 2014

PRIHATIN ATAU PENYIBUK???


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mulai bulan ni, nampaknya Cik TK dah susah nak update blog ni. Sebab dah mula kerja. Alhamdulillah akhirnya selepas berbulan-bulan mencari, Cik TK dah dapat kerja tapi lari dari bidang Cik TK. Terpesong jauh sangat sangat! Tak apalah, cuba dululah untuk sebulan dua ni. Mana tahu nanti timbul minat pula kan….?

Tapi memang agak sibuk la. Shift pagi masuk jam 7 pagi, balik 5.00 petang. Shift petang mula tengah hari pukul 1 sampailah 11.00 malam. Kalau kena full, 7 pagi sampai 11.00 malam la jawabnya. Itu kalau di cawangan, yang jaraknya dari rumah 10 minit je driving! (Waktu rehat makan kat rumah la syioook!) Kalau ke HQ, masuk 8.30 pagi, tapi masih kena keluar rumah jam 6.30 pagi sebab jauh dan jemm. Balik 6.30 petang. Dan hadap jemm lagi. Duh~ Agak memenatkan, tapi banyak benda baru yang boleh dipelajari.

Picture Source

Cuma satu benda yang Cik TK tak suka. Cik TK tak berapa suka bercerita mengenai apa yang Cik TK ni buat. Dan di sekeliling Cik TK ni ada spesis manusia yang suka, eh bukan suka. TERSANGAT SUKA bertanya dan ambil tahu perihal orang lain. Dan itu yang Cik TK sangat tak suka. Lagi-lagi soalan yang banyak dan meleret-leret sampai kena terangkan semuanya step by step sampai manusia itu berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Please la, bukan semua orang suka beritahu orang lain apa yang mereka buat. Mungkin mereka segan dan rasa rendah diri untuk beritahu, lagi-lagi pada mereka yang datang dari golongan yang hebat-hebat belaka, mereka yang suka membandingkan, yang suka merendahkan orang lain dan juga kepada golongan yang suka bergosip bercerita kepada orang lain tanpa memahami cerita sebenar!

Setakat ni dulu entri kali ni. Jumpa lagi entri akan datang. Ciao!



No comments: