(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 14 March 2014

Sirih dan Jodoh.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Picture source

Melalui entri kali ini Cik TK nak cerita sikit pasal sesuatu yang berlaku dalam majlis pertunangan sepupu Cik TK akhir bulan lepas. Dalam majlis tu, terdapat anak-anak dara (sepupu-sepupu Cik TK) diam-diam mengambil daun sirih daripada hantaran pihak lelaki. Selain itu ada juga yang dikejar untuk disuapkan disumbat sirih ke dalam mulutnya. Cik TK la tu! Ooppss! Haha! Rasa kelakar pula bila ingat balik.


Masa majlis tu, macam-macam reaksi boleh tengok masa anak-anak dara ni kunyah sirih. Ada seorang sepupu Cik TK ni sampai menangis masa kunyah sirih tu. Adik Cik TK pula sampai muntah-muntah. Mana Cik TK ni tak lari. Macam dahsyat sangat reaksi diorang ni. Last last bila Cik TK terpaksa cuba sendiri, rupanya taklah teruk mana pun. Agak kelat dan macam pahit sikit je. Tak pastilah dalam gumpalan daun sirih tu mak cik-mak cik kami letak apa jadi rasa macam tu.


Mula-mula Cik TK tak faham kenapa kami kena kunyah sirih. Waktu itulah baru Cik TK dapat tahu sesuatu tentang sirih ni. Rupa-rupanya menurut kepercayaan orang-orang lama, mengunyah sirih daripada hantaran pihak lelaki membantu mempercepat jodoh. Bak kata orang, ambil berkat… Tapi jangan ambil sirih tu terus sumbat dalam mulut macam tu je. Ada caranya. Caranya selawat dulu, niat pada Allah nak dapat jodoh cepat dan lepas tu kunyahlah beberapa kali.

Picture Source

Jadi, kepada sesiapa yang nak cepat dapat jodoh ni bolehlah mula ‘curi’ daun sirih daripada hantaran pihak lelaki ya!





2 comments:

shahida rahim said...

kelakarnye sampai terkejar2 sbb sirih..huhu..nice info..kena try jgk ni..hehe

Cik TK said...

@shahida rahim Malu betul masa tu. Harap takde yang snap pic moment tu. Hu~