(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Sunday, 23 February 2014

Sweetnya mereka...!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Beberapa hari lepas waktu jalan-jalan kat area KLCC, jalan-jalan konon, pergi interview kat area sana sebenarnya ternampak satu pasangan ni sweeeeett sangat sangat! Pasangan dah kahwin okee! Bukan couple cinta monyet tau! Macam mana Cik TK tau diorang tu dah kahwin? Ada anak diorang sekali. Sebab tu la.

Picture source
Alkisahnya macam ni... Cik TK duduk rehat kat bangku-bangku sekitar Suria KLCC, ternampak seorang perempuan tu tengah tengok-tengok barang kat satu kedai ni. Dari arah lain ternampak seorang lelaki dengan sejambak ros merah dan sekotak hadiah di tangannya, menuju ke arah perempuan tu. Di belakang lelaki tu ada seorang budak lelaki comel dalam lingkungan 5 atau 6 tahun yang tersengih-sengih, pun menuju ke arah perempuan tu.

Lelaki tu pegang bahu perempuan tu, dan bila perempuan tu berpaling dengan romantiknya lelaki tu kata "Surprise...! Happy Birthday sayang!". Budak tu pun ucap "Happy Birthday Mama!!" sambil peluk mak dia. Cik TK boleh nampak perempuan tu terharu dengan kejutan suami dengan anak dia tu. Terserlah kebahagiaan di situ... Sweeettnya husband dia tu....

Time tu Cik TK rasa macam wahhh, bahagianya diorang... nak juga rasa keadaan macam ni... ada suami yang caring, penyayang dan romantik macam ni... ada anak yang comel dan sayang pada ibubapa dia. Okehh mulalah berangan ni...! Eh, tak salah kan nak berangan... Lagipun, bukan ke ni impian semua kaum hawa? Tapi, calon pun belum ada lagi ni... Berangan je la lebih... huhu~

Okay la, sampai sini je dulu entri kali ni. Nak sambung berangan. Wahaha...!

Dapat jodoh yang baik dan kekal sampai bila-bila, impian semua kan? Picture source


No comments: