(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Tuesday, 25 March 2014

KENALI DAN LINDUNGI HIDUPAN LIAR.

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

#Entri kali ini ditulis berdasarkan World Wildlife Day yang berlangsung pada 3 Mac setiap tahun. Entri ini dijadikan sticky post dan untuk membaca entri baru sila skroll lagi ke bawah.

Red panda. Picture source

Di dunia ini banyak jenis hidupan flora dan fauna yang kita boleh jumpa. Di darat kita boleh jumpa pelbagai spesis mamalia, reptilia, burung, amfibia, tumbuhan dan sebagainya. Di air juga wujudnya pelbagai hidupan akuatik. Dan sebenarnya masih banyak yang kita belum kenali.

Wujud dalam pelbagai warna dan saiz. Ada yang besar seperti ikan paus dan gajah dan ada yang kecil seperti semut. Wujud dalam pelbagai keunikan juga. Ada tumbuhan yang bersifat karnivor, ada serangga yang mengalami metamorphosis, ada yang mampu memancut racun dari mata sebagai pertahanan mereka dan banyak lagi. Memang unik dan indah ciptaan Allah.

Akan tetapi, pada masa kini akibat pelbagai aktiviti dan kerakusan manusia itu sendiri flora dan fauna kini menghadapi masalah pengurangan populasi dan kepupusan. Seperti contoh, jerung. Saban tahun, memang tak dinafikan terdapat BEBERAPA kes manusia yang mati akibat jerung. Akan tetapi, dalam tempoh 10 tahun ini, JUTAAN jerung mati diburu manusia. Kenapa? Sirip dan dagingnya dijadikan makanan, giginya dijadikan perhiasan, dan jerung punya liver oil jadi bahan pembuatan kosmetik dan ubat.

Jerung, berbahaya tetapi diancam. Picture source

Itu baru satu contoh. Bagaimana pula dengan haiwan lain? Penyu, harimau, gajah, beruang matahari dan sebagainya. Itu baru spesis dalam Malaysia. Belum lagi luar negara. Sebelum ini juga sebenarnya terdapat banyak spesis yang telah mengalami kepupusan. Contohnya seperti Quagga dan Thylacine. Pernah dengar nama-nama tu? Mesti ramai yang tak pernah kan? Okay, video di bawah menunjukkan spesis-spesis yang telah pupus dan yang diancam kepupusan:


Hidupan liar haruslah dilindungi supaya mereka tidak lenyap dari muka bumi ini. Mereka haruslah dilindungi supaya generasi akan datang dapat melihat dan mengenali mereka, bukan hanya dari buku dalam seksyen ‘hidupan yang sudah pupus’. Banyak yang boleh kita lakukan untuk bantu lindungi hidupan liar ini, antaranya:

Lindungi habitat mereka
Kehilangan habitat merupakan salah satu punca utama kepupusan hidupan liar. Seperti contoh, pembalakan haram dan tak dikawal. Aktiviti ini akan menyebabkan tumbuhan tertentu musnah dan haiwan kehilangan tempat tinggal mereka. Disebabkan ini kadangkala terdapat kes haiwan liar seperti harimau muncul dikawasan penduduk, dan sebagainya.

Perlahankan kenderaan dikawasan yang dilalui mereka
Memandu laju dikawasan ini sudah pastinya akan membawa malapetaka kepada haiwan yang sedang melintas, dan mungkin kepada pemandu itu sendiri bergantung kepada jenis haiwan yang lalu di situ. Bayangkan jika yang lalu itu gajah besar dan pemandu panju laju di selekoh tak sempat nak brek. Agak-agak siapa yang lenyek? Cik TK sendiri pernah ada pengalaman hampir terlanggar sekumpulan babi hutan disuatu malam yang gelap tiada lampu jalan berdekatan hutan, walau sempat mengelak ianya masih pengalaman yang menakutkan.

Kurangkan penggunaan racun
Memang tak dinafikan penggunaan racun serangga sememangnya menghindar tumbuhan yang dijaga diganggu serangga. Tetapi kesannya boleh dilihat apabila terdapat haiwan lain yang memakannya. Terdapat haiwan yang lemah untuk menentang kesan racun serangga dan mati. Racun serangga biasanya mengambil masa untuk proses degradasi, maka ia mungkin boleh terkumpul di dalam tanah dan mampu mengganggu kitaran makanan.

Laporkan jenayah hidupan liar
Jangan sesekali terlibat dengan jenayah penyeludupan dan penjualan hidupan liar secara haram. Haiwan yang patut dilindungi juga tidak patut diburu dan dibunuh untuk kepentingan sendiri.

Di Malaysia terdapat akta-akta yang berkuatkuasa melindungi hidupan liar seperti Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Wildlife Conservation Act 2010) yang digunapakai di Semananjung Malaysia dan Labuan. Di Sarawak pula menggunakan Wild Life Protection Ordinance 1998 dan di Sabah menggunakan Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. Perlindungan hutan di semua negeri pula mengikut akta National Forestry Act 1984.

Sebarang aduan dan jenayah hidupan liar yang berlaku boleh dilaporkan kepada pihak PERHILITAN, WWF dan lain-lain organisasi yang terlibat.

Dari laman web WWF. Picture Source

Jangan buang sampah merata
Pembuangan sampah sesuka hati mampu membunuh haiwan liar. Contohnya, plastik yang dibuang ke dalam laut, sekiranya tertelan secara tidak sengaja oleh penyu yang menganggapnya sebagai makanan, penyu tersebut boleh mati tercekik. Membuang sampah yang tidak kena pada tempatnya bukan saja memudaratkan hidupan liar, malah manusia juga. Sistem saliran yang tersumbat akibat sampah boleh mengakibatkan sistem saliran tersebut tersumbat dan banjir boleh berlaku. Jom layan video pasal isu sampah ini dari Mat Luthfi.




Sertai aktiviti sukarela
Aktiviti sukarela seperti program cakna pantai (membersihkan pantai) bukan sahaja membantu mengembalikan nilai estetika pantai, malah mampu menyelamatkan nyawa hidupan akuatik. Ingat contoh yang Cik TK baru nyatakan tadi pasal penyu tercekik plastik? Korang boleh join aktiviti sukarela dalam pelbagai organisasi seperti WWF, MNS, MyCAT dan sebagainya.

Baiklah, sampai sini saja entri kali ini. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi dalam entri akan datang.


p/s:
Dah lama Cik TK tak tulis entri mengenai alam sekeliling kita, kan? Sebelum ini Cik TK pernah tulis mengenai beberapa jenis tumbuhan dan hidupan liar. Boleh rujuk link entri-entri Cik TK di bawah ini dan Cik TK rasa macam nak tulis balik entri sebegini untuk memperkenalkan korang dengan lebih banyak keunikan alam ini:


·         Entri lalu - Fauna
·         Entri lalu - Flora


* Bila Cik TK tengok balik entri-entri lama, terasa perbezaan ketara pada tahap kematangan dan cara penulisan entri-entri tersebut. Malu seyh!

** Salah satu dari spesis tumbuhan yang dinyatakan dalam entri lalu itu terlibat dengan Projek Akhir Tahun masa di universiti. Kenangan sungguh. Hehe~ Agak-agak yang mana tu ek?




13 comments:

single is better said...

JOM JOIN CONTEST:)
http://biskutmarry.blogspot.com/2014/03/jom-join-contest-my-bff-me.html

Ahmad Afandi said...

blogwalking siang hari

Wafi Remli said...

Kita pun turut kena berusaha demi menyelamatkan haiwan2 ini daripada terus pupus dari muka Bumi ni.

Cik TK said...

@Wafi Remli
Sama-samalah kita usaha!

Cik TK said...

@single is better Wah ada contest ek? Nanti ada masa saya join..

Cik TK said...

@Ahmad Afandi Hai, selamat datang!!! ^~^

Hafiza AizZawa said...

1st time baca blog yg banyak cerita pasal pencinta alam mcm nie.. keep up the good work.. >_<

Cik TK said...

@Hafiza AizZawa Thanks Fiza sudi baca! Yes, I will!

Aisyaaa said...

Saya suka dgn nukilan Cik TK. Walaupun ianya fakta, tp xmembosankan. All the best Cik TK. ^-^

Cik TK said...

@Aisyaaa Terima kasih Aisyaa!!! ^~^

Ana Solehah DI said...

Hai Cik TK...salam kenalan...

Cik TK said...

@Ana Solehah DI Hai ana.. salam kenalan!

Cik TK said...
This comment has been removed by the author.